~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday 25 September 2015

62 Nur Hidayah








                       Sudah setahun Dr.Johan dan Nur Hidayah melayari bahtera rumah tangga.. mereka bahagia. Bagi Johan Hamdi dia bersyukur bertemu jodoh dengan Nur Hidayah. Kini kehidupan  sempurna biar pun belum lagi dikurniakan dengan cahaya mata penambat kasih. Baginya tak perlu ada anak untuk menambat kasihnya kerana kasihnya sudah lama tertambat sejak ucapan ijab dan Qabul dihadapan khadi dulu. Mereka berganding bahu menguruskan puan Maria mommynya. Dan dia melihat mommnya bahagia. Bahagia mommnya adalah kebahagiaannya. Dia merasakan Nur Hidayah adalah adalah tulang belakangnya.


                              Sejak dia kenal mesra dengan Tuhan Yang Mencipta Seluruh Alam dan sejak dia menjadi hamba yang taat Johan mengimpikan membantu mommynya beribadah juga. Namun untuk melakukan seorang diri sukar baginya. Kini dengan kehadiran Nur Hidayah dia dapat merelisasikan impianya.  Jika ada kesempatan solat berjemaah Johan Hamdi akan menjadi imam kepada isteri dan mommy dirumah. Begitu juga dengan puan Maria kini solat adalah kewajiban yang wajib ditunaikan lima waktu sehari walaupun tiada anak menantu yang menuntunnya bersolat. Dia sudah boleh bersolat sendirian.

                             Tapi dugaan Allah siapalah yang boleh menghalang.  Ada juga dugaan orang yang mahu kekal bahagia rupanya. Petang itu sepulangnya mereka dari kerja mereka sudah ditunggu oleh seseorang diruang tamu.Tetamu yang dulunya sangat rapat dengan Dr Johan.  Sambil berbual ceria pasangan bahagia Johan dan Hidayah masuk kerumah  setelah keduanya memberi salam. Tertegak Dr Johan memandang wajah yang tercongok diruang tamu. Spontan bibirnya menutur nama yang sudah lama terperosok didasar hati. Dan nama  itu juga sudah hamper hilang dan pudar  ditindan dengan kebahagiaannya sekarang.

“Didi!!..”..Itulah nama yang diseru bila terpandang wajah diruang tamu yang sedang merenung kearahnya. Beberapa saat dirinya kaku diambang pintu. Bila dia tersedar dari rasa terkejutnya. Laju lehernya memusing kebelakang bila teringat isteri dibelakanngnya. Digapainya tangannya. Nur Hidayah juga terpinga-pinga bila ada sorang wanita cantik dan seksi yang tidak dikenali berada diruang tamu rumah mereka tampa ditemani oleh sesiapa. Dimanakah ibu mertuanya?  

                                Pada kebiasaan puan Maria akan menanti kepulangan mereka diruang tamu dengan wajah ceria. Sejak bermenantukan Nur Hidayah hidupnya berubah. Makan pakainya berjaga, kesihatanya juga berpantau. Dihujung minggu dia akan dibawa kepusat terapi untuk menjalani latihan fizikal. Kini dirinya sudah menunjukkan sedikit perubahan. Bagi dirinya yang merasakan dirinya sudah agak ringan sedikit hasil dari rawatan terapi yang dijalani.  Walaupun belum boleh lagi berjalan mahupun mengangkat badan dengan sedirinya namun keperluan didalam bilik air dia sudah mampu melakukan sendiri. Pada kebiasaan dia menanti diruang tamu dengan keadaan sudah rapi dan bersih dan bersedia bersolat dengan anak dan menantunya.

“Ohh sayang sini”.  Suara Johan ceria sambil menarik tangan isteri untuk diperkenalkan kepada  tetamu yang menunggu kepulagan mereka.

“Apa you panggil dia Jo..sayang???..Siapa dia,  berani you bawa perempuan lain dalam rumah kita ni”. Soal tetamunya garang. Dia  sudah bangun dengan kedua tangan dipinggang dan raut wajahnya nampak tegang

“Didi biar I terang kan”.

“Panggil I  Tasya..sekarang I Tasya …Natasya bukan lagi Didi”.

