~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday 23 September 2015

Nur Hidayah 61.





                    



                 Usai solat Zohor yang tertanguh sekali lagi doctor Johan dipelawa makan oleh Tengku Faridah.

“Johan jom kita makan, bibik dah hidang makan dah tu..sedap hari ni bibik masak”.

“Makan lagi ke nek.. saya asyik makan sahaja, murah betul rezeki saya hari ni. Kata nak makan malam awal lagi rasanya”. Ialah diajak makan nasi pada pukul empat petang ..nak kata makan tengahari rasanya dah lewat nak kata makan malam rasanya terlalu awal..

“Tak apalah makan two in one lah kita makan tengahari campur makan malam sekali”.

Hari itu perut doktor Johan kenyang sepanjang hari. Makin kuat naluri lelaki ingin mencari pasangan, bila kehidupan sehariannya terjaga. Terasa sudah ada suri hati yang menantinya dirumah. Tidak sempat lapar perutnya, sudah disuruh makan lagi. Sambil menyuap makan kemulut hatinya bermonolong sendiri.


“suka nenek tenguk Johan ni”.


“Kenapa nek”.


“Ajak makan senang..banyak bual..nenek yang sebetulnya jarang bercakap kalau atuk dah pergi kerja, tak ada siapa nak diajak berbual, lagi satu nenek tenguk Johan ni happy sahaja orangnya.”


“Saya kalau orang ajak makan memang tak pernah tolak nek..kan kata rezeki jangan ditolak..Saya happy sebab perut saya kenyang”.



“ Eloklah tu kalau Johan buat macam ni wajah kamu ni berseri. Orang yang tenguk pun rasa suka sahaja..Kalau kamu naik pelamin naik seri pengantin. Orang yang memandang pun bahagia tau.”.


“Ialah tu nek tapi mana tak gembira nek..perut saya hari tak sempat nak lapar daaah nenek suruh makan lagi”. Terkekek – kekek Tengku Faridah mendengar lawak spontan bakal cucu menentunya.


“Nek, Hidayah tu pandai masak tak nek”.


“Kenapa? kalau dia tak pandai masak kamu tak suka ke?”.


“Taklah tak suka..tapi saya bayangkan dia tak pandai masak sebab tak siapa yang ajar dia masak..kan kata nenek dari kecil dia hidup sorang”.



“Masak untuk diri sendiri dan keluarga pandai juga.. Dulu masa dia duduk dengan nenek dia masak juga. .nak dapat  pahala siapkan makan untuk suami katanya. Tapi dia masak ala orang negeri Sembilan lah.. siapa yang tak tahan makan pedas menangis dibuatnya. Macam arwah papanya memang menagis makan masakkan dia”.



“Ia ke nek”.Gembira hati Johan dengan pertemuan pertamanya. Mana hati tak gembira berjalan dengan Tengku Faridah dapat juga dia mengetahui serba sedikit masa lampau  bakal isteri.




            Pernikahan diantara Johan Hamdi dan Nur Hidayah berlangsung dengan meriahnya. Seperti yang dirancang pihak pengantin  lelaki membawa 7 dulang hantaran bersama mas kahwin yang dimasukkan kedalam album kecil. Ramai juga yang mengiringi kedatangan Dr Johan kerumah kediaman Tengku Faizal yang telah dihias indah oleh Tengku Faridah. Kata dulu tak ada keluarga tapi ramai juga yang datang. Itu detik hati Tengku Faridah menerima kedatangan rombongan pihak pengantin lelaki.



Berkenaan hisan rumah. Tengku Faizal dan cucunya Tengku Farid terkekek melihat gelagat Nur Hidayah diluar pagar.  Yang sebenarnya mereka berdua memerhatikan tingkah laku Nur Hidayah  dari cctv  yang sengaja dipasang diluar pagar.  Tujuan cctv itu dipasang untuk keselamatan isi rumah ketika ketiadanya kerana bekerja. Entahlah sejak beberapa bulan kebelakangan dikawasan perumahan mereka sering dimasuki orang-orang yang merampas  rezeki orang lain dengan memasuki rumah orang. Bukan diwaktu malam sahaja manusia-manusia  yang tak berhati perut ini memecah masuk, tetapi diwaktu siang juga. Mungkin kerana mereka tahu diwaktu siang ramai penghuni rumah atau kebayakkan orang lelaki pergi bekarja dan mereka mengambil kesempatan ketika itu. Untuk keselamatan isi rumah nya Tengku Faizal memasang cctv diempat penjuru  rumahnya. Dia berpesan kepada isteri dan bibik agar segera menghubungi polis atau dirinya jika melihat individu yang mencurigai berjalan atau melilau-lilau dikawasan rumah mereka.


