~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 24 October 2015

72 Nur Hidayah






Johan mengikuti permintaan mommynya. Sambil dia menyorong kerusi mommynya menuju ke bilik mommynya..

“Mommy kalau kita tak cukup duit nanti rasa nya Jo nak pinjam dengan Azam boleh mommy”.

“Tak payahlah kita pinjam-pinjam orang Jo. Mommy tak mahu masaalah keluarga kita sampai orang luar  tahu,  walaupun Azam tu memang baik sangat dengan Jo. Kita ikhtiarkan cara kita dulu, kalau dah tak boleh nak elak baru lah Jo pinjam dengan dia ye”.

“Ialah..” Sampai kedalam bilik…

“Jo! buka almari baju mommy.. kemudian raba bahagian bawah lipatan kain tu.. Mommy ada letak duit sikit kat situ”. Arah puan Maria.  Johan mengikuti apa yang disuruh oleh mommynya. Raba punya raba tangan Johan menjumpai satu demi satu lipatan duit lima puluh dan seratus. Bila dikira setiap lipatan duit mengandungi RM500.00 ringgit. Terdapat sepuluh lipatan. Ini bermakna  Rm5 ribu duit yang disimpan oleh puan Maria dibawah lipatan kainnya.

“Wahh banyaknya duit mommy ..siapa bagi mommy duit”.

“Ada berapa puluh Jo..mommy tak pernah kira pun duit yang Dayah bagi”.

“Dayah bagi? Bila dia bagi mommy”.

“Sejak dia jadi isteri Jo tiap-tiap bulan dia bagi mommy  Jo. Dia kata dia bagi sebagai tanda ingatan..bila dapat gaji sahaja  dia akan untukkan sikit untuk mommy”.

“Mommy satu lipatan ni agaknya untuk satu bulan ye mee”.

“Ialah tu sebab mommy tak pernah buka dan tak pernah kira..main jolok bawah lipatan kain tu. Cuba raba dalam-dalam lagi mana lah tahu ada lagi rezeki kita Jo.”.Dr. Johan mengikuti lagi suruhan mommynya. Tangannya meraba hingga kebahagian belakang almari.

“Ialah mee..Jo dapat dua lipatan lagi mommy.” Setelah dikira..

“Satu lipatan ni ada Rm 5 ratus mee. Kalau macam tu Dayah bagi mommy RM5 ratus sebulan mee. Ni ada RM7,000.00 duit mommy. Alhamdullilah..rasa bernyawa sedikit mommy”. Ni lah namanya rezeki yang tak disangka-sangka. Riang ceria sedikit wajah Johan, namun kembali redup  bila memandang wajah mommynya.

“Tapi ni duit mommy. Selama Jo dah kerja,  Jo tak bagi sesen pun pada mommy..anak tak guna betul Jo nikan.”

“Jangan cakap macam tu Jo..mommy tak kisah Jo bagi ke tidak, Jo ada depan mata mommy pun dah syukur Alhamdullilah. Mommy tahu Jo banyak guna duit, bayar kereta, bayar sewa rumah,  bayar  bibik, tanggung makan kita sekeluarga. Mommy tak pernah pun terfikir nak minta Jo bagi kat mommy. Ni Dayah bagi sebab dia kata duit gaji dia tak digunakan untuk apa-apa, hanya sedikit dia ambil untuk bayar duit kereta dia, itu pun dia kata setengah lagi Jo yang bayarkan kan..jadi dia bagi mommy. Dah jangan  fikir yang tidak tidak.. ambil duit tu Jo fikirlah nak buat apa…nak buat muka beli kereta pun boleh juga kan.”

“Tapi Jo tak sampai hati nak guna duit mommy.”

 “Jo, kita ni anak beranak Jo. Kalau Jo susah mommy pun ikut susah, ambil lah mommy minta Jo beli kereta, yang kecil pun  jadilah. Senang Jo nak pergi kerja. Tak payahlah naik teksi atau naik bas. Kalau  Jo naik bas Jo kena berebut dengan orang,  kerja pula  tak tentu masa,  ada yang balik tengah malam ada kalanya pergi tengah malam. Lagi pun mommy nak minta Jo belikan mommy barang dapur. Mommy nak masaklah makan kita. Dah biasa makan masakkan rumah rasa tak sedap pula makan kedai Jo”.

“Mommy boleh masak ke?”.

“Bolehlah masak yang ringkas-ringkas. Jo makan telor dadar dengan sayur sahaja  boleh kan..nanti Jo tolong mommy kopekkan bawang banyak-banyak lepas tu masukkan dalam peti sejuk ye .”

“Jo ni tak kisah mommy, janji perut ada isi pun dah cukup. Mommy nak Jo carikan bibik  mee.”
“Tak payahlah Jo, mommy dah boleh buat kerja  sikit-sikit ni. Lagi pun mommy tahu, Jo kalau ada bibik Jo segan nak balik”.  Begitu berusha puan Maria mahu membantu anaknya berjimat. Dia tahu mengambil bibik dari agensi memerlukan duit juga.

