~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 9 November 2014

Bab 59 Tidak ku tahu kasih bermula,






“Apa ceritanya kalau abang berhenti kerja dan kemundian kerja kata darat abang kata abang tak nak kahwin tu pula. Abang jangan nak ugut mama macam tu.. mama tak suka”.

“Ma abang tak ugut mama itu kenyataanya. Kalau abang kerja kat darat berapa ringgit yang abang boleh dapat ma. Sekarang simpanan abang dah kosong, abang kena bayar pinjaman bank dan kereta. Kalau setakat gaji tiga ribu sebulan. susah sikit abang nak kahwin. Ma bayaran kereta abang ada lagi lima tahun lagi Kemudian bayaran bank pula kalau nak dikira dengan gaji tiga ribu sebulan hanya habis kesitu sahaja.Kalau dah habis semuanya barulah abang mula  kumpul duit untuk buat hantaran pula ma.  Mama jangan bimbanglah, hanya dalam waktu terdekat ni sahaja. Kalau abang dapat langsaikan hutang-hutang bank abang.. kemudian hutang dengan mama kemudian projek abang sudah mengeluarkan hasil, masa tu.. In Syaa Allah abang akan cari calon dan kahwin. Bukan abang tak nak kahwin selamanya. Tapi lama sikit sebab dengan gaji tiga ribu nak langsai kan hutang bank dan bayar duit kereta, lepas tu baru dapat kumpul duit nak nikah. Kalau tak macam tu nanti abang lagi susah, lepas kahwin nak bagi anak orang makan pakai lagi. ...tapi tak apalah kan ma, janji abang kahwin”.

“Berapa banyak KEMUDIAN tu bang. Kalau macam tu abang kahwin saja guna duit mama”.

“Maa.. mama nak tanggung abang sekeluarga selamanya ke ma..kalau abang kahwin dengan hutang bank masih bertimbun tak ke abang menambah bayaran ma. Orang yang hidup ni makan dan pakai ma.. kemudian tiap-tiap tahu kalau murah rezeki abang, sorang-sorang akan keluar, kurang-kurangnya pun tiga empat orang yang akan keluar ma. Abang tak nak hanya seorang sahaja anak abang, sunyi macam abang ni.. itu pun nak makan pakai kemudian sekolah. Bukan setakat kemudian.. kemudian lagi ma. Berpuluh kemudian akan bertindan kat bahu abang ni ma, sampai bila mama boleh bantu abang. Jadi abang rancang nak langsaikan hutang dulu..tak lama rasanya lima enam tahun langsailah hutang abang tu. Haa lepas tu baru abang fikir nak kumpul duit hantaran pula”. Jauh rupanya fikiran anaknya.. hidup yang penuh dengan rancangan.

“Tadi abang ada sebut tentang projek..Projek apa yang abang nak buat bang..cuba cerita sikit dengan mama”.

“Kalau abang duduk kat darat…abang nak ushakan tanah atuk tu.. tanam pokok durian pun ok kan ma..kalau masa musim buah, abang juallah buah-buah tu, jadi abang adalah duit tambahan. Dapat untuk bayar duit buku sekolah anak pun cukuplah ok kan ma”. Bibir Uwais terkoyak dengan sengehan. Terasa dia sangat bijak memancing simpati mamanya. Dah sampai ke anak dia berfikir. Biar mamanya membayangkan anak-anaknya nanti tentu mamanya sudah tidak sabar menanti kehadiran anak-anaknya.

“Susah rupanya anak mama. Tanah atuk tu berapa batang sangat yang boleh ditanam dengan pokok durian. Yang dah ada tu lima pokok pun dah padat rasanya bang. Tak kan nak tambah lagi, kat mana pula dahan durian tu nak mencelah mencari cahaya matahari. Nanti pokok tu tak berbuah..abang jual daun durian sahajalah nampaknya..ada ke orang nak makan daun durian bang.” Penat rasa pipi Uwais menahan senyum mendengar suara sedeh mamanya..agaknya lakonannya menjadi.

