~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 11 November 2014

Bab 60 Tidak ku tahu kasih bermula,





Sudah hamper sebulan Emil menjadi isteri cikgu Latif semula. Dia juga sudah berpindah duduk dirumah suaminya. Walaupun tempat mengajarnya masih disekolah yang sama. Dia berulang alik dari rumah suaminya kesekolah untuk mengajar walaupun agak jauh sedikit. Buat sementara Uwias bercuti dia yang menjandi pemandu mama nya. Tetapi yang paling genbira adalah Uwais.Terasa sempurna kehidupanya kerana mempunyai keluarga yang lengkap, dia mempunyai seorang nenek , tiga orang adik, seorang lelaki dan dua orang perempuan. Sesuatu yang paling nanti dalam hidupnya penyatuan papa dan mamanya hidup didalam satu bumbung. Terasa begitu cepat masa berlalu, esok dia sudah akan kembali meyambung tugasnya sebagai jurutera disebuah kapal di perairan  Sabah.

Kehidupan Emil seperti isteri-isteri yang lain juga dia menjalankan  tanggung wab seorang wanita sebagi isteri dan suri rumah tangga dengan baik dan sempurna. Dia mengikuti segala nasihat mak ngah merangkap ibutirinya setelah dia diIjab Kabulkan hamper sebulan  yang lalu. Disematkan nasihat seorang ibu dihatinya dengan teguh.

“Mel..sekaran g Emil dah jadi Isteri Latif semula. Dalam Islam tiada istilah kahwin paksa. Walaupun mak ngah tahu Emil menerima Latif dengan tak sepenuh rasa, mungkin Emil menerima hanya kerana permintaan anak sahaja, tapi kalau dah kita menandatangai borang setuju nikah.. ertinya kita setuju dinikah kan.Terucap sahaja lafaz Ijab dan Qbul diri kita adalah milik suami dan tanggu jawab seorang isteri wajib ditunaikan. Kita nikah ni pun mencari pahala kerana itu sunnah nabi yang mewajibkan umatnya yang berkemampuan bernikah. Dan setiap kali kita mejalankan tanggungjawab kita,  kita diberi ganjaran pahala oleh Allah dan setiap kali kita menolak tanggungjawab kita mendapat dosa. Jadi tunaikan tanggung jawab kita dengan redha.  Jika kita redha dan tak memikir perkara lalu In Syaa Allah..Allah akan bagi kita rasa bahagia”.

“Terima kasih mak ngah kerana mengingatkan Emil. Terima kasih sangat-sangat. Emil bersyukur mak nagh jadi emak Emil, kalau takEmil tak dapat rasa bahagia menjadi seorang ibu dan isteri.”

“Sama-sama..Mel. Kita ni sering ingat mengingat, lebih-lebih lagi ayah dah tak ada..kita memang memerlukan antara satu sama lain.”.


Sudah dua minggu  pernikahan Emil kali keduanya bersama cikgu Latif,  Emil berulang alik dari rumah suaminya kesekolah dimana dia mengajar. Melihat keadaan anak menantu Hajjah Rabiah merasa kesihan, dia cuba memberi buah fikiran untuk memudahkan  menantu yang dahulunya dibenci. Hari itu hari cuti hujung minggu melihat Emil tekun didapur menyediakan makan tengahari mereka, Hajjah Rabiah duduk juga didapur duduk menemani sambil berbual-bual. Dihati ingin mencari keserasian antara dirinya dengan menantu. Dia sedar mereka dulu tidak serapat mana. Entah mengapa hati sentiasa mahu mencari kelemahan Emil dulu, bila merasakan menantu kekok dengan keadaan rumah mereka, dia semakin menjauhkan diri dari beramah mesra kepada wanita yang baru memasuki kalangan keluarga mereka. Kerana sikapnyalah menjadi salah satu sebab mengapa Emil tidak suka duduk dirumahnya dulu. Tetapi sekarang ini dia mahu mengubah tingkah lakunya agar wanita pilihan anaknya merasa selesa duduk bersamanya.

