~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday 8 October 2015

68 Nur Hidayah







Kenapa perlu hanya tiga hari bertamu dirumag orang:  Bagi mengelak perasaan terbeban oleh tuan rumah. Perbuatan yang pada awalnya dikira sebagai mulia, tetapi jika berlarutan sehingga sampai ke tahap menyusahkan tuan rumah, dikhuatiri ia akan menimbulkan suasana tidak elok. Malah, mungkin menimbulkan persengketaan pada kemudian hari. Rasulullah bersabda:

Bertamu itu tiga hari; dan selebihnya siang mahupun malam. Tidak halal bagi seorang muslim menetap di rumah saudaranya sehingga saudaranya itu berdosa kerananya. Para sahabat bertanya: “Bagaimana caranya dia berdosa?” Jawab baginda: “Orang itu menetap di rumah saudaranya, sedangkan saudaranya itu tidak mempunyai apa-apa lagi yang akan dihidangkan kepada tetamunya itu.” - Hadis riwayat Muslim.

“Sampai hati you anggap I hanya tetamu..tapi I anggap you masih suami I Jo”. Johan hanya tersenyum sinis mendengar kata-kata Natasya.

“Entahlah..tapi dari Abedeen lagi I dah rasa ..you tak pernah harapkan orang macam I ni jadi suami you”

“Kenapa pula”.

“I lelaki yang tak ada harta … yang boleh nak bagi kemewahan untuk orang yang cantik macam you”.

“I tak pandang semua tu Jo”.
“ Ye ke macam tu..Kalau you sayang I sebagai suami you dulu, you tak akan pergi bila I kata ‘kalau you pergi dan dalam sebulan you tak balik bererti kita bercerai’. Bila you pergi juga I anggap telahan hati betul. Dan teka teki  hati ni tak salah”.

“Apa yang you teka tentang I”.

“You tak mahu meneruskan  ikatan perkahwinan  kita. I ni memang tak memberi apa makna pada you.  You pun tahu dengan terucapnya ayat  dan you pergi juga  itu bermaksud  ucapan cerai dah sah.. Natasya cerai tetap cerai jika sudah dilafazkan. Walau apa pun yang you dan I rasa dan walau dalam apa pun keadaan. Kalau lafaz cerai itu diucapkan secara tak sengaja atau terpaksa tetap sah, apatah lagi masa I ucapkan dalam keadaan I sedar dan waras dan I memang memaksudkannya. Dengan ucapan itu menjadikan kita orang lain. Kita bukan mahram lagi. Jika dah bukan mahram berdosa  duduk serumah macam ni”.

“Kalau macam tu kita nikah lah semula untuk menjadikan kita suami isteri yang tak haram.”.

“You tak boleh nak ikut kehendak you sahaja.. bukan senang-senang cerai kemudian nikah semula, perkara nikah cerai jangan dimudahkan, ini hukum Allah. Lagi pun perbuatan you tu dulu menyakinkan I,  you memang tak nak terikat dengan I. I rasa you setuju nikah dengan I dulu dengan tujuan lain. You bukan nak jadi isteri I sangat. Dan satu lagi, I tak akan jilat ludah I semula. Lebih baiklah kita macam ni..you pergi dari I dengan keadaan kita masih baik.. I tak mahu persahabatan keluarga kita terjejas dengan perpisahan kita”.

“Kalau kita tetap macam ni tak boleh ke Jo”.

macam  ni?..apa maksud you kalau kita tetap macam ni..Kalau pada I..I yakin kita dah bercerai, hanya I terlupa nak sahkan dipejabat ugama tapi ucapan CERAI tu sah dan kita bukan suamiisteri lagi. Tapi pada you, you kata you tak dengar I ucapkan perkataan cerai tu jadi you yang tergantung..Yang menjadi masaalahnya nanti..manalah tahu ada jodoh lain datang pada you, you yang tak boleh nak nikah dengan dia sebab you masih seorang isteri. Kita tak sama, I lelaki masih boleh nikah tiga lagi walau pun I masih suami pada seseorang, yang paling nyata I nak nikah lagi tak perlu pun mendapat persetujuan dari you”.

“I plan macam ni.. Lepas ni I nak  balik Melaka nak rehat sampai I betul-betul sembuh..kemudian I nak sambung kontrak jadi model lagi. Kerja  tiga empat tahun lagi barulah I nak duduk Malaysia dan cari kerja kat sini. I nak ikatan suami isteri kita ni kekal, tapi bagi I masa tiga empat tahun lagi untuk I hidup disamping you. I nak puaskan hidup I dengan apa yang I suka..tapi you jangan risau I tetap akan balik setahun sekali atau setahun dua kali.”.

“I tak tahu apa yang you fikir tentang ikatan suami isteri dan hukumnya. I nak bagi tahu you.. suami atau isteri yang tak menjalankan tanggung jawab dia akan berdosa”.

“Ehh I bukan tak menjalankan tanggung jawab..kalau balik Malaysia I jalankanlah tanggung jawab I..lagi pun kalau you rela dan I pun rela tak berdosa kan”.

