~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 12 January 2016

80 Nur Hidayah






“Yang sebetulnya sebelum Johan nikah dengan Dayah lagi, Yah dah tahu siapa Dayah,  Johan dah cerita dengan Yah. Yah terima Dayah bukan paksaan dari sesiapa..tapi Yah terima dia sebab Yah percaya dia boleh bahagiakan Johan dan tak membuang Yah yang tak berdaya ketika tu”.

“ Yah tahukan hanya Johan seorang sahaja anak lelaki kita. Dia tu penyambung keturunan kita. Apa akan jadi dengan keturunan kita kalau dah emaknya  dari keturunan tak baik.  Bab dia terima kita lain cerita, walau macam mana keadaan kita kalau dia dah jadi menantu tentu dia akan terima kita seadanya.  Abang terkilan sebab Yah tak fikir betul- betul sebelum Yah  terima perempuan yang macam tu”

“Mana abang tahu dia dari keturunan yang tak baik”.

“Kalau dia tu anak luar nikah baik ke tingkah laku emak dan bapaknya”.

“Ingat bang,  kita nikan manusia yang tak sempurna, mungkin emak ayahnya tersilap... Tapi sekali silap tak semestinya terus sentiasa silap. Sebab yang Yah tenguk tingkahlaku Hidayah tak lah menunjukkan dia dari keturunan yang tak baik. Dari Yah mula Yah kenal dia dia seorang gadis yang menutup aurat, sopan santun, dan  hormat orang tua. Dan sejak dia jadi isteri Johan dia jaga Johan dengan baik. Tak penah Yah dengar dia meninggi suara dengan Johan, tak buruk pinta. Apa yang Johan cakap dia ikut.”.

“Dia sekarang memang baik, tapi zuriat yang bakal dia lahirkan macam mana. Abang bimbang dengan keturunan kita yang akan datang, macam manalah peranaginya cucu-cucu kita nanti”.

“Tapi pada Yah tingkah laku emaknya adalah cemin pada anak-anaknya akan datang. Kalau baik tingkah laku emaknya anaknya InSyaa Allah akan baik juga, sebab emaklah yang akan mendidik anak-anak. Kan banyak dah para ulama cakap semua  bayi dilahirkan sebersih kain putih. Yang mencorak kehidupannya adalah ibu dan ayahnya.  
…Abang nak tahu sepanjang dia serumah dengan Yah, Dayah tak pernah tinggal solatnya. Malah di ajaknya Yah solat sama. Dia tak malu menolak Yah pergi masjid mencari pahala..mengejar keredean Allah. Punya bersungguh dia memastikan Yah tak tinggal solat, dia balik waktu zohor dan menjadi imam Yah. Dia ajar Yah melancar surah lazim yang senang-senang untuk persediaan Yah solat sendiri. Yah nampak betapa sabarnya dia mengajar  Yah yang dah keras lidah ni bang. Selalu dia memperdengarkan bacaan Yassinnya ketelinga Yah supaya Yah ni terang hati katanya. Abang tahu sebab apa dia buat macam tu”.

“Kenapa??..dia nak beli jiwa Yah supaya sayang kat dia, nanti senanglah dia nak ‘pengang tengkuk Yah,”  Yah ikut  sahaja cakap dia”.

“Kenapa abang suka buruk sangka dengan dia bang. Dia buat Yah macam tu sebab dia kata solat tu tiang agama, supaya Yah tidak ditimpa siksa dunia. Kalau kita selalu tinggal solat kita akan ditimpa siksa dunia. Abang nak tahu siksa dunia tu apa, rezeki yang tak berkecukupan, rasa tak gembira dan bahagia biar pun harta banyak itulah siksa dunia bang. Kemudian dia cerita pada Yah Rahsia solat, rupanya perlakuan yang kita kerjakan dalam solat akan membantu kita didalam kubur. (anggaplah tazkirah bagi yang sudah tahu)
Niat sembahyang memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
Berdiri tegak fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
Takbiratul Ihram fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
Fatihah sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
Rukuk sebagai tikar kita di dalam kubur.
Iktidal akan memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur.
Sujud memagar kita ketika menyeberangi Siratul Mustaqim.
Duduk di antara 2 sujud akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
Duduk tahiyat awal menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
Tahiyat akhir sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.
Selawat nabi sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
Salam memelihara kita di dalam kubur.
Tertib fadilatnya pertemuan kita dengan Allah s.w.t.

