~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 11 October 2015

69 Nur Hidayah





“Jo..I nak tahu adakah sebab perempuan tu atau sebab I dah tak sempurna kat mata you, you tolak I dalam hidup you Jo. Untuk pengetahuan you mereka tak buang payu dara I, yang mereka buang hanya Implannya sahaja. Payu dara I masih utuh macam dulu hanya kecil lah sedikit dari biasa memang payu dara I kecil kan.”

“Kenapa you  tanya,  you kesal pada perceraian ni ke?..tapi rasanya..perpisahan kita atas kehendak you. Kan ustaz tu kata lafaz yang I ucapkan setahun yang dulu sah. Ertinya selama setahun ni kita memang dah bukan suami isteri lagi”.

“Ialah I tahu tu, tapi kalau you nak,  kita boleh sahaja bernikah sekali lagi tadi kan. I tanya sebab macam you memang dah tak nak  I jadi isteri you..kenapa sebab fizikal I ke atau ada sebab lain”.


“Bukan kesempurnaan fizikal yang I cari pada diri seseorang wanita..tapi kita memang  tak sesuai untuk menjadi pasangan. Memang dari saat you tinggal kan I untuk kali kedua, rasa dalam hati I dah dah tak ada untuk you..I  cuba bersungguh menghapus rasa tawar tu tapi tak boleh, I betul-betul tak ada rasa untuk you.  I tahu you sanggup nikah dengan I dulu hanya sebagai batu loncatan untuk kerjaya you. Sebetulnya you tak memerlukan seorang suami pun dalam hidup you kan..”.

“Siapa kata..I manusia biasa yang ada nafsu dan ada rasa ingin dibelai”.

“Belaian you boleh dapat walaupun you tak ada suami”. 

“Johan!! You jangan nak cakap I main dengan jantan lain dibelakang you ye. Selama ni tak pernah I cari jantan untuk membelai I. Sebab I setia pada cinta I. I tak macam you baru setahun  I pergi you dah nikah lain..you cari belaian lain untuk memuaskan nafsu you”.

“I tak cakap pun you cari jantan untuk memuaskan nafsu you. Tasya..siapa BELL yang selalu you call tu”. Johan sering mendengar nama Bell disebut oleh Natasya bila berbual didalam telefon. Kalau dah bergayut macam dah tak ingat dunia berjam-jam macam tak habis cerita... Dia selalu menelinga dari dalam bilik mommynya sebab apa…sebab dia muskil dari gaya bahasa yang digunakkan oleh Natasya ketika berbual dengan insan yang dipanggil Bell..penuh lengguk kemanjaan seakan mengoda insan dihujung talian.

“Oh oh oh..you cemburukan  Bell rupanya..kenapa you tak selidik dulu.  Jangan cakap sebab dia you tak boleh nak terima I sebagai isteri you lagi. Jo you tak payah nak cemburukan Bell.. Bell tu perempuan, nama nya Isabella, yang I kenalkan dengan you masa kat hospital hari tu. Oh ye masa tu I sebut nama dia Bella, tentu you tak sangkakan yang selalu I call  Bell tu.. Isabella kan. Dia kawan baik I. I kawan dengan dia sejak I mula kerja  jadi akauntan dulu. Kami satu tempat kerja  tapi dia dibahagian Sumber Maniusia kami pun satu rumah sebelum I kahwin dulu. Dialah yang banyak bantu I dari dulu sampai sekarang. Dia kawan susah dan senang Jo, susah nak cari kawan macam dia.” Kelihatan ceria wajah Natasya bila bercerita tentang sahabatnya Isabella atau nama singkatnya Bell.