“Ok..Apa-apalah yang you suka..Ini  isteri I nama dia…”.Terus sahaja dimemperkatakan kebenaran dia tidak suka berselindung. Mendengar apa yang diperkatakan terus sahaja Natasya berjalan  menghampiri  Dr Johan dan Hidayah yang baru melepasi ambang pintu masuk.

“Apa???Isteri???bila I izinkan you kahwin lain..I tak rela you madukan I. Ceraikan dia sekarang”.. Berkerut dahi Johan mendengar permintaan Natasya.

“Ehh apa pula hak you nak sekat kebebasan I..kita  dah tak ada kaitan apa-apa. You dengan I dah tak ada apa-apa hubungan lagi.”.

“Siapa kata I tak ada hak dan siapa kata kita tak ada kaitan..baru setahun lebih I tinggalkan you,  you dah tak ingat siapa I disisi you atau sebab betina ni you jadi lupa pada I.  Ubat apa yang you dah bagi pada suami I haaa” jerkah Diana Natasya di muka  Hidayah. Hidayah jadi mengundur kebelakang  menjauhi. Dia terkejut dengan jerkahan yang tiba-tiba.

“Didi!!!” Keras suara Johan mengingatkan bekas isteri bila mendengar  gelaran yang diuntukkan pada Hidayah “BETINA”.

“Panggil I Tasya..I bukan lagi Didi  yang boleh you perkotak katekkan.”

“Bukan I yang lupa Tasya..you..you yang lupa kita dah bercerai sebelum you pergi keluar negara mengejar kerjaya you dulu”.

“Apa buktinya yang kita dah bercerai..I tak terima pun surat cerai dari you. I nak bukti yang kita dah bercerai mana surat cerainya. Keji sungguh you, I pergi sekejap, you dah cari betina lain, sedang kan I tak pernah cuba cari lelaki lain dalam hidup I. Walaupun bersepah lelaki yang lebih baik dari you kat luar sana. Mana kesetiaan you, mana rasa cinta you pada I selama ni.. atau kesetiaan you dah terbang bila digoda dengan betina ni. Hairan I.. dengan sekali goda you tersunggkur. Bertudung konon tapi perampas. Hei betina tak tahu malu jampi apa yang you dah baca sampai Johan dah tak ingat I lagi. Cuba you cermin muka you tu cantik sangat ke?? Macam jamban tak siap... You tahu tak yang  dia tu suami orang..jangan ingat nak tumpang senang sebab dia tu doctor.”

“Diam!!! Sekali lagi you panggil Hidayah macam tu I tampar muka you”.

“Habis I nak panggil dia apa..memang dia perampas. Dasar betina gatal.”

 “Jangan  tuduh dia macam tu..dia bukan wanita yang macam tu”. Johan menarik Hidayah dan meletakkan dibelakangnya seperti mahu memberi perlindungan bila melihat Natasya makin agresif. Makin terbakar hati Natasya melihat perlakuan Johan Hamdi.

“Habis kalau dia bukan betina gatal yang merampas laki orang apa namanya..you nak bagi gelaran dia ‘anjel’. Pandai you nak bela dia kan..memang sah you dah kena jampi..entah ilmu hitam apa yang dia dah kena kan pada you Johan, hingga you dah tak nampak buruk nya dia..yang lagi hebat you terus lupa pada I yang dah bertahun you kenal. Terlupa yang I ni isteri you”.

“Isteri apanya..yang I tahu kita memamg dah bercerai”.. Kecoh diruang tamu dengan suara pertengkaran.

“Bercerai apanya Johan… mana bukti yang you dah ceraikan I, I tak pernah terima surat cerai dari you. Selagi tak ada bukti yang kita dah bercerai, I masih isteri you dan I  ada hak bersuara. I tak rela diri dimadu..sekarang you ceraikan betina perampas ni..ceraikan dia sekarang”. Jerit Natasya lagi. Melihat Diana Natasya yang menjerit mengamuk bagai hilang pertimbangan Nur Hidayah memegang lengan suaminya.

“Bang..”

“Hei!! siapa suruh you sentuh suami I..dia suami I, jangan nak berlagak manja didepan mata I ni. Jangan cuba nak beraksi romantik didepan I..I ni masih isteri dia.” Nur Hidayah melepaskan pegangannya dan berundur beberpa langkah menjauhi suaminya semula.

“Sayang pergi masuk bilik, biar abang selesaikan perkara lama abang dengan dia”.