“Dulu mungkin lah sebab mommy tak sihat macam ni..sekarang rasanya dah ok kot”.

“Tak apalah Jo biarlah mommy masak..lagi pun memasak ni macam exercises juga kan Jo. Mommy teringin nak baik macam dulu Jo. Cakap exercises  ni mommy teringat Dayah, dia dulu selalu tolong mommy exercises  kalau tak mommy tak macam ni, mungkin masih terbaring susah nak bergerak. Apalah khabar Dayah. Jo ada call dia Jo, tanya khabar ”.

“Dah lama juga tak call Dayah, sebelum Didi masuk hospital selalu juga  Jo call dia. Tapi sejak akhir-akhir ni malas pula rasanya.”.

“Kenapa? Dia tak layan kalau Jo call ke? Atau dia marah Jo sebab Jo ada isteri lain. Cakaplah dengan Dayah kedudukan Jo dengan Didi macam mana.”

“Entahlah mee..Jo rasa….”.

“Sekarang ni kedudukan Jo dengan Didi dah jelas. Cakaplah dengan Dayah kedudukan Jo dengan Didi macam mana, lepas tu ajaklah Dayah  rujuk?”.

“Jo malulah mommy..Jo dah tak ada apa-apa. Duit tak ada..kereta pun dah tak  ada, rumah ni pun rumah sewa. Kalau dulu ada juga kereta, walaupun hanya PESONA yang masih berhutang, tapi sekarang Jo habuk pun tak ada mommy.. masihkah dia pandang Jo lagi mommy”.

“. Mommy rasa dia bukan jenis orang yang pandang pada kebendaan Jo. Cuba lah Jo tanya Dayah dulu..kalau dia masih sudi pada Jo.. yang sebenarnya mommy sayang Dayah Jo..”

“ Yang sebenarnya Jo pun rasa dia bukan yang pandang pada kebendaan..tapi masaalahnya Jo lah yang rasa Jo tak layak untuk dia. Bila merasakan diri kita serba kekurangan,  Jo serba salah nak rujuk pada dia. Jo takut dia hidup susah dengan kita mommy”. Itulah yang ada dibenak Johan sebenarnya..dia merasa rendah diri.

“Habis Jo tak sayang dia lagi ke..ni rasa dah dua bulan Jo jatuhkan talak pada dia, hanya tinggal sebulan sahaja lagi yang Jo boleh rujuk pada dia. Kalau tidak nanti Jo kena nikah semula dipejabat ugama.”.

“Sayang tu sayang  mommy,  tapi  memandangkan keadaan Jo macam ni.. Jo kesian dengan dia. Tunggulah sampai Jo boleh adakan semuanya..Jo akan pergi pada dia semula”.

“Kalau macam tu, lama lah lagi Dayah dapat jadi isteri Jo. Mommy takut dalam Jo nak mengadakan semuanya, ada orang lain pula yang nak kat dia..Jo juga yang gigit jari nanti”.


“Kalau dah macam tu apa nak buat,  Jo terpaksa redha biarlah dia dapat yang lebih baik dari Jo..Jo hanya nak  dia bahagia  sahaja mommy.” Biar itu yang keluar dari bibirnya namun kelihatan wajahnya yang sedeh. Puan Maria tahu anaknya tidak pernah mahu melepaskan Nur Hidayah dari hidupnya. Kenyataan yang keluar dari bibirnya yang sebenarnya mengigit tangkai hatinya sendiri, mampukah dia menghadapi andai kata-katanya dimakbulkan oleh Allah, bukankah kata-kata itu merupakan doa. . membangkitkan nama Nur Hidayah rindunya jadi membuak-buak..

Yang sebenarnya sudah acap kali dia mencuri pandang bekas isteri yang bernama Nur Hidayah dari jauh. Perlakuannya kerana desakkan rindu yang tak mampu dibendung. Dan dari pandangan matanya kelihatanya Nur Hidayah gembira dengan kehidupan selepas dirinya menjadi janda. Fizikal dan tingkahlaku nya yang menceritakan itu dari pandagan mata Johan. Dari balik intaian Johan melihat perlakuan Tengku Faizal menjaga jandanya  bagai menatang minyak yang pernuh. Jalannya berpimpin dan berhati-hati bagai takut sangat Nur Hidyah terjatuh. Fizikal Nur Hidayah juga kelihatan berisi sedikit. Sambil berjalan tawa ceria menghiasi wajahnya. Tiap kali dia mengintip tiap kali itu juga Nur Hidayah memakai baju yang tidak pernah dipakai ketika bersamamnya dahulu. Sesungguhnya jagaan Tengku Faizal lebih sempurna dari jagaanya. Bayangan Nur Hidayah yang ceria terlerai dari ingatan bila suara mommynya meminta..

