~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday 17 November 2014

Bab 61 Tidak ku tahu kasih bermula





“Mama ni..tak sabar sungguh adik tak habis cakap lagi..tak lah dia suka Huda yang dah jadi buah hati adik ni ma”.

“Habis siapa orangnya, cakaplah cepat dik ..adik cakap  slow  sangat, mama tak sabar ni..siapa orang yang adik cakap tu. Cepat mama tahu bolehlah mama buat persiapan pergi merisik pula..macam adik  dulu kan terkocoh-kocoh.”..

“Ialah..ialah  mama ni jangan diingat-ingat ma malu adik.”

“Cepatlah dik..siapa dia”..

“Adik rasa Anak pak long Muaz..ma. Abang yang sebenarnya jarang sangat nak pandang atau cakap dengan perempun, ma dengan anak pak long ni pun adik yang tanya dulu, itu yang dia sebut..”.

“Habis yang sampai tersebut nama nama anak pak long tu kenapa. Haa anak pak long yang mana satu yang pernah abang sebut..anak pak long ada dua perempuan.. kakaknya Siti Rahmah..yang uda namanya Siti Hajar”.

“Haa ada dua? Yang Siti Hajar tu umur berapa?” selidik Ahmad Sofian.

“Rasanya 20 tahun masih belajar lagi..baru masuk Universiti Utara tahun lepas rasanya”.

“Pada pandang mama mana yang abang suka. Ialah takkan mama tak perasan masa raya kalau abang terserempak dengan mereka masa kat rumah atuk. Abang akan terpesona pandang siapa kakak ke adiknya. ”.

“Entahlah dik..yang mama selalu tenguk..si Hajar ni selalu juga cakap-cakap dengan abang..kadang–kadang dia berbincang dengan abang tentang pelajaran tapi dengan yang kakak mama tak pernah pula nampak dia bercakap-cakap. Hanya dulu masa dia baru masuk tingkatan empat abang ada ajar dia. Tapi yang sebenarnya yanag sikakak ni pemalu orangnya. Kalau ada orang datang memang dia memerap kat dapur..tak tahulah dik, mama tak boleh nak teka. Adik rasa abang dengan siapa..nama siapa yang pernah abang sebut atau selalu sebut”.

“Selalu sebut tu tidaklah..tapi masa adik nak kahwin hari tu kami adalah bercerita. Masa itu  adik yang tanya khabar  budak tu, dia tukan sama sekolah dengan kitaorang. Masa tulah adik macam perasan muka abang lain bila tersebut nama budak tu.Tapi bila adik desak dia kata dia tak berani nak suka orang. Dia nak suri hatinya mama yang pilih”.

“’Budak tu’ yang adik cakap tu siapa Siti Rahmah ke Siti Hajar..sebab semua anak-anak pak long Muaz bersekolah di sekolah yang sama dengan adik dan abang tau”.

“Siti Rahmah lah ma..rasanya masa tu yang Siti Hajar belum masuk lagi sekolah kita orang lagi. Kalau tak salah masa tu anak-anak pak long yang adik nampak, Siti Rahmah dan Abdul Aziz sahaja..entahlah ma tapi yang sebetulnya adik tak kenal yang namanya Siti Hajar tu ma”.

“Dik! abang ada cakap ke kenapa abang hanya nak mama pilihkan isteri untuk dia. Kenapa dia tak pilih sendiri ikut cita rasa dia.”.

“Dia kata dia tak mahu jadi macam papanya.Mana tahu pilihan hatinya tak menepati citarasa mama, nanti mama suruh dia kahwin dengan gadis pilihan mama pula.Dia tak sanggup nak luka hati seorang isteri bila dia terpaksa memadukan isterinya. Macam papa..walaupun dia sayang sangat dengan mama tapi dia terpaksa juga ikut kemahuan emaknya, sebab lelaki ni syurganya dibawah tapak kaki emaknya, tak macam perempuan syurga nya dibawah tapak kaki suaminya. Jadi dia kata dia tunggu sahaja mama yang pilihkan untuk dia”.

“Mama mana tahu cita rasa dia nak yang kurus ke..nak yang gemuk ke yang tinggi ke yang kemetot ke. nak yang putih melepak macam Huda tu ke”.

“Ma! Adik tanya ni bukan adik suruh mama suka pada anak pak long tu nak tanya saja..mama suka ke pada anak pak long tu..dia anak sudara mama tentu mama tahu peribadi dia”.