“Kalau tak boleh tanam lagi, abang jaga sahajalah pokok-pokok tu.. bubuh baja banyak-banyak tentu dia berbuahkan ma. Setiap kita ni perlu merancang. Itulah rancangan abang kalau abang berhenti kerja kat atas kapal ni kemudian cari kerja kat darat. Tapi kalau abang dapat kerja dua tahun lagi kerja kat atas kapal ni In Syaa Allah abang boleh langsaikan hutang-hutang bank dan hutang dengan mama tu”.

“Dengan mama jangan dikira hutang bang..itu mama bagi pada abang. Mama Ikhlas”.

“Tak boleh ma. Bukan sikit duit mama tu, RM 50,000.00 tu. Lagi pun mama belum pergi Mekkah lagi. Abang rasa bersalah kalau sampai abang tak terbayar duit mama tu dan mama tak dapat ke Mekkah” Sedang mereka berbual pintu bilik Emil di buka dari luar. Hajjah NorIza memanggil Emil mungkin perbincangan mereka sudah selesai..

“Mel!! kita siap makan Mel..mak ngah nak ajak Latif dengan emaknya makan sekali sebelum mereka pulang”.

“Ialah mak ngah..Bang! mama nak siapkan makan malam..malam nanti mama call abang”.

“Siapa yang datang ma. Abang dengar nenek ngah sebut nama papa...papa datang dengan nenek ke ma”.

“Hmm….” Uwais sudah menjangkakan nenek dan papanya datang menentukan tarikh…

“Ma! setuju ye ma..abang mengharap sangat ni..setuju ye ma!”.

“Ialah..jangan lupa baca doa dan baca ayat Kursyi dan ayat seribu dinnar ye bang.Kalau angin kuat sangat azan ye bang..  Assalamulaikum!”.

“Walaikumsalam!”
 Entah dimana Emil belajar jika angin kuat atau hujan terlalu lebat dia melaungkan azan memanggil Pencipta Seluruh Alam seakan meminta pertolongan.

Emil ke dapur menghidang makanan yang sudah sedia dimasak oleh Hajjah NorIza. Tidaklah seistimewa mana masakan Hajjah NorIza petang itu hanya lebih banyak sedikit dari biasa. Masak lemak nenas bersama ikan kering talang, goreng berlada ikan sembilang dan kerabu taugeh dan kacang botor. Tetapi bagi perut Emil yang sememangnya sudah lapar sudah terliur melihat masakkan mak ngahnya. Terlupa lagi marahnya pada mak ngahnya tadi sambil menyenduk sambil tercubit-cubit masakkan masuk kemulutnya untuk merasa kononnya. Siap berhidang Emil menjemput tetamu kemeja makan.. Sememangnya dengan masakkan mak ngahnya dia tidak dapat mengawal selera makannya. Di meja makan Hajjah Rabiah yang teruja mahu melanjutkan lagi perbincangan mereka.

“Mel bila boleh  kita adakan majlisnya Mel”. Tanya Hajjah Rabiah tidak sabar mahu mendengar jawapan dari bekas menantu. Emil yang mula menyuap nasi kemulut terhenti suapannya.

“Mak nantilah lah lepas makan kita cakap lagi ye mak. Kita makan dulu. Saya tak boleh nak tenguk masakkan mak ngah ni..tak boleh nak fikir lain dah..Makan Mel”. Mereka meneruskan suapan. Nampak sungguh berselera cikgu Latif makan.

“Tif kamu tak makan ke kat sekolah tadi”. Hajjah Rabih menegur anaknya bila melihat anaknya makan begitu berselera.

“Makan juga mak..tapi lauk mak ngah ni sedap betul. Masak lemak nenas dengan ikan masin ni yang membuka selera”.

Selesai makan mereka menetapkan tarikh dihadapan Emil sendiri.

“Mak tunggulah Uwais balik baru bincang tarikh..”