“Cubalah  beli kereta Jo. Ehh Jo cuba ambilkan buku ASB mommy dalam laci almari mommy tu..kalau ada bakinya boleh juga tambah untuk bayar muka beli kereta. Hari tu Dayah ada kemaskan laci mommy tu dia jumpa buku ASB  mommy. Cari kereta secondhand pun tak apa cepat sikit dapatnya,  kalau kereta baru nak tunggu tempahan pula.” Yang sebenarnya sebelum suaminya meninggalkan dirinya dulu, ada sedikit simpanan untuk kegunaan diri dan anaknya.  Ketika itu sudah hamper setahun suaminya berkahwin lain kerana mengikuti kehendak ibu mertuanya. Dan dari simpanan ASB suaminya lah dia menampung  perbelanjaan awal persekolahan Johan dan menampung kehidupan sebelum dia datang dan bekerja dikedai makan ke Kuala Lumpur  ..

“Ialah nanti Jo cari kereta yag cantik sikit..”.

Sudah sebulan Johan duduk bersendirian, bila mommynya dibawa oleh papanya pulang ke Melaka. Dengan pertolongan puan Syakila  jejak kasih Encik Johari mencari isterinya yang bernama Maria Ong Abdullah akhirnya berjaya juga. Dua minggu setelah Natasya duduk diMelaka dia sudah benar-benar sihat. Kereta Suzuki Swiftnya juga suadah ada pembeli, jadi  sebelum dia keluar negara semula kerana mahu menyambung kontrak peragaanya dia mengingatkan mommynya.

“Mommy!  mommy dah bagi uncle Johari alamat aunty Maria ke?”.

“Biarlah..malas mommy nak ada kaitan dengan siMaria tu. Benci pula mommy ingatkan perangai siJohan tu”.

“Kenapa pula? Jo cakap apa dengan mommy hari tu”.

“Dia tak cakap apa pun tapi mommy terkilan, dia bagi lu duit Iddah sikit sangat.. ada ke patut hanya Rm2 ribu sahaja.  Jo ni buat  lu macam tak ada harga.  Lu ingat tak Farid bagi lu berapa dulu..itu tak campur  kondo dan kereta SUZUKI lagi.. Menyesal pula mommy suruh lu bercerai dengan siFarid tu dulu. Kalau kita sabar sikit entah-entah dia pun dah ceraikan isteri dia tu tentu lu dah senang sekarang.”

“Biarlah mommy..tapi yang Didi tahu Jo ni memang tak ada duit. Itu pasallah Didi kerja jadi model. Masa Abedeen dulu nak beli baju dan kasut  pun tak dapat, apatah lagi nak ganti handbang..Kalau Didi nak juga alamat tak makan lah kami”.

“Kan dia tu doktor..”

“Doktor baru nak kerja mommy..gaji dia tu lebih banyak lagi gaji Didi masa Didi jadi akautan tu dulu. Dahlah mommy biarkan lah dia. Tak lama lagi Didi nak sambung kontrak Didi jadi model nanti pendapatan Didi tiga empat kali ganda dari gaji dia mommy”.

“nak pergi LA lagi ka?”.

“Ialah mommy..”

“Carilah kerja ka sini Didi..banyak kerja kat Malaysia ni”.

“Kat Melaka ni kerja apa yang boleh Didi buat mommy. Lagi pun gaji kat sini sikit. Mommy jangan bimbang Didi kerja dulu jadi model nanti kalau dah cukup banyak simpanan Didi,  Didi balik sini duduk dengan mommy. Masa tu kalau dapat kerja gaji sikit pun tak apa”.

“Bila lu nak pergi lagi”.

“Bella kata minggu depan..tulah kalau boleh sebelum Didi pergi mommy bagi tahulah dengan uncle Johari alamat aunty Maria”.

“Kenapa yang lu baik sangat dengan si Maria tu dia dah jampi lu ka”.

“Tak ada jampi lah mommy,  tapi Didi nak balas budi Jo yang dah bayarkan duit pembedahan Didi hari tu”.

“Alahhh duit itu anggaplah duit hantaran dan duit iddah lu Didi. Mommy  menyesal kahwin kan lu dengan si Johan tu..lu tak dapat apa-apa. Adakah patut lu hanya dapat duit mas kahwin Rm22.50 sahaja. Tak patut sungguh tak patut Johan buat lu macam ni”. Kenyataan itu sudah di ulang  beberapa kali bagi meluah ketidak puasan isi hati nya, bila merasakan anaknya bagai tidak bernilai dimata Johan Hamdi anak sahabat baiknya dulu.


“Dahlah mommy perkara dah lepas. Lepas ni memang Didi tak nak balik lagi dengan dia. Mommy mana nombor uncle Johari meh sini Didi SMSkan alamat aunty Maria pada dia.” 

2 comments:

  1. Ingatkan dah kena tazkirah dengan farid dulu si Didi ni betul² insaf. Payah juga kalau ada mak mcm pn syakila ni.
    Rindu pulak dengan Dayah mak Teh. Lama dah tak keluar.

    ReplyDelete
  2. Maaf ye lama tak buka blog..dah lepas post dah tak tenguk dah..sejak cuti sibuk memanjang. Bab ni kluar lah Dyah..tpi mungkin dua tiga hari lagi lah kot..

    ReplyDelete