“Mama yang sebetulnya tak kisah siapapun pilihan abang..kalau abang suka dengan gadis lain selain anak pak long pun mama ok. Mama memang tak terfikir mana-mana gadis yang boleh dijodohkan dengan abang. Yang mama kenal rapat dan tahu peribadi dia hanya anak pak long sahaja. Mama ni tak banyak pilihan. Lagi pun kedua-dua anak perempuan pak long tu ok. Mereka dididik dengan baik. Mama tenguk mereka suami isteri tidak melebihkan kasih sayang mereka pada seorang anak sahaja, kasih sayang mereka sama rata.Jadi kedua-duanya memang pandai buat kerja rumah, jaga adik. Tentang tingkah lakunya pula In Syaa Allah..sebab dia terjaga, ayah diakan garang sikit..Pada mama mereka berdua kalau nak dijadikan calon isteri memang ok..tak ada apa yang kurang, dik. Dari segi rupa ok juga..kami ni muka seakan-akan sahaja kan dik..ialah ibu dia tu sepupu mama. Ayah dia pun sepupu mama.”

“Kalau mama dah cakap macam tu, makin pening adik nak pilih kan untuk abang. Semuanya ok..habis macam mana nak pilih ni ma”.

“Hanya pada mama yang paling sesuai dari segi keadaan kakaknyalah tapi..mama takut abang tak serasi dengan dia, sebab yang Siti Rahmah ni pendiam dan pemalu. Abang pun kalau kita tak kenal dia..dia pun pendiam juga kan dik, nanti sunyi sahaja rumah tangga diorang. Abang ni ikut macam papa dia”.

“Haa kalau papa dah pendiam..macam mana rumah tangga mama dulu”.

“Mama ni lain..papa memang pendiam, mama nilah yang macam murai cabut ekor..jadi papa terpaksalah juga bercakap bila dah tak tahan telinga dia mendengar mama membebel. Kalau abang nanti dia dah lah pendiam bini pun pendiam..mama tak boleh nak bayangkan kehidupan mereka bila dah satu rumah nanti.”.

“Yang Siti Hajar ni macam mana pula..dia pendiam juga ke?”

“Haa dia ni ikut macam mama... riuh kalau kami datang memang tak berhenti dia bercakap, dan dia ni tak pemalu macam kakak dia..tapi nak dikira apa yang nak dimalukan kamikan saudara… selalu berjumpa”.

“Ma! pemalu ni bukan kerana selalu jumpa ke tidak, tapi memang dia malu nak jumpa orang, mungkin dia ada rasa kurang pada dirinya itu sebabnya dia malu. Jadi mama suka pada Siti Hajarlah”.

“Tak lah kata mama suka pada si Hajar ni..kalau mama pinangkan Hajar, abang kena tunggu sekurang-kurang tiga tahun lagi..baru boleh nikah. Kalau pun kita nikahkan juga  tentu nak tunggu dia habis belajar juga, baru boleh membina keluarga. Mama rasa serba salah dik..mereka berdua ni ada lebih ada kurangnya. Kalau sikakak pendiam dan pemalu..yang siadik pula masih tak cukup umur.” ha..ha ha duaorang anak berana gelak jahat bila ada yang lucu.

“Mama ni..bukan tak cukup umur ma..tapi tak memenuhi syarat yang membolehkan dia dijadikan isteri orang”.

“Jadi apa padangan adik..Adik rasa abang sesuai dengan  siapa…Siti Rahmah ke Siti Hajar”.

“Sesuai tak sesuainya adik tak tahulah ma..tapi abang tak pernah pula sebut nama Siti Hajar..lagi pun betulah kata mama tu Siti Hajar baru tahun satu.. abang kena tunggu dia habis belajar kalau mama nak kan yang siHajar ni”. Susah juga Emil mahu menentukan calon menantu.Lama juga mereka mendiamkan diri, memberi peluang mereka berfikir untuk kebaikkan Uwais. Akhirnya Ahmad Sofian yang bersuara terlebih dahulu.

“Ma!!Kalau adik biarlah abang kawin dengan kakaknya..nanti tak lah susah abang nak nak bayar bendul..kemudian yang sikakak dah tak ada halangan kalau dia nak membina keluarga..sebab dia dah habis belajar..ehh dia dah mengajar kebelum ma, kata abang hari tu dia tengah tunggu nak dipanggil mengajar kat mana”.