Itu sebabnya dia memastikan Yah tak tinggal solat. Supaya Yah tidak disiksa didalam kubur”.  Bila melihat suaminya terdiam mendengar ceritanya, puan Maria menyambung lagi ceritanya.

 “Bang! yang Yah nampak Dayah tak rasa susah bila menguruskan Yah ..Yang Yah paling tak dapat nak lupakan bila dia menguruskan Yah dalam bilik air,  masa  Yah tak upaya untuk menguruskan diri Yah sendiri.  Yah ada tanya dia.. tak rasa jijik ke uruskan Yah yang bukan emak kandung dia. Dia kata menguruskan emak mertua sama ganjaran pahala yang  Allah dah janjikan dengan meguruskan emak kandung sendiri. Yah bersyukur sangat dapat menantu yang tak hanya nakkan anak kita sahaja, tapi dengan kita-kita sekali dia ambil. Dia ambil Yah bukan ketika Yah sihat segarbugar,  tapi ketika yang tak berdaya langsung..masa tu Yah nak gerakkan badan sendiri pun tak berdaya. Apa yang dia buat pada Yah menjadikan Yah rasa dia anak kandung Yah bang. Dulu sebenarnya Yah  terkilan kerana tak dapat anak perempuan yang boleh Yah bergantung hidup masa kita tak berdaya tapi sekarang tak lagi ”.

“Anak-anak perempuan abang kan anak peremupan Yah juga”.

“Memang betul anak abang dengan isteri abang yang lain, adalah anak Yah juga. Tapi bukan abang tak tahu anak-anak abang yang tak mahu terima Yah sebagai ibu.  Dia kata Yah merampas kasih sayang abang  untuk mereka dan emak mereka.”  Bila di tunjuk kan kebenaran tentang tingkah laku anak anak perempuannya Encik Johari mengubah tajuk perbualan..

“Yah macam mana Johan boleh ceraikan Didi”..

“Yang sebenarnya sudah lama Johan menahan sabar. Kata Johan dari masa mereka diluar  negara lagi dia dah selalu kena tinggal, sebab Didi lebih mementingkan kerjayanya sebagai model. Sampai diMalaysia pun sama, baru balik tak sampai seminggu dia dah tinggalkan Jo balik Melaka, alasanya dia tak pandai duduk dirumah setinggan yang serba kekurangan ditambah nak jaga Yah yang baru kena strok ketika tu. Masa tu lagi Johan dah meminta pendapat Yah dia nak bercerai dengan Didi, tapi Yah yang melarang. Yah tak mahu kerana Yah mereka bercerai.
… Yah minta Johan siapkan keperluan untuk kemudahan Didi. Yah minta Johan beli kereta PESONA yang baru dan sewakan rumah di kawasan bandar supaya Didi tak rasa hidup diceruk.. kurang kemudahan. Tapi rupanya apa yang dilakukan oleh Johan juga tidak berupaya menambat hati Didi untuk tinggal dengan kami. Dia sekali lagi  mahu keluar negara menjadi model untuk mencari duitnya sendiri. Dia mahukan hidup yang mewah. Ketika tu Johan belum lagi menjadi doctor dia kerja distesen minyak untuk menampung kehidupan kami. Memang betul  gaji Johan tidak dapat memewahkan dirinya ketika tu. Tapi Didi ni bukan seorang isteri yang mampu bersabar hidup susah bersama suami. Didi bukan tak tahu Johan hanya menanti tiga empat bulan untuk menentukan hospital mana dia dikehendaki bertugas, itu pun dia tak sabar.”

“Dari mana Johan dapat duit beli kereta”.

“Duit muka kereta dan duit muka sewa rumah Johan guna duit simpanan dia. Masa belajar kat luar negara Johan tak pernah balik bila cuti. Siang-siang hari dia cakap dengan Yah, kalau cuti panjang dia akan mengambil ubah petik anggur atau pun epal. Kalau cuti pendek dia ambil upah cuci tandas. Dan dengan duit itu juga dia kirim kat  Yah untuk menambah duit belanja Yah kat sini. Masa tu Yah kerja kat gerai makan..”. Oh susahnya kehidupan anak dan isterinya yang diabaikan. Bisik hati encik Johari. Untuk tidak mendengar lagi cerita penderitaan anak dan isterinya Encik Johari memesongkan cerita.

“Kenapa tak dihalang Didi pergi jadi model, Johan kan suami dia boleh sahaja menghalang kalau isterinya nak keluar dari rumah”.