“Mak rasa macam lambat sangat. Itu pasal emak cepat datang..Uwais balik  seminggu lebih lagi, kita bersiap dari sekaranglah, Latif pun kena pergi pejabat kadi juga nak tempah khadi... Uwais balik sahaja nanti terus nikah. Lepas tu boleh kita bincang tentang jodoh Uwais pula. setuju ye Mel. Mak bimbangkan Uwais, dah masuk 27 tahun umurnya tak pernah dengar dia sebuat pasal perempuan, itu yang emak risaukan.” Melihat emaknya begitu mengesa Emil dan melihat Emil tunduk membisul cikgu Latif mula bersuara. Tapi baru diseru nama bekas isterinya dia kelihatan sedikit terperanjat, tapi keluar juga jawaannya yang diluar jangkaan...

“Emil…”

“Ye..ye.. ye Emil setuju tapi lepas Uwis balik”. Spontan terpacul jawapan setuju. Tadi dikepalanya sedang menimbang kira bahagia si anaknya nan seorang. Yang kedua  sebenarnya dia tersentak mendengar panggilan dari bekas suaminya lalu terlatah itu pula yang keluar dari bibirnya. Kerana malu dia masuk kedapur membasuh pinggan dan berkemas.

 Diruang tamu hanya Hajjah NorIza dan Hajjah Rabiah anak beranak yang berbincang itu dan ini untuk menjayakan majlis itu nanti. Setelah kata persetujuan dia perolehi, Puan Rabiah dan Abdul Latif beransur pulang. Tidak sabar Abdul Latif menunggggu seminggu lebih untuk dia mengikat kembali ikatan halal bersama Emil Atilia.

Hajjah NorIza memasuki ruang dapur ketika Emil sedang mengelap meja makan.

“Mel! Latif kata tadi dia nak bagi hantaran 5 ribu cukup ke?”.

“Ada hantaran juga ke mak ngah..Emil ni dah janda dua kali, umur pun dah simanis 50 tahun mak ngah.”.

“Dah dia nak bagi ambil saja lah”.

“Tak menyusahkan dia ke. Dia kerja sorang anak semuanya masih belajar lagi, tulah dah tua-tua pun masih nak nikah lagi kan susah.” Mengekek Hajjah NorIza mendengar penyataan Emil.

“Kenapa mak ngah ketawa..tak betul ke?”.

“Dah Emil tak makan tua, umur 50 puluh pun masih manis menawan lagi, mana cikgu Latif tak terindu bayangan”.Mengek-ngekek dua wanita diruang dapur dengan lawak mereka. Melihat tawa mak ngah yang ikhlas selepas ditinggalkan pergi oleh ayahnya, Emil tahu makngahnya benar-benar gembira diatas penerimaan dirinya kepada bekas suami. Emil makin redha dengan ketentuan Allah. Reda tawa mereka…

“Entahlah mak ngah”.  Tetapi malam itu sebelum Emil melelapkan mata, dia cuba mengubungi bekas suiaminya bertanyakan tentang duit hantaran.

“Asalamualaikum”.

“Walaukumsalam..Emil ada apa Mel”. Hati Latif jadi berdebar dengan panggilan dari bekas isteri. Dihatinya melintas kata-kata mungkin bekas isteri mahu membatalkan persetujuanya tadi.Doa dibaca memohon kasha dari yang Maha Mengasihai agak GEMBIRA berpihak kepadanya.

“Saya nak tanya kenapa nak bagi hantaran bagai..abang peril saya ke”.

“Apa pula peril Mel..abang ikhlas nak bagi sebab abang berterima kasih sangat Emil sudi terima abang. Lagi pun abang hanya bagi Emil duit sahaja, barangan hantaran lain abang tak bagi ok ke”.

“Kalau sampai abang bagi saya hantaran berdulang-dulang lagilah macam abang peril saya. Saya sedar saya dah tua..dah dua kali..sekali janda dan sekali lagi balu.”

“Mel janganlah buruk sangka pada abang, abang ikhls nak bagi, tak terlintas abang nak peril Emil..Abang bagi sebab abang tak mahu membebankan Emil. Nanti lepas kita nikah hendak juga buat jamuan sekurang-kurangnya kenduri kesyukuran, abang tak mahu Emil guna duit Emil. Sebab abang yang beria kita nikah. Lagi pun Uwais bagi tahu abang, dia pinjam duit Emil masa beli rumah arwah ayah. Betul ke?..”

