~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 18 November 2014

Bab 62 Tidak ku tahu kasih bermula,





            Pulang cutinya kali itu Uwais terus sahaja mengarahkan teksi yang membawanya dari Lapangan Terbang Alor Star kekampung halaman papanya. Gembira hatinya kerana hanya sebuah rumah sahaja yang perlu dituju. Jika dulu dia harus memikirkan yang mana satu yang mahu dijengah dahulu tetapi kini hanya satu rumah sahaja..rumah  yang diduduki oleh papa dan mamanya. Malam itu juga ketika makan malam Emil meluahkan apa yang ada dihatinya.

“Bang..mama dah ada calon isteri untuk abang..macam mana abang setuju tak”.

“Siapa ma..anak siapa..kalau mama suka kira jadilah kita jalan terus tak payah tunggu-tunggu”.

“Betul ke…abang macam dah tak sabar nak kahwin ni”.

“Ialah ma..Pian pun dah nak dapat anak..abang ni baru nak melangkah..”

“Mama berkenan dengan anak pak long Muaz, abang ok tak”.Mendengar kata-kata mama nya..Uwais tersenyum lebar. Mungkin hatinya gembira.

“Ok ..kahwin dengan orang kita dah kenal ibu ayahnya lagi senang ma. Semua nya senang papa dan mama, nenek pun senang kan nek”. Neneknya hanya mengangguk sahaja.. dia mahu melihat tingkah cucunya seterusnya.Kedengaran ceria sahaja suara Uwais tanda dia bersetuju.

Yang sebenarnya mereka bertiga sudah berpakat..bagaimana mahu mengetahui isi hati Uwais. Siapakah gadis yang berada dihatinya. Jadi mamanya berlakon sebagai wartawan edisi siasat dan watak tambahan papa dan neneknya sebagai pemerhati…kena perhati betul-betul, setiap apa yang ada pada gerak tubuh dan wajah Uwais.

“Emm..Mama tanyakan Hajar untuk abang..sebab mama selalu tenguk abang selalu berbual dengan siHajar,  jadi mama rasa abang suka pada Hajar ok tak.”. Bila mendengar nama Hajar senyuman Uwais mati serta-merta.Tingkahnya diadili oleh papa dan neneknya dimeja makan. Dan kini mereka boleh meneka siapa gadis yang ada dihati Uwais. Melihat riaksi anaknya Emil bertanya…

“Kenapa bang…ada masaalah ke”.

“Tak..tapi abang baru terfikir..bukan ke Hajar baru masuk belajar diUUM..bagi ke pak long kalau mama pinang dia”.

“Yang sebetulnya abang harap mama pinangkan siapa untuk abang..cakaplah terus terang bang..apa nak malu kita kan sekeluarga”. Rahsia dia hati  Uwais sudah tertangkap oleh keluarganya.

“Tak lah..yang sesuai untuk abanglah ma..dengan Hajar tu abang rasa macam adik abang sahaja, itu yang selalu abang tanya dia, lagi pun dia tu memang bermulut becok”.

“Jadi abang suka pada kakak lah ye..cakap terus terang kan senang..ni suka bagi orang berteka-teka..Alhamdullilah mama belum tanya pak long lagi. Papa  dengan nenek kata kena tanya abang dulu, walaupun mama memang suka dengan kakak kalau dia jadi menantu”.

“Kalau mama suka kakak, kenapa mama sergah-sergah abang dengan Hajar pula”.

“ Kalau dilihat yang selalu mama pandang abang suka bercakap dengan Hajar, tentulah abang suka Hajar kan..Jadi mama nak kepastian, yang mama suka, abang juga suka..mama tak suka abang paksa hati abang ikut cakap mama”.

“Kan abang dah cakap.. siapa juga yang mama suka abang anak suka, ma”.

“Ialah di buatnya memang mama suka pada Hajar tu, abang boleh terima ke?”.

“Tak lah ma..seperti yang abang dah cakap.. abang rasa Hajar sebagai adik abang sahaja.  Jadi mama belum tanya lagi..habis yang kata dah tanya tadi?”.Uwais memesongkan kata setelah diserang oleh mamanya.