“Johan!!! I tak izinkan dia masuk bilik kita..bilik tu bilik kita berdua..orang lain tak boleh sesuka hatinya masuk!!!” jerit Natasaya bagai orang hilang akal  bila mendengar panggilan sayang Johan untuk wanita lain selain dirinya. Dengan laju dia berlari keluar rumah. Johan dan Hidayah memandang hairan. Kuat menjerit sungguh si Natasya detik hati Nur Hidayah.

“Johan!! kalau you tak ceraikan betina gatal ni sekarang, I  akan jerit biar semua orang dalam taman ni tahu yang dia dah rampas suami I. Sekarang.. I nak sekarang juga you cerai kan dia.” Melihat keadaan  Johan Hamdi yang serba salah dan bagai enggan mengucapkan perkataan cerai untuk  Nur Hidyah, Natasya mengugut lebih berani. Bagi Johan sememang nya dia tidak mampu mahu mengucapkan perkataan cerai untuk isteri  sebaik Nur Hidayah. Diana Natasya makin mendesak.

“Johan! you jangan nak main-main dengan I, ingat I tak berani nak jerit ke.. sekarang Johan..sekarang!! cerai kan dia.” Suara rendah keluar yang dari rengkung Natasya kedengaran  tertahan-tahan kerana geram dan marah.

“Kenapa you buat I macam ni Tasya..I tak pernah susahkan hidup you selama ini. You yang pergi dari I. You yang minta cerai. You kata you nak bebas..you yang  tak nak terikat dengan tanggung jawab sebagai isteri..you yang nak cari duit sendiri sekarang  kenapa you lupa semua yang you minta Didi.” Sayu suara Johan mengingatkan apa yang diminta oleh Natasya setahun lebih yang lalu.

“Bila masa I minta cerai dari you Johan..bila??. Memang I pergi dari you kerana I memang nak cari duit yang tak mampu you sediakan..I tak nak menyusahkan you dengan keperluanya I. I tak pandai pakai barang jenama tipu.. I tak selesa nak pakai barangan jenama murah. Itu sebabnya I cari sendiri sebab I tak mahu menyusahkan you dengan gaya hidup I..tapi I tak  minta di cerai kan..”

“Habis kenapa you pergi juga, walau pun I dah kata kalau you tak balik dalam masa sebulan  dah dikira kita bercerai.”.

“I tak dengar pun you cakap macam tu..Kalau I dengar tentu I tak pergi..”.

“You jangan nak membelit kata... I dah ingatkan bila I dah cakap macam tu ertinya talak akan jatuh untuk you dan kita dah bercerai.. You kata you tak kisah dengan TALAK  yang jatuh untuk  you  dan pergi you pergi juga mengapa sekarang baru you muncul..you ingat tak,  tarikh you keluar dari rumah ni?..Kalau dalam masa tiga bulan kita bercerai  boleh lah nak kata  you masih tanggungan I, tapi sekarang dah setahun lebih baru you muncul semula you bukan siapa-siapa lagi pada I ”..

“Johan !! I tak kira you nak cakap apa tentang I, I tak kira hikayat apa yang you karang..yang I nak  you ceraikan perempun tu sebelum I menjerit.. Kalau you ak ceraikan dia I akan menjeri bagi tahu semua orang.. betina gatal ni  dah merampas suami I..Perempun gatal yang dah jampi you sampai you tak kenal siapa I. Sekarang ceraikan dia  Johan.. SEKARANG!!!”. Kelihatan Natasya sudah naik angin. Sememangnya sejak mendengar  Dr Johan memanggil Nur Hidayah sayang angin Natasya naik tidak surut lagi.. makin kencang adalah.

“Doktor Johan tolong lah..kalau doktor tak mampu, sebab saya tak minta sekarang saya merayu untuk kebaikkan kita..tolonglah ceraikan saya”.  Dr. Johan menghampiri Nur Hidayah dan merankulnya kemas..namun jeritan dari Natsya menyebabkan dia meleraikan pelukkanya. Sekali lagi Nur Hidayah merayu dengan suara sayunya.

“Tolonglah doctor..saya tak mampu dikatakan  perampas..” rasanya tidak terkeluar perkataan PERAMPAS  tetapi dirinya diperkatakan dengan perkataan tak mampu diungkap dengan kenyataan.