Yang sebenarnya Johan melihat sendiri tingkah laku dua wanita bilik dihospital ketika dia datang melawat. Dari cermin kaca dia memandang tingkah laku Natasaya dan Bell beraksi mesra bagai pasangan kekasih. Ketika itu Natasya baring mengiring manakala Bell dudk dikerusi  sambil mengelus-ngelus tangan Natsaya kemudian menciumnya ..kemudian bibir Bell bertukar kedahi dan selanjutnya kebibirnya pula.  Bila mendengar ketukkan dipintu cepat-cepat Bell membetulkan duduknya.  Memang benar apa yang diperkatakan oleh mommynya Natasya jika berjumpa dengan kawan yang bernama Bell akan berdakapan dan berciuman dengan penuh ghairah diruang tamu. Kemudian mereka akan berlalu kebilik tidur.

“I rasa dia pernah datang  masa kita di Abedeen”.

“Betullah..dia yang kenalkan I dengan ajensi peragaan tempat I kerja tu”.

“I nasihatkan untuk kebaikan you, lebih baik you jauhkan diri dari dia. I takut you tak boleh mengubah diri kalau you terus berkawan dengan dia”.

“Hei apa  maksud you dan apa hak you nak sekat dengan siapa I nak kawan.. INGAT kita dah tak ada ikatan apa pun, kita bukan lagi suami isteri yang you boleh control  I. Untuk pengetahuan you, walau apaun terjadi  I tak akan tinggalkan dia. Dia lah sahabat sejati I. I lebih rela kehilangan you dari kehilangan dia Johan. Dia lah kawan yang tak pernah berubah dengan I”.

“Wahhh begitu hebat penangan seorang kawan ye. Boleh you lebihkan kawan dari  suami Natasya..nilah salah satu sebab mengapa I tak boleh untuk terus dengan you.  Ingatkan you dah berubah selera bila I nampak you macam bersungguh-sungguh untuk kekal menjadi isteri I,  rupanya tidak, you masih Diana Natasya yang sama. You mahu jadikan I ni hanya sebagai PART TIME  HUSBAND  sahaja betulkan?”

“part time ke..apa ke untuk pengetahuan you...kalau sebab dia you tak boleh nak terima I lagi… ok fine. I dah jelak dengan sikap semua lelaki Malaysia ni, kalau dah dapat yang bertudung dan berbungkus rasa dah macam beruntung  sangat. You  ingat orang yang tak bertudung macam I ni semuanya jahat semuanya ahli neraka.   Pada I,  youlah lelaki yang tak sedar diri..you tak sedar dipermainkan oleh perempuan, entah berapa pinggan nasi kangkang yang dia dah bagi makan kat you, sampai you tak nampak keburukan dia.”

“Sebetulnya I keliru dengan perbuatan you..adakah disebabkan permintaan you I tolak, maka you mencari kepuasan pada kaum sejenis you, tapi tidak rupanya. Dari pengakuan you, memang you dah lama berkawan dengan Bell, jadi I rasa I tak bersalah dengan perceraian yang terjadi. Sekarang I dah dapat  jawapanya yang I ambi dari pandangan you”.

“Apa yang I pandang..you cuba cakap terus terang..you suka cakap berteka-teki”.

 “Pandagan you pada lelaki dan minat you pada lelaki..I yakin memang you berdua  LESBIAN. Patutlah you tak kisah walaupun berbulan-bulan malah  setahun lebih tak jumpa I, rupanya ada yang tolong puaskan nafsu you.”

“Kalau you tak  ada bukti you jangan nak tuduh I lesbian”.

“You nak bukti ke..untuk pengetahuan you rumah sewa I tu I pasang cctv..dalam bilik tu pun I pasang cctv”. Setelah melihat tingkah laku Natasya dan kawannya Bella dihospital Johan menukar kedudukan cctvnya kedalam bilik tidurnya pula. Bukti sudah nyata dan dia tahu dengan pasti siapa yang sebenarnya bekas isterinya yang bernama Diana Natasya binti Suffian.

“Hei Johan you nak mengintip I ke..I boleh saman you tau”. Johan hanya tersenyum senget mendengar jekahan Natasya.