“Mel kesian mak tenguk kamu berulang alik pergi mengajar, kalau kamu penat berulang alik.. duduklah rumah arwah ayah Emil tu, biar Latif pula yang berulang kesini, dia lelaki tak apa.”.

“Tak apa mak..Emil duduk sahaja, kadang-kadang Emil lelap kata bangku sebelah tu mak (maksud tempat duduk sebelah pemandu)”.

“Sekarang tak apalah Uwais boleh hantar kamu, se minggu lagi dia dah nak naik kapal, kamu memandu sorang. Emak yang sesekali pergi pun terasa penat ni kan pula kamu yang akan hari-hari”.

“Masa Uwais naik kapal, Emil dah rasa biasa dengan perjalan itu mak tak apalah. Hanya Emil kesian mak, hari-hari kena makan lauk semalam macam ni”. Rutin Emil sekarang waktu  memasak makan malam mereka dia akan melebihkan sedikit untuk emaknya makan tengahari keesokkan harinya, waktu itu dia disekolah menjalankan tugasnya mengajar anak-anak muridnya.

“Tak apa Mel, emak kalau dah sorang pun bukan lalu sangat nak makan, makan untuk alas perut sahaja. Tapi mulai dari Isnin depan ni, mak rasa nak puasa sunat lah Mel. Kamu tulah tak penat ke balik mengajar berkejar pula masak.”

“Dah terbiasa mak..duduk dengan mak ngah hari-hari Emil masak, mak ngah  tak suka makan lauk kedai. Dulu masa mula-mula duduk dengan dia, Emil beli juga, tapi hanya Emil sorang yang makan lauk yang Emil beli, sudahnya lauk terbuang sahaja bila tak habis, rasa membazir sangat. Akhirnya Emil ikut apa yang mak ngah makan.Tapi mak ngah tu senang tak berkira makan, gorengkan telur lepas tu makan dengan kicap yang hiriskan cilia pi dan bawang merah pun jadi. Kadang-kadang ikan bilis mentah dijodohkan dengan hirisan bawang dan cili api  dan kicap pun boleh sahaja dia makan..janji jangan lauk kedai mak. Tekak Emil nilah yang tak berapa nak jalan kalau lauk macam tu”. Ada segaris senyum dibibirnya bila mengenangkan cerewet diri sendiri.  Ketika itu dia sedang mengacau kuah kari diatas dapur. Dia tidak menyangka boleh berbual dengan emak mertuanya..dulu keserasian mereka entah dimana, bila emak mertuanya menjauhkan diri darinya dia juga tidak cuba untuk menghampiri atau mencari kemesraan mereka.  Ketika mula menjadi menantunya dulu, rasanya tidak pernah mereka duduk berbual-bual. Perkataan mereka ynga keluar jika perlu sahaja.

“Kenapa dia macam tu, mungkin dah terbiasa dia berjimat dari muda, kan dia tu balu dulunya.”.

“Ia mak, masa arwah pak ngah suaminya meninggal anak-anaknya semuanya masih bersekolah lagi..belum ada yang bekerja.  Untuk menampung kehidupan mereka, dia bekerja digerai makan kat pekan tu. Bila makan yang dijual tak habis tuan kedai bagi dia bawa balik. Dik terlalu biasa dia kata dia jemu makan lauk kedai”.

“Tapi itu dah lama dulu.sekarang ni takkan dia jemu lagi”.

“Bila anak-anak dah besar kadang-kadang anak ajak dia makan kat kedai tapi biasanya lepas makan dia pening kepala pula..mungkin makanan tu terlalu banyak dibubuh bahan perasa agaknya. Sekarang Emil pula, agaknya dah biasa kita makan kat rumah, bila sesekali makan lauk kedai Emil jadi loya”..Emil sekarang sudah terbiasa memasak untuk makan mereka sekeluarga. Dulu bila dia serumah dengan Hajjah NorIza dia tidak suka makan makanan dikedai. Setelah lama mereka mendiamkan diri tiba-tiba Hajjah Rabiah teringat rancangan mereka dulu..

