~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 2 March 2014

Bab 7 Tidak ku tahu kasih bermula.







Dihari pemergian NorIza ketanah suci, dia hanya dihantar keLapangan Terbang Alor Star oleh Muaz suami isteri, menantunya Fadzli dan anak keempatanya Hassan sahaja, anak-anak perempuannya yang lain hanya menghantarnya hingga kekereta sahaja. Ketika dia keluar dari rumah anak keempatnya mengambil tugas melaungkan azan dengan suara sederhana sambil berjalan dihadapan emaknya. Sambil melaungkan azan langkahnya menuju kekereta abangnya yang sedia menanti dihadapan pintu kereta.  Emaknya mengikuti langkahnya perlahan,  Muaz sudah bersiap sedia membukan pintu keretanya. Laungan azan anaknya berakhir bila Noriza memasuki keenderaan. Anak-anak dan cucu-cucunya  mengiringinya langkah Noriza dibelakangnya hingga kepintu kereta. Itu pun hanya NurAmisa, Hassan sekeluarga berserta anak-anak Muaz sahaja. Awal-awal lagi Noriza melarang Syukri dan Nuri pulang.

“Nuri..masa emak berangkat keMekah nanti Nuri jangan balik kampung ye”.

“Ehh Kenapa mak?? Nuri nak tenguk emak dan nak doakan emak, selamat pergi dan selamat emak balik. Semoga emak dapat haji yang mabrur”.Terkejut besar Nuri bila emak mertuanya melarang dia balik menjenguk dirinya dihari keberangkatanya keMekah nanti. Selalunya dia tidak begitu malah mengharapkan kehadiranya bila raya menjelang tiba.

“Amiin. Ini pun Nuri dah doakan emak Alhamdullilah. Nuri sebetulnya doa ni boleh dipohon kat mana sahaja, Allah akan mendengar doa kita. Tak semestinya doa untuk emak kat depan emak. Emak bukan apa, Nuri kan baru mengandung. Kandungan kamu pun masih diperingkat awal lagi, takut mudharat pula nanti kalau berkereta jauh dan lama. Lagi pun Nuri baru sangat balik raya hari tu. Hanya mak minta tolong Nuri doakan  emak mudah dengan segala ibadah yang emak lakukan dan Allah mudahkan segala urusan emak kat sana.”

“In Syaa Allah mak. Nuri memang selalu doakan kesejahteraan emak. Nuri dah tak ada emak lagi mak.Hanya emak ..emak Nuri dunia dan akhirat mak.” Nuri sudah teresak dihujung talian begitu juga NorIza, kasihnya memanag sudah lama tertumpah pada Nuri sejak dia menjadi menantunya dulu. Pada Nuri sememangnya itulah yang ada dihatinya,  Nuri tidak menganggap  NorIza emak mertunya lagi melainkan seperti emak kandung nya sendiri. Tempat dia meluah rasa  menyandarkan segala duka dan mencari semangat ketika hatinya terluka.

        Muaz menghantar emaknya keKompleks Haji Alor Star yang  terletak lebih kurang satu kilometer (km) dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas dan 10km dari Bandaraya Alor Star. Kompleks yang menyediakan kemudahan hotel bertaraf empat bintang. Jemaah akan berkumpul disitu sebelum berlepas ke Tanah Suci.

           Dengan penerbangan yang memakan masa antara 15 ke 16 jam akhirnya mereka sampai di bumi Madinah pada waktu  Subuh. Pagi diMadinah  berkabus dan sangat sejuk rupanya. Jejak sahaja kaki mereka dilantai lapangan terbang keadaan yang sejuk mencengkam diri. Namun Mohd Noh mengarahkan juga dua orang wanita dibawah jagaannya mengambil wuduk untuk melakukan solat subuh.

“Tijah, Kak Ngah jomlah kita cari bilik air, kemudian ambil wudu’ solat kat sudut sana tu pun boleh”.

“Ehh kita cari surau lah bang, barulah selesa nak solat”. Cadang Khadijah.

