~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday 7 January 2016

75 Nur Hidayah



Ada sedikit lagi kisah Nur Hidayah harapnya tidak jemu membaca apa yang mak teh kisahkan. Hanya mak teh nak brkongsi crita mnusia yang banyak dugaan.



               Selelsai sudah masaalah rindu Johan dan Hidayah. Mereka sekeluarga  makan malam dengan meriah.  Walaupun tiada hidangan istimewa makan malam dirumah Tengku Faizal petang itu, namun hidanganya terasa enak dan lazat kerana semua hati gembira dan bahagia.  Kemudian mereka solat Magrib berjemaah berimamkan Tengku Faizal, manakala solat Isyak pula mereka  berimamkan  Dr Johan. Usai solat  imam muda  Dr. Johan meminta izin untuk pulang.

“Atuk, nenek  saya nak balik lah. Esok saya kerja pagi”.

“You nak balik sorang ke dengan Hidayah?”.

“Malam ni biarlah saya balik sorang. Rumah saya tu tengah bersepah, nanti bila saya dah kemaskan baru Dayah balik sana ye. Saya  takut Dayah alah dengan habuk yang dah lama tak bersapu”.

“Tak  apa bang Dayah tak alah dengan habuk, lagi pun Dayah rindu nak jumpa mommy..apa khabar mommy agaknya. Malam ni bibik masakan apa untuk mommy. Nak bungkus sikit kuah untuk mommy boleh nek”.  Kedengaran ikhlas permintaan Nur Hidayah untuk ibu mertuanya. Sememangnya dia rindu pada ibu mertuanya yang tidak berdaya. Dia merasakan puan Maria tempatnya merasai kasih ibu.

“Boleh sangat Dayah..kita semua dah makan. Pergilah minta bibik bungkuskan”.

“Dayah!  mommy dah tak duduk dengan abang, sekarang ni dia dah duduk  kat Melaka. Kalau Dayah rindukan mommy nanti abang  minta cuti hari minggu kita balik Melaka ye.”

“Ehh dia duduk dengan siapa..Ada lagi ke keluarga sebelah Johan yang nak jaga mommy Johan tu”.

“Tak tuk, mommy duduk dengan papa saya. Tak lama lepas kes saya dan bekas isteri saya selesai, papa datang rumah kami.  Bekas emak mertua saya yang bagi alamat kami pada dia. Lagi pun bibik dah berhenti itu yang mommy ikut papa balik Melaka. Bila dah duduk sorang,  rumah pun tak berjaga.”

“Ohh keluarga bekas mertua Johan masih ada hubunga baik lagi dengan mommy Johan..bagus lah macam tu. Biar pun anak dah tak ada hubungan suami isteri, janganlah kita memutuskan hubungan baik antara dua keluarga. Johan! apa kata you duduk sini sahaja dengan atuk dan nenek”. Johan Hamdi kelihatan keberatan menerima pelawaan Tengku Faizal.


“Atuk bukan apa Johan, you kata tadi bibik dah tak ada..Dayah pula tengah macam ni larat ke dia buat kerja rumah… lagi pun kalau you kerja malam Dayah duduk sorang kat rumah you tu. Jadi kan lebih baik you dan Dayah duduk sini..”.

“Tak menyusahkan atuk ke, sebab pergi dan balik kerja saya ni tak mengikut waktu..kalau syif petang balik saya tengah malam..nanti  atuk dan nenek tak selesa”. Johan memberi alasan untuk menolak pelawaan Tengku Faizal.

 “Tak apa, atuk faham kerjaya you macam mana.. atuk tak kisah. Yang sebenarnya I kesian dengan nenek you ni masa dah tua-tua macam ni dia  nak merasa ada  cucu duduk bersama. Dalam tiga empat bulan ni atuk tenguk wajah nenek ni ceria setiap hari..sebab ada Dayah yang layan dia berbual.”