“Mel..kita kata hari tu, lepas majlis kamu dengan Latif, kita nak bincang hal Uwais pula. Kamu dah tanya siapa calonnya, anak siapa.. kalau dah tahu  bolehlah kita pergi merisik. Uwais pun dah besar panjang, memang dah boleh sangat dia berumah tangga. Kalau lanjut sangat usia ni, takut dia dah sedap duduk sorang  langsung dia tak terfikir nak kahwin. Ni lagi berapa hari dia duduk kat darat ni, tak lama lagi dah nak naik kapal pula..cubalah kamu tanyakan.”.

“Ia tak ia kan mak, nantilah Emil tanya dia.”.

Malam itu usai solat Isyak Uwais menyelinap keluar rumah. Dia duduk dibawah pokok rambutan. Dia memandang kelangit kelihatan bintang bertaburan  seakan-akan mengelilingi bulan yang suram cahayanya. Jika di atas kapal dia juga begitu, suka memandang ke langit melihat bulan mengambang dan bintang bertaburan sungguh indah menenangkan minda, apa tah lagi sekarang apa yang dihajati sudah tercapai. Mama dan papanya sudah duduk sebumbung. Emil menjenguk keluar rumah dia melihat anaknya  seakan termenung. Ia ke termenung kalau dah sorang diri tentu sahaja dia diam. Perlahan Emil menghampiri anaknya.

“Abang fikir apa duduk seorang-sorang kat luar rumah ni..siap pasang ubat nyamuk lagi ni”. Memang benar sengaja Uwais membeli sekotak ubat nyamuk dan diletakkan di tepi  rumah, setiap kali dia pulang kerumah papanya dia suka duduk diluar rumah diwaktu malam, untuk menikmati angin yng menghembus  segar.

“Saja abang suka duduk sini segar rasanya angin malam kat kampong kan ma. Sekejap sangat rasanya cuti bulan ni..lusa abang dah naik kapal semula emm”.

“Ehh lusa ke abang balik..rasanya sekejap betul pula cuti abang kali ni”.

“Betul lah ma..dah 28 hari abang cuti. Diaorang pun dah booking kan tiket untuk abang”.

“Haah betul kata abang memang rasa sekejap sangat cuti abang kali ni..bang!! abang lupa ke janji abang dengan mama”.

“Janji apa ma..ada ke abang berjanji dengan mama.”

“Abang memang macam ni kan selalu nak main-main kan mama”.

“Betul ma..abang tak ingat apa janji abang pada mama, cuba mama ingatkan abang betul-betul lupa ni”.

“Janji abang nak bagi calon isteri pada mama..cakaplah biar mama pergi risikkan..bulan satu lagi abang balik terus bertunang..cakaplah  siapa dia”.

“Abang memang tak ada calon lagi ma..macam mana abang nak kenalkan dengan mama..abang ni mana sempat nak cari mak we ma”.

“Habis macam mana mama nak pergi merisik dan kemudian pergi meminang.. abang suka ugut-ugut mama, tipu mama macam ni..mama tak suka”.

“Tapi mememang betul abang tak ada calon lagi ma..nantilah.. mama bagi abang masa abang cari dulu”.

“Sampai bila yang mama nak tunggu,  kalau baru nak mencari..masa kat Universiti dulu tak ada ke orang yang abang berkenan”.

“Entahlah ma..rasanya tak ada seorang perempuan pun bila abang pandang jantung abang jadi berdebar dan mata abang jadi tak berkelip pandang dia.. ha..ha..ha” Gelak jahat Uwais mengenakan mamanya. Tapi tingkahnya mengakibatkan pahanya ditampar kuat oleh mamanya.

“Abang!! Jangan main-main dengan mama mama serius ni”. Emil jadi naik angin bila dipermainkan oleh anak.