“Kita tak tahu kat mana suaru nya. Hari dah makin terang ni. Kang terlepas pula waktu subuh. Waktu darurat macam ni,  solatlah kat mana yang boleh kita solat Tijah.”

          Mereka mencari bilik air didalam bangunan lapangan Terbang Madinah sambil bertanya para pekerja lelaki yang berjubah. Rupanya mudah sahaja berbicara dengan mereka kerana mereka memahami bahasa Malaysia walaupun pada jawapanya mereka mengunakan bahasa Indonesia. Mereka berjalan menuju arah yang ditunjukkan..

          

“Jom kata diorang kat sana bilik air.”.Tanganya menunjuk kedalam bagunan lapangan terbang. Setapak Mohd Noh melangkah kedengaran lagi suara isterinya memanggil.

“Bang!! Beg kita macam mana bang? Siapa nak tunggu.. kang hilang pulak.”Itulah Siti Khadijah ada sahaja kata-kata sanggahan bila disuruh melakukan sesuatu.

“Tijah! mulut tu jaga sikit kalau kat sini, jangan sebarang sebut. Beristifar cepat. Pasal beg tu biar Allah yang jagakan untuk kita..In Syaa Allah ada nanti. Sekarang kita kejar waktu subuh dulu”. Hangat rasa hati Mohd Noh dengan tingkah isterinya, yang sering sahaja mempertikaikan arahanya.

          Selesai solat mereka ketempat orang-orang Tabung Haji yang menanti ketibaan mereka tadi. Disitu mereka diberi penerangan tentang bas yang akan membawa mereka kehotel, dimana  mereka akan menginap diMadinah selama 8 hari nanti. Bila ada orang yang  bertanya tentang beg-beg mereka yang tidak kelihatan, para pertugas menerang beg-beg itu akan sampai kehotel penginapan mereka.  Mereka hanya perlu menunggu beg-beg kepunyaan masing-masing dipintu bilik hotel sahaja.

           Seperti yang telah diberitahu, seawal pukul 9 pagi beg-beg mereka sampai dihadapan pintu bilik hotel mereka. Siti Khadijah dan NorIza ditempatkan disebuah bilik bersama dua orang lagi Jemaah haji wanita, seorang dari Kuala Kangsar dan seorang lagi dari Yan Kedah. Manakala Mohd Noh ditempat di bilik lain bersama empat orang jemaah lelaki kesemuanya dari negeri Perak. Walaupun berlainan bilik namun satu aras, jadi mudah lah untuk mereka bertemu jika ada keperluan.

           Hari pertama mereka diMadinah, para pertugas  menunjukkan  jalan menuju keMasjid Nabawi atau masjid Nabi. Pada mulanya  mereka keMasjid secara beramai-ramai dengan pasangan masing-masing.  Mohd Noh dan seorang lagi kawan sebiliknya dari Kuala kangsar yang bernama Abdul Rahman. Manakala dipihak perempuan pula mereka terdiri oleh Siti Khadijah, NorIza dan Puan Salamiah. Rupanya Encik AbdulRahman dan Puan Salamiah adalah suami isteri. Sebelum jemaah lelaki dan perempuan berpecah untuk masuk kemasjid melalui pintu masing-masing, sang suami berpesan selesai solat mereka akan menunggu di tempat mereka berpisah. Kemudian mereka meneruskan langkah masuk kemasjid dengan berlainan pintu.

           DiMadinah kawasan wanita dan kawasan lelaki diasingkan.Masuk kemasjid juga berlainan pintu.Selesai solat lama jemaah lelaki menunggu isteri masing-masing ditempat yang telah dijanjikan. Begitu ramai orang keluar dari pintu masjid seusai solat. Manusia memenuhi semua runag di segala penjuru disekitar kawasan masjid. Keadaan yang padat menyukarkan mereka mencari isteri masing-masing. Akhirnya setelah lama menunggu tiba juga para isteri yang ditunggu. Bila ditanya mengapa mereka lambat. Rupanya mereka terlupa dan bingung menuju tempat yang dijanjikan. Setelah pasti para isteri dapat mengenali jalan pulang kehotel penginapan, mereka  mengambil keputusan, antara lelaki dan perempuan akan pergi sendiri-sendiri tetapi mesti berkawan sekurang-kurangnya seorang kawan, jika mahu pergi atau pun pulang dari masjid.