“Susah kalau beristeri yang pandai tetapi tak tahu dimana letaknya kehidupan seorang isteri. Sebab dihalanglah mereka bercerai. Sebetulnya  Johan dah tak boleh nak  bersabar lagi, bila Didi kata dia nak ikut kawanya keluar Negara menyambung kontraknya menjadi model. Johan kata ‘kalau Didi pergi juga dan dalam masa sebulan dia tak balik akan jatuh talak satu untuk Didi’ . Biar pun Didi dengar apa yang Johan cakap, dia tetap pergi juga..dua tahun lepas tu baru Didi balik.

“Masa yang dia cakap talak satu tu ada saksi ke?”.

“Masa dia cakap tu depan Yah. Tapi dua dua tahun lepas masa Didi balik sini mereka ada pergi pejabat ugama tanya masaalah mereka. Pegawai tu kata lafaz yang Jo cakap tu sah. Ertinya dari saat Didi pergi mereka memang dah sah bercerai. Sekarang baru Yah sedar, sakit Yah ni rupanya ada hikmah yang sangat baik untuk Johan dan Yah..”.

 “Apa hikmahnya yang Yah suka sangat jadi lumpuh separuh badan dulu”.

“Peritnya kehidupan kami masa tu rupanya mahu menjumpakan Jo dengan jodoh yang baik. Allah menjodohkan Johan dengan wanita yang boleh menerima Yah walaupun Yah sangat tidak berdaya ketika tu. Mengenangkan apa yang Dayah buat dulu, membuatkan  Yah tak mampu nak melukakan hatinya dengan memujuk Johan memadukan dia. Kadang-kadang anak sendiri pun tak boleh nak menguruskan emak ayah yang tak berdaya ni bang. Inilah Rahmat Kasih-Sayang  Allah yang Dia kirimkan untuk  Yah. Jadi  Yah tak akan mensia-siakan Rahmat yang Allah dah bagi untuk Yah. Yah tak akan membantu untuk menyakiti hatinya, Yah tak akan membantu menjadikan hatinya menjadi sedeh.”.

“Yah! abang ni bukan apa, jangan sampai Killa kata kita tak pandai mengajar anak mengenang budi. Kita jumpa semula ni pun diatas daya usha Killa yang SMS alamat Yah kat PJ tu. Abang bersyukur sangat dapat jumpa Yah semula. Dah lama abang cari Yah tapi tak jumpa. Sekarang ni dia minta tolong jagakan anaknya kita tolonglah. Abang bukan nak minta tolong Yah suruh Johan ceraikan Dayah..hanya nak minta Yah pujukkan Johan supaya nikah dengan Didi..payah ke”.

“Kalau abang yang menerima budi, abanglah yang membalasnya kenapa pula harus Johan yang membalasnya..”.

“Macam manalah abang nak membalas budi Killa tu Yah. Tak kan abang yang dah pencen ni kahwin dengan Didi,  kena sumpah seranah abang dengan Killa nanti, Yah bukan tak tahu mulut bisa si Killa tu”.

“Janganlah abang nikah dengan Didi tentulah tak padan, nikahlah dengan Killa. Killa pun dah lama sangat menjadi balu. Tentu Didi pun suka dan senang hati nak tinggalkan mommynya bila mommynya dah ada orang yang jaga”.

“Yah ni..Yah  macam tak kisah pula bermadu”.

“Berpuluh tahun Yah bermadu bang dan sekarang ni Yah masih bermadu. Abang jangan lupa isteri abang yang kat Tanjug Rambutan tu, dia masih isteri abang yang sah. Mungkin abang dah lama tak jenguk Laila, menyebabkan anak-anak abang kata Yah yang tak kasi abang pergi jenguk emak mereka. Pergilah abang jenguk, walau pun dia macam tu, dia masih isteri abang, dia masih ada perasaan. Mungkin dengan jengukkan abang dia akan merasakan kasih sayag abang masih ada untuk dia. Mungkin bila abang jenguk dia  dapat meredakan sedikit tekanan dalam jiwa dia. Mana tahu bila reda tekanan dalam jiwa dia dia boleh menjadi isteri seperti isteri-isteri yang lain”. Terkedu Encik Johari mendengar  apa yang keluar dari bibir isterinya. Disebabkan peristiwa hitam yang meragut dua nyawa menyebabkan Nur Laila isteri kedua Encik Johari ditahan kerana sakit mental yang boleh membahayakan orang lain. Dia dimasukkan di pusat rawatan sakit mental di Tanjung Rambutan Ipoh Perak.