“Ok.ma ok ma. Maaa janganlah marah,  memang abang tak ada calon lagi. Abang cakap hari tu kalau mama nikah dengan papa baru abang cari calun tak betul ke, ni abang memang belum sempat lagi nak mencari. Ma! apa kata kalau mama yang carikan untuk abang”.

“mana mama tahu abang nak gadis yang macam mana, yang putih ke yang hitam manis ke..nak yang tinggi ke nak rendah ke”.

“Tak apa mama pilih sahaja..kalau mama berkenan abang  pun berkenan”.

“Mana boleh macam tu abang. Abang yang nak pandang seumur hidup nanti.. abang. Mana tahu  cantik kat mata mama tapi tak cantik kat mata abang..bila dah kahwin susah..nak memaksa hati berkenan”.

“Tak ma.. abang ni tak kisah kalau mama suka abang pun suka.. kalau gadis buta yang mama pinangkan pun abang terima.. kalau gadis tu mama suka”.

“Jangan cakamp macam tu bang..kadang-kadang kata-kata kita menjadi doa..apa pula mama pinangkan gadis buta pula”.

“Bukan abang berdoa nak gadis buta untuk dijadikan isteri abang, tapi abang nak bayangkan yang abang tak kisah.. janji mama suka dia”.

“Dahlah bang menyampah mama cakap dengan abang ni”. Geram Emil dengan anaknya, dia mula mengangkat punggung masuk kerumah. Dia mahu mencari jalan bersama suaminya bagai mana mahu  memaksa anaknya bernikah. Sebelum tiba di ambang pintu Uwais melontarkan suaranya.

“Betul ma..siapa pun pilihan mama abang terima..carikanlah untuk abang ma” Kedengaran bersungguh suara anaknya memberi kebenaran untuk dia memilih calon menantu.

Tiga hari selepas Uwais pulang ketempat kerjanya Emil mula menghubungi sahabat baik anaknya merangkakap anak tirinya juga.

“Assalamualikum..apa khabar dik..teruk tak Huda mabuk”.

“Walaikumsalam ma..baik ma..teruk juga tak boleh makan nasi..makan nasi sahaja mahu setengah hari dia muntah. Dia kata masuk sahaja nasi dalam mulut dia tekak dia rasa kembang mula lah dia termuntah-muntah.”

“Habis apa yang boleh dia makan”.

“Semuanya boleh ma kecuali nasi sahaja ma”. Isteri Ahmad Sofian baru disahkan mengandung hamir tiga minggu . Tetapi alahan mengadungnya agak teruk..dia alah dengan nasi.

“Ha kalau macam tu suruh dia makan mee hoon atau pun kue tiau..mehoon dan kue tiau ni kan dibuat dari beras..makan sikit-sikit. Kalau rasa lapar makan sikit tapi kena kerap lah”.

“Oh ye ma, adik tak terfikir pun macam tu..terima kasih ma. Adik sebetul kesian tenguk dia tu..letih sahaja dia mengadu perutnya lapar tapi tak boleh nak makan. Dah lah kat sekolah nak mengadap anak murid mencabar betul kata dia”.

“Biasalah budak-budah tengah nak naik dik, memang macam tulah.. itulah cabaran kita menjadi seorang guru.Dek untuk Huda kalau adik beli mehoon tu cuba belikan mehoon sup..  sebab sup ni biasanya tak banyak minyak sangat..kot sesuai dengan selera dia.” Setelah lama mereka bercerita terus Emil ketajuk yang mahu ditanyakan kepada anak tirinya.

“Dik! Ada tak Uwais cerita tentang girlfriend dia pada adik”.

“Tak ada ma, dari zaman sekolah sampai Universiti dan sampailah kami kerja ni dia tak pernah nama perempuan yang boleh diketegorikan dia suka, pernah juga adik tanya dulu dia kata dia takut nak ada kawan perempuan”.

“Kenapa pula takut.. dia tak jantan ke”.

“Hiss mama ni..cakap tukan doa, kalau betul, nanti mama menangis tak berlagu, mama tak ada cucu”.