            Setelah tiga hari dibumi Madinah pihak Tabung Haji menganjurkan siri lawatan atau berziarah. Selepas minum pagi para Jemaah diarahkan berkumpul dilobi hotel, dengan menaiki bas yang disediakan. Mereka dibawa Masjid Quba'(Misjid pertama yang dibina. Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)), kebukit Uhud dimana peristiwa peperangan diantara kaum Muslimin dan kaum Musrykin, keladang kurma, ke Masjid Kiblatain (Misjid yang ada dua kiblat) dan keperkuburan Baqi’. Semua orang mengkagumi  sejarah Islam silam. Banyak sungguh tinggalan yang membuktikan kemegahan dan kecemerlangan  Islam.



          Selama lapan hari diMadinah empat orang rakan sebilik Siti Khadijah, NorIza,  Salamiah dan  Azizah pergi kemasjid bersama-sama. Mereka cuba memenuhi 40 waktu bersembahyang diMasjid Nabawi. Walaupu setiap kali kemasjid NorIza dan Siti Khadijah serta dua lagi rakan ya yang lain akan pergi bersama, tetapi tidak waktu mereka membeli belah.



“Kak Ngah Katy nak pergi shopping lepas minum pagi ni akak nak ikut ke?”

“Boleh juga”.



            Mereka bertiga berjalan di bawah deretan bangunan hotel terdapat kedai-kedai kecil dan besar yang menjual pelbagai barangan dari seluruh pelusuk dunia. Dari harga murah sehingga yang mahal, semuanya ada. Jika tidak mampu mengawal nafsu, semua barang hendak dibeli.  Tetapi hanya sekali sahaja Noriza mengikuti Katy suami isteri pergi membeli belah ketika diMadinah..Entahlah hati NorIza tasa tersentuh bila mendengar kata-kata bhekas birasnya Siti Khadijah.

“Kak apa tak beli..pegang-pegang kemudian tak beli. Akak tak cukup duit ke??. Kenapa tak minta duit kat anak-anak sebelum pergi hari tu. Ni dah sampai sini kalau tak beli rugi saja”. Ketika itu NorIza hanya tersenyum mendengar Khadijah bercelotih tentang dirinya. Sedangkan Khadijah sudah penuh tanganya dengan barangan yang dibeli. Itu tidak lagi dipandang tangan Mohd Noh yang jadi tukang bawa barang. NorIza melihat setiap kali Khadijah menghulur bag plastic ketanganya.. Mohd Noh hanya mengelengkan kepala saja. Ketika  berjalanan pulang sekali Khadijah mempersoalkan sikap bekas birasnya yang hanya membeli sedikit sahaja barang..

“Tak guna akak ikut kami kalau tak beli macam ni. Buat penat badan saja baik duduk kat bilik tidur ke”. Juga NorIza hanya tersenyum. Didalam hatinya terus berSELAWAT. Tidak guna berbalas kata nanti ditakuti ada perkataan yang akan menguris hati salah seorang dari mereka. Ketika kita dibumi yang menjadi tapak kehidupan Junjungan Besar Nabi Muhammad seeloknya banyakkan berselawat keatas Nabi itulah ajaran ketika mereka mengikuti kursus haji tempuh hari..

            Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

 Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani (Mak teh ambil ni dari 30 FADHILAT DAN KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMAD S.A.W)

 Bila melihat isterinya hendak membuka mulutnya lagi dia ditegah oleh suaminya dengan bersuara keras.

“Sudah lah Tijah..dah jangan nak membebel..bebel awak tu sepatutnya awak simpan kalau kat sini. Cuba ubah sikit diri awak tu. Kita ni kat Madinah tempat yang mulia sepatutnya tingkah kita jadi mulia juga. Banyakkan berselawat. Kan hari ustaz cakap kalau nak syaafaat nabi kat akhirat nanti banyakkan berselawat keatas nya. Baik mulut kita ni penat dengan berselawat atau berzikir dari menceceh yang tidak-tidak.”