“You nak saman apanya, rumah tu rumah sewa I, lagi pun I pasang cctv  sebelum you datang bertamu lagi. Tujuan I pasang dulu untuk memantau mommy kat rumah dengan bibik. Hanya I nasihatkan you bertaubatlah..Allah murka pada golongan umat nabi Lut. Perbuatan songsang ni balasannya api neraka Natasya”.

“Hei Johan!! syurga neraka tu semua urusan tuhan lah you tak boleh jadi pengadil I masuk syurga atau neraka”.

“I bukan cakap saja-saja bukti dah jelas, I hanya nak mengingatkan supaya you dapat menjauhkan diri dari perkara mungkar ..kan dah dibagi pengajaran macam mana Allah menimpakan bala pada kau nabi Lut yang suka pada kaum sejenis..you tak takut ke”.

“Ingat I tak tahu ke kaum Nabi Lut tu dia orang ska lelaki dengan lelaki”.

“Sama aje lelaki suka lelaki atau perempuan suka perempuan..konsepnya kan sama suka sesame jenis..perbuatan songsang..hukumnya neraka jahanam”.


“Dah lah Jo tak payah nak berceramah dengan I, benci I dengar..baru tahu sikit dah tunjuk pandai”.
“I bukan nak tunjuk pandai..kita ni sesama Islam wajib ingat mengingati..kalau you tak suka nak dengar apa boleh buat, tanggung jawab I ..I dah laksanakan”.  Dalam pada bertegang urat, akhir nya perjalan dari pejabat ugama kerumah Puan Maria sampai juga. Sebelum keluar dari kereta sempat lagi Johan berkata…

“You siap-siaplah I hantar you balik Melaka. Kedudukkan kita pun dah jelas kan tak elok kita duduk serumah lama-lama.”

“I pun tak hingin nak duduk rumah  you lama-lama. You tak bau ke rumah you bau busuk,  tah macam bau dalam longkang sahaja baunya. Heran I, boleh you duduk dalam rumah yang berbau macam tandas ni”. Itulah warna Diana Natasya yang sebenar, kalau tak dapat apa yang dihajatinya mula lah mengutuk sehabis buruk.  Johan Hamdi hanya tersenyum dan mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak kisah mendengar cecehan bekas isteri. Dia kedalam bilik mahu  menyiapi mommynya untuk sama-sama menghantar Diana Natasya kerumah keluarganya di Melaka.

Mendengar ada kereta berhenti diluar rumah, Puan Sakila menjenguk keluar,  memang benar pendegaran telinganya bila dia melihat ada sebuah PESONA mematikan injinnya betul-betul diluar pagar rumahnya. Bila Johan keluar dari pintu pemandu dengan cepat Puan Sakila bekejar kerahnya dengan rasa hairan…
“Ehh Johan!! ada apa hal lu datang.” Kata-kata yang keluar dari celahan bibir puan Syakila. Bila Natasya pula yang keluar dari bahagian belakang kereta, dia lagi bertambah terkejut.

“Ehh Didi..Kenapa lu balik dengan Johan? bukan lu kata lu sudah bercerai dengan Jo masa lu nak pergi LA  dulu ka? Bila  lu balik dari LA mommy tak tahu pun”. Riuh mulut puan Syakila bertanya itu ini kepada anaknya, Namun tidak satupun soalanya  berjawab. Mendengar kata yang keluar dari bibir bekas ibu mertuanya  Johan memusing badan memandang bekas isteri dibelakangnya.

“Memang I dah jangka you hanya berpura-pura Natasya..You nak I tanggung kos pembedahan you, you katalah you masih isteri I kan”.

“Lu bedah apa pulak Didi..Dulu sebelum pergi LA lu dah bedah tetek lu… ni bedah apa lagi”. Puan Syakila masih ingat lagi setahun yang lalu Diana Natasya menjual kondiominium pemberian bekas suami pertamanya kerana mahu menampung kos pembedahan payu daranya, walau dia menentang tindak tanduk anak perempuan tunggalnya namun tidak diidahkan.

