~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 29 September 2015

64 Nur Hidayah







Pintu rumah puan Maria sudah sedia terbuka luas. Dari luar lagi nampak  Diana Natasya  duduk disofa diruang tamu dengan mata memandang keluar, mungkin menanti kepulangan Johan,  namun Johan pula selepas menaggalkan kasut tampa salam tampa sapaan ‘Hai’ unuk Natasya terus sahaja dia menonong masuk kebilik mommynya.

“Assalamualaikum..mommy dah solat Asar mee?”.Untuk mommynya pandai pula dia memberi salam. Dia bertanya solat mommynya kerana pada kebiasaan waktu  Asar mereka bertiga akan solat berjemaah dirumah.  Natasya hanya dapat mendengar suara sayup anak beranak itu berbicara kerana pintu bilik ditutup rapat, kemudian berdetap menandakan tombol pintu dikunci dari dalam. ‘Entah apa relevennya Johan mengunci pintu’..detik hati Natasaya.

“Sudah..lepas Jo hantar Dayah mommy solat sendiri”. Memang sudah banyak perubahan pada diri puan Maria sejak dia mengikuti kelas fisioterapi setiap minggu. Kini dirinya sudah boleh menguruskan dirinya sendiri dibilik air, menyuap makanan dan perkataan yang keluar dari bibirnya  sudah boleh difahami sedikit oleh orang yang selalu berdampingan dengannya. Mendengar jawapan mommynya  terus sahaja Dr Johan mengelungsur keatas katil. Mata terpejam…namun keluar juga suaranya.

“mommy Jo nak tidur sekejap”. Tiada jawapan dari mulut puan Maria..dia  hanya memerhati tingkah anaknya yang diduga sekali lagi. Melihat wajah letih dan suara sayu anaknya dia sangat bersimpati. Dia tahu anaknya sedang bersedih dengan apa yang telah berlaku.  Jodoh itu dia yang menunjukkkan..ada rasa bersalah dalam hatinya. Tidak lama Dr. Johan melelapkan mata kedengaran suara azan Magrib berkumandang. Dr Johan membuka mata lalu duduk sambil mulutnya menyahuti seruan azan dengan suara perlahan.

(Hanya untuk mengingatkan diri supaya dapat mengingatkan anak lelaki mak teh)..Sunat Azan
Orang yang melaungkan azan (muazzin) mestilah suci daripada hadas kecil, hadas besar dan najis.Beliau juga hendaklah menghadap kiblat ketika mengumandangkan azan. Azan sunat dilafazkan oleh muazzin yang baik dan merdu suaranya serta nyaring. Azan hendaklah dinyaringkan biarpun didengar oleh salah seorang daripada jemaah ketika sembahyang berjemaah. Sekiranya tidak menggunakan pembesar suara, azan hendaklah dilaungkan di tempat yang tinggi. Penggunaan pembesar suara di merata tempat memaafkan perbuatan ini. Azan juga sunat dilakukan berdiri kecuali jika ada uzur.
Ketika muazzin membaca “hayya `ala as-salah”, muazzin hendaklah menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca “hayya `ala al-falah” menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kiri. Juga disunatkan melakukan tarji‘ semasa azan iaitu menyebut dua kalimah syahadah secara senyap sebelum dinyaringkan.
Disunatkan juga muazzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya dengan tujuan untuk meninggikan suara. Muazzin tidak boleh bercakap ketika mengumandangkan azan. Orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh muazzin, kecuali pada lafaz “hayya `ala as-salah” dan “hayya `ala al-falah”. Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”.
Azan itu hendaklah dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara lafaz azan dan Iqamat.
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut lebih [1]:
"Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan muazzin sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya sama ada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan dari menjawab azan ialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya..."
Doa selepas Azan
Setelah selesai azan, doa berikut adalah sunat dibaca oleh muazzin dan penganut Muslim lain yang mendengar azan:
اللهمربهذهالدعوةالتامةوالصلاةالقائمة
Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan,
آتمحمداًالوسيلةوالفضيلة
Datangkanlah Nabi Muhammad (kepadaku) sebagai penghubung (kepada Allah) dan keutamaan (bagiku),
وابعثهمقاماًمحموداًالذيوعدته
Serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya.