“Hidayah abang tak pernah berniat..tapi untuk menghindar perkataan itu abang rela..sekarang abang ceraikan Dayah dengan talak satu”. Selepas mengucapkan perkataan cerai Johan Hamdi jatuh terjelepuk. Dia merasakan anggota badan menjadi selemah-lemahnya. Nur Hidayah terduga lagi.

“Hei you dah dengarkan apa yang Johan ucapkan, pergi cepat kemaskan barang-barang you dan berambus dari rumah kami”. Herdek Natasya lagi.

                    Nur Hidayah masuk kebilik tidur mereka untuk mengemasi baju-bajunya.  Biar pun apa yang dirasa oleh Johan dan Hidayah..jika perkataan CERAI itu sudah terucap maka sahlah dia sudah diceraikan. Dia sudah menjandi janda. Ikatan halal mereka sudah terlerai. Kini mereka tidak boleh sesuka hati melakukan perkara intim hubungan suami isteri.

                   Puan Maria hanya dapat memandang dari ambang pintu biliknya. Air mata yang terjun dari tubir matanya memberitahu rasa hatinya.  Kemudian dia mengekori menantu tersayang dengan kerusi roda masuk kedalam bilik.  Dia membantu dengan menggunakan kemampuan yang terbatas melipati  pakaian menantu yang dicampak keatas katil. Keduanya membisu seribu bahasa hanya tangan yang  bekerja. Bagi Hidayah laju tanganya bekerja namun bagi puan Maria tangannya berat seberat hatinya untuk melepaskan menantu tersayang.

                    Tetapi walau apa pun yang dirasa, biar apapun yang anaknya rasa ucapan cerai sudah terlafaz. Dan ianya sah mengikut syarak kerana ketika mengucapkan Johan dalam keadaan waras. Ruang rumah mahupun bilik menjadi hening dari suara-suara. Setelah selesai mengemasi pakaianya Nur Hidayah merapati lalu disalami dan dicium tangan lemah bekas emak mertuanya.

“Mommy harap Hidayah menjadi menantu mommy lagi. Mommy tahu Johan terpaksa...berdoa ye..untuk masa itu”. Kata puan Maria penuh harap. Itu sememnagnya harapan dari hatinya yang tulus. Dia menyayangi  Nur Hidayah sepenuh hati.. Yang sebenarnya kedatangan Nur Hidayah didalam hidupnya memberi cahaya bukan sahaja pada anaknya malah kepada dirinya juga. Sejak kedatangan Nur Hidayah dirinya sudah menmdirikan solat lima waktu malah di bulan puasa dia juga turut berpuasan dan bersolat terawaih. l kadang kadang dirumah dan kadang kadang dimasjid. Tetapi yang paling mengharukan dia bersolat sunat Idul Fitri dan Idul Adha dimasjid bersam Jemaah wanita yang lain walau pun dia berkerusi roda.

              Begitu berusha Nur Hidayah membantu dirinya mendirikan solat.  Dan dia sangat bersyukur dapat menunaikan kewajipan kepada Allah biar pun dibantu. Dulu dirinya bersolat ketika dirinya masih sihat. Tetapi bila keadaan perlu dibantu untuk menguruskan diri dia sudah tidak bersolat lagi..

                 Tadi sedang dia berzikir menyucikan hati, dia dikejutkan dengan ketukkan dan goncangan kuat dipintu grill rumahnya. Kebetulan pula pintu pagar  tidak berkunci mungkin Nur Hidayah tidak sempat menguncinya tadi. Jika Johan bertugas disyift pagi Nur Hidayah akan pulang diwaktu makan tengahari.  Yang sebenarnya Nur Hidayah sudah meminta keizinan abang dan datuknya untuk pulang makan tengahari bersama emak mertuanya.  Terlanjur makan dilanjutkan sedikit masa makanya untuk menjadi imam kepada emak mertuanya menunaikan  solat zohor. Sememang puan Maria masih memerlukan bimbingan untuk dirinya megerjakan solat-solatnya, maklumlah dia adalah mualaf yang tidak terbimbing dari sejak dia memeluk Islam dahulu. Dirinya memeluk islam kerana mahu berkahwin denga suaminya yaitu ayah Johan Hamdi.