“Saja nak tahu isi hati abang. Lagi pun mama tak tahu kakak tu dah ada pilihan hati dia kebelum. Nanti kalau mama tanya terus pada pak long..takut kakak  terpaksa pula. Mana lah tahu yang sebenarnya dia dah ada pilihan, bila ayah dia tanya dia kata tak ada  sebab takutkan ayahnya, nanti lain pula jadinya. Abang Tanyalah sendiri dengan kakak lagi senang. Kalau dia dah ada tak payahlah kita pergi tanya pak long lagi. Kita carilah calon lain.”‘Uhh mama ni macam nak cari barang sahaja dia cakap ingat senang ke nak mendidik hati suka pada seseorang..kena memakan masa yang lama tau’. Bisik hati Uwais.

“Jadi abanglah yang kena tanya dia? Mama rasa kakak dah ada pilihan ke ma?.”

“Ialah..kalau  abang sendiri tanya pada tuan punya badan lagi senang. Zaman sekarang ni lain bang. Pada mama kemungkinan dia dah ada pilihan sendiri tu besar, cuba abang fikir dia pernah duduk diluar..mana tahu masa dia belajar ada orang yang kenen-kenen dia dan dia pun suka, lain lah kalau dia tu memang tak pernah keluar,  itu pun tak boleh juga. Sebab kakak tu cantik, lemah lembut dan bersopan ramai sahaja yang berkenan, tak anak teruna, emaknya pula yang nak dijodohkan pada anak teruananya..Tapi kan bang, abang jangan tak tahu dia tu kalau cuti tolong ayahnya kat bengkel. .pasang injin buka injin bang..selembut dan sepemalu kakak, kerja lelaki dia buat.”

“Ia ke Mel..di buat kerja bengkel tolong ayahnya”.

“Ia mak..kadang-kadang ayahnya tak cukup orang itu yang dia turun padang”.

“Selama abang kerja kat bengkel pak long, tak pernah pula dia tolong pak long”.

“Kalau abang ada, dia segan..lagi pun abang dah tolong ayahnya jadi tak perlu dia mengotorkan dirinya dengan minyak hitam”.

“Kenapa dia kena tolong pak long ma..adik dia si Aziz tukan dah besar juga”.

“Entah kata pak long tak seorang pun anak lelakinya yang berminat dengan kerja bengkel, kalau tak berminat jangan dipaksa, itu kata paklong. Hanya dia yang berminat main minyak hitam macam abang. Dulu mama ada dengar dia nak ambil kursus kejuruteraan juga, tapi ayahnya tak bagi takut anaknya kerja atas kapal macam abang bercampur dengan lelaki jadi TOMBOY  pula nanti”. Makin berminat Uwais mahu menjadikan Siti Rahjmah teman hidupnya. Rupanya mereka mempunyai minat yang sama minat pada injin. Anak lelaki Muaz ada tiga orang dan perempuan dua orang.

“Emm..Macam mana nak tanya..kakak tu kalau dengan abang  nak buka mulut pun payah..pa! macam mana nak Tanya pa...abang bab ni tak pandailah ma”..rungut Uwais mencari ilmu dari papanya bagai mana mahu memulakan perbualan dengan ‘kakak’ yang bernama Siti Rahmah

“Abang kan pernah jadi cikgu tuisyen dia. Ni dia dah kerja pura-puralah ucapkan tahniah pada orang yang pernah kita ajar. Lepas tu baru lah Tanya tentang perasaan dia pula. Jangan terus nak masuk jarum..nanti kejung dia terkejut. Pandai tak papa nak mengayat anak dara orang bang”.

“Papa dah ada pengalaman tu pasal papa pandai.Dulu papa usha mama macam tu ke ma”.Berderai ketawa papa mama dan neneknya dimeja makan.Tetapi ajaran papa nya malam itu dipratikan oleh Uwais.

Setelah mengetahui dengan yakin bahawa hati  Siti Rahmah masih kosong rombongan merisik cik gu Latif sekeluarga mengununjugi rumah Muaz. Mereka dia sambut dengan rasa terkejut oleh Hajjah NorIza  dan Muaz suami isteri. Didapur tadi dia sudah berbisik-bisik dengan isterinya..hatinya rasa berdebar pula melihat kedatangan sepupunya bersama suami dan emak mertuanya sekali selepas Magrib tadi.
“Ha! Ada apa Emil datang dengan suami dan emak mertuanya sekali.  Abang rasa tak sedap hatilah pula”.