Diana Natasya diruang tamu rasa tercabar..dirinya sudah tidak dapat menarik perhatian Johan Hamdi lagi. Apa kah sudah pudar daya penarik dirinya sehingga tidak dapat menggugat rasa lelaki normal dengan kecantikan dan keseksian dirinya. Hendak menerjah masuk kebilik puan Maria terasa dirinya seperti seorang perempuan yang terdesak pula.

Usai seruan azan Johan Hamdi pintu bilik puan Maria dibuka dari dalam terjengul Johan Hamdi yang masih berpakai tadi. Kemudian dia menuju kebilik tidurnya. Bilik yang dihuni bersama Nur Hidayah  selepas mereka sah menjadi suami isteri. Bilik itu juga pernah dihuninya bersama Diana Natasya ketika mereka menjadi suami isteri tiga tahun yang dulu. Langkahnya diikuti oleh Diana Natasya dengan senyum simpul terlukir dibibir. Natasya beranggapan Dr. Johan sudah tewas..dia tidak akan mampu mengenepikan dirinya yang cantik, seksi, menawan yang penuh daya tarikkan. Sampai didalam bilik, Natasya duduk dibirai katil sambil memerhati tingkah Johan yang membuka almari pakaianya.  Dia kebiliknya kerana mahu mengambil baju-bajunya.  Senyum Natasya masih terlukir kerana mindanya membayangkan Dr. Johan sudah mahu mencari baju tidur sedangkan magrib baru di awal waktu..sungguh dia sudah tidak sabar menanti malam merangkak jauh iulah yang tergambar di minbda Diana Natasya. Rupanya tidak lama senyum yang meniti dibibirnya, bila melihat  Johan mula mengeluarkan sehelai demi sehelai pakai kerja dari almari pakaianya. Yang dikira sudah lima helai baju dan seluar kerjanya disangkut dibahunya.

Bila merasakan tidak cukup bahu untuk menampung segala pakaianya, Johan mengambil sehelai kain pelikatnya lalu menghamparnya di atas lantai, kemudian  mencampakkan  baju dan seluar yang tersangkut dibahunya, dia membuka laci dan memunggah segala seluar dalam, baju singletnya dan  tiga helai kain pelikat  ke hamparan kain pelikat yang dibentangnya tadi. Hampir habis  baju dan seluar yang bergantungan dialmarinya. Begitu juga dengan pakaian kecilnya.Terkebil-kebil mata Natasya melihat tingkah lelaki dihadapannya..ringan mulutnya bertanya untuk mencari kepastian..

“Ehh..You nak pergi mana Jo ..macam nak pindah bilik sahaja ambil baju banyak-banyak ni”.Tiada sebarang suara  yang keluar dari celah bibir  Johan.

“Jo! You nak pindah bilik ke?. You tak nak duduk sebilik dengan I ke?”. Agak tinggi sedikit suara Natasya bila soalan  tidak mendapat jawapan dari Johan. Bila Johan tidak memberi reaksi Natasya mengeluarkan lagi apa yang ada dihatinya. Kedengaran sedeh suara Natasya.

“Johan..kenapa you tak hiraukan I. I sayang you Johan..cinta I pada you tak pernah berubah.” Mendengar perkataan sayang dan cinta dari bibir Natasya Johan memalingkan diri memandang kearahnya..

“Sayang ke kalau you selalu tinggalkan I. Seorang isteri kalau sayang kan suaminya dia tak akan meninggalkan walau apa pun keadaan suaminya.Yang I tahu  naluri seorang isteri, dia rela menderita bersama suaminya. Itu sebabnya ada orang cakap kesusahan suami adalah dugaan seorang isteri. Tapi you…Yang I ingat seawal perkahwinan kita tiga bulan lagi you dah tinggal kan I. Itu baru you diduga I tak dapat belikan you pakaian dan baranganan mahal…you belum lagi diduga tak dapat makan sehari dua. You tak mahu langsung nak memahami kesempitan I masa tu dan keadaan I masa tu (seorang pelajar ).Pakaian dan barangan you lebih penting untuk you dari I.  Dulu I ingat masa kat Abedeen sahaja you macam tu tapi tidak rupanya..You tak pernah nak membantu I menghilangkan tekanan keliling. You tak pernah mahu membantu I menguruskan mommy I bila dia diserang strok dulu.You tak pernah fikir bagai mana I nak membendung darah panas seorang lelaki yang baru mengecapi alam rumah tangga.You hanya pentingkan rasa seronok dan rasa puas  diri you sahaja. I tersedar yang sebetulnya you tak pernah nak rasa bersusahpayah dengan I. Dahlah I malas nak cakap hal tu…”.