Memang benar  sejak dari dulu lagi Maria Ong Abdullah bermadu, dia bernikah sekali lagi dengan pilihan emaknya. Biar pun tidak diceraikan namun  Maria terbiar tampa nafkah zahir dan batin dari dirinya kerana larangan emaknya.  Dia membiarkan seorang isteri terkontang kanteng mencari kehidupan sendiri  dua puluh tahun lamanya. Sekarang baru dia tersedar  kejamnya  dirinya. Dengan apa yang keluar dari dua ulas bibir isterinya menguci dirinya dari berkata-kata.


Sudah tiga bulan kehidupan Dr Johan tenang dari permintaan papanya untuk dia membalas budi yang dihulur oleh bekas ibu mertuanya. Malam itu ketika dia dan isterirnya sudah mahu merebahkan diri telefon bimbintnya berbunyi.

“Sayang capaikan handfon abang tu..  Tengukkan siapa yang call sayang”. Hidayah mengikuti suruhan suaminya, kebetulah telefon tangan suaminya berdekatan dengan dirinya.

“Diana Natasya bang”.

“Emm apalah yang dia ni pulak”. Dengan rasa berat panggilan dijawab juga.

“hallo asalamualikum..I ni. You tak kerja hari ni”. Orang  hujung talian memberi salam dengan suara ceria.

“Waalaikumsalam..I baru balik kerja, tadi  I kerja petang. You apa cerita sekarang,  dengar ceria sahaja suara you”. Rasa hairan berdetik dihati Johan bila bekas isterinya memberi salam tadi.. seperti bukan Diana Natasya binti Suffian pula.

“I ok..saja call nak bagitahu you, yang esok I nak  pergi buat kimo untuk kali yang ketiga.  I rasa kimo kali yang terakhir untuk I. Selesai semuanya I akan pergi jauh Jo. Jadi sebelum I buat kimo ni I nak ucapkan terima kasih pada isteri you dan jangan bimbang duit dia tu I akan bayar secepat mungkin”.

“You tak payah  tergesa-gesa nak bayar. You rehat cukup-cukup biar kesihatan you baik sepenuhnya, barulah you pergi kerja. Duit tu tak apa..”

“Tak, tak, memang selepas kimo kali ni I akan sihat sepenuhnya Jo. I tahulah keadaan diri I sendiri, you jangan bimbang”.

“Ok take care..assalamulaikum”. Dr Johan menutup perbualan.

“Waalaikumsalam”. Kedengaran suara dihujung talian menjawab salamnya.

“Buang tebiat ke dia ni”. gumam Dr. Johan perlahan.

“Kenapa bang? Sampai abang sebut buang tebiat”.

“Tak..rasa janggal pula bila Natasya ni bagi salam dan jawab salam”.

“Ehh abang ni, bagi salam tu kan memang dituntut oleh Islam..kenapa pula kata buang tebiat pula”.

“Ialah tak pernah-pernah nak bagi salam, ni bagi salam pula. Dia ni yang abang tahu hai..hai bye..bye sahaja yang dia tahu”.

“Manusia ni kan boleh berubah bang. Kalau berubah kearah kebaikkan kan satu perkara yang bagus. Jadi kita bersangka baik sahaja lah, mana tahu dengan musibah yang diberi  menjadikan dia ingat dia umat Islam, jadi doakanlah dia dengan perkara yang baik-baik.”.


Pagi itu usai solat subuh Jo dan Hidayah sudah bersiap-siap mengemasi sedikit pakaian untk mereka bawa pergi bercuti. Cadangnya mereka mahu ke Cameron Highland membawa anak-anak bercuti. Kebetulan pula dia sedang bercuti tiga hari. Bila melihat telefon diatas meja solek isterinya bergetar.

“Siapa pula lah ni janganlah ada yang suruh ganti tugas, kita baru nak bercuti”. Sungut Dr. Johan perlahan. Hati Johan sering berdebar bila telefon berbunyi. Kerja sebagai seorang doktor tidak menentu bila berlaku kecemasan atau tiada doktor atau kawan-kawan ada kecemasan mereka akan dipangil untuk betugas, biar pun ketika itu mereka sedang  bercuti. Setelah berbicara dengan pemanggil dihujung talian Dr. Johan merenung ke screen telefonnya yang sudah gelap..

“Siapa yang call bang”.

“Papa”.


1 comment:

  1. Johari nak kawen dengan kila ke makteh?
    Hahaha...baru tau langit tu tinggi ke rendah.
    Baru nak bercuti ada saje yang mengganggu.

    ReplyDelete