~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday 28 September 2015

63 Nur Hidayah







Golongan wanita apabila diceraikan tidak seharusnya diletakkan di dalam keadaan yang susah selepas diceraikan lebih-lebih lagi apabila perceraian tersebut berlaku tanpa sebab-sebab yang patut dan munasabah seperti masalah orang ketiga, masalah kewangan suami ataupun atas faktor dan desakan pihak lain dan bukannya atas kemahuan isteri itu sendiri.

Bekas isteri berhak kepada taraf hidup yang sama selepas diceraikan seperti taraf hidup semasa perkahwinan dengan suaminya dahulu walaupun di dalam tempoh Iddah. Adalah menjadi tanggungan Suami untuk memastikan kehidupan Isteri selesa selepas diceraikan dan tidak dibebani dengan masalah-masalah kewangan dan lain-lain. Ini adalah selari dengan Firman Allah SWT di dalam Surah At-Talaq : 6 yang berbunyi seperti berikut:
Yang bermaksud:
“Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani Iddahnya) itu ditempat yang sesuai dengan kemampuan kamu, Dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan untuk menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusukan) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya”.

Habis sahaja doctor Johan memberi penerangan dia masuk kedalam kereta dan kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah puan Maria. Kata-kata Johan itu yang menyebabkan Natasya menutup mulut, untuk berkata lebih dia bukannya tahu.  Yang sebetulnya dalam bab ugama banyak yang dia  tak faham..Natasya hanya memerhati kereta meluncur pergi..hatinya tidak risau kerana perkataan cerai sudah terlepas dari bibir Johan. Dalam erti kata lain di sudah memperolehi kemenangan untuk merampas Johan kembali.

Dalam kereta ….
“Hidayah!.. Dayah tahu kan abang tak pernah berniat nak ceraikan Dayah ..Tadi abang terpaksa  sebab abang tak mahu Dayah terus dicerca dengan kata-kata yang tak sepatutnya. Abang harap Dayah bersabar sampai abang selesaikan kekusutan  abang dengan Natasya nanti”. Nur Hidayah hanya membisu dia tidak tahu perkataan apa yang harus keluar dari bibirnya..yang sebenarnya dia belum boleh menerima kenyataan dirinya sudah bergelar janda.

 “Hidayah! Abang harap Dayah akan terima abang semula bila kes abang dengan Natasya jelas nanti ye”.

“In Syaa Allah kalau jodoh kita masih panjang”.

“Memang abang berdoa jodoh kita panjang sayang..abang selalu berdoa jodoh kita bukan didunia sahaja tapi sampai ke akhirat Dayah”.

“Emm..”Mendengar jawapan hanya emm sahaja dari mulut Nur Hidayah, Johan Hamdi jadi tidak sedap hati..

“Dayah!! Dayah tak yakin dengan abang ke..In Syaa Allah kasih sayang abang pada Dayah   tak akan  goyah dan akan utuh sampai bila-bila..tolonglah percaya abang sayang. Abang memang yakin abang dengan Natasya memang dah bercarai.. sebab dulu abang bagi syarat kat dia”.

“Abang bagi syarat macam mana??”

“Kalau dia pergi juga .. abang bagi tempuh sebulan jika dalam masa sebulan dia tak balik, abang akan  jatuhkan dia TALAK SATU. Erti talak cerai kan.”

“kenapanya abang  cakap macam tu, sekarang kan dah susah.”

“Abang memang memaknakannya Dayah..abang lebih rela bercerai dari ternanti-nanti dia  balik. Dia kalau dah keluar rumah memang macam dah tak ingat abang. Yang sebenarnya dari awal perkahwinan lagi abang rasa dah tak serasi dengan dia. Biar pun abang kenal dari kami kecil lagi. Keluarga abang dengan keluarga dia sahabat baik dari mula sebelum kami kahwin lagi.. Sesuainya keluarga tak semestinya anak juga sesuai untuk berpasangan Dayah”.

“kenapa abang bagi dia talak, dia pergi kerja kan..dia nak tolong abang cari duit”.