“Betul tu Johan nenek nak Dayah duduk sini,  jadi adalah teman nenek kawan nak bercakap-cakap”.

“Ialah nanti saya bincang dengan Dayah,  tapi malam ni saya kena juga balik rumah  saya…”.

“Dayah ikut ye bang..biar Dayah temankan abang kemas kan baju  abang malam ni”.

“Dah malam ni nak ulang alik abang dah tak larat tadi abang kerja. Abang ingat nak tidur rumah, esok abang nak kerja pagi”.

“Tak apalah Johan biar Dayah ikut you. Dayah bawa sekali baju kerja..esok Dayah kerja dari sana atau Dayah nak cuti esok”.

“Tak mau lah tuk Dayah nak kerja esok, kalau Dayah cuti abang kerja,  nanti Dayah duduk sorang kat rumah..”.

Tidak lama mereka sampai kerumah sewa Johan telefon bimbit didalam poket sel;uar Johan bergetar tanda ada panggilan masuk. Bila dilihat nama Tengku farid yang tertera.

“Hallo Asalamualaikum..you dah sampai rumah ke Johan?”.

“Walaikumsalam. Baru sampai bang”.

“I tak nak kacau you lama-lama..hanya I nak cakap dengan you bab pindah rumah atuk tu. I minta tolong sangat-sangat you setuju dengan permintaan atuk. Atuk dan I memang dah lama merancang you duduk dengan atuk. Rumah tu memang atuk nak bagi Dayah…”

“Rasanya macam tak patut pula..sebab Dayah hanya cucu perempuan tak kan dia yang mewarisi rumah tu”.

“Apa pula yang tak patutnya..rumah yang I duduk ni pun adalah hadiah perkahwinan I dari atuk. I nak duduk dengan mereka tak boleh sebab I tolong jaga atuk dan nenek Jannah. Jadi you dan Dayah lah tolong jagakan atuk kita. Mereka dah tua Jo..apa-apa hal tak siapa dapat tengukkan..tolonglah Jo setuju ye duduk dengan atuk”.

“Ialah nanti saya bincang dengan Dayah”. Rupanya Tengku faizal menghubungi cucunya Tengku Farid bagi memujuk Johan agar dia bersetuju duduk bersama denganya.



            Kini sudah dua tahun kehidupan rumah tangga Johan dan Hidayah yang bahagia. Mereka dikurniakan kembar lelaki tak seiras yang diberi nama Muhammad Ikram dan Muhammad Ikhsan. Muhammad Ikram mewarisi wajah Johan  Hamdi berambut lurus dan bermata sepet. Manakala Muhammad Ikhsan mewarisi wajah nenek sebelah ibunya  Syarifah Jamilah berambut ikal dan bermata bulat. Bukan sahaja Johan dan Hidayah yang bahagia menempuhi hari-hari mereka, Tengku Faizal suami isteri juga sangat bahagia bila hari-hari  mereka meriah dengan  riuh  tawa, tangis dan jerit sikembar yang sedang lasak. Tengku Faizal seorang ushawan memilih duduk dirumah berkongsi keriuhan dengan isterinya Tengku Faridah menjaga cicit mereka.

“Ida!  lawa juga mama Dayah ye, kalau muka dia macam Ikhsan ni kan..tapi Dayah ni ikut muka Faris pula”.

“Ehh memang lawa bang..abang nak tenguk gambar dia. Dulu masa mengandung si kembar ni Dayah selalu tenguk gambar mama dia..dia kata dia rindu dengan mama dia… itu yang melekat sorang kat muka  anak dia. Betul macam tu ke bang”.