“Kenapa you tak menghargai pengorbanan I..masa tu kita kan susah, I kenalah tinggalkan you untuk cari duit..untuk keperluan kita juga kan.  Kenapa you tak cuba faham… Masa dah balik sini I pergi juga sebab masa tu kedudukkan you yang tak setabil, kerja pun belum dapat lagi I, terpaksalah juga cari duit untuk kita..I nak tolong  menampung kehidupan kita. I tahu kewangan you tak berapa nak cukup untuk menampung keperluan kita..nak makan pun bertahan-tahan…bukan I tak mahu jaga mommy you.”.

“You jangan nak membelit kata Didi”.

“Jangan panggil I Didi..sekarang I Natasya”.

“Tak kira apa pun nama you, you tetap you.memang I belum ada kerja tetap masa tu…tapi I tahu tanggung jawab I, itu sebabnya I berusha cari duit..I kerja kat stesen minyak, I buat locum.. setakat you nak makan tiga empat kali sehari memang masih mampu I adakan. Yang sebetulnya jika kita bersederhana, you tak akan kelaparan masa tu. I masih mampu nak sediakan makan untuk you. Satu lagi duit kerja you bukan untuk keperluan kita, tapi duit you hanya untuk keperluan you. Walau pun I sedar duit gaji you memang I tak berhak nak ambil.. tapi kalau betul you nak bantu, you boleh sahaja kerja kat sini..I bukan tak tahu tempat kerja lama you offer kat you, hanya you yang tak mahu. I tahu kerja kat sini tak glamour macam kerja kat LA. Mana nak sama Petaling Jaya dengan Los Angeles macam langit dengan bumi..”.

I tak kisalah pasal glamour..tapi kerja kat sini berhempas pulas tapi gaji sikit..”.

“Itu hanya alasan you sahaja . You sebenarnya you  tak mampu nak hidup seadanya dengan I. You yang tak mahu memahami keadaan I. Tapi ialah you mana mampu hidup biasa-biasa..you tak pandai hidup ala-kadar atau hidup hanya dapat makan sahaja. Dari situ I dah nampak kita memang tak ada keserasian dan tak sesuai menjadi pasangan suami isteri. I sedar siapa diri I..I bukan lahir dari keluarga kaya, belajar pun atas tanggungan biasiswa sahaja..tapi waktu tu I bertahan mungkin lama kelamaan kita boleh mencipta keserasian.. Pasangan suami isteri yang serasi adalah pasangan yang boleh bertolak ansur bersama berganding bahu melengkapi antara satu sama lain, tapi sayang you tak boleh nak mencari keserasian dengan I sebab keadaan I…
… I tahu you hanya serasi dengan orang yang sanggup mengadakan apa yang you minta dengan erti kata lain hidup dengan orang kaya sahaja. Untuk pengetahuan you..bukan kewajipan seorang isteri mencari duit menampung kehidupan”. Johan memusingkan badannya menyambung kerja-kerja memunggah baju- bajunya yang terkendala. Dia sudah tidak menghiraukan Natasya yang seksi yang sedang memandangnya. Dia  terus sahaja meneruskan aktivitinya. Bila dirasakan semua pakaian yang mahu dipakai sudah mencukupi dia membunjut kain pelikat tadi lalu dipukul di bahunya seperti pendekar bujang lapuk lagaknya. Kemudian langkahnya menuju kepintu.

“Bertuahnya I dapat suami macam you..suami yang tahu tanggung jawab dan suami yang memahami..lepas ni I tak akan tinggalkan you lagi. Lagi pun you dah ada kerja dan dah ada pendapatan tetap kan”. Johan hanya mendiamkan diri bagai dia tidak mendengar  pujian yang dikeluar dari celah bibir Natasya. Rupanya pujian nya tidak mendapat mencairkan kebekuan Dr. Johan, dia meneruskan lahkahnya.