“Memang dia cari duit  tapi bukan untuk bantu abang, tapi untuk dirinya sendiri. Dari awal perkahwinan kami tiga bulan lagi dia dah tinggalkan abang cari duit. Pada mulanya  abang tak kisah sebab abang memang tak mampu nak sediakan keperluan peribadi dia..tapi ialah lama-lama mana tahan bila rasa seorang lelaki yang baru mengecapi alam rumah tangga dibiarkan gersang berbulan-bulan. Entahlah dia tak pernah nak fikir darah panas abang ni..Dulu pernah juga terlintas difikiran abang  nak cari makan  luar untuk melampias nafsu abang  Alhamdullilah tak terbuat. Abang berkawan dengan anak seorang imam..dia yang selalu mengingatkan abang tentang dosa zina dan hukuman zina. Dan dialah yang ajar abang berpuasa untuk menahan nafsu. Abang hairan dia tak sama macam abang, dia tak bernafsu ke? Atau dia cari makan luar??? entahlah.  Mungkin nafsu  lelaki dengan perempuan ni berbeza. Untuk seorang lelaki bila dia berkehendak fikiran jadi tak waras..tak boleh nak lupakan dengan tidur sahaja Dayah. Kalau masa tu abang adalah abang yang sebelum pergi ke Abedeen,  entah apa yang jadi pada abang,  mungkin abang bertunggu tangga di bilik hotel dengan pelacur nauzubillah... 


…Yang sebenarnya abang mengenal ugama di bumi Abedeen. Ahmad Lutfi yang bimbing abang macam mana nak menghadapi tekanan belajar dengan cara bergantung  pada Allah, caranya solat malam cari ketenangan, berzikir membersihkan hati dan berpuasa disiang hari kerana nak jimat duit tapi semuanya di niatkan kerana Allah, kita dapat menefaat pada diri sendiri dan pahala disisi Allah itulah kata-katanya  yang abang pengang dan abang yakin. Abang sangat bersyukur pada Allah masa abang nikah dengan dia pegangan ugama abang dah ada sedikit dalam dada….


…Kalau betul dia isteri yang baik tentu dia tak tinggalkan abang yang tengah susah. Tak pernah nak tolong abang tenangkan fikiran abang yang tengah berserabut..abang sorang bertungkus lumus menghabiskan tugasan seorang hoseman, mana nak fikir kerja dan belajar  mana nak fikir dia. Dia tak pernah nak membantu..dia tak pernah nak bersusah payah dengan abang.. Abang tak minta dia mencari duit untuk kami. Pada masa tu semangat dan galakkan dia sangat penting  untuk abang  menghabiskan houseman dengan jayanya. Dayah bukan tak tahu masa houseman tu teruk, salah sikit kena marah lepas tu kerja macam tak cukup hari bertunggutangga kat hospital sampai kadang-kadang tu tak dapat tidur tak dapat makan. Kalau ada galakkan tentu ringan sikit tangguan abang.  Ini tak dia lebih rela cari duit untuk dia beli barangan peribadi dia yang berjenama..itulah duit yang dia cari. Sungguh abang mengaku abang tak mampu nak memenuhi kehendak dia bila dia minta handbag jenama Chenal, Prada dan tah apa-apa lagi, itu baru handbang tak kasutnya tak baju dia. Yang sebetulnya cukup aje pakai duit biasiswa kalau kita jimat dan berpada-pada kalau berbelanja...

…Beberapa minggu abang habis houseman abang kena balik sebab mommy diserang ANGIN AHMAR atau strok. Dulu memang ada niat nak duduk lama sikit kat luar negara..nak cari pengalaman. Tapi bila mommy sakit abang balik. Balik Malaysia macam tu juga. Dia bukan nak tolong abang jaga mommy. Dia kata mommy busuk. Ialah mana tak busuk kalau dah sampai terbuang najis dan kencing dalam pempes dia. Tapi kalau dia tak bantu abang siapa lagi..abang tak ada adik beradik dan saudara lain untuk membantu. Nak cari bibik kena pakai duit juga, sedangkan duit yang ada hanya mampu tampung makan minum yang minimum sahaja.. Mungkin Dayah tak boleh nak menyelami susahnya abang waktu. Dayah tahu abang pernah kerja distesen minyak  sebelum abang dapat buat locum kat klinik-klinik persaoragan. Punya terdesaknya abang cari duit belanja.”



“Boleh Dayah boleh bayangkan susahnya abang Dayah pernah susah juga ..tapi Dayah tak pernah susah yang macam tu..iala Allah nak duga dengan berbagai cubaan.Tapi mungkin kali ni dia balik dan tak akan tinggalkan abang lagi.”.


“Kalau dengan Natasya ni abang tak berani nak mencuba. Abang tak percaya dia berubah. Abang tenguk dia sama sahaja, dari dulu cara dia macam tu..suka memerintah dan suka semua orang ikut cakap dia. Kalau pun dia berubah abang tak manpu untuk hidup sebumbung dengan dia lagi. Rasa untuk dia dah tak ada Dayah. Rasa tu hilang kerana  sikap dia dulu dan kerana sikap dia tadi.”.


“Abang ceritalah macam mana sampai abang terlepas talak untuk dia”.