            Dek kerana terlalu berubah hasil sentuhan idea dari Tengku Faridah  Nur Hidayah jadi tidak mengenali kediaman datuk dan neneknya. Dia keluar dari keretanya kemudian dengan bercekak pinggang memerhati keadaan disekelilingnya.  Sambil dia tertinjau-tinjau dan memusing-musingkan badan mencari kepastian.  Akhirnya dia berjalan  kepintu pagar dan meneliti nombor rumah yang sememangnya sudah sedia ada disitu.

“Ehh betul ke ni rumah atuk..ke aku tersalah masuk lorong. Tapi rasa betul. Haa rasa nya memenag ini nombor  rumah atuk. Tapi rumah ni macam rumah orang nak buat khenduri..atuk nak buat kenduri ke?..tapi dia tak cakap pun…”  Dahinya sudah berkerut..tangannya pula memegang dagu seperti orang sedang memikirkan perkara yang sangat berat. Dia mula tidak yakin pula nombor rumah atuknya. Yang sebenarnya dia berkejar kerumah datuk dan neneknya bila membaca SMS dari abangnya yang menyuruhnya datang dengan segera.


Manalah Hidayah tak keliru..bila melihat rumah datuknya sudah berubah wajah. Cat dinding pagar rumah sudah bertukar  warna, disekeliling pagar sudah terpasang lampu lip-lap lip-lap tiga  tingkat, ditepi-tepi pagar pula tersusun pasu-pasu bunga kertas berbagai warna yang sedang rancak  berbunga, sedangkan dahulu tepi pagar rumah datuknya tidak terdapat sebarang pokok bunga. Didalam pagar pula sudah berdiri dua buah konopi yang dihias dengan kain berwarna hijau zamrud dan kuning.  idayah tak HidaYAH H HH Sungutan itulah  yang didengari oleh Tengku Farid dan Tengku Faizal kemudian mereka berdua terkekek-kekek mentertawakan tingkah laku Nur Hidayah yang kebingungan.



“Hebat tak nenek you Farid,  sampai boleh mengubah suasana rumah kita ni.. Kesian pula I tenguk Hidayah tu. Farid! pergilah you keluar nanti balik pula bakal pengantin tu  bila dia tak yakin rumah ni rumah nenek dia”.. Mendengar sungutan Nur Hidayah Tengku Faizal mengesa cucunya memunculkan diri keluar pagar.


“Tuk!! memang atuk tak bagi tahu, kita nak buat khenduri untuk dia ke tuk”.


“Bukan tak bagi tahu..tapi dia yang tak nak..dia yang nak nikah kat pejabat ugama sahaja. Bila atuk bincang dengan nenek, nenek kata macam tak patut pula kita buat macam tu pada dia..dia pun macam you, cucu kami. Lagi pun arwah papa dah pesan berikanlah  Hidayah haknya seperti  you juga. Betul tak apa yang kami buat ni Farid..you tak rasa apa ke Farid..”


“Nak rasa apa pula tuk...dia kan adik Farid. Betul kata papa tu berikanlah hak dia sebagai ahli keluarga kita. Farid tahu mungkin papa rasa bersalah diatas kesusahan dengan kehidupam dan pandangan masyarakat pada Hidayah dan mamanya di atas perbuatan papa.”


“Betul tu arwah papa you selalu cakap dia rasa sangat bersalah  dengan pandangan masyarakat pada  mereka berdua. Dia menyesal kerana sikap tak bertanggung jawabnya menyebabkan mereka berdua menanggung aib..sedangkan dia bersenang lenang tak terfikir pun akibat perbuatannya sampailah dia berjumpa dengan Hidayah. Jadi kami buat apa yang kami rasa patut Farid..Dahlah pergi you keluar tenguk Hidayah tu.”.



“Ialah tok”. Cepat sahaja Tengku Farid mengikuti saranan datuknya.  Dia menjenguk keluar pagar.


“Haa dah sampai pun pengantin..masuklah nenek tengah tunggu you kat dalam tu. Dari tadi dia risau you tak sampai-sampai. Dari lepas subuh lagi tak berhenti mulutnya suruh I call you, naik lenguh jari I tekan nombor you.. kenapa tak angkat? Nenek call tak angkat atuk call tak angkat. Sampai nenek rasa you tak setuju nikah dengan Johan, hari ni.” Memang benar  ketika dia memeriksa  telefon tangannya pagi tadi, tertera nombor 10 panggilan yang tidak berjawab dari datuk, nenek dan abangnya..