“Betul.. diakan anak saya dia perlukan bantuan saya bantulah, tapi saya masih ada sedikit lagi duit simpanan.. yang sebenarnya saya tak nak menyusahkan abang, abang kerja sorang, anak-anak abang belum ada yang kerja lagi, semua masih ditanggung makan pakai dan persekolahan mereka.” Oh Emil sungguh bertimbang rasa, usia menjadikan dia lebih bertimbang rasa dan usia mematangkan dirinya detik hati cikgu Latif.

“Tak ada bebanya Mel. Abang bersyukur Emil bagi peluang abang menebus salah abang. Terima kasih ye”.

“Terlanjur kita dah bercakap ni Emil minta..Walau apa pun nikah masa Uwais ada dirumah, jangan tiba-tiba datang nak nikah. Nikah di pejabat Ugama dan tak ada jamuan sampai mendirikan khemah, tak kiralah kat rumah mak ngah atau kat rumah abang”.

“Ok abang ikut apa yang Emil mahukan”. Janji Abdul Latif. Bila mendengar janji bekas suami terus Emil memberi salam menutup kata.

“Asalamualaikum”. Belum sempat Cikgu Latif menjawab salam talian sudah diputuskan. Namun sudah cukup untuk membuat Cikgu Latif menloncat gembira, sah Emil memang sudah bersetuju menerimanya. Terbayang wajah manis masam bekas isterinya tadi.


Harinya sampai juga Uwais pulang dari bertugas dengan menaiki taksi dari lapangan terbang Alor Star. Bermula cuti kerjanya selama sebulan. Sehari dia duduk dirumah nya kemudian dia meminta izin mamanya untuk kerumah papanya pula. Kepulanganya disambut ceria oleh papa dan neneknya yang sememang menunggu kepulanganya. Mereka mula berbincang tarikh untuk papa dan mamanya bernikah semula. Rupanya cikgu Latif sudah bersiap menghantar borang dan syrat-syarat lain untuk dia bernikah untuk kali ketiga. Sudah ditetapkan hari Jumaat  itu mereka akan bernikah. Uwais menghubungi semua saudara tirinya untuk memberitahu hari pernikahan mama mereka. Dihari pernikahan.. pukul 8.15 pagi lagi dua orang anak tiri perempuan Emil sampai dihadapan pintu rumahnya.

“Asalamulaikum..mama kami dah sampai” jerit along diluar rumah. Sekali lagi Emil terkejut dengan kedatangn mereka. Siapa agaknya yang memberitahu mereka tertanya dihatinya. Kelihatan rumah nenek ngah sunyi sahaja seperti tiada apa-apa keramaian yang mahu diadakan.

“Ma apa kami nak buat ni, cakaplah boleh along tolong. Mama nak berinai ke, meh alaong tolong inaikan. Masih sempat lagi ni inai Mekkah ni cepat merahnya, along ada bawa inai Mekkah ni”. Riuh suara along bertanya itu dan ini tak padan dengan mengelek anak kecil, alang pula  memimpin anak sulong kakaknya.

Tetapi semuanya Emil tidak mahu. Malah biar pun hari sudah menunjukkan hamper pukul 8.30 pagi, Emil masih belum bersiap lagi, sibuk dia menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak dan cucu arwah suaminya pula. Sedangkan dari perancangan yang diberi tahu oleh Uwais mamanya akan bernikah pada pukul sembilan setengah pagi di pejabat ugama.

“Mak tak payahlah sibuk kan kami ma..kami ni boleh sahaja ambil sendiri..ni kan rumah kami juga”.
“Tak..ni mama nak kasi rasa nenek ngah cuba resepi baru…PAU GORENG. Dia belajar dengan menantunya yang duduk KL tu buat..ni resepi jarak jauh ni…rasa ni.. tengah panas lagi sedap along alang kulitnya rasa rangup.. Arif punya inti kacang hitam, kata nenek ngah cucu-cucunya yang kat sana namakan kueh ni kueh DORAYAKI..kueh Jepun tu..rasa-rasa”. Yang sebenarnya Emil sedang mengoreng pau goring untuk minum pagi mereka sebelum bertolak kepejabat ugama.