“Apa pula mama tak ada cucu, anak along dah dua, anak angah dah satu, alang tunggu dua tiga bulan sahaja lagi dan adik pun dah tak lama lagi..banyak dah cucu mama”.

“Kami ni lain, Uwais tu lain. Anak kandung mama hanya satu ma”.

“Ialah dik itu yang mama risaukan.. Ni mama tanya ni kalau dia dah ada mama nak paksa dia khawin. Mama yang sebetulnya risau, dia macam tak kisah nak kahwin saja. Dia tenguk adik kahwin.. dia buat gitu-gitu saja, macam tak terniat pun nak cari pasangan”.

“Entahlah ma adik pun tak boleh nak teka apa yang ada dalam fikiran dia..yang adik ingat memang dia tak pernah cerita tentang girlfriend dia padam adik”.

“Kenapa abang macam tu dik..Abang pernah kecewa ke, manalah tahu masa zaman sekolah menengah pernah  cinta monyetnya ditolak atau pun pernah tak adik nampak macam dia suka dengan lelaki”.

“Hissy mama jangan sebut macam tu..”

“Taak dik, mama risaukan dia ni dik..sebelum naik kapal hari tu mama tanya dia..dia kata dia nak mama yang cari..mama mana tahu cita rasa dia dik”.

“Ohh kalau macam tu memang betullah tu”.

“Betul apa dik???”.

“Baru adik ingat, dia kata dia tak akan mendidik hatinya suka pada sesiapa pun, dia nak hatinya kosong..jadi bila mama jodohkan dia dengan sesiapa pun.. hati nya dapat menerima dengan senang hati. Dia tak mahu jadi macam papa dia.. yang terpaksa mengikuti susuhan emaknya walau hatinya sangat sayangkan mama. Dia nampak macam mana kehidupan papa setelah mama tinggalkan dia kerana mama tak sanggup dimadu. Itu sebabnya dia berusha nak mama nikah balik dengan papa.”

“Sampai hati abang buat mama macam ni, sekarang baru mama tahu abang memang lebih sayangkan papa dia dari mama. Mama yang sebetulya masih ingat arwah..”

“Maa..ayah  yang pergi biarlah pergi ma..yang sebetulnya percaturan Allah tu Maha hebat. Pada adik mama bercerai dengan papa suatu masa dulu sebab Allah nak mama jadi isteri ayah. Sebab mama wanita yang dapat menerima ayah dan anak-anaknya sekali bukan setakat anak-anak ayah yang mama terima arwah ibu kami pun mama dapat terima. Sepanjang kita duduk serumah kami semua bahagia ma..bukan ayah sahaja yang bahagia…arwah ibu kami pun bahagia juga sebab mama selalu ingat ayah menyedekahkan Yassin dan AlFatihah pada dia. Jadi redhalah dengan apa yang Allah dah tentukan untuk kita.” Cepat sahaja Ahmad Sofian memintas kata-kata mama tirinya sebelum mamanya lebih beremosi.

“In Syaa Allah dik mama berusha..Haa ni kita sambung pasal abang ni..cuba dik bagi mama klu siap-siapa yang mama boleh jodohkan dengn abang ni. Tak kiralah zaman adik dan abang sekolah ke..zaman diUniversiti ke atau zaman sekarang ni.. ada tak rasanya gadis yang boleh kita sesuaikan menjadi pasangan abang”. Kedengaran suara kecewa Emil dihujung talian mengenangkan anak tunggalnya tiada wanita yang mahu dijodohkan padanya.

 “Entah lah ma..adik tak pasti  (lama sofian mendiam kan diri seakan berfikir). Ma!!”

“Haa dah ingat cepat lah cakap”.

“Tapi ni entah ia entahkan tidak.. adik hanya perasan perubahan pada wajah dia saja, abang tak cakap pun dia suka gadis tu..itu pun masa adik cakap adik suka pada Huda dulu.”