“Hsyy tak adalah macam tu..yang sebenarnya Dayah terlelap lepas subuh tadi, fon pula bawah bantal itu yang tak dengar tu.                                                                                                                                                                                         Bang!!  betul ke nikah hari ni lepas solat Jumaat. Kenapa tukar masa nikah bang..kan hari tu kata  nikahnya  esok lepas Zohor.”. Terkejut Nur Hidayah memebaca SMS dari Tengku Farid yang menyuruh datang kerumah datuknya dengan segera kerana mahu bersiap sedia untuk bernikah selepas solat Jumaat hari itu.


“Betullah..memang kita bincang esok..tapi bila semalam atuk dan abang pergi booking, jadual tuk kadi tu penuh esok..dia minta atuk buat hari ni lepas Jumaat. Itu yang abang call banyak kali tu..You tak jawab pula..kesian nenek risau betul dia. Dah pergilah masuk jumpa nenek...you ok ke?”.


 “Nak buat macam mana lagi..ok lah.(meleweh sahaja suara  Nur Hidayah menerima  peneragan abangnya) Lagi satu ni kenapa berkemah bagai ni bang, bukan ke nikah dipejabat  ugama sahaja..”


“Tak atuk minta khadi datang rumah.. nikah kat rumah. Dia kata dia nak tenguk you nikah kat rumah..Lagi pun mak Johan kan tak berapa sihat kalau kat masjid dia susah nak tenguk anaknya bernikah..”.


“Tak menyusah kan ke kalau nikah kat rumah..Dayah takut abang, atuk dan nenek nanti kena buat  banyak kerja.”


“Tak apalah hanya sekali sahaja Hidayah. Yang sebenarnya memang atuk dan nenek nak merasa cucu perempuan dia nikah dirumah ni..ikutlah cakap atuk dan nenek tu ye..dahlah pergi masuk, kesian nenek tunggu you dari selepas subuh tadi.”  Nur Hidayah tidak juga menapak masuk kerumah dikepalanya bersarang berbagai soalan. Dia tetap berdiri dihadapan Tengku Farid.

“Kenapa Hidayah??..you tak setuju ke dengan rancangan atuk dan nenek”.

“Bukan..tapi…atuk dan nenek nak buat majlis juga ni, Dayah jadi tak sedap hati. Kenapa nak buat majlis, kan Dayah dah kata Dayah tak majlis keramaian..”.

“Apa pula tak sedap hati..lagi pun bukan buat besar-besaran setakat dua kemah saja pun. Nenek nak menyambut kedatangan keluarga pengantin lelaki, sebagai menghormati mereka.. nenek nak buat makan-makan  jemput orang masjid dan jiran-jiran untuk mewar-warkan pernikahan you.  Perkara tu tak salah kan, malah ugama kita pun menggalakkan mewar-warkan pernikahan seseorang..Setuju ye dengan rancangan atuk dan nenek ni..”.


“Dayah tak mahu penatkan  atuk dan nenek..nanti keluarga abang penat juga”.


“Tak apalah untuk sekali seumur hidup you Dayah..I sebetulnya gembira sangat dapat memaknakan hari bahagia satu-satunya  adik I..Terasa I  ni abang yang diperlukan oleh adiknya.”.


“Bang! Yang sebetulnya Dayah tak mahu membeza-bezakan pernikahan yang pertama dengan yang kedua.. Pada Dayah kalau yang pertama tak buat majlis, yang kedua pun Dayah tak mahu buat..nanti apa pula kata papa.. macam Dayah tak menghargai kehadiran dia dalam hidup Dayah..macam dia tak memberi erti dia dalam kehidupan Dayah.. Sedangkan Dayah sangat bahagia sepanjang hidup sebumbung dengan papa..”.


“Abang tahu dan abang faham sebab abang tenguk dengan mata abang sendiri you nampak  happy  tiap-tiap hari. Papa pun gembira sangat sejak you hadir dalam hidup dia..dia kata you sangat  bermakna dalam hidup dia. You tahu tak.. yang dulu tu bukan atuk dan nenek yang tak nak buat majlis untuk you dan papa..tapi papa sendiri yang tak nak. You nak tahu sebab apa?..sebab dia tak mahu orang kenal you sebagai isteri dia, dia nak orang kenal you sebagai anak dia.. Nikah tu hanya nak menghalalkan hubungan dia dengan you sahaja. Itu lah yang dia cakap dengan kami. I  minta  dengan  you ikutlah  cakap atuk dan nenek untuk sekali ni sahaja… Supaya lepas tanggung jawab kami. Bukankah menikahkan seorang anak atau cucu perempuannya  adalah  tanggung jawab  sebuah  keluarga. Itu pun kalau you anggap kami ni keluarga you.”.