“Hssih abang ni orang datang dia tak sedap hatilah pula…tak ada apalah tu mungkin Emil dah rindu kat emak. Kan dah dekat tiga bulan sejak dia nikah dia tak balik sini, nak datang sorang mestilah suaminya tak kasi..jadi pada mereka berdua emaknya ikutlah sekali. Lagi pun anak-anak Latif semuanya kan duduk asrama.”.

“Emm..Harap-harap macam tulah..abang kedepan ye kesian pula emak nak layan bual tetamu sorang-sorang, mana airnya biar abang angkat kedepan”.

Setelah berbasa basi lebih kurang terus sahaja mereka ketajuk yang mereka mahu disampaikan.

“Muaz kami datang ni ada hajat”.



“Hajat apa tu Tif, besar sangat ke hajatnya, sampai mak cik pun datang ni..memang saya terkejut melihat awak datang sekeluarga ni..ada hal keluarga kita ke Mel”.Tidak tentu arah Muaz melayani tetamu berbual.

“Memang besar lah Muaz tu yang emak saya datang sekali ni.”

“Apalah hajat nya tu Tif”. Sampuk Hajjah NorIza tidak sabar yang sebenarnya dia juga berdebar bila mendengar Latif berkata berkenaan hajat.

“Sebab perkara ni perkara besar..saya minta emaklah yang sampaikan mak”. Pinta Latif menyerahkan tugas menyatakan hajat mereka kepada emaknya. Makin berdebar hati Muaz dan Hajjah NorIza.

“Iza Muaz kami datang ni sebab nak menyampaikan hajat kami dengan anak dara yang ada kata rumah ni..untuk dipasangkan dengan cucu makcik yang tua tu Muaz”.

“Ohh tak terfikir kami sampai kesitu hajat mak cik, saya ni tak pandai nak jawab lah mak cik.. Mak macam mana nak jawab mak,  Muaz bukannya pandai bab-bab macam ni.” Sungguh terkejut Muaz bila mendengar apa yang diucapkan oleh emak cik gu Latif.

“Muaz panggil Seha duduk sekali kat sini, biar dia pun dengar sama perbincangan kita ni. Ini melibatkan anak kamu berdua”.Ujar Hajjah NorIza yang mahu menantunya juga turut serta dalam perbincangan mereka.

“Nanti saya panggil isteri saya”.Seha dipanggil kedepan. Mereka sama mendengar apa yang mahu diperkatakan oleh sepupunya sekeluarga. Sementara didapur Muas berbisik pada isterinya.

“Ha mereka tu  datang pasal nak tanya anak dara kita Ha..kalau yang abang faham tadi untuk Uwais..tak untuk anak Latif yang dengan isteri mudanya.”

“Abang ni..mana ada isteri muda lagi dah, mereka kan dah lama bercerai”.

“Ialah..ialah..abang tengah mengigil ni, anak dara kita dah ada orang tanya ni, Ha”.

“Tapi untuk anak kita yang mana bang..anak dara kita ada dua”.

“Nanti kita pastikanlah yang mana  satu jom kita keluar, mak suruh Ha keluar kita dengar sama-sama apa yang mereka nak cakapkan”. Bila Muaz dan isterinya duduk semula diruang tamu mula mereka menyambung perkara yang tertunda kerana dia memanggil isterinya tadi.

“Macam ni Iza, Muaz dan Seha kami ni rasanya nak mengambil anak dara yang ada dirumah ni untuk dijodohkan dengan Uwais”.

“Anak dara kami ada dua orang..yang mana satu yang mak cik hajat kan agaknya.”

“Besar harapan kami berhajatkan pada yang tua..yang bernama Siti Rahmah. Harapnya tiada halangan dari kamu sekeluarga Muaz”.

“Kami memang tak ada halangan..walau macam mana pun kami perlu juga masa bertanya pada tuan badan nya sendiri..jadi berilah kami masa seminggu untuk kami berfikir dan berbincang”.

Setelah kata persetujuan diterima dengan kata janji keluarga  Muaz akan memberi jawapan dalam masa seminggu sahaja lagi, mereka beransur pulang. Tetapi malam itu mereka bermalam dirumah tinggalan arwah Haji Mohd Noh yang sudah menjadi milik Uwais.

