~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday 11 January 2016

79 Nur Hidayah






Sampai  sahaja Natasya dirumahnya,  mommynya mengekori langkahnya dari hadapan pintu pagar hingga kedapur kerana Natasya merasa dahaga.. dirumah bekas keluarga mertuanya tadi dia tidak minum kemudian duduk disofa ruang tamu. Tujuan Puan Syakila mengekorinya hanya mahu menyiasat apa kah hasil pertemuan anaknya dengan bekas suami.

“Didi macam mana..setuju ke Johan nikah semula dengan lu”.

“tak mommy..dia tak nak”.

“Bini dia ikut sekali ke”.

“Ada, dia salam Didi juga tadi”.

“Tentu dia takut kena marah bini dia, kalau dia setuju nikah dengan lu”.

“Biarlah mommy Didi pun bukan harap sangat Jo nikah dengan Didi.Lagi pun tiga hari lepas dia dah masukkan duit untuk Didi.”

“Berapa ribu dia masukkan?”.

“50 ribu mommy”.

“Amboi banyaknya dia bagi hutang kat lu ka. Janagn nanti bila Didi dah pergi luar negara dia tagih hutang kat mommy..mana mommy  mampu nak bayar”.

“Tak mommy, dia kata tak payah bayar dia tolong ikhlas”.

“Didi lu tak nampak betapa kayanya Johan sekarang. Tentu gajinya besar itu sebab itu dia boleh bagi lu 50 ribu. Kalau mommy, mommy akan berusha dapat nikah dengan dia. Senang kita nanti Didi, lu tak payah lagi pergi kerja,  makan pakai dia tanggung, lu duduk sini dengan mommy kita pergi shopping hari-hari. Sesekali minta dia tanggung shopping kita di London atau pun Paris. Kan seronok Didi”. Puan Syakila membayangkan keseronokanya bermenantukan orang kaya, sambil tanganya terangkat-angkat dan matanya memandang keatas.

“Dia kata itu duit simpanan bini dia, bukan duit dia”.

“Lu jangan jadi bodoh Didi, dia cakap sikit lu sudah percaya. Itu hanya alasan dia tak nak tunjuk dia dah bergaji besar. Lu fikirlah bini dia kerja hanya jadi kerani sahaja, mana dia dapat simpan duit banyak tu. Lu fikirlah. Didi!! ingat dulu dia susah dengan kita, sekarang gaji dah banyak dia mahu bersenang-senang dengan perempuan lain, mana boleh macam tu. Mommy tak kira lu mesti cuba sampai Jo mahu bernikah dengan lu semula.”

“Mana dia ada gaji banyak mommy..dia sendiri cakap dengan Didi,  gajinya ciput”.

“Itu lah lu percaya sangat dengan apa yang dia cakap..Didi dia cakap gaji ciput sebagai alasan sahaja. Cuba lu pandang dia betul-betul.. sekarang dia dah pakai kereta besar..entah-entah kat KL tu dia dah beli rumah  atau beli condo..kita tak tahu, sebab kita tak pernah lagi ke rumah dia. Uncle Johari ada  cerita dengan mommy, Jo duduk rumah besar”.

“Jo kata dia duduk rumah keluarga bini dia”.

“Ha..haa tenguk tu dia beli rumah diangkutnya seluruh keluarga bini dia duduk dengan dia..memang bini ni pandai ubat- ubat supaya Jo dengar cakap dia. Sekarang mommy nak lu cuba sampai boleh Jo nikah semula dengan lu”.

“Didi dah malas lah nak terhegeh-hegeh dengan dia. Didi dah dapat 50ribu pun  jadilah. Lepas buat kimo ni Didi rasa nak pergi lagi..kerja setahun dua baru Didi duduk  sini dengan mommy”.

“Didi.. Didi senang sangat lu kena bodohkan dek Johan tu. Mommy rasa duit tu memang duit dia.  Cuba lu fikir, boleh ke dengan senang hati bini dia yang tak ada kena mengena dengan lu bagi  50 ribu. Dia cakap itu duit bini dia, supaya lu tak minta lagi, kenapa lah lu tak boleh nak fikir Didi. Nantilah mommy call uncle Johari cakap dengan dia. Macam mana sekali pun Jo mesti kena nikah juga dengan lu”.

“Suka hati mommylah”.Cepat sahaja Puan Syakila menghubungi sahabat baik arwah suaminya. Tampa salam tampa basa basi terus sahaja dia menyampaikan hasrat hatinya yang panas..