“Haa takkan abang suka kat Huda juga??”. Terkejut Emil mendengar penyataan anak tirinya..Uwais juga suka pada gadis yang sudah menjadi milik orang.. milik sahabatnya merangkap adik beradik tirinya pula.


10 comments:

  1. Ada pun bab baru. Tq mak teh.
    Sape nama anak Muaz, Siti Rahmah erk...

    ReplyDelete
  2. Ni mesti anak dara si Muaz tu yg melekat kat hati si Uwais.... hihihi.... teka jer....

    ReplyDelete
  3. Makteh, ceritalah mcm mana perasaan Cg Latif dpt menikah semula dgn Emil. Harap2 Emil dpt memutikkan cinta & kepercayaan kpd Cg Latif semula. Cukup2lah berdendam tu....

    ReplyDelete
  4. Betul tu Cik the....perasaan cikgu Latif dn Emil.....kan ke Emil masih terasa sakit dgn penipuan cikgu Latif.
    Penerimaan anak cikgu Latif mcm man's pulak?
    Uwais tu sukakan anak pak long muaz dia kan.
    -dibah-

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan pendapat di atas. Ceritalah perasaan mereka lepas kembali bersama masih berkecil hati lagikah emil pada cg Haji Latif tuh. Anak2 cg Haji Latif boleh ke terima emil seperti mana anak2 cg nasir?

    k.mid

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak teh tk suka mncritakan kisah rumah tangga yg mempunyai dendam.. dah nikah tidur asing2. atau tidur sebilk namun tidak menunaikan tggung jawab baik suami atau isteri. mak teh tak nak mengajar prbuatan macam tu dibolehkan..tunggu brsedia baru boeh menjadi suami isteri yg sbnarnya. Pernikahan suatu yg dituntut. diberi pahala kita melksana dan dapat dosa jika kita ingkar..bacalah apa yg diperkatakan oleh Hajjah NorIza dlm bab ni sebelah atas..itu kata2 mak teh. Dlm Islam tiada erti kahwin paksa.Klu tak nak cakap tak nak..biar pun senapang gajah diacu dikepala.

      Delete
    2. Bukan maksud tido asing asking me Cik teh...maksud akak bgmana cikgu Latif melafazkn syukur dn syg kpd Emil kerana menerima dia sekali lagi dn bgmana emil terharu dgn pengakuan cikgu Latif. Klu dh berusia ni kahwin tido asing masyaallah. X tau ni ckp. Emil kn dh lembut dn bertimbang rasa.
      -dibah-

      Delete
    3. Yg sebetulnya mak teh tengah pening..macam mana nak karang ayat2 cinta Uwais..dah memang tak pandai..kita dah tua ayat cinta pun dah gersang..tu yg melaut pn. Dibah ooi..lagilah rasa nak cpat habiskan crita ni..sbab abng kat sebelah dah jeling setiap kali kita ketuk keyborad..ialah kerja tngah bnyak dia mengadap kputer..sorry ye salah faham.Mak teh nak sambut menantu lagi awal buln dis 2014 nanti..

      Delete
    4. Tahniah Cik teh nak terima menantu. Awal dismember lagi berapa hari saja lagi. Tentu serabut kepala dgn persiapan.
      APA pun utamakn kluarga Dan urusan majlis yg makin hampir. Cerita ni klu nk pause sementara pun x pe ..lepas majlis nanti sambung.
      -dibah-

      Delete
  6. Pandangan drp perspektif berbeza:
    Saya amat suka mengemas, bila saya stress, saya akan mengemas. Bila mengemas rasanya lupa sekejap stress itu.
    Apa kaitannya dgn makteh (penulis) pulak ni? hahaha... Menulis adalah "passion" @ kegemaran @ hobi makteh. Bila makteh stress di dlm persiapan perkahwinan anak makteh, makteh boleh "release" @ kurangkan stress dgn menulis, ianya berada di luar lingkungan stress. Ia amat meredakan...
    Pendapat & cara saya jer.... hihihi....

    ReplyDelete