“You rela tapi tidak I. I nak hak I sebagai suami, yang isterinya ada didepan mata. Sebab I suami biasa yang ada nafsu  Allah dah bari nafsu setiap mahluknya. Dijadikan kita berpasangan lelaki dan perempuan untuk memenuhi fitrah nafsu yang  Allah bagi. . I perlukan isteri untuk  melampias nafsu I dan nafsu I tak hanya setahun sekali atau setahun dua kali sahaja.”
 
“Tapi I tak memerlukan you untuk sementara ni..I boleh tahan nafsu I sebagai seorang isteri dan I rela, you tak memenuhi tanggung jawab you pada I..jadi you tak berdosakan kalau you tak jalankan tanggung jawab you sebab I rela you buat macam tu.”.

“Kan I dah cakap tadi. Fitrah I sebagai suami yang mahu isterinya ada menunaikan fitrah nya. I tak cakap dari pihak diri you..you yang mampu menahan nafsu  tapi I tak boleh.  Boleh ke I kahwin lain untuk memenuhi fitrah I sementara you tak ada disisi I.”

“Ehh mana boleh, I tak cari lelaki lain masa you tak ada macam tulah juga you tak boleh nak cari perempuan lain masa I tak ada”.

“Jadi kita bukan pasangan yang sesuai. Lagi pun tanggung jawab suami bukan untuk memenuhi nafkan batin sahaja.. tanggung jawab suami ni termasuklah menjaga aurat isteri.  Suami hendaklah mengajarkan agama kepada isteri mereka sama ada secara langsung ataupun melalui perantaraan...perlakuan isteri dan solat isteri pun adalah tanggung jawab suami. I tak mampu nak tanggung dosa you..jika you melakukan kemungkaran..”

“Hei you jangan nak pandai-pandai kata I banyak dosa Jo, apa perkara mungkar yang I buat..I tak pernah nak cari jantan untuk memuaskan nafsu I”.

“Mungkar ni bukan cari jantan sahaja Tasya. You tak tutup aurat pun perkara mungkar juga apatah lagi fesyen dedah-dedah yang tunjuk asset you pada semua orang. Lagi sejak you bertamu kat rumah I ni, I tak pernah nampak you solat..you masih berugama Islam ke? Untuk orang islam solat itu adalah tiang agama”.

“Hei Jo..solat ke tak solat itu sendiri punya dosalah Jo..kubur kita kan  asing-asing.. You jangan nak membodohkan I. I tahu you masih mengharapkan xwife you kan itu sebabnya you tolak I. Kalau you tak nak cakap sahaja tak nak banyak alasan”.

“Ini kenyataan, seorang suami wajib membimbing isterinya kejalan yang lurus jalan yang diredai Allah. Supaya dia tidak turut berdosa dengan  isterinya yang khilaf”. Tajam pandagan Natasya menikam kewajah Johan yang menunduk. Geram hatinya bila tingkahnya dipertikaikan.

“Dahlah Jo.. jomlah kita kepejabat ugama sah kan perceraian kita.Malas I nak dengar ceramah mengarut you tu”…Natasya bingkas bangun menuju kebilik untuk bertukar baju dan menyiapi dirinya.Ketika dalam perjalanan kepejabat ugama…

“Jo kalau ucapan cerai you tak sah, kita masih suami isteri lagi kan”.

“Kenapa? You masih mengharap untuk jadi isteri I ke”.

“Entahlah..I Tanya sahaja”.

“I suka berterus terang dengan you Tasya..supaya you tak rasa terkilan dengan perceraian ni. I tahu I bukan suami impian you. I tak ada harta unuk membahagiakan hidup you. Walaupun sekarang dah ada kerja tetap tapi I masih tak mampu nak bagi kemewahan pada you.  Terus terang I cakap  I dah tak ada apa-apa. Duit simpanan yang  sikit pun dah habis dah”.

“You habiskan untuk  x-wife you ke..hari tu dia minta duit iddah ke?”.

“Untuk perceraian kami I tak bagi apa-apa untuk dia..tapi duit simpanan I, habis untuk bayaran hospital you..You tak percaya ni buku bank  you tenguk lah sendiri.” Johan mengambil buku banknya yang kebetulan ada didalam celah pintu keretanya. Natasya mencapai buku bank simpanan nasional yang dihulur oleh Johan Hamdi kepadanya. Melihat Natasya meneliti buku banknya,  Johan meneruskan kata-katanya

“Rumah tu pun rumah sewa sahaja. Yang I ada hanya kereta ni sahaja,  pun masih dalam ansuran bayarannya.” Johan membeli kereta nasional PESONA.Kereta itu dibeli kerana menurutkan kemahuan Natasya dulu.

“Jo beli lah kereta..Kat KL ni susah nak bergerak kalau tak ada kereta. I nak cari kerja pun susah nak kesana kemari naik teksi lambat…”.

“I mana ada duit nak beli kereta…”

 “Sekarang beli kereta tak susah..Tak payah duit muka pun boleh beli Jo”. Mendengar perbincagan anak dan menantunya Puan maria menyerahkan sedikit wang simpananya untuk bayaran permulaan anaknya membeli kereta.