“Dah..dia dah mengajar kat sekolah menengah abang dengan adik dulu tulah..Mama rasa macam tu juga. Bab pendiam dan pemalu ..nanti pandailah abang nak buat macam mana kan.”

Sebelum dia bertanyakan anak bujangnya dia bertanya dahulu pendapat suaminya.

“Bang! Emil nak bincang tentang  jodoh Uwais dengan abang. Hari tu dia janji lepas kita duduk serumah..dia pula nak berumah tangga.”

“Dia dah ada calonnya ke..ada dia cakap anak siapa..abang ok sahaja walau siapa pun pilihan dia.”

“Entahlah tak pasti..yang sebetulnya dia suruh Emil carikan. Emil ada tanya  Pian, Pian kata dia ada sebut-sebut nama anak Muaz yang tua tu. Apa pendapat abang  kalau betul lah dia suka kat anak Muaz tu.”

“ok juga..budaknya pun baik,  bersopan santun pakai tudung. Emil emak sedaranya tentu Emil  lagi kenal dia.”.

“Memanglah kenal anak saudara sendiri.Tapi manalah tahu abang tak suka kahwin sedara”.

“Kalau Uwais suka, abang ok sahaja,..janji budaknya baik. Kalau macam tu kita tanya dia, masa dia balik cuti bulan depan.”.

“Bang, kalau kita pergi merisik dulu tak payah tanya Uwais ok tak”..

“Emil yakin ke yang abang suka dengan kakak.. betulkan budak yang selalu emak ayahnya panggil kakak tu.” Abdul Latif selalu mendengar anak Muaz yang tua digelar  kakak oleh ahli keluarganya.
“Betullah..nama dia Siti Rahmah”.

 “Dah besar rupanya budak tu..abang tenguk dulu dia masih kecil lagi rasanya baru  sekolah  rendah. Mel! Ada  Uwais cakap dia suka kakak, entah-entah Pian tu salah faham..di buatnya Uwais dah ada pilihan sendiri nanti kita pula yang bermasam muka dengan Muaz”.

“Emil tanya Pian, dia kata Uwais ni memang tak ada kawan perempuan, dan jarang sangat nak sebut nama perempuan. Tapi Pian perasan bila mereka tercerita kisah anak Muaz ni Pian kata muka Uwais nampak lain. Itu yang Pian kata mungkin Uwais suka pada kakakni..yang sebenarnya Emil takut Uwais tak kahwin sampai kesudah, itu yang Emil cadangkan kakak ni bila Pian kata rasa abang suka kat kakak..”.

“Mel lain yang macam mana?”.

“Entahlah..Pian kata nampak macam muka abang senyum sahaja..mereka kan rapat tentu Pian boleh agak reaksi muka dia suka ke tak suka”.

“Kalau macam tu kita kena tanya dia dulu..kahwin ni tak boleh nak teka-teka..nanti dia pun susah ..kita pun susah..”.

“Uwais sendiri yang cakap dengan Emil minta Emil carikan..dia kata tak kira siapa.. kalau Emil berkenan dia pun akan berkenan”.

“Emil berkenan lah dengan anak Muaz tu.”

“Emil memang berkenan dengan kakak tu..rajin, pandai jaga adik,  pandai buat kerja rumah..kalau buat kerja dezup-dezup tau..tau siap sahaja kerjanya. Emil selalu tenguk dia kat rumah mak ngah..tak payah suruh bang semuanya dia pandai sendiri.”

“ Tapi Mel, nikah kahwin ni elok kita berbicang dulu cari baik buruknya..apa kata kita tanya pendapat emak macam mana..dia orang tua mungkin ada perkara yang kita tak tahu, tapi emak tahu kita janganlah belakangkan orang tua.. Uwais kan cucu emak juga. Lagi pun nak menikahkan anak dengan saudara dekat ni Mel, elok ke”.

Malam itu..mereka bertiga beranak berbincang tentag jodoh Uwais.

“Mak! Emil rasa nak pinangkan anak sepupu Emil untuk Uwais ok tak mak.Tapi tulah mak, Emil dengan ayahnya sepupu dengan emaknya juga sepupu tak rapat sangat ke hubungan  kekeluarga kami mak.”