“Didi buat apa lu nak bedah-bedah tetek lu tu..buang duit saja.”

“Alah mommy muka saja cantek tak boleh juga. Nak jadi model ni mesti siap dengan pakej…muka dan body mesti ‘cun’ baru lah orang berebut nak pakai Didi. Didi nak besarkan sikit payau dara Didi ni..Lagi pun Didi tak minta duit mommy”.

“Habis lu nak dapat duit dari mana. Pembenadahan plastik ni mahal kan”.

“Didi rasa nak jual lah kondo yang Farid bagi tu..boleh buat duit tambang kapal terbang sekali.”

”Kalau mommy .. mommy sayang jual kondo tu, kalau lu sewa tiap-tiap bulan dapat juga lu duit sewa. Nanti kalau lu duduk Malaysia tak payah kerja lu dah ada duit tiap-tiap bulan”.

“Mommy jangan bimbang, Didi jadi model ni pun dapat banyak duit juga.” Apa yang baru terbayang dimindanya terhenti bila mendegar suara anaknya sambil melangkah mahu masuk kerumah..

“Dah lah mommy Didi penat ni”.

“Tunggu dulu sementara Johan ada ni mommy nak selesaikan hal kita. Dulu Didi tak cakap pun nak bercerai dengan si Johan ni, tahu-tahu dah bercerai sahaja lu tu apa tahu bab bercerai berai ni”.

“Apa lagi mommy..Didi letih lah”.

“Johan apa you lu bagi pada Didi selepas lu ceraikan dia..tak kan senang senang macam tu saja lu ceraikan Didi”.

“Nak bagi apa pula?” Johan tercengang hairan.

“Hei lu jangan buat tak tahu..kalau dah bercerai lu kena bagi Didi, wang iddah dan harta sepencarian..ni lu tak bagi apa pun pada Didi. Ingat lu kawin dengan Didi dua tahun lebih..tak kan tak bagi apa pun”.

“Dah lah mommy tak payah nak minta apa-apa pada dia mommy..Johan ni bukan ada duit. Dia tak ada harta apa pun..”

“Ehh dia kan doctor..mommy dia cakap dulu dia doctor pakar kerja luar negara tentu banyak duit dia”.

“Itulah mommy dengar sangat cakap aunty Maria suruh Didi kahwin dengan Johan. Mommy nak tahu,  masa kat luar negara tu Johan belajar bukan kerja.   Makan pun guna duit biasiswa..itu pasal Didi kerja jadi model..sebab nak shopping  pun susah, berkira takut tak cukup duit untuk makan. Balik sini pun dia belum dapat kerja lagi, duduk pun rumah setinggan.. mommy tak ingat ke Didi lari balik sini sebab tak tahan. Dah lah mommy..tak guna nak bising-bising lagi”. Natasya  mula melangkah masuk kerumah mommynya. Sambil berjalan beriringan dengan mommynya dia mengeluarkan racangannya selepas itu. Sementara Johan tolong mengambilkan beg pakai Natasya dibelakang keretanya. Puan Maria hanya memandang  sahaja dari dalam kereta, tiada rasa mahu beramah mesra dengan sahabat baiknya merangkap bekas bisannya.

“Mommy Didi rasa nak jual kereta SUZUKU SWIFT Didi tulah”.

“Nak buat apa?? Habis mommy nak pakai kereta apa..macam mana mommy nak buat kerja kalau tak ada kereta”.  Puan Syakila menjalankan  rawatan berbekam  dan urutan refleksologi dari rumah kerumah itu kepandainya. Dia ada mengikuti kurus Fisioterapi ketika suami masih hidup lagi. Jika dia diperlukan dia akan datang kerumah pelanggannya. Itulah sebabnya disangat memerlukan keenderaan untuk memudahkan dia bergerak. Natasya menceritakan mengapa dia perlu menjalani satu lagi pembedahan. Dia akhir ceritanya dia menyatakan tujuan dia mahu menjual kereta SUZUKI SWIFTnya.