“Abang Farid Dayah memang tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni..kalau atuk, nenek dan abang dah anggap Dayah ni ahli keluarga..Dayah bersyukur sangat..tak tahu nak tadah dengan apa untuk menerima huluran kasih dari abang, atuk dan nenek. ALHAMDULLILAH dengan Rahmat dan kasih sayang Mu ya Allah. Terima kasih ye bang .”.  Nur Hidayah menundukkan wajahnya untuk menyembunyikan rasa hibanya  bila merasakan dirinya tidak lagi sebatang kara.

“Abang, atuk dan nenek lagi lah bukan tapak tangan..tu stadium Bukit Jalil kami tadahkan kalau you anggap kami keluarga you. Hidayah! Ikut sahaja cakap atuk dan nenek ye..”. Lembut sahaja Tengku Farid memujuk adiknya.

 
“Abang Farid Dayah sebetulnya tak mahu susahkan atuk dan nenek.. kalau buat keramaian  nanti nenek dan atuk penat, mereka dah tua.. Dayah  bersyukur sangat  mereka sudi sediakan tempat untuk Dayah bernikah..tak payah nak bermajlis pun tak apa.”.


“Tak ada penatnya Hidayah.. semuanya orang yang buat atuk hulur duit sahaja. Makan pun ambil dari hotel kita. You jangan bimbang semuanya tanggung beres.. pergi masuk jumpa nenek..ni dah pukul berapa ni..nak mandi nak bersolek lagi”. Hidayah akur dia mula mengatur langkah.



Tengku Farid memandag langkah longlai adiknya masuk kedalam rumah.  Ada senyum segaris terlukis dibibirnya, bila mengenangkan beberapa minggu yang lalu dia dipanggil oleh datuknya bila Johan Hamdi menyampaikan hasrat hatinya ingin mengambil Nur Hidayah menjadi suri dihatinya.


..Keluar sahaja doktor Johan dari bilik, terus sahaja Tengku Faizal menghubungi  cucunya Tengku Farid supaya masuk kebiliknya. Menerima permintaan datuknya Tengku Farid tidak bertangguh  dia memberhentikan kerja-kerjanya. Dia kebilik datuknya.


“Ada apa tuk macam penting sahaja atuk call Farid ni”.


“Penting Farid, adik you dah ada orang yang nak. Atuk nak pandangan you”.


“Maksud atuk ada orang datang kerumah meminang Hidayah?..bila  dia datang ?.. atuk tak cerita pun dengan Farid.” Terkejut besar dia bila mendengar penerangan datuknya.


“Dia tak datang kerumah...baru kejap ni dia datang jumpa atuk”.


“Dia datang meminang kat sini? Faid tak nampak pun orang ramai-ramai tuk”.


“Dia datang sorang saja..Nak kat meminang ke tu...(Tengku Faizal berjeda tidak menghabiskan patah perkataanya..) Tapi dia cakap dia suka Hidayah dan berhajat nak jadikan Hidayah isteri dia.”


“Hssy tak kan macam tu sahaja..walaupun Hidayah tu dah balu tapi nak lah beradat sikit”.


“Atuk rasa tak perlulah meremehkan perkara yang mudah, pada atuk tak payahlah nak meminang bagai, lagi pun meminang tu bukan perkara yang wajib..tujuan meminang tu dulu untuk membolehkan pihak lelaki melihat wanita yang akan bernikah dengan dia..ni mereka dah kenal tak perlulah meminang bagai. Pada atuk dia datang jumpa atuk pun dah memadai. Lagi pun dia kata emak dia muaalaf, keluarga sebelah ayah dia pula tak pernah terima kehadirian dia dan emak dia, jadi dia tiada keluarga yang boleh diharapkan untuk menguruskan pinang meminag bagi pihak dia. Perkara nikah kahwin ni kalau boleh kita buat senang lagi baik kan”.


“Betul juga cakap atuk tu...bukan sahaja tidak memberatkan maskahwin, mudah kan cara pun dikira memudahkan cara termasuklah dalam sunat-sunat memudahkan seseorang untuk bernikah  jugalah kan tuk”..


“Betulah tu Farid”.


“jadi macam mana? Atuk macam dah berkenan sangat ni.”.