“entahlah Ida, mungkin cara Allah nak bagi kita tenguk wanita yang mengadungkan cucu kita..lagi pun dah memang ada darah dia yang  mengalir dalam tubuh Dayah. Eh  mana gambarnya abang nak tenguk nak kenal juga orang yang telah melahirkan cucu kita. Tak dapat tenguk orangnya tenguk gambar pun jadilah. Abang yang sebetulnya bersyukur sangat ada lagi cucu kita selain Farid.. dah tu baik pula orangnya. Kenapalah dulu Faris tak bawa jumpa kita kan Dah.”  Dua warga emas menyilak album Nur Hidayah sambil menjaga kembar yang bermain dirung tamu. Itulah kehidupan Tengku Faizal dan Tengku Faridah diusia   senja. BAHAGIA kerana  ada cucu-cucu yang mengambil berat tentang mereka. Mereka dihargai dan disayangi. Kehidupan yang sebegitulah yang diimpikan setiap warga tua tak kiralah SIAPA KITA betul kan..

          Setiap dugaan akan mematangkan satu kehidupan, tetapi tersilap perhitungan akan membawa padah pada diri sendiri. Itulah gunanya akal yang diberi oleh Allah kepada makhluk yang bernama manusia. Dan akal yang membezakan antara manusia dan binatang walau pun kita adalah sama.. mahluk Allah. Dan dengan adanya akal Allah memilih manusia menjadi khalifah di dunia ini. Semalam papa Johan Hamdi di Melaka menghubungi dirinya menyuruhnya pulang jika ada cuti.

“Assalamualikum Jo..papa ni..bila Jo ada cuti??”.

“Cuti untuk apa papa. Jo ni susah sikit nak cuti hari Sabtu dan Ahad,  hari ni Jo off  sehari.. tapi Dayah kerja”.

“Haa kalau macam tu balik lah sekejap. Adalah hal keluarga yang papa nak bincang dengan Jo..balik ye”. Encik Johari sudah pun berpencen dan duduk dirumah tinggalan orang tuanya di Kelebang Melaka.

“Kalau balik Jo balik sorang papa..nak tunggu Dayah pukul lima nanti baru dia habis kerja”.

“Memang papa harap Jo balik sorang saja. Papa nak bincang dengan Jo sorang sahaja dulu”.

“Ada apa pa”.

“Adalah.. nanti Jo sampai kat rumah  papa cerita. Balik kejap tak payah bermalam pun tak apa.. balik ye....” Kedengaran begitu mengharap papanya dihujung talian. Permintaan papanya menjadi tanda tanya dikepala Johan Hamdi. Dia menghubungi isterinya Nur Hidayah untuk memaklumkan dia mahu pulang ke Melaka  rumah keluarganya.

            Sememangnya tidak jauh mana antara Petaling Jaya dan Melaka. Tibanya disambut dengan wajah ceria mama dan papanya. Semasa minum dan makan kueh yang dihidangkan oleh mommynya,  tidak perlu berbasa basi Encik Johari terus sahaja ke perkara yang mahu disampaikan.

“Jo minggu lepas aunte Kila call papa ajak jumpa. Papa pergilah ingatkan dia nak apa, rupanya dia nak cakap yang Jo pernah jadi suami Didi dulu”.

“Mommy tak cerita dengan papa ke yang saya pernah menjadi suami Didi dulu”.

“Entah mommy tak pernah terlintas nak bercerita dengan papa cerita Jo dulu. Bila papa tanya lepas dia jumpa anute Kila barulah mommy cerita”. Cerita puan Maria terus terang. Puan Maria seorang yang pendiam bak kata orang kalau sepatah ditanya sepatah juga yang keluar dari bibinya.  Dia memang begitu sejak dulu. Sikap pendiamnya diwariskan pada Johan Hamdi anak tunggalnya.

“Emm.. kenapa yang aunte Kila nak buka cerita lama..kami dah tak ada apa-apa yang nak disangkutkan. Anak pun tak ada, jadi apa yang nak disebut-sebut dan dikenang-kenang lagi…takkan dia nak minta harta sepencarian lagi kot..”. Johan Hamdi terkenang kisahnya dulu.

“Dia tak cakap pun pasal harta sepencarian..dia hanya cakap walaupun dah dua tahun Jo dan Didi bercerai tapi Didi masih tak dapat lupakan Jo”.