Seperti yang dijanjikan..setelah seminggu berlalu Muaz memberi jawapan melalui telefon. Dia sekeluarga bersetuju dengan permintaan keluarga cikgu Latif.

“Ok Kalau macam tu hari Sabtu ni kami datang lagi untuk mengikat janji kita. Kami perlu juga memberi cincin sebagai tanda”.

“Perlu ke bercincin tanda Tif..kita cakap ni dah kira janjilah”.

“Ehh jangan lah macam tu Muaz..kita ikut adat lah..tapi Uwais pesan dengan saya yang dia tak mahu keramaian. Majlis mengikat tanda hanya kita-kita sahaja boleh tak Muaz”.

“Boleh..kalau itu yang dimahukan”.

Cikgu Latif  menunaikan janjinya, dia datang sekali lagi kerumah keluarga Muaz. Yang datang hanya cik gu Latif suami isteri dan emaknya Hajjah Rabiah. Dan mereka juga di sambut oleh Muaz suami-isteri dan emaknya Hajjah NorIza.

“Muaz ni cincin belah rotan sebagai tanda”. Sebentuk cicncin tampa bunga dan batu dihulur didalam bekas baldu. Muaz menyambutnya.

“Dan yang duit hantarannya..Uwais kata lima belas ribu”.

“MasyaAllah..banyak nya kenapa sampai lima belas ribu  Tif..rasa saya nak jual anak pula”.

“Bukan nak jual anak..tapi kata Uwais kakak baru sahaja kerja dan Muaz pun anak yang kerja baru kakak seorang, jadi biarlah dia yang tanggung perbelanjaan nikah kahwinnya..terimalah”.

Dihari pernikahan pihak keluarga lelaki membawa 7 dulang hantaran bersama 3 ribu mas kahwin yang diletakkan didalam sebuah album agar mudah pihak khadi mengira jumlah hantaran yang diberi. Ketika lagi beberapa minit pihak khadi tiba, Muaz menjengah bilik pengantin anak perempuan tuanya yang sedang disolek. Hatinya ingin melihat anak daranya yang akan menjadi isteri orang tidak berapa minit lagi.

“Kak Nah fesyen apa yang kak Nah siapkan untuk kakak ni..saya tak suka sanggulnya tinggi macam tu..macam sanggul bini Firaun”.

“Alah Muaz.. nilah fesyen orang sekarang Muaz, apa yang tersebut bini Firaun pula”.

“Saya tak suka lah kak Nah..buka ye rendahkan sikit sanggul tu”.

“Nanti tak cantik orang tenguk Muaz..sesekali biarlah kakak nampak lain dari yang lain”. Sejak mula disanggul Siti Rahmah sudah membantah tidak mahu rambutnya disanggul sebegitu.

“Biarlah tak cantik orang tenguk..lagi pun cantikannya hanya untuk bakal suaminya sahaja. Buka ye sanggulnya rendahkan jangan sampai nampak tertunjul macam tu”.

“Mana sempat Muaz..kejap lagi khadi  datang”.

“Tak apa kak Nah,  mereka boleh tunggu untuk menghindar dosa.. minta tolong sangat-sangat kak Nah buka sanggul tu, buat macam biasa sahaja”.
“Hssy kamu ni anak beranak sama sahaja..tak yahu berfesyen langsung”. Biar pun Muaz mendengar apa yang diperkatakan oleh kak Nah merangkap mak andam anaknya namun Muaz menyambut dengan seyuman sahaja.  Akhirnya terlerai juga sanggul tinggi yang mencungkit dikelapa Siti Rahmah, di atas ketegasan ayahnya, Muaz. 
Berikut keterangan dari Imam Nawawi dalam Al Minhaj Syarh kitab Shahih Muslim .Tiga glongan wanita yang bakal dimasukkan kedalam neraka.
1. Wanita yang berpakaian tetapi telanjang.Ada beberapa tafsiran yang disampaikan oleh Imam Nawawi.