Mendengar riuh didapur Hajjah NorIza menjenguk kedapur dia juga terjerit.

“Ya Allah Mel dah pukul berapa ni Mel kenapa tak siap lagi. Kan kata nak pergi pejabat Ugama sekejap lagi. Pau tu biar mak ngah yang goring Mel kamu oergi mandi”.

“Emil dah mandi sebelum subuih tadi mak ngah”.

“Kalau pun dah mandi..siap-siaplah..dah..dah biar mak ngah sambung”.

“Alang pun boleh sambung mama..mama pergilah siap..Uweek”. Alang sedang mabuk mengadung tidak boleh bercakap banyak sedikit dia menjadi loya.

Pada pandangan mata along mama tirinya seperti tidak teruja untuk menamatkan zaman balunya. Terdetik juga rasa kasihan bila pernikahannya seperti dipaksa oleh orang disekelilingnya. Bagi mereka pernikhan semula mamanya untuk kebahagian dia juga…supaya ada yang menjaga setelah ayah mereka pergi. Dia berdoa didalam hati agar mama tirinya dapat menerima apa yang mereka semua rancangkan. Dan akhirnya dia akan merasa bahagia.

Bila waktu sudah melebihi pukul 830 pagi along memaksa Emil menukar pakaian. Dia ditolak masuk kedalam biliknya.

“Ma!! Baju mana mama nak pakai..cepat!! kalau tak along yang bukakan baju mama”. Melihat mama tirinya terkebil-kebil, tampa segan silu along membuka pintu almari mama tirinya, dia yang memilih baju untuk Emil. Sepasang baju kurung bercorak seakan songket berwarna biru cair dan sehelai tudung berwarna krim.

“Nah pakai ni..along bagi masa lima minit sahaja..lepas tu along nak solekkan mama pula”.

“Iala-ialah..” Along keluar bilik untuk memberi peluang Emil menukar bajunya.

Tepat pukul 9 pagi Uwais tiba bersama papa, nenek dan tiga orang adiknya. Kerana kesuntukkan masa Uwais hanya menurunkan dua orang adik perempuanya dirumah nenek ngahnya. Dia, papa,  adik lelaki dan neneknya terus sahaja kepejabat khadi. Manakala Emil sudah menaiki kereta Muaz telah pergi berdahuluan, itu pun atas gesaan Muaz tadi. Emil ditemani oleh Muaz dan tiga orang anak tirinya dan seorang menantu perempuannya, Asma Hadija, Aisyah Humaira dan Ahmad Sofian bersama isterinya Nurul Huda.

Hanya dengan sekali lafaz Emil sah menjadi isteri kepada Abdul Latif sekali lagi. Selesai dipejabat khadi mereka semuanya kerumah Hajjah NorIza merangkap rumah Muaz untuk khenduri doa selamat dan meraikan pasangan yang baru sah menjadi suami isteri. Mereka diraikan oleh jiran tetangga yang berhampiran. Tiada terdiri walau sebuah khemah pun untuk memeriahkan sambutan pasangan pengantin, sekadar jiran taulan yang berhampiran makan berhidang didalam rumah sahaja. Muaz yang memimpinnya bacaan doa selamat. Ini semua diatas permintaan Emil atas alasan dia baru sahaja kehilangan ayah tersayang dan dia tidak tergamak untuk bergembira berlebih-lebihan.



2 comments:

  1. Alhamdulillah,selamat bernikah Emil dn cikgu Latif. Pandai pandaile cikgu Latif mengambil hari Emil semula.
    Bgmana pula penerimaan anak cikgu Latif
    -dibah-

    ReplyDelete
  2. Termakbul impian uwais ingin melihat ibu bapanya bersatu semula. Betul kata dibah macamana ya penerimaan anak2 cg latif? Emil sekarang bukan emil yang dulu. Emil sekarang penuh kelembutan dan bertimbang rasa. Bolehlah Uwais pikir pasal diri sendiri pula ya. Tak sabar nak baca sambungan.

    k.mid

    ReplyDelete