                 Walau bagai mana pun dia pernah berlajar bacaan dalam solat di Perkim  dan dia juga bersolat ketika dirinya masih sihat dahulu.  Bila dirinya ditimpa musibah dan tidak berdaya membuatkan dia tidak bersolat. Dia sangat bersukur Nur Hidayah muncul dalam kehidupannya yang memberi lorongan dirinya menjadi muslim sejati. Bila mendengar pintu diketuk dengan kuat diikuti  digoncang girill pintu, bibik membuka pintu. Bila pintu terbuka terdengar orang mengherdik bibiknya..terasa dia biasa mendengar suara itu dulu.

“Pekak ke, ketuk pintu kuat tak dengar..sakit tangan ni ketuk pintu tau. Buka grill ni cepat..”.

“Maaf..ibu ni siapa??” Hairan bibik dengan wanita garang yang menerjah pintu kemudian mengherdik dirinya pula.

“I isteri doctor Johan..cepatlah buka I nak masuk”.           

                 Mendengar bunyi kecoh dipintu masuk Puan Maria menggelonsor dengan kerusi rodanya menjengah keluar bilik..dilihat Bekas menantunya sudah tercegat diruang tamu. Bila mata mereka bertentang..kelur pula kenyataan dari bibir bekas menantu merangkap anak kawan baiknya sendiri.

“Ehh mommy..ingatkan mommy duduk rumah orang tua-tua..”.Tidak terkeluar satu perkataan pun dari bibir puan Maria. Dia tahu kerana dirinya ditimpa musibah menantunya pergi meninggalkan anaknya. Apa tujuan dia datang. Apa yang tertanya dihatinya terbantut bila  tetamu yang tidak diundang mengarah bibik lagi.

“Bibik!! Angkat beg baju tu masukkan dalam bilik..kemudian buat kan I air, I dahaga.”. Waah baru sampai da keluar aura mem besar detik hati bibik..tapi apakan daya hendak membantah dia hanya  bibik  yang mencari kehidupan dirumah orang..Itulah kesahnya beberapa jam yang lalu.

                   Ketika Nur Hidayah melepasi ruang tamu Johan masih duduk termangu diruang tamu dengan air mata yang mengalir lesu.  Melihat Nur Hidayah menuju kepintu dengan beg pakaian dia bangun mengangkat tubuh. Dicapainya beg pakain ditangan Nur Hidayah dibawa menuju kekereta. Dia membukan pintu penumpang Volksiwegen Jetta untuk Nur Hidayah kemudian dia membuka pintu disebelah pemandu. Pelakuannya ditegur oleh Natasya yang mengekorinya sampai diambang pintu..lalu ditegur..

“Johan!!! you nak pergi mana?”.

“I nak pergi mana bukan urusan you”.

“Hei Johan I ada hak dengan setiap langkah you tau you kan suami I.. Betina tu memang dah hilang haknya keatas you macam tu juga you ..You dengan dia  dah tak ada kaitan..you tak ingat ke you dah ceraikan dia sekejap tadi..”.

Jaga sedikit mulut you sebelum I hilang sabar ..jangan sampai tangan dan kaki I nanti ringan pada you”.

“Ehh tak betul ke dengan apa yang I cakap..dengan dia you dah hilang hak tapi  I ni memang tanggung jawab you”.

“untuk pengetahuan you edah seorang isteri yang diceraikan adalah tiga bulan atau tiga kali suci..dan selama itulah dia masih didalam tanggung jawab suaminya. You tu yang dah bukan lagi tanggung jawab I sebab kita dah bercerai setahun lebih”.  






3 comments:

  1. Allahu... tak habis lagi dugaan yangdatang untuk hidayah ya.... apalah yang akan jadi pada mereka seterusnya... kenapa lemah sangat dr. johan ni hingga takut amat dengan si didi tu... dah kata janda buat apa nak ikut kata dia... alahai sorry mak teh terover pulak komen... hehehe

    k.mid

    ReplyDelete
  2. Tak apa..mak teh ok aje..hnya kalau kita jumpa orng yg degil dan tak takut mcam didi ni mcam mna kita nak 'hendle' dulu mak teh ada dngar crita jiran mak teh anaknya terpaksa nikah dengan gadis yang duduk bertunggu tangga dirumahnya tak mahu blik2 sbab dia berkenan dng anak truna jiran mak teh tulah..

    ReplyDelete
  3. Ishhhhh teruk pla pangei c johan ni
    Mak teh jgn bg hidayah rujuk balik ngan johan
    Bg johan gila talak

    ReplyDelete