“Untuk pengetahuan papa dah tiga tahun bukan dua tahun saya dan Didi  bercerai. Kenapa pula Didi tak boleh nak lupakan Jo sedangkan  perceraian kami dia yang nak”.

“Itulah aunte Kila kata Didi menyesal bercerai  dengan Jo. Dia kata dia tak pernah rasa bahagia setelah dia bercerai dengan Jo. Masa papa datang rumah aunte Kila Didi ada..dia yang hidangkan minuman untuk papa. Papa tenguk cantik betul si Didi tu..tinggi lampai orangnya.” Encik Johari tidak pula mengkhabarkan warna perang rambut si Didi.

“Emm..” Hanya itu yang keluar dari bibir Johan Hamdi mendengar komen papanya berkenaan bekas isterinya. Melihat anaknya bagai tidak menanggapi apa yang diperkatakan,  Encik Johari mengatakan apa yang ada dihatinya hasil pertemuan dengan Syakila isteri arwah sahabatnya.

“Jo! Jo tak terfikir ke nak rujuk balik dengan Didi”.

“Nak rujuk apanya papa,  kami bercerai pun dah tiga tahun bukan baru tiga bulan. Lagi pun saya kan dah ada Dayah”.
Isteri yang telah habis tempoh iddahnya atau diceraikan dengan Talak Bain termasuklah Talak Tiga tidak boleh dirujuk semula. Sekiranya ingin bersatu semula hendaklah dengan akad yang baru. http://tayibah.com/eIslam/rujuk.php.

“Apa salahnya,  lelakikan boleh nikah sampai empat Jo”.

“Tak maulah papa..cukuplah Dayah sorang isteri saya. Nak nikah sampai dua tiga orang saya tak mampu pa. Sekarang ni saya dah ada dua orang anak tak lama lagi sorang lagi..Mommy Dayah mengandung lagi  dah dua bulan”.

“Ohh Alhamdullilah, bertambah lagi cucu mommy..rindu nak tenguk sikembar dah pandai cakap dia Jo”.

“Dah mommy..riuh betul mulut Ikram cot cet cot cet tak berhenti-henti bertanya mommy..penat tok ayah dan tok ma dia nak menjawab..yang Ikhsan pula kalau abangnya dah bertanya dia rajin pula menambah-nambah”. Ceria sungguh Johan menceritakan perihal sikembarnya.

“Yah!..pergilah Yah kedapur, jangan kacau  abang tengah nak cakap hal Didi dengan Johan ni... cerita hal cucu-cucu dia pula”. Dengan suara perlahan omel Encik Johari  dihujung kata.

“Apa lagi pa, saya dah tak nak ada apa-apa lagi dengan Didi tu..yang dulu biarlah, saya dah taknak nak ulang-ulang lagi”.

“Janganlah macam tu Jo..aunte Kila kata Didi masih sayangkan Jo, dia masih mengharapkan Jo datang pada dia balik. Sampai sekarang dia tak cari penganti Jo sebab dia masih mengharapkan Jo. Jo tak kesian ke pada dia”.

“Ialah tu..saya tak percaya…mesti ada udang disebalik batu dengan kata-kata aunte Kila”.

“Jangan buruk sangka Jo..dia cakap sungguh-sungguh pada papa. Aunte Killa kata dia kesian dengan Didi yang asyik teringatkan Jo. Ada juga yang berkenan dengan Didi tapi Didi tak nak. Ni aunte Kila minta papa sampaikan pada Jo supaya Jo nikah balik dengan Didi..Jo bercerai dengan dia talak satu sahaja kan dulu”.

“Memanglah talak satu tapi tak pernah terfikir pula saya nak nikah semula dengan dia. Pada saya perkara yang lalu biarkan dijadikan kenangan tak perlu nak diulang. Untuk pengetahuan papa,  saya nak kenang masa saya dengan Didi pun rasa malas sangat..sebab kenangan saya dengan Didi  tak ada yang manis semuanya pahit dan menyakitkan ”.

