~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday 6 November 2014

Bab 58 Tidak ku tahu kasih bermula







“Emil sesekali kita kena juga dengar keluhan anak..apatah lagi anak Emil hanya abang seorang. Terima ye lamaran emak Latif tu”.Sebagai jawapan Emil hanya mengangguk setuju.

“Alhamdullilah..semoga Emil mendapat keberkatan didunia dan akhirat. Mak ngah doakan dengan jodoh Emil kali kedua dengan Latif, Emil dapat kebahagiaan hingga kehujung nyawa”.Emil menekupkan tangan kewajahnya dia menangais menahan sebak. Hajjah NorIza datang kepada Emil dan memeluknya sambil memberi sedikit nasihat lagi.

“Dah lah yang lepas jangan dikenang jadikan ia satu pengajaran.Yang lepas tu mungkin Allah nak ingatkan kita tentang kesalahan kita yang kita tak sedar”.

Malam itu secara sembunyi Hajjah NorIza menghubungi Uwais untuk menyampaikan persetujuan mamanya.

“Assalamualaikum!! Bang ni nenek ngah  ni”.

“Walauikumsalam kenal abang kenal sangat suara nenek.Suara nenek dalam telefon macam suara anak dara nek merdu menusuk kehati. Ada apa nek..berdebar-debar abang ni”.
Berdebar kenapa..berdebar dengar suara nenek yang lembut ke..nenek rasa abang ni dah ada buah hati kot itu yang tersilap dengar suara nenek macam suara anak dara”.

“Entahlah..nek biar abang call nenek” Belum sempat Hajjah NorIzah menjawab talian diputuskan. Tetapi tidak beberapa minit kemudian telefon Hajjah NorIza berdering

“Kenapa bang.tak sempat nenek nak cakap abang dah putuskan line..kata suara nenek macam suara anak dara. Ni baru cakap sikit abang dah jemu nak dengar.”.

“Bukan jemu nek tapi line abang line antarabangsa nanti  lajuduit nenek kena telan. Abang ni berdebar debar bila nenek call abang ni..ada apa-apa yang tak kena kata rumah ke nek”.

“Taklah..debar abang tu mungkin  debar gembira”.

“Gembira kenapa nek..abang yang nak gembira.. ke nenek yang nak gembira.”

“Abang lah tak kan nenek, hissy mengarut sahaja abang ni..Abang tentu gembira sebab mama abang dah pinangkan sorang anak dara untuk abang, abang setuju ke?”.

“Tak mahu nek.. tak mahu..abang nak mama tu nikah dulu dengan papa..abang tak suka papa atau mama kekok bila menyambut tangan tetamu bersalaman dengan mereka masa majlis abang nanti”.

“Tak lah nenek gurau sahaja..tapi ni memang berita gembira untuk abang. Mama abang dah setuju nak nikah balik dengan papa abang..”

“Betul ke nek..abang dah melompat dah ni tapi baru sekali lompat. Nanti bila abang terlompat-lompat  macam kera kena belacan..nenek kata gurau pula tak berbaloi sungguh.”

“Perkara macam ni nenek tak gurau. Beri tahu papa cepatlah suruh nenek papa abang datang untuk tentu kan tarikhnya. Nenek suruh cepat sebab takut mama abang ubah fikiranya pula”.

Putus sahaja talian dari nenek ngahnya, Uwais menghubungi neneknya yang seorang lagi.Tujuan utama hanya untuk menyampaikan persetujuan mamanya. Sememangnya tidak berlengah Hajjah Rabiah terus sahaja mengajak anak lelaki tunggalnya kerumah bekas bapa mertuanya untuk menetapkan tarikh nikah.Terpinga-pinga Abdul latif mendengar penerangan emaknya rasa tidak percaya pun ada. Bertahun dulu puas dia merayu bekas isteri untuk dia kembali kepangkuanya, tetapi  tidak Berjaya. Mungkin untuk mengelak diri dari dirayu akhirnya Emil bernikah bersama lelaki lain. Sejak itu dia tidak mengharap lagi.

Tetapi sekarang ini rebut tidak hujan pun tidak tiba-tiba emaknya mengatakan Emil bersetuju  bernikah dengannya. Dalam hatinya tertanya bila agaknya emak pergi berbincang dengan Emil atau Emil yang menghubungi emak mahu kembali kepada nya, setelah kematian suaminya cikgu Nassir.  Tapi jika kenyataan kedua itu rasa sangat mustahil..Takut sungguh itu hanya ilusi. Berkali-kali dia mencubit pehanya untuk menyatakan dia dalam sedar. Puas dicubit sebelah kiri terasa sakitnya dicubitnya pula sebelah kanan.Namun sememangnya dia di alam sedar.

“Tif apa yang termangu-mangu ni Tif, emak cakap kamu dengar tak?”


“Dengar mak tapi betul ke? apa yang emak cakap ni”.

“Betul Tif. Mak baru cakap dengan Uwais dia telefon emak baru sekejap ni tadi..Uwais yang