“Didi nak buat pembedahan nak masukkan semula implan dalam tetek Didi ni. Ni tenguk dah kecil sebelah mana cantik..nanti tak ada sapa  mahu ambil Didi pakai baju diaorang”. Puan Syakila terdiam mendengar rancagan anaknya memang benar apa yang dilihatnya payu dara anak nya jelas kelihatan kecil sebelah. Kepalanya ligat memikir..

“Kalau macam tu you kena ambil kereta yang Johan pakai tu..tak kiralah Pesona pun jadilah  untuk mommy buat kerja”. Itulah yang difikirkan.

“Mommy..” Yang sebenarnya Natasya rasa keberatan bila mengenangkan dia sudah mengambil semua duit simpanan Johan untuk  kos pembedahanya tempuh hari. Dia tahu Johan tidak berduit dan berharta. Ada juga rasa kasihan bila melihat kesusahan bekas suami yang baru mahu mengumpul harta diatas ushanya sendiri. Johan bukan anak  orang berada yang boleh dia bergantung harap pada harta keluarga. Mommynya pula sudah tidak berdaya untuk menguruskan diri pun dia meminta bantuan orang lain. Rasa kasihan Didi melayang pergi bila mendengar suara mommynya disebelah.

“Ehh itu hak lu lah Didi..dia beli kereta tu masa lu masih jadi bini dia kan”. Puan Syakila terbayang ketika Johan mengambil anaknya diMelaka setelah hamper dua bulan dia meninggalkan suaminya kerana kesusahanya duduk dirumah setinggan. Dia juga yang mengajar anaknya bagai mana seorang suami berusha mahu memberi keselesaan pada seorang isteri.

“Didi lu mesti tegas..you suruh Johan cari rumah sewa yang cantik sikit. Kemudian carikan kereta yang elok kalau tak dapat jangan balik, duduk sini dengan mommy”. Natasya mengikuti segala ajaran mommynya. Dan dua bulan kemudian Johan datang memandu kereta nasional baru PESONA. Namun keluar juga sungutan dari mulut anaknya.

“Tak ada klass langsung beli PESONA..belilah sekurang-kurangnya VIOS ke baru ada klass”.

“Tak apalah..nanti-nanti dia beli lah. Diakan baru balik luar Negara kerja pun belum dapat. Nanti kalau dia dah ada kerja tentu dia belikan Didi BMW, diakan doctor pakar”.

“Doktor pakar apanya doktor sengkek adalah. Mommy Didi nak bawalah SUZUKI Didi tulah”. Kereta SUZUKI SWIFT yang digunakan oleh puan Syakila adalah pemberian dari suami pertama Natasya, namun dijaga oleh puan Syakila kerana dia mengikut Johan Hamdi yang masih belajar diluar negara ketika itu.

“Kalau lu bawa mommy nak pakai kereta apa. Lagi pun kalau lu bawa Suzuki tu nanti Johan tak akan pandai nak berusha lagi untuk belikan lu kereta yang lagi cantik”. Itu cerita setahun dulu  masih melekat dimindanya.

Johan terjengul dimuka pintu dengan beg baju anaknya, terus ringan sahaja mulut puan Syakila menyuarakan kehendak hatinya..




2 comments:

  1. Adoii la..ingat dah selesai masalah si didi. Rupanya dengan maknya pulak. Memang anak beranak spesis suka ambil kesempatan.
    Bila pulak Johan nak rujuk dengan Dayah. Tak sabar nak tunggu mak teh.

    ReplyDelete
  2. Hok aloh.... ada juga manusia tak mengenang dek untung macam puan suhaila tu ya... memang acuan didi menurun dari mak dia... naik menyampah pulak kita ya... betul juga, bila lagi johan nak rujuk degan dayah...

    ReplyDelete