“Jangan berdendam Jo, maafkanlah dia kalau ada yang menyebabkan Jo tak puas hati dengan dia. Manusia ni kan tak sempurna, kadang-kadang kita pernah buat silap. Ikutlah contoh Nabi MEMAAFKAN”.

“Memang dah lama saya maafkan dia pa..tapi saya tak pernah terfikir nak hidup sebumbung dengan dia lagi..cukuplah  Dayah seorang untuk saya”.

“Kenapa Jo..Jo takut Dayah marah kalau Jo kata nak nikah dengan Didi semula. Cubalah dulu cakaplah elok-elok pada Dayah minta izin Jo nikah dengan Didi, mungkin dia izinkan Jo.”.

“Saya tak takut Dayah marah pa ..tapi saya yang tak mampu.”

“Tak kan  tak mampu”.

“Memang saya tak mampu zahir dan batin. Kerja saya tak menentu ada kerja siang ada kerja malam..sekarang ni banyak pula kes kat hospital menyebabkan saya penat sangat. Jadi saya tak mampu nak terkejar-kerjar menguruska dua isteri. Tu belum bab anak lagi.”.

“Jo..kita ni lelaki buat macam lelaki. Jangan cari  alasan remeh, jangan jadi lelaki dayus takutkan bini”.

“Siapa kata saya takutkan bini..yang saya takutkan  adalah TANGGUNG JAWAB..saya takut tak mampu nak pikul tanggung jawab pada anak dan isteri kalau saya ada lebih dari satu isteri papa. Saya tak mampu nak kehulu kehilir mengilir isteri..nanti semuanya tak terjaga. Papa!  kalau kita tahu apa tanggung jawab seorang suami dan apa tanggung jawab seorang ayah.. seorang lelaki tu akan takut nak jadi seorang suami kemudian menjadi ayah..tapi fitrah manusia yang Allah dah bagikan nafsu menyebabkan saya terpaksa menjadi suami..tapi untuk bertanggung jawap pada dua orang isteri saya tak mampu. Jadi cukuplah hanya Dayah  sahaja isteri saya. Harap papa faham maksud saya”.

“Jo..kita hidup dalam masyarakat jangan sampai kita dikata… sebagai orang yang tak tahu membalas budi. Aunte Kila suami isteri tu banyak berbudi pada kita dulu  Jo”.

“Kalau ikhlas mereka  tu berbudi, dia tak minta dibalas papa. Lagi pun apalah yang ada pada balasan manusia jika dibandingkan dari balasan yang Allah bagi papa.”.

“Jo!...”

“Kalau papa nak cakap lagi pasal nikah saya dengan Didi..cukup sampai disini sajalah. Terus terang saya katakana saya tak mampu untuk menjadikan Didi isteri saya. Mommy  jomlah duduk luar ambil angin.. Jo nak cerita dengan mommy sebelum Jo balik ni”. Tidak lama Johan Hamdi dirumah keluarganya kemudian dia pulang semula kePetaling Jaya.

Keluar sahaja kereta Johan Hamdi dari halaman rumahnya terus sahaja puan Maria diserang dengan berbagai soalan yang bertubi-tubi dari suaminya.

“Yah kenapa dengan Johan tu. Garang sangat ke Dayah tu samapi macam takut sangat dia pada bini dia tu. Tak faham abang, ada juga lelaki yang menolak bila disuruh tambah isteri. Bukan calang wanita  pula tu.. Abang tenguk Didi tu cantik sangat..lepas tu pandai, Kila kata dia belajar  kat luar negara dulu.  Apa buta ke si Johan tak nampak Didi ni wanita yang macam mana. Pada abang Didi ni wanita yang sempurna yang sesuai untuk lelaki macam Johan.”. Puan Maria hanya memandag suaminya berceloteh dengan memek  kegeraman kerana cadangannya ditolak oleh anak mereka.