“Katy buka apa hanya nak ingtkan kak ngah saja, nanti menyesal bila tak beli. Mana tahu anak-anak ada mengirim barang.. lagi pun tak kan tak nak membelikan akak-anak sebagai kenganan nanti”.

“Tak apalah mungkin kak ngah nak beli kat Mekkah. Ye kak.. akak nak beli masa kat Mekkah”.

“Haah Katy Uda. Tak apalah nanti-nanti  akak beli lah. Tapi tadi akak memang tak terniat nak beli barang-barang..akak hanya nak tenguk-tenguk sahaja dulu. Nantilah kalau teringin, akak belilah sambil lalu balik dari masjid pun boleh menyinggah. Dah tahu tempatnya senang saja kita menyinggahkan.” Yang sebentulnya NorIza melihat ada riak cemburu diwajah Khadijah bila suaminya bertanya atau berbual-bual dengan dirinya. Kerana tidak selesa dengan pandangan sinis Khadijah, NorIza membeli sedikit sekadar untuk dijadikan buah tangan sahaja. Didalam hatinya dia akan kesitu lagi bersama kawan-kawanya yang lain.

          Setelah NorIza naik kebilik, tinggal Mohd Noh dan isterinya dilobi hotel. Khadijah meminta suaminya menemaninya duduk sekejap disitu penat katanya. Tetapi yang sebenaryan dia mahu meluahkan rasa tidak puas hatinya bila ditegur tadi.

“Bang kenapa sejak dulu lagi Katy tenguk abang sayang sangat dengan kak ngah. Abang memang ada hati dengan dia ke?”.Terkeluar dibibir rasa cemburu Khadijah yang tersimpan selama ini.

“Allah Tijaah kenapa sikap cemburu awak bawa sampai kesini..Dia tukan bekas  kak ipar abang. Salah ke abang sayang dia kerana dia bekas kak ipar abang. Dia jadi balu kerana suaminya meninggal. Abang hanya kesian dia kerana dia dah lahirkan anak-anak saudara abang. Mereka darah daging abang sama macam anak-anak  abang tau.”

“Eleeh sayang kerana kakak  ipar konon entah-entah kat hati abang tu ada niat nak jadikan dia tu isteri abang tak”.

“Dah lah Tijah cakap dengan awak ni tak guna..nanti didengar dek orang tak elok.  Kita kesini bukan nak bergaduh dan nak bawa cemburu awak tu. Kita kesini  nak beribadat. Dahlaaah..Jom kita naik berihat, tak lama lagi kita nak bersiap nak pergi masjid lagi. Lambat sikit kang masjid penuh.” Mohd Noh bangun hendak naik kebiliknya namun tanganya dicapai oleh isterinya yang belum berpuas hati hendak mendengar jawapan dari suaminya.

“Bang!! betulkan abang ada hati dengan kak ngah. Cakaplah bang betulkan abang ada niat nak jadikan kak ngah tu isteri abang?”

“Tijaah jangan berdetik kat hati awak tu macam tu. Awak sebut sahaja dah jadi doa tau. Kat sini bumi mulia kalau terdetik sahaja kata hati kita Allah akan kabulkan.”

“Jadi betullah abang ada niat nak kahwin dengan kak ngah??”.

“Abang tak pernah terniat kesitu pun. Ada abang cakap. Dahlaah jom kita naik dapat rehat sekejap jadilah. Abang nak lelap sekejap nanti taklah mengantuk bila kita tunggu masuk waktu. Jooom”. Ajak  Mohd Noh lagi bila melihatnya isterinya tetap duduk walaupun dia sudah melangkah selangkah. Hendak menghulur tangan kedua tangan sudah penuh dengan beg plastic. Didalam hati Mohd Noh beristifar berulang kali meminta kesabaran dari Allah untuk menagani tingkah isterinya yang sangat mencabar kesabaranya.