“Balik dari Abedeen dia cuba memohon kerja kat syarikat lama dia.  Sebelum dia ikut abang ke Abedeen dia kerja  jadi akautan... permohonan tu berjaya dah tiga bulan pun dia kerja. Tak sangka pula kawan yang sama kerja dengan dia masa di Abedeen datang dan ajak dia jadi model lagi.. dia tak tanya abang pun boleh ke tidak terima tawaran tu…terus sahaja dia berhenti kerja".


“Abang terpaksa benarkan dia terima tawaran tu”.


“Tak abang tak bagi.. abang terpaksa berkeras..abang memang tak benarkan dia jadi model, pertama Dayah tahulah dia jadi model fesyen entah baju macam mana yang diperagakan. Kalau tenguk dari segi gaya, dia sanggup memperagakan apa juga fesyen yang terdedah dan  yang terselak. Keduanya agensi tu berpusat di LA (Los Angeles) ertinya abang bakal ditinggalkan lagi, pada Dayah apa gunanya kita bersuami isteri kalau adik duduk sorang.Tapi walau pun abang tak bagi, dia tetap pergi  juga.”.


“Dia nak menyenagkan abang dengan pendapatan yang tinggi.  Gaji akauntan hanya ringgit Malaysia..gaji model duduk pula LA tentu guna US dollar.”.


"Memang betullah dia dapat bayaran lebih mahal tapi yang abang terkilan dia kejar duit. Kalau betul dia nak bantu abang gaji akautan tu pun dah cukup memadai. Pada
 abang itu hanya alasan dia nak lari dari abang. Kalau betul dia sayang abang dan nak tolong abang tak payah pergi jauh tak payah nak berpisah lama, kerja sahaja akautan tu.  Lagi pun abang dengar dia cakap masa dia mula kerja dulu bos dia tu bayar gaji ikut pengalaman dia..sebelum dia kahwin dengan abang dia dah kerja dua tiga tahun denga syarikat tu…Ni nak juga dia pergi LA kalau dah kat LA takkan sebulan dua boleh balik tentu makan bulan-bulan tak pun tahun.. .jadi abang cakap ‘kalau dia terima, abang hanya bagi tempuh sebulan sahaja.. kalau dia tak balik dalam masa sebulan abang jatuhkan talak satu untuk dia..Walaupun abang dah cakap terang-terang macam tu dia tetap pergi. Baru sekarang ni dia balik ertinya  dah jatuh talak kan dalam ertikata lain abang dah ceraikan dia kan?. dari masa dia pergi dulu kalau abang kira-kira dah setahun lebih dia pergi..jadi pada Dayah dah jatuh talak kan Dayah”.


“Hukum menjatuh kan talak ni mesti ada saksi..siapa saksi nya masa tu”.


“Mommy..tapi mommy dah macam tulah..masa tu mommy dah kena strok  boleh ke dia jadi saksi..Dayah?”


“Entahlah bang..Dayah tak berapa pasti. Abang kena pergi pejabat ugama tanya pada Ustaz..bab talak ni bahaya bang.. kalau tak betul nanti abang berdosa. Kalau memang belum jatuh talak untuk dia abang kena bertanggung jawab, kalau tak abang akan tanggung dosa. Kalau memang dah jatuh talak, kemudian abang bersama (jima') dah dikira abang berzina pula dengan dia, murah rezeki sangkut pula benih abang dalam rahim dia, maka  akan lahir seorang lagi anak tak sah taraf macam Dayah ni. Masaalah abang ni kena tanya pada yang lebih arif.. pergilah pejabat ugama”.


“Terima kasih Dayah kerana mengingatkan abang tentang kemungkinan-kemungkinan yang mungkin terjadi..In syaa Allah abang akan kepejabat ugama nak selesaikan hal ni. Tapi janji dengan abang ye..kalau perkara ni dah selesai nanti terima abang semula ye”.


“In Syaa Allah kalau jodoh kita masih panjang”.


“Janganlah cakap macam tu, berdoalah supaya jodoh kita panjang..Kasih sayang abang pada Dayah tak pernah goyah walau pun  dia datang pada abang.. perkataan cerai tu tadi terpaksa Dayah..Tadi abang terpaksa bila dia nak menjerit nak memalukan Dayah.  Abang tak mahu dia dan orang keliling kita cop Dayah macam tu. Abang memang tak rela.”