“Johari!!  Lu tak ajar anak lu cara membalas budi ka..tak guna jadi lelaki kalau dia takut kan bini nanti dia jadi suami dayus. Lu ajar anak lu jadi jantan sikit, biar bini dia ikut cakap dia, jangan dia kena ikut cakap bini…”.

“Apa ni Killa..kenapa cakap anak aku macam tu..cuba cakap elok-elok”.

“Tak aku tengah geram ni.. Didi kata Jo tak nak nikah dengan dia. Sedangkan Didi dah susah payah buang rasa malunya pergi jumpa Jo kat rumah lu. Lu tak kesian dengan anak aku Ri”.

“Aku sebenarnya tak tahu apa-apa, Johan pun tak cakap apa dengan aku tadi. Ingatkan perkara dia dah selesai aku nampak mukanya gembira sahaja”.

“Lu tolonglah cakap dengan Johan supaya dia nikah dengan Didi. Gertak sikit menantu lu tu, supaya jangan jadi queen control”.

“Ialah nanti aku cakap dengan dia..tapi sanggup ke Didi jadi bini nombor dua, aku rasa Johan tak akan ceraikan bini pertama dia tu”.

“Janji Johan jadi suami Didi, dia tak kisah jadi nombor berapa pun.Yang sebetulanya aku kesian dengan anak aku tu..dia tak dapat nak terima lelaki lain dalam hidup dia sebab dia masih sayangkan Johan”. Hanya perkataan itu yang diulang oleh puan Syakila memancing simpati sahabat baik arwah suaminya.

“Ialah nanti aku cakap dengan Johan”.

“Cepat sikit Ri, aku takut kalau Didi tunggu lama sangat dia akan pergi lagi. Aku dah tak sanggup dia tinggalkan aku lagi”.

“Siapa bang, Killa ke”. Tegur Puan Maria yang baru keluar dari dapur setelah selesai mencuci pinggan mangkuk.

“Haah”.

“Apa dia nak”.

“Nanti abang cerita,  abang nak call Johan dulu”.

“Tak boleh ke call malam saja, ni mungkin dia baru sampai..biarlah dia rehat dulu”.

“Ini penting Yah..tunggu ye”. Puan Maria hanya mampu memanandang perlakuan suaminya, namun dia tetap menyertai suaminya diruang tamu rumah mereka.

“Helo Asalamualaikum..kenapa papa, saya baru sampai ni belum keluar kereta lagi”. Memang benar dia sekeluarga baru sahaja sampai. Perjalanan dari Melaka ke Petaling Jaya memakan masa hamper dua jam kerana Johan memandu dengan kelajuan sederhana sahaja.

‘Dayah bawa anak-anak masuk dulu, abang nak cakap dengan papa’
‘Ialah’ Kedengaran suara Johan dihujung talian berkata-kata dengan isterinya sebelum dia melanjutkan perbualan dengan papanya.

“Emm Hidayah dah masuk kerumah ke?”.

“Dah.. tu tengah angkat Ikhsan yang tertidur. Ada apa pa ada kecemasan ke papa”.

“Tak adalah tadi papa tak sempat nak tanya,  bila mommy kamu tak habis ceritanya dengan Jo. Ni papa nak tanyalah”.

“Tanya apa pa”.

“Taak, papa nak tanya hasil perbincagan nikah Jo dengan Didi tadi..apa keputusanya”.

“Ohh pasal nikah tu saya dah jelaskan pada Didi hari tu lagi..saya tak dapat nak bernikah dengan dia, sebab saya tak mampu nak memikul tanggung jawab kalau sampai nak mengendalikan dua bahtera”.

“Kenapa Jo tak cuba dulu, belum cuba dah kata tak mampu. Cuba lah, kesian Didi dia masih sayangkan Jo. Tadi dia datang menebalkan mukanya jumpa Jo minta nak nikah dengan Jo, boleh pula Jo tolak permintaannya. Mana nak letak air mukanya kalau orang tahu Jo buat dia macam tu, dia seorang wanita yang ada maruah dan harga diri Jo”.

“Itu tak salah saya..saya dah cakap dah hari tu saya memang tak boleh nak ikut rancagan dia, kenapanya yang dia datang juga. Dah lah papa, saya memang tak boleh nak nikah dengan dia, saya tak mahu menambah tanggung jawab yang sedia ada. Saya nak tumpukan membesarkan anak-anak saya  sebaik mungkin..tak lama lagi bakal tiga anak saya papa”.