“Rasa tidak..kalau sepupu ia sebab anak adik beradik sendiri..ni dah kira dua jenerasi kira dah jauh lah kan Tif”.

“Kalau ikut jenerasi memanglah dua jenerasi, tapi Emil dengan emak ayahnya bersangkut kiri dan kanan mak”.

“Tak kiralah bersangkut kata mana Tif..kalau dah kata  syarak boleh nikah.. bolehlah..hanya kita kadang-kadang ikut sangat cakap orang. Cuba kita tenguk  Siti Fatimah tu kahwin dengan Saidina Ali masa Rasulluah masih hidup lagi. Malah memang Nabi yang nak sangat anaknya kahwin dengan sepupunya tu, yang kita nak beratkan kenapa. Abang ok ke dengan budak  tu. Jangan kita sahaja yang ok dia dah ada pilihan lain.”

“Ikut kata sahabat baiknya abang memang tak ada kawan perempuan dan mungkin abang suka dengan anak Muaz ni”.

“Mungkin..mungkin  macam tak yakin Mel..kena tanya betul-betul”.

“Mak!kata kawan abang ni mak, abang memang tak ada kawan perempuan dan tak pernah nak menyebut nama kawan perempuan dia..yang pernah disebut hanya nama anak sepupu Emil ni sahaja..jadi Emil yakin abang suka kat dua pupu abang ni”.

“Kalau dah kata yakin abang suka dengan budak permpuan tu..jalan sahaja..emak tak kisah siapa pun pilihan abang.. Mel Latif.”

“Kalau  mak kata ok,  apa kata minggu depan kita pergi meminang terus ye mak ”.

“Ehh Emil ni…kita tak perlu tergesa-gesa..takut Uwais tak cukup duit lagi untuk buat persiapan. Dia kan dah keluarkan simpanan dia masa beli rumah arwah ayah. Mana nak cari duit untuk buat hantaran. Perlahan-lahan lah Mel..jangan buat Uwais susah hati kalau dia rasa kita gesa dia. Lagi pun kakak kan baru sahaja kerja..tentu Uwais kena tolong Muaz juga sikit-sikit..anak Muaz yang kerja baru kakak sorang Mel.”Bantah cikgu Latif dengan rancangan isterinya.

“Emak kata hari tu, kena cepat..takut Uwis rasa seronok hidup bujang, dia dah tak fikir nak kahwin pula”.Emil mencari sokongan untuk menegakkan pendapatnya.

“Ia Tif..abang ni umurnya pun dah nak masuk tiga puluh..mak suka juga kalau cepat-cepat. Oh rumah arwah ayah Emil dah jual pada abang, Mel..”

“Ia mak..sebelum ayahmeninggal dia selesaikan semua pusaka yang dia ada,  pada siapa yang nak..tapi hanya untuk anak beranak ayah sahaja. Ayah tak mahu harta yang sedikit menjadi rebutan dan kami bergaduh adik beradik. Kebetulan semua adik-adik Emil dan anak-anak mak ngah tak mahu..jadi abang yang beli rumah dan tanah yang sedikit tu. Duit jualan pusaka tu pun ayah dah bahagi-bahagi mengikut bahagian masing-masing, sebelum dia meninggal lagi”.

“Berapa ribu arwah jual pada abang”.

“Dalam Rm150 ribu lebih mak”.

“Hiss banyak tu..haa ada ke duit abang nak kahwin dengan anak orang ni Tif. Dah lah hari tu duit Tabung Haji emak pun dia yang penuhkan”.

“Kalau tak cukup Emil boleh bantu sikit mak. Emil rasa kalau setakat hantaran 10 ribu dia ada kut”.

“Mel..walau macam mana pun elok kita pergi merisik dulu..takut pula sebelah kakak dah ada yang sangkut dalam hatinya. Nanti terpaksa pula dia terima Uwais”.Cadang cikgu Latif, merasakan wajar mereka bertanya pendapat Uwais dahulu sebelum melangkah lebih jauh.

“Ialah..kita pergi merisik dulu, tanya Muaz anak dara dia yang tua dah ada pilihan hati ke belum. Kalau sah tak ada..kita pinang terus, kita nak tunggu Uwais balik ke bang.”

“Eloklah kita tunggu dia balik..bukan lama pun tinggal dua minggu sahaja lagi dia balik lah”. Akhirnya mengalah juga Emil dengan kata-kata suaminya.

No comments:

Post a Comment