Ketika Anda mengatakannya dengan tegas dan jelas bahwa Anda telah menceraikan isteri Anda, maka di mata Allah SWT tidak ada lagi tempat untuk mengelak. Bahkan meski sebenarnya saat mengucapkannya, Anda sama sekali tidak berniat untuk mentalaknya. Atau hanya sekedar menggeretak atau karena emosi sesaat. Namun di sisi Allah SWT, ucapan Anda telah tercatat sebagai talak yang bersifat rasmi, sah dan berkekuatan hukum tetap. Anda tidak bisa lagi mencabutnya, mengubahkan atau pun meralatnya lagi. Sekali Anda ucapkan, maka jatuhlah talak satu Anda kepada isteri Anda. Demikian para ulama telah sepakat atas masalah talak kepada isteri. Khususnya ketika lafdz talak itu diucapkan secara sharih . beritaislamimasakini.com/apakah-jatuh-talak-ketika-diucapkan-saat-marah.htm http://www.salaf.web.id


“Ia Dayah tahu, tapi jodoh kita ditangan Allah..jika memang sampai sini jodoh kita, abang carilah wanita lain untuk jadi isteri atau kalau memang jodoh abang dengan Natasya akan bersambung  mulakan lah  hidup  dengan baik. Didiklah dia baik-baik seperti abang didik Dayah”.


“Tidak Dayah abang tak yakin dapat melentur Natasya seperti bentuk yang abang inginkan.  Dua tahun kami serumah ajak solat dan pakai yang tertutup sikit pun dia tak pernah nak ikut. Dia tak tahu perbuatan dia abang juga yang tanggung dosanya. Kalau dia masih isteri abang mungkin abang bertahan dan mencuba, tapi kalau benar talak dah jatuh, abang lebih rela dia mencari lelaki lain untuk membimbing dia.Tapi kuat naluri  abang ni… rasanya dia datang pada abang bukan sebab dia masih sayangkan abang..abang merasakan dia  nak sesuatu dari abang. Abang tahu sangat sikapnya. Dia suka mengambil kesempatan.. ”


“Jangan buruk sangka bang tak baik..berdosa kalau perkara tu tak betul”.


“Ialah…kita perlu bersangka baik”.


           Dalam pada berbual mereka sampai semula dihotel milik Tengku Faizal. Kebetulan Tengku Faizal masih belum pulang kerumah.  Selepas kenalanya meninggalkannya di masuk semula kepejabatnya untuk mengambil beberapa fail yang mahu dibawa keluar daerah bersama Nur Hidayah keesokkan harinya.


“Jom kita jumpa atuk, tu kereta atuk  masih ada, atuk tak balik lagi”. Tadi yang sebenarnya mereka pulang agak awal sedikit dari kebiasaan. Memandangkan kerja-kerja Nur Hidayah sudah selesai dan dijangkakan esok Nur Hidayah akan mengikuti Tengku Faizal keluar daerah, Tengku Farid mencadangkan dia pulag lebih awal dari biasa.  Usai solat Asar mereka berdua menemui Tengku Faizal dibiliknya.  Doktor Johan  menceritakan apa yang terjadi..


“Entahlah Johan atuk  tak boleh nak masuk campur urusan rumah tangga kamu berdua..tapi atuk doakan semoga jodoh kamu berdua masih ada”.

“Saya minta tolong pada atuk, selama Dayah dalam iddah ni tolong jagakan  dia untuk saya tuk”.

“Tak apalah bang..Dayah nak minta penyewa rumah Dayah tu keluar. Biar Dayah duduk rumah tu semula”. Rumah Nur Hidaqyah yang diCeras baru beberapa bulan diduduki oleh penyewa baru.

             Setelah Nur Fatihah mendirikan rumah tangga bersama Inpektor Azrul Azam dia pindah mengikuti suaminya duduk di kuarters polis di Petaling Jaya. Nur Hidayah menyewakan apartmennya kepada sepasang suami isteri yang baru mendirinkan rumah tangga. Baru beberapa bulan sahaja penyewa baru menduduki aparmentnya.


“Tak Dayah  abang tak izinkan, abang lebih suka kalau Dayah duduk dengan atuk  dan nenek, sementara abang selesaikan hal abang ni. Lagi pun mereka baru sahaja masuk rumah tu..takkan nak suruh mereka keluar pula, tentu mereka susah nak cari rumah. Kita buat baik pada orang.. orang  akan doakan kita perkara yang baik-baik  untuk kita..betul tak tuk”.


“Betul cakap Johan tu Hidayah..Duduk lah dengan atuk. Nenek tentu suka kalau Dayah duduk dengan kami. Ikut cakap Johan tu duduk dengan kami.”. Sebelum berlalu sempat lagi Dr Johan mengingatkan kedudukan mereka.


 “Hidayah! Ingat ye kita macam ni hanya sementara sahaja”. Dihadapan Tengku Faizal, Johan memberi ingatan kepada isteri yang terpaksa diceraikan.









2 comments:

  1. Kesian dia orang berdua ni, baru nak bahagia dah datang langau ganggu.
    Mak Teh, Natasya ni bukan dikira isteri nusyuz ke?
    Mak Teh tak nak buat watak Dayah pragnent ke? Hehehe....

    ReplyDelete