“Apa yang nak digaduhkan sangat pasal anak-anak..Hidayah kan ada, papa tahu dia boleh menguruskan anak-anak Jo dengan baik”.

“Papa..tanggung jawab anak-anak adalah diatas bahu ayahnya bukan ibunya. Jadi anak-anak saya adalah tanggung jawab saya, kalau saya tak tunaikan tanggungjawab saya saya berdosa, lain Dayah dia tak ada apa-apa tanggungjawap keatas anak-anak kami tapi kalau dia bantu saya membesarkan anak dia dapat pahala.”

“Tapi Jo tak kesian kat Didi ke..dia tak dapat nak terima orang lain sebab dia masih sayangkan Jo”.

“Saya nak kesiankan diri saya dulu. Saya tak mampu nak kehulu kehilir menggilir masa isteri kemudian nak tenguk anak-anak lagi. Lagi pun gaji saya pun tak mampu nak menanggung dua isteri. Dah lah papa bab nikah dengan Didi ni saya  tak mahu diungkit lagi. Perkara ni saya dah jelaskan dengan Didi dan dia faham. Tadi dia kata OK.”..

“Apa yang Jo risaukan soal duit Jo, kata untie Killa tadi Didi masih nak jadi model nak cukupkan duit simpanan dia. Dia balik sekejap sahaja sebab dia rindukan Jo.  Hatinya tak tenang kalau diri tak terikat dengan Jo, jadi ikat dia dulu. Mommy dia kata tadi Didi tak kisah jadi isteri nombor 2, janji Jo mahu nikah dengan dia. Papa rasa Jo tak akan menghadapi masaalah kan kalau Didi tak duduk dengan Jo..kat sini pun Jo dah ada Dayah yang boleh jaga makan pakai Jo, sementara  tu boleh Jo didik anak-anak tampa perlu membahagi masa dengan Didi, kan senang macam tu. Jo!! mana nak cari wanita yang mahu bertolak ansur sanggup bermadu. Jo nampak tak, betapa dia mengharapkan Jo nikah dengan dia. Kalau dia dah habis jadi model barulah Jo duduk serumah dengan dia, bolehkan macam tu”.

“Maksud papa walaupun selepas kami nikah dia nak teruskan kerja jadi model juga?? Jadi apa gunanya Jo jadi suami dia”.

“Jooo.. yang papa faham aunte Killa cakap, buat masa ni Didi hanya nak Jo menjadi suami dia, sebab dia masih sayang kan Jo”.

“Yang macam tulah yang  saya tak nak. Saya nak isteri saya ada didepan mata saya”. Kedengaran ketawa kecil dihujung talian

“Kenapa papa ketawa..papa ingat saya kuat sex. Papa, saya nak isteri saya didepan mata sebab saya boleh nampak segala apa yang dia buat. Saya boleh menegur apa kesalahan dia. Sebab apa saya nak yang macam tu, sebab perbuatan isteri yang mendatangkan dosa saya akan mendapat sahamnya juga, apatah lagi kerja model yang tayang aurat kat depan orang, tak kira perempuan ataupun lelaki. Dia tu bukan model untuk pakaian muslimah papa, dia akan tayang baju musim panas, baju musim sejuk, baju tepi pantai dan macam-macam bajulah. Saya tak mahu menguitp dosa yang bukan diatas perbuatan saya.”

“Kalau macam tu cakaplah dengan Didi supaya dia jangan jadi model. Rasanya dia boleh dengar cakap Jo. Lagi pun itulah yang ditakutkan oleh aunte Killa, dia tak suka Didi pergi luar negara cari duit lagi”.

“Saya dah kenal siapa Diana Natasya binti Sufian papa. Tiga tahun kami sebumbung..pada saya cukuplah pengalaman tiga tahun tu. Dah lah papa saya tak nak dengar lagi cerita tentang nikah saya dengan Didi. Sekarang azam saya satu sahaja, nak didik anak-anak saya sesempurna mungkin. Saya nak bagi sepenuhnya kasih sayag tanpa dibahagi masa mereka dengan wanita lain disisi saya, kerana saya tak mahu anak-anak saya mengulangi apa yang saya lalui. Asalamulaikum papa”. Bila panggilan diputuskan masih ada rasa tidak puas hati dihati encik Johari.