“I tenguk dia ni  ada ugama..itu  yang I rasa dia ni sesuai dengan Hidayah”.


“Atuk tak tanya  Hidayah, dia ok ke? Jangan atuk paksa Hidayah terima kalau dia tak suka..Yang sebenarnya  ‘dia ni’  siapa..anak kawan atuk ke. Farid kenal tak dengan ‘dia ni’”.



“Ohh ye tak ye lupa pula atuk nak kenalkan dia pada Farid.  Farid ingat tak dengan doktor yang menagani kes papa..kemudian dia juga yang menangani kes Hidayah masa dia tak cukup air hari tu..dia lah”.


“Ohh doktor yang kurus rupa Cina tu..Ok juga kalau doktor tu, nampak macam pendiam orang nya..sesuailah dengan Hidayah.. Farid  call Hidayah ye tuk”.

“Kalau dah Farid cakap sesuai ..kita panggil Hidayah dia setuju tak bila kita terima doktor Johan tu”. Hasil perbincagan Hidayah dan doctor Johan akan bernikah dipejabat ugama.  Lamunan Tengku Farid terhenti bila namanya diseru oleh datuknya kerana tenaganya diperlukan.

-------------------------------------------


Langkah Hidayah yang longlai terhenti diambang pintu bila melihat keadaan ruang tamu kediaman datuk dan neneknya..Mana dia tidak terkejut bila ruang itu sudah lapang luas tidak terdapat sebarang perabut.. Pemegang tangga pula penuh berhiasa dengan bunga-bungaan. Mana kala di satu sudut ruang tamu tersergam sebuah pelamin yang sudah berhias cantik. Sedang dia mencerana apa yang dipandang didepan mata dirinya ditarik lalu dipeluk dengan kemas.


“Alahamdulillah..datang pun Hidayah, nenek dah siap ni ingat nak ajak Farid pergi rumah Dayah kat Ceras tu. Kenapa tak angkat telefon risau betul nenek...” Menceceh-ceceh Tengku Faridah. Nur Hidayah tidak dapat mencelah pada cecehan neneknya yang kebimbangan.


“Jom..jom masuk bilik tukar baju. Dayah nak mekap kat rumah ke kat salun..kalau nak kat rumah nenek boleh call dia datang sini.”.


“nek kalau tak payah make-up tak boleh ke..nak make-up susah lah nek nanti nak solat  macam mana?”.  Tengku Faridah menjarakkan tubuhnya dari tubuh cucu yang dipeluknya..matanya me andang kearah Nur Hidayah namun kepala terfikir kebenaran kata-kata cucunya.


“Dayah tak nak bermake- up ke..tapi nanti nampak pucat sangat, apa pula kata keluarga Johan..nanti diorang kata Dayah dipaksa nikah pula.” Nur Hidayah menundukkan wajah memikirkan kebenaran kata-kata Tengku Faridah.


“Nek kalau solek sikit-sikit boleh tak nek”.


“Dayah siap-siap ambil wuduk baru kita bersolek, boleh ye. Dah sekarang kita masuk bilik cuba  baju. Lagi pun tak elok bakal pengantin melongok kat depan rumah ni”. Tengku Faridah menarik tangan cucu perempuaanya masuk kebilik pengantin. Di ambang pintu bilik sekali lagi Nur Hidayah dikejutkan dengan keadaan bilik pengantin. Kali ini Nur Hidayah berpusing mengadap Tengku Faridah kemudian dia memeluk tubuh tua dengan kemas kemudian dia terisak dibahu neneknya.


“Terima Kasih nek kerana bersusah payah untuk Dayah. Nenek tak penat ke buat semua ni?”.


 Tidak lama menanti saat yang di nanti.  Seperti yang dirancang lepas solat Jumaat kediaman Tengku Faizal dibanjiri tetamu.. berlangsug upecara pernikahan dia antara Johan Hamdi bin Johari dengan pasanganya Nur Hidayah binti Abdullah. Dengan sekali lafaz sah Nur Hidayah menjadi isteri Johan Hamdi. Setelah menjamu selera para tetamu sekali lagi dijemput untuk memeriahkan hari sanding pengantin keeesokkan harinya pula.


Malam itu berlansung upecara berinai dan berandam. Nur Hidayah tidak dapat menolak permintaan Tengku Faridah yang beria-ia mahu semua dilakukan kepada seorang pengantin perempuan. Yang sebenarnya dia juga bersyukur merasai detik-detik  bagaimana seorang pengantin Melayu.












No comments:

Post a Comment