“You jangan nak temberang dengan I lah Jo..you nak  kata you tak ada duitlah you tunjuk buku bank ni pada I..tapi mampu pula you belikan Jetta untuk x-wife you”.

“Kereta tu memang dia yang punya,  keluarga dia yang belikan”.

“Ohh..you tak tipu I ni”.

“Untuk apa I tipu you..”

“Ilah you kan doctor..biasa doctor gaji banyakkan”.

“Doktor kerajaan yang baru setahun dua bekerja..lainlah kalau doctor yang dah sepuluh tahun kerja..atau doctor yang dah ada klinik sendiri”. Natasya berdiam diri kerana memikirkan kebenaran kata-kata Johan disebelahnya. Kalau difikirkan betul juga apa yang diperkatakan oleh Johan. 

“Kenapa you diam dah tak jadi nak terus jadi isteri I ke? Tapi I suka berterus terang Cuba you fikir ..you tahukan siapa I siapa ibubapa I. I bukan anak orang kaya. Mommy I pun duduk rumah setinggan. Papa I kat mana dia duduk pun I tak tahu. Entah ada lagi kat dunia ni entah kan tidak.  Boleh ke I kumpul duit beli Jetta sedangkan I baru kerja dua tiga tahun”.  Natasya masih membisu kerana kepalanya sibuk memikirkan hal keluarga Johan pula..

“I rasa you tak kisah semua tukan.  Ok kalau kita masih suami isteri..mampu tak you ikut segala syarat-syarat  I”.

“Apa syaratnya..cakap lah kalau boleh I patuh dengan syarat you”.

“Pertama I tak mahu you pergi luar negara lagi. Kedua kalau pun you duduk Malaysia I tak mahu you jadi model, carilah kerja lain yang sesuai dengan you dan ketiga you jaga mommy I..I tak mahu orang lain jaga mommy..sekarang ni bibik dah berhenti..jadi I nak you jaga mommy..mandikan mommy”.

“Kenapalah you nak dera I..nak ganti bibik pula. Kemudahan sekarang kan ada hantar sahbaik dan  sempurna".

“Tak I tak akan hantar mommy I kerumah orang tua, I nak mommy I kat depan mata I”.

“You lebih pentingkan mommy dari I kan Jo”.

“10 kali lebih penting mommy I dari you.. You nak tahu sebabnya..sebabnya syurga I dibawah tapak kaki mommy”

“Itu semua mengarut Jo..kalau itu pendirian you Jo, I tak terkilan kalau keputusannya nanti kita bukan suami isteri lagi”.

“Memang itu yang doa selalu I doakan, Diana Natasya”. Yang sebenarnya Johan sudah lama tahu warna sebebar Diana Natasya binti Suffian.. Kenyataan itu hanya untuk menduga sahaja.


Ketika dipejabat ugama Johan dikehendaki mengucapkan perkataan cerai sekali lagi untuk mengesahkan perceraian yang telah diucapkan setahun yang lalu. Selesai kes mereka kini sah mereka telah bercerai dengan talak satu.

Ketika didalam perjalan pulang.

“I doakan you akan mendapat jodoh yang baik dimasa hadapan Tasya”.


“Emm entah lah Jo I yang sebetulnya tak berminat dengan lelaki.”

“Kenapa pula you tak minat dengan lelaki”.

“Lelaki ni tak setia..hanya tahu puaskan nafsu mereka sahaja. Tenguk sahaja you.. baru setahun I tak ada kat depan mata you dah cari perempuan lain untuk memuaskan nafsu you. X husband I pun sama terima sahaja perempuan pilihan keluarga sebab apa..sebab nafsulah tu. Lelaki ni tak setia pada seorang perempuan sahaja.”

“Mana you tahu x husband you kahwin hanya nak puaskan nafsunya sahaja”.


“Ialah kata kahwin terpaksa, tak cinta tapi..beranak pinak pun dia sekarang kalau dia betul tak cinta takkan jadi macam tu..pada I semua lelaki tak boleh dipercaya.. tak boleh nak setia pada sorang perempuan sahaja.”. Johan dikerusi pemandu hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata bekas isterinya. Dia tidak marah pun bila dikatakan begitu. Pada biar apa yang keluar dari bibir Natasya itu adalah haknya. Hakikat sebenarnya hanya dia yang tahu. Unuk memecah kebisuan yang mula menyelubungi mereka  Natasya bersuara…

p/s; Dapat lah sikit ni mak teh post juga.. Ingatkan duduk rumah banyak ilham nak mengetuk kekunci computer..tapi rupanya lagi beku..Mak teh sedang bercuti duduk rumah tapi tak ada ilham nak bercerita akhirnya mak teh baca novel.. sekarang mak teh ulang baca Novel Pergilah Air Mata tulisan Hanni Ramsul sedeh ceritanya tapi sedap.

1 comment:

  1. Alamdulillah, terlepas jugak Johan dari perempuan tak betul ni. Hehehe...
    Ada masalah lagi ke bila Johan nak rujuk dengan Dayah. Harap banyak ilham mak teh nak sambung lagi.

    ReplyDelete