            NorIza  menyedari ada rasa tidak senang dilihat pada wajah bekas birasnya, jadi dia cepat-cepat menyedarkan diri dia akan mencari alasan bila Mohd Noh atau pun isterinya mengajaknya membeli belah. Boleh dikatakan setiap hari Khadijah suami isteri keluar mencari barang-barang untuk dibawa pulang.  Bagi NorIza dia juga ingin membeli belah untuk anak menantu dan cucunya sebagai kenangan selama 8 hari dirinya di bumi Haramain itu. NorIza berusha mencari kawan lain yang tiada membawa pasangan didalam kumpulan mereka. Mereka menjelajahi  diserata deretan kedai yang terdapat disekeliling kawasan masjid Nabawi..

         Selepas bersarapan sekali lagi pasangan Siti Khadijah hendak keluar membeli belah. Dia bersiap-siap sambil itu untuk tidak ketara akan sikapnya yang tidak menyenangi birasnya Siti Khadijah bertanya..bak kata orang ajak-ajak ayam…

“Kak ngah kitaorang nak pergi shopping lagi akak nak ikut ke?”

“Tak lah Katy  akak rasa mengantuk pula hari ni. Lagi pun akak dan janji dengan kak Salamiah dan Zizah nak berjalan lepas dapat tidur sekejap ni.”

“Ehh kak Sal tak keluar dengan Abang Man ke?”.

“Tak katanya..” Ketika itu NorIza sudah dibawah selimut kerana kedinginan. Pada NorIza suasanya diMadinah sejuk baginya. Sememangnya dia mengantuk..Ialah mereka pergi kepasjid untuk solat subuh pukul 2 atau 3 tiga pagi. Jika tidak awal mereka tidak akan mendapat tempat didalam masjid.

“Kalau macam tu Katy pergi dengan Uda saja lah. Kami nak minum dulu ni”.

“Ialah akak dah minum, nak tidur sekejap” Pulang dari masjid tadi NorIza terus menjerang air untuk minum paginya dia minum sendirian sementara tiga lagi rakan sebilik bersama pasangan masing-masing. NorIza menarik selimut hingga menutupi hidungnya dan mula menutup mata.

         Tidak lama Katy pergi, kak Salamiah masuk kebilik bersama Azizah. Yang sebenarnya mereka minum bersama pasangan masing-masing dikedai. Untuk NorIza pula dia lebih suka minum sendirian dibilik dengan bekalan minuman ringan yang dibekalkan oleh pihak Tabung Haji. Dia hanya membeli roti 6 biji satu rial (roti kecil yang panjang sejengkal) dideretan kedai di bahagian bawah hotel untuk minum paginya..Dia tidak mahu menggangu suasana orang yang mempunyai pasangan. Kedengaran dua rakan sebilik memberi salam ketika membuka pintu dan masuk.

“Ehh Zah jadi ke kita nak keluar ni. Berselimut pula dia ni baru sejuk sikit dah tak tahan kawan kita ni. Ni belum lagi pergi negeri sejuk”. Terus sahaja NorIza membuka mata..

“Ehh pergilah apa pula tak jadi. Izah tunggu sampai mimpi- mimpi dah pergi kedai ni”.

“Kalau macam tu cepatlah siap. Siap-siap ambil wudu’ ye kita singgah masjid Nabawi. Kita pergi RAUDAH hari ni. Semalam kita tak dapat masuk.. Esok kita dah nak pergi ziarah. Setiap hari orang makin ramai, nanti makin susah kita nak masuk. Sambil berjalan nanti berselawat dan doa supaya mudah kita masuk keRaudah.” Cepat sahaja NorIza terjun dari katil untuk bersiap. Dia menuju kebilik air untuk membersihkan diri dan berwudu’. Dia teruja mahu keRaudah.