- Wanita yang mendapat nikmat Allah , namun enggan bersyukur kepada Nya.
- Wanita yang menutup sebahagian tubuhnya dan menyingkap sebahagian lain.
- Wanita yang memakai pakaian yang tipis yang menampakkan bentuk tubuhnya.
2. Wanita yang maa-ilaat wa mumiilaat.
Ada beberapa tafsiran mengenai hal ini ..
- Maa-ilaat yang dimaksudkan adalah tidak taat pada Allah dan tidak mahu menjaga yang mesti dijaga. Mumiilaat yang dimaksudkan adalah mengajar yang lain untuk berbuat sesuatu yang tercela.
- Maa-ilaat adalah berjalan sambil memakai wangi-wangian dan mumilaat iaitu berjalan sambil menggoyangkan kedua punggung atau bahunya.
- Maa-ilaat yang dimaksud adalah wanita yang biasa menyisir rambutnya sehingga bergaya sambil berlenggok bagai wanita nakal. Mumiilaat yang dimaksud adalah wanita yang menyisir rambut wanita lain supaya bergaya seperti itu.
3. Wanita yang kepalanya seperti bonggol unta.
maksudnya adalah wanita yang sengaja memperbesar kepalanya dengan mengumpulkan rambut di atas kepalanya sehingga kain tudungnya kelihatan terjungkit tinggi.
Keterangan lebih lanjut: Lihat Syarh kitab Shahih Muslim, terbitan Dar Ibnul Jauzi, 14: 98-99).
Masya ALLAH, Semoga ALLAH sentiasa membimbing kita agar kita sentiasa berada di jalan yang ALLAH redhai. Wanita marilah berjalan dengan bimbingan Al-Quran dan yang lelaki hendaknya menasihati apabila ada yang jauh dari norma Al-Quran. Aamiin.

Usai upecara pernikahan antara Uwais dan Siti Rahmah, para tetamu dijamu makan nasi minyak dibawah khemah. Sungguh meriah majlis yang dihadiri sahabat handai dan kenalan Muaz dan tidak ketinggalan para kenalan Haji Mohd Noh. Bagi Uwais dan Siti Rahmah sememangnya sudah ada rasa suka dihati mereka,  suka sejak dulu lagi, tapi mereka  malu untuk meluahkan. Di akhir cerita perkhawinan Ahmad Uwais dan Siti Rahmah membawa bahagia kepada mereka berdua.

            Cerita hanya sampai disini. Mereka semua bahagia dan gembira.  Rasanya kalau ada melintas ilham untuk mak teh bercerita tentang alam rumah tangga antara Uwais dan Siti mahu juga mak teh berkongsi cerita, dalam tajuk yang lain pula tapi sedeh sikit ok ke. Ada orang tak suka baca cerita sedeh termasuklah mak teh. Untuk pengetahuan yang meminati cerita mak teh..lepas ni mungkin tahun depan baru dapat mak teh masukkan cerita dalam blog mak teh ni.
 Jumpa lagi In Syaa Allah. TAMAT.       







6 comments:

  1. Kalau mak teh nak sambung citer uwais janganlah buat citer yg sedih2 atau pun bermadu...letihlah mak teh citer yg macam tu...buatlah citer yg santai dan menghiburkan...
    Insyaallah jumpa tahun depan...

    ~k.min~

    ReplyDelete
  2. Terima kasih mak teh kerana sanggup berkarya walaupun sibuk menguruskan perkahwinan anak.

    ReplyDelete
  3. makteh..lamasaya takkomen.. saya sentiasa baca cerita yg mak teh tulis.. keep on dgn gaya penulisan mcmni.. terasa dekat dgn jiwa.. apapun kisah sedih ker gembira ke.. saya sudi baca.. jalan cerita macam kehidupan kita yg biasa bukan di olah bagaikan fantasi... teruskan berkarya ye mak teh

    ReplyDelete
  4. Laa dh bab akhir rupanya. Ingatkn x de entry smpi selesai majlis.
    Nasib baik Emil x pinangkn hajar.....
    -dibah-

    ReplyDelete
  5. salam...mak teh,lamanyeeee....cuti menulis..tak sabau sabau ni menunggu buah tangan mak teh yang terbaru.dah ketagih rasanye...hi hi hi hi !!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum...Mak teh berusha ni tapi payah betul nak cari feeling orang tua mengurat, tak jadi2. Baru bab 15..ingatkan nak buat sampai habis tak bnyak pun smpai bab 25 sja.mngkin lma skit baru post..jangan jenguk dulu ye..

      Delete