“Yah! Johan tu tak pernah jumpa Didi ke selepas mereka  bercerai”.

“Rasanya tak pernah..sebab lepas bercerai dengarnya Didi kerja kat London ke Paris Yah tak pasti.”.

“Mungkin itu sebab nya dia tak terima cadangan abang supaya dia nikah semula dengan Didi. Dia tak nampak betapa cantiknya Didi sekarang ni. Kulitnya putih, badannya langsing tinggi pula tu. Yah pernah jumpa dengan dia tak?”.

“Dua tahun dulu pernahlah..tapi Didi memang cantik dan langsing dari dulu lagi. Dia memang pandai jaga badan.  Masa dia jadi isteri Jo pun dia cantik”.

“Habis kenapa yang Johan tak mahu bila abang cadangkan dia nikah dengan Didi. Yah! Tolong abang Yah.”.

“Nak tolong apa bang”.

“Tolong pujukkan Johan supaya dia mahu nikah dengan Didi”.

“Yah tak mahu campur hal ni bang..pada Yah biarlah Johan sendiri fikir apa yang baik untuk dirinya”.

“Jangan macam tu Yah..Dulu Sufian dengan Kila banyak tolong kita. Abang jumpa Yah pun diatas pertolongan dia.  Yang sebetulnya dah lama abang cari Yah abang dah putus asa dah tapi diatas pertolongan dia kita jumpa, dan dapat duduk serumah macam ni..jadi kita kenalah balas budi dia. Dia beria-ia nakkan Johan nikah semula dengan anak perempuan tuggalnya  tu. Sebab Didi memang masih sayangkan Johan..Didi tak mahu dengan orang lain.”

“Yah hairanlah apa yang Syakila cakap dengan abang sampai begitu bersungguh abang nak suruh Jo nikah dengan Didi”.

“Dia tak cakap apa pun.Abang hanya kesiankan dia. Didi anak perempuan nya sorang tapi hidupnya tak bahagia. Dia teringin nak tenguk Didi bahagia dijaga dengan suami yang dia sayang.. Didi masih sayangkan Johan..Pada abang tak hairankan kalau Didi sayang sangat pada Johan sebab mereka tu berkawan dari mereka kecil lagi. Abang pun kesian kan Didi. Yah! tolonglah pujukkan Johan. Mungkin bila Yah yang cakap  Johan boleh terbuka hati nak terima Didi semula ”.

“Entahlah dalam hal ni Yah tak boleh nak tolong, biar Johan yang fikir sendiri sebab dia pernah sebumbung dengan Didi dulu. Dari situ dia boleh menilai”. Puan Maria bangun meninggalkan suaminya diruang tamu. Memandangkan isterinya tidak dapat memberi pertolongan Encik Johari memikirkan cara lain untuk memujuk anaknya.








4 comments:

  1. Masalah baru dah timbul lagi....
    Menyampah pulak dengan papa Johan ni. Dia sendiri pun pernah abaikan isteri, pandai nak nasihat anak. Spesis tak sedar diri betul.

    ReplyDelete
  2. Hadoi!!!
    Tolong la Mak Teh jgn buat crita Johan khwn smula dgn Didi.
    Ckup2 la Johan prnh trima Didi & dh lalui perit sikap Didi.
    Jgn la buat crita yg Johan @ Dayah mengalah/simpati dgn prmintaan Didi nk rujuk smula.
    Rasa annoying kalau Johan & Dayah jadi lembik trima dugaan tanpa usaha prtahankn rmh tgga. Biar tegas skit Johan & Dayah!

    ReplyDelete
  3. Tak adalah..tapi kali ni mak teh macam kejam sikit sebab ada 2 kematian terima ye..

    ReplyDelete
  4. Kematian???

    Siapa yg meninggal??? Jgn la Dayah & baby

    ReplyDelete