          Waktu ziarah untuk kaum wanita ke Raudhah adalah terhad berbanding dengan kaum lelaki. Waktu masuk ke Raudhah untuk jemaah wanita adalah pada selepas solat Subuh, selepas solat Zohor dan selepas solat Isyak.  Kemudian mereka akan di kumpulkan dilokasi berkumpul sebelum dibenarkan masuk. Mereka akan ditempatlkan  di dalam kawasan berpagar 'Women without children' di dalam kawasan solat jemaah wanita. Kebiasaannya jemaah wanita akan diminta berkumpul mengikut negara masing-masing sebelum dilepaskan masuk ke dalam Raudhah secara berkumpulan.

         Walaupun pihak masjid cuba mengatur kemasukan jemaah, hakikatnya terlalu ramai yang ingin masuk dan keadaan akan menjadi terlalu berasak-asak sehinggakan amat sukar untuk mencari ruang untuk sujud sebentar. Mereka tidak dibenarkan berdoa terlalu lama diRaudah. Semasa menunggu giliran masuk ada pembimbing yang akan memberi tazkirah. Jemaaah Malaysia/Indonesia dikumpulkan dalam kumpulan yang sama dan meruapakan kumpulan terakhir masuk kerana tahap kesabaran orang kita yang lebih tinggi.

“Semalam uztazah bawa kita selepas zohor orang dah padat sangat itu yang  yang tak dapat kita mencelah, hari ni In Syaa Allah baru pukul 730 ni. Jomlah. Zah kak Sal.. tak perasan Izah dah tunggu depan pintu”.

“Semuanya dah ada wudu’ ye.  Nanti sampai kita solat sunat Duha  kemudian barulah berdoa. Orang perempun masuk keRaudah ada masanya. Sekarang ni masa untuk wanita cepatlah.” Nasihat Kak Salamiah yang telah mempunyai pengalaman. Dia sudah pernah menunaikan haji lima tahun dulu, haji kali ini merupakan hajinya yang kedua.

                 Perancangan spontan pagi itu, sekitar jam 7.30 pagi tiga rakan sebilik sama-sama bergerak menuju keMasjid Nabawi. Niat dipasang didalam hati  mahu sedaya upaya memasuki  Raudhah. Sampai dimasjid Nabawi mereka masuk melalui pintu masuk untuk Jemaah wanita. Mereka terus berjalan, ke satu ruang di mana orang ramai sedang bersesak-sesak cuba memasukinya..Disatu tempat mereka dikehendaki berhenti dan duduk menunggu. Rupanya masuk keRaudah mengikut kumpulan. Mereka bertiga dimasukkan dalam kupulan Jemaah dari Indonesia. Akhirnya tibalah giliran mereka pula masuk. Kelihatan orang ramai berebut-rebut dan bersesak-sesak untuk solat dan berdoa. Memandangkan di Raudhah ini merupakan antara lokasi yang mustajab untuk kita berdoa dan memohon sesuatu daripada yang Maha Pencipta jadi dikesempatan yang ada semua Jemaah mengambil peluang.

           Saiz Raudhah ini tidaklah besar. Anggaran kasar ianya lebih kurang sebesar saiz court badminton sahaja. Jadi bayangkanlah betapa sesaknya ia dengan manusia yang tidak henti-henti mengunjunginya. Di sini juga kita dapat melihat pelbagai sifat dan warna manusia yang mencari keredaan Allah.

                   Dengan azam yang bersungguh akhirnya mereka dapat menyempurnakan solat sunat diRaudah. Selepas selesai berdoa kesejahteraan dunia dan akhirat untuk keluarga. Seperti yang dinasihgati oleh kak Salamiah tadi mereka berdoa semasa sujud. Kerana jika berdoa ketika duduk mereka akan cepat dihalau keluar oleh para petugas. Setelah selesai solat dan berdoa mereka bangun dan mula kembali bergerak. Keadaan masih terlalu sesak dengan manusia.  Terasa begitu lega dan indah perasaan mereka keluar dari kawasan Raudah.

Ketika dalam perjalanan keluar dari masjid NorIza bertanya kepada kak Salamiah.

“Kak Sal katanya dekat Raudah terletaknya makam Nabi kita tak boleh ke berziarah makam Nabi sekali”.