“Johan! You marah dengan I ke? sepatutnya I lah yang marah dengan you sebab you tak setia..Belum beberapa  tahun I tak ada didepan mata you ..cinta you dah berubah arah..mudah sungguh you mendapat dan membina cinta baru.. mana janji  you yang nak jaga I hingga akhir usia I. Mudah sungguh you melupakan janji masa kita baru nikah dulu”. Rasa berbulu telinga Johan bila Natasya bercakap tentang setia dan  cinta.

            Memang dia pernah berjanji akan menjaganya  Natasya diawal pernikahan mereka dulu, bila dilihat Natasya bagai hilang kepercayaan kepada lelaki dan perkhawinan. Dia tahu perceraian Natasya dengan bekas suaminya disebabkan dirinya yang terabai, bila bekas suaminya melebihkan isteri yang seorang lagi..maklumlah Natasya berkahwin dengan lelaki yang telah beristeri. Melihat sikap dan cara Natasya, baru dia tersedar keberangkalian sangat tinggi Natasyalah yang meminta cerai dengan bekas suaminya dulu... bukan Natasya yang terabai, tetapi mungkin dia meminta bekas suaminya menceraikan isteri yang seorang lagi bila permintaannya tidak dapat dipenuhi dia pula yang meminta cerai..Johan Hamdi sememangnya tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Natasya kerana hati sibuk menganalisis cerita lamanya. Natasya jadi hilang sabar bila dirinya tidak dihiraukan.  Terasa bagai dia  bercakap dengan tunggul sahaja. Buntu kepalanya memikirkan cara bagai mana mahu menarik perhatian Johan.

“Johan, I nak you tukar perabut dalam bilik ni.  I tak mahu tidur diatas katil yang dah diguna oleh orang lain”. Cubaan menukar topic perbincangan untuk menarik perhatian..juga tidakmendapat  tidak balas.. akhirnya memetir suara Natasya yang terlepas untuk melepaskan rasa sebal hatinya.

“Johaaan!!!..you dengar tak, apa yang I cakap ni. I nak you tukar semua perabut dalam bilik ni, I tak mahu berkongsi barang dengan orang. ..tukar sekarang Johan ..sekarang!!”.Jerit Natasaya ..haa Diana Natasya sebenarnya sudah muncul ..wanita yang suka terpekek terlolong bila kehendaknya tidak dituruti. Itulah detik dihati Johan Hamdi.

“Heii..you dah gila ke..terpekek-pekek tengah Magrib ni. I nak solat kalau nak solat sama siaplah.” Sebagai seorang Islam kita wajib mengajak orang muslim lain bersolat sama. Perbuatan yang sangat mulia yaitu mengajak muslim atau muslimah untuk mengingat Allah. Mana tahu terbuka pintu hati orang yang diajak menunaikan kewajiban seorang hamba dengan ikhlas.Tetapi yang sebenarnya sejak Natasya menjadi isterinya dulu dia tidak pernah melihat Natsya bersolat atau menjadi makmumnya bersolat. Tetapi dulu dia pun begitu, solatnya lompong-lompong..solat jika terasa ada masa untuk bersolat. Setelah dia duduk sebilik dengan Ahmad Luthfi anak seorang imam semasa dia belajar di bumi Abedeen..dia menemui Hidayah.

Terkedu Natasya mendengar ajakkan Johan.Dalam kepalanya ligat mencari alasan untuk tidak dia mengikuti ajakkan. Melihat Johan melangkah keluar bilik, dia mengekori lagi. Namun langkahnya berhenti diruang tamu bila  JohanHamdi masuk kebilik mommynya dan kedengaran suara nya berbicara dengan mommynya. Dan sekali lagi pintu bilik mommynya ditutup dan dikunci dari dalam.

“Mommy jom Jo tolong mommy ambil wudu’” .

Magrib itu dia seorang sahaja mengurusi mommynya bersiap untuk solat. Selalunya Hidayah yang membantu menyiramkan air untuk mommynya berwuduk dan Hidayah juga yang tolong memakaikan telekung. Bukan itu sahaja dia juga yang selalu menolong mommynya merapikan diri memakaikan bedak dan menyisirkan rambut. Bila dipandang cara Nur Hidayah menyiapi mommynya seperti seorang ibu yang menyiapi seorang anak yang baru berusia tiga tahun. Tapi dari situ dia dapat menilai penerimamaan Hidayah terhadap mommynya. Dia menerima dengan hati yang  ihklas tiada pura-pura dan tidak hanya didepan matanya sahaja..