“Kenapa lah dengan Johan tu Yah”.

“Kenapa dengan Johan”.

“Yah tak dengar ke dia menolak bila kita suruh dia nikah dengan Didi..takut sangat dia dengan Hidayah tu entah apalah jampinya sampai Johan tak pandang lagi gadis yang cantik macam Didi tu”.

“Kalau dah Johan tak mahu biarkanlah, dia tahu apa yang dia hendak dalam hidupnya”.

“Yah janganlah macam ni, rugi kita kalau kita lepaskan wanita cantik macam Didi tu jadi menantu kita. Abang bayangkan tentu cucu kita cantik dan kacak kalau beremakkan Didi. Abang sebenarnya berkenan sangat kalau Didi jadi menatu kita. Yah tolong lah pujukkan Johan tu supaya terima cadangan kita. Mugkin bila Yah yang cakap dia akan ikut cakap Yah”.

“Dalam hal ni Yah tak nak masuk campur bang. Biarlah Johan sendiri yang menentukan apa yang dia nak. Dia dah besar tentu dia tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk dirinya”.

“Kenapa Yah, abang tenguk Yah macam tak suka sahaja dengan Didi. Pada abang kalau nak dibandingkan, cantik Didi lagi dari Hidayah. Cuba tenguk Didi tu tinggi lampai orangnya memang padan dengan Johan. Lagi satu dia tu pandai, belajar sampai luar Negara macam Johan juga, nanti kalau ada anak tentu anak-anaknya pandai juga ialah mereka berdua pandai tentu otak  anak-anak mereka akan pandai juga”.

“Yah tak pandang cantik dan pandainya Didi bang. Muka dan badan sahaja cantik tapi kalau tak berbudi bahasa tak guna juga. Kalau Yah pandang cantik biarlah cantiknya luar dalam. Muka biarlah cantik sikit pun tak apa, tapi budi bahasa nak cantik banyak dan bonosnya amalan solatnya juga cantik.  Yah bersyukur sangat Jo dapat berjodoh dengan Hidayah”.

“Yah tak tahu siapa Hidayah tu, itu yang Yah cakap macam tu. Abang sahaja tak nak membuka keburukkan dia, sebab orang kata membuka aib orang,  Allah akan balas dengan membuka aib kita”.

“Apa yang abang tahu pasal  Dayah”.

“Yah!! kawan abang ada kerja di balai masa dia kena tahanan reman dulu. Yah tahu tak Hdidayah pernah masuk lokap sebab dituduh membunuh suaminya sendiri bukan itu sahaja, dia adalah anak luar nikah. Yang abang fikirkan sekarang apalah corak keturunan kita kalau semua zuriat Johan dilahirkan hanya oleh dia..sedangkan hanya Johan sorang anak lelaki abang. Kalau dia kahwin dengan Didi ada juga harapan abang keturunan abang dilahirkan oleh wanita sempurna macam kita”.

“kita sempurna ke bang..Yah ni dulunya kafir dan dalam perut Yah ni ada masuk makanan yang diharamkan oleh Islam BABI..tapi Yah dapat juga melahirkan Johan..tak baik ke Johan tu pada mata abang”.

“Yah lain sebelum masuk Islam memang Yah makan tapi selepas Yah Islam Yah tak makan kan. Jadi selepas Yah Islam benda-benada tu Allah dah hapuskan dari darah daging Yah. Sebab apa kata orang selepas seorang kafir masuk Islam dia akan sebersih kain putih tak ada dosa.  Dosanya akan dikira masa selepas dia masuk Islam, itu yang bang fahamlah. Ini dia anak yang tak sah taraf anak luar nikah. Orang kata anak luar nikah ni akan melahirkan keturunan yang suah nak dijaga. Sekarang Yah dah tahu siapa Hidayah tu, jadi tolong abang pujukkan Johan supaya mahu bernikah dengan Didi”.


3 comments:

  1. Jangan la Johan jadi bodoh untuk kedua kali..kalau kahwin juga ceraikan je Dayah tu

    ReplyDelete
  2. Johan dah jentik pun papa dia tak sedar lagi. Kan Johan dah bagitau tak mau anak dia alami nasib yang sama macam dia. Rasa nak luku² je orang tua ni.

    ReplyDelete
  3. Johari ni tak faham bahasa betul. Dah la tak tau hukum, pastu nak paksa² pulak. Tak sedar diri betul.

    ReplyDelete