“Memang tak jauh dari Raudah tadi Makam Nabi terletak. Tetapi Jemaah wanita tak boleh masuik kawasan tu sebab Makam Nabi dalam kawasan solat untuk Jemaah lelaki. Tapi kalau kita nak berselawat keatas Nabi kat mana-mana pun boleh. Sebab sudah memang Allah sediakan malaikat untuk menyampaikan selawat kita kepada Rasulullah.. Jadi jangan segan silu untuk berselawat banyak-banyak walau pun kita kat Malaysia.”



“Habis ada setengah orang bila ada orang nak keMekkah pesan minta sampaikan salam mereka tu pada Nabi Muhammad. Macam mana tu. Zi ni pun ramai kawan-kawan kirim salam pada Nabi Muhammad.”

“Entahlah akak dulu pernah dengar salam untuk Rasulullah ni selawat dialah. Jadi katanya tak payahlah kita kirim salam. Baca sahaja selawat nabi itulah salam untuk nabi Muhammad kita, para malaikat yang ditugaskan akan menyampaikan kepadanya.” Ketika diluar masjid Salamiah menunjukkan kedudukan makam nabi.



“Haa tu nampak tak kubah yang  berwarna hijau tu ..Makam Rasulullah SAW ditempatkan di dalam sebuah kawasan yang mempunyai kubah berwarna hijau tak jauh dari kawasan Raudhah”. Pulang dari berziarah keRaudah mereka menyinggah untuk membeli belah pula. NorIza membeli ala kadar sahaja. Baginya jubbah-jubah wanita disitu tidak jauh bezanya yang boleh didapati di Nilai 3. Noriza hanya membeli jugah untuk menantu dan anak lelakinya sahaja. Kerana jubbah untuk lelaki agak sukar didapati diMalaysia. Kak Salamiah juga tidak membeli banyak barang bila ditanya oleh Azizah

“ Kak Sal tak beli, akak nak pergi beli dengan abang Man ke?”.

“Akak nak beli masa kat Mekah nanti. Kat sana ada juga”.



“Kat Mekkah lagi murah ke kak”.

“Tak lah murah lebih kurang sama saja. Tapi yang sebetulnya jubbah-jubah Arab ni dah banyak jual kat Malaysia aka rasa lebih murah harganya. Cuba tenguk lebelnya tu Jubah buatan dari Cina dan Indiakan. Itulah yang malas akak nak beli.  Anak akak dah pandai beli sendiri”. NorIza hanya mendengar hatinya mengiakan kata-kata kak Salamiah. Sememangnya jubbah-jubah itu banyak kedapatan diNilai 3, dia melihatnya ketika keNilai 3 membeli bunga pahar untuk dihadiahkan kepada Sarah dihari sandingnya dulu.









3 comments:

  1. Wahhh..dah ada cite baru..
    Mekasih mak teh...
    Cuma nak betulkan sikit yg part si tijah pakai barang kemas anak saudaranya tu sbb nak ngelakkan bayar zakat...
    Sebenarnya salah pemikiran si tijah tu..
    Dah biasa saya dgr org ckp pakai sbb x mau baya zakat..
    Sebenarnya zakat dikira pada berat emas tu...
    Katakan lah walaupn barang kemas di pakai di badan tp melebihi berat untuk dikenakan zakat..
    Si pemakai mmg kena membayar zakat...

    ReplyDelete
  2. Alahai Mak Tijah ni dibawaknya sikap tak semengah kat Mekah pulak. Kesian Puan Noriza terpaksa menahan sabar. Bagus puan Noriza. Alahai mak teh.. rasa macam Pak Uda pun boleh jatuh kasih pada bekas kakak ipar dia kalau begini perangai cemburu Mak Cik Tijah tu. Tabik spring kat mak teh. Sayang mak teh.

    ReplyDelete
  3. Pasal zakat tu trimaksih krna membritahu. Pasal skap kta itu kdng2 bla diMakkah atau diMadinah memeng trkluar bila disana. Jdi hti2 sblum prgi tu buatlah solat taubat dn brdoa bnyak2 minta dijuhkan perkara buruk dan perbuatan keji.

    ReplyDelete