Dulu sewaktu Diana Natasya masih menjadi isterinya tidak pernah Johan Hamdi melihat mereka duduk berbual, biar pun bukan sehari dua mereka berdua kenal antara satu sama lain. Mommnya mengenali  Diana Natasya sejak dia baru lahir lagi. Bila ditanya mengapa Natasya tidak suka berbual dengan mommynya.. Kaanya dia tidak suka berbual bersama orang yang sudah berumur kerana cerita mereka berbeza.Tetapi tidak pada Hidayah dia suka bertanya itu dan ini dengan mommynya kerana dia ingin memahami.

“Sayaang faham ke apa yang mommy cakap tu…mommy cakap  Cina tu”..

“itu sebabnya Dayah kena selalu berbual dengan mommy supaya Dayah  faham apa yang mommy cakap. Jadi kalau abang kerja hari Sabtu dan Ahad tak adalah Dayah mati kutu tak bercakap”.  Apa yang melintas diminda Johan jadi terbubar bila mendengar suara pelat  dari mommnya menjawab ajakkannya tadi.

“tak apa Jo mommy boleh buat sendiri”.

“Tak apa mee..masa Jo ada ni biar Jo tolong. Selalu Dayah yang tolong mommy hari ni Jo  uruskan mommy Jo sendiri”.

Yang sebenarnya latihan fizikal yang dijalani setiap minggu sangat membantu memulihkan kesihatan fizikal puan Maria, ditambah lagi dengan latihan yang dibantu oleh NurHidayah ketika dia dirumah. Nur Hidayah akan menyuruhnya berjalan berpengang dinding atau berjalan dengan menolak kerusi, dan sesekali jika Johan dan Hidayah bercuti mereka akan membawa mommynya berjalan di atas rumput. Kata orang dengan cara itu boleh meransang perjalanan darah ditapak kaki.
Terjemahkanwww.revasi.com/.../jalan-tanpa-alas-kaki-tingka...
Efek pijakkan dan sentuhan tanah maupun rumput akan menstimuli otot dan saraf tubuh ... Salah satu fungsi berjalan tanpa alas kaki akan merangsang saraf. Anda dapat mempraktikkan berjalan tanpa alas kaki ini di atas rumput atau tanah atau jalan tar...Berjalan tanpa alas kaki dapat mengubah keaktipan elektrik dalam otak yang dapat menstablikan detak jantung, meningkatkan penyaluran glukosa, meningkatkan antioksidan dalam tubuh, mengurangi risiko peradangan, mengurangi stres, meningkatkan sel-sel darahmerah, menghilangkan racun dalam tubuh, meningkatkan kekebalan tubuh, dan konduktivitas kulit yang lebih baik. Ini yang dikatakan oleh seorang pakar kesihatan dan ahli saraf di Inggeris.

“Mommy kena jalan juga sikit..perlahan-perlahan supaya kaki mommy ni bergerak. Nanti kalau tak ada pergerakkan kaki mmommy ni akan mengecut atau jadi pengkar mee..jalan perlahan-lahan ye,Dayah tolong..”

“kan kita dah buat eksesais tiap-tiap minggu. Mommy kesiah Dayah baru  balik kerja.”.

“Tak apa mee..Kita kena buat hari-hari kalau nak cepat baik..ni masa Dayah ada Dayah tolong mommy. Dayah  kesian mommy..nanti mommy tak boleh nak berjalan lansung..nanti kalau dah ada cucu mommy tak dapat nak dukung .” Ha.. ha..ha Hidayah dan puan Maria gelak suka bila menyebut penambahan ahli keluarga.  Itulah cara NurHidayah memberi semangat kepada  emak mertuanya supaya berusha mahu menjadikan dirinya sihat. Reda gelak nya puan Maria menyambung kata.

“Mommy takut jatuh nanti, kalau mommy jatuh susah kauorang nak jaga mommy lagi...”.

“Kan Dayah ada..Dayah jaga mommy jangan sampai jatuh”.
“Mommy kesian Dayah baru balik kerja, tak penat ke”.

“Alah Dayah bukan buat kerja berat pun kat office tu..kira-kira nombor sahaja..meh Dayah tolong tarik tangan mommy..Dayah teringin teguk mommy jalan tampa kerusi roda..Dayah teringin nak ajak mommy shopping satu KL ni”.Ha ha ha..mereka berdua ketawa lagi. Yang sebenarnya puan Maria rasa sangat bahagia.

Dengan usha yang bersungguh dan hati yang bahagia dapat dirasakan keadaan dirinya semakin pulih, biar pun masih menggunakan kerusi roda. Dia sudah boleh mengerakkan kaki dan tangannya dan mengangkat tubuhnya untuk naik kekerusi roda dengan sendiri. Jika latihani berterusan kemungkinan besar dia boleh mengurusi dirinya sendiri tampa bergantung pada orang lain.

            Setelah sempurna berpakaian untuk bersolat mereka keruang tamu, dilihat bibik sudah siap membentang sejadah. Natasya pula duduk menyandarkan diri disofa ruang tamu. Ketika mereka bersolat diruangtamu berimamkan Johan Hamdi. (Johan Hamdi, puan Maria dan bibik). Natasya hanya memandang sahaja. Tadi bila Doktor Johan mengajaknya sekalilagi, dia mengatakan dia sedang uzur.. Usai solat dan bersalaman dengan mommynya dan sebelum dia menyorong kerusi roda mommynya masuk kedalam bilik..

“Bibik cepat siapkan makan malam..saya letih malam ni..jadi nak cepat makan”.

“Baek pak”. Johan Hamdi menyorong kerusi roda mommynya  melintasi Natasya yang masih duduk disofa namun tidak dijelingnya Natasya yang duduk memandang kearahnya.  Melihat tingkah Johan Hamdi timbul rancangan dikepalanya.. ‘Oh aku mesti cari jalan supaya Johan pandang aku sampai sayang dia nak berkelip mata’..itu azam yang berputik  hati Natasya.

Tidak lama bibik berhidang dia keruang tamu dan mengetuk bilik puan Maria. Dia mengajak ahli rumah puan Maria dan Natasya makan malam. Ketika dimeja makan sekali lagi Johan Hamdi tidak menghiraukan kehadiran Natasya. Dia tunduk menyuap nasi biar pun Natasya duduk bertentangan dengannya. Tiada sapaan atau perbualan yang keluar dari bibir orang yang dimeja makan. Tidak seperti selalu riuh mulut Johan bersamaaan riuh mulut Hidayah dan puan Maria..riak Dr. Johan yang selamba membuatkan  Natasya rasa makin tercabar. ‘Dibuatnya kita macam tak bermakna langsung pada dia’…itulah kata-kata yang bergema dihati Natasya..emmm ligat kepala Natasya mencari jalan mencairkan kebekuan Dr. Johan.

Tidak lama lepas makan malam kedengaran sayup laungan azan Isyak bersahut-sahutan. Mereka terus mengerjakan solat Isyak manakala Natasya mengambil perluang mempersiapkan diri dengan pakaian tidur.  Dia memakai baju tampa lengan yang beropol dibahagian bahunya.  Kainnya dari jenis kain satin tetapi agak nipis yang  berwarna merah pekat menyerlahkan lagi kulit putihnya yang gebu. Dibahagian belakang dan dadanya agak terdedah menampakkan lurah  dalam yang terbentuk dalam hasil apitan  gunungnya yang besar.. wahh  kelihatan putih dan montok. Rambutnya pula sengaja di ikat ekor kuda tinggi  menampakkan leher jinjangnya yang putih hangat. Uhh sungguh seksi. Untuk lelaki normal hidangan yang dihidangkan  itu sangat menyelerakan kehendak nafsu batin.


2 comments:

  1. Jangan la si Johan ni tergoda. Teruk sungguh perangai si Didi. dah kata uzur lagi nak goda² nafsu org. Hiiii....

    ReplyDelete
  2. uzur yg diuzurkan sendiri.........bak nafsu didi tak uzur...he..he...iman dr jo kan kuat tak tergoda punya..hanya hidayah di hati..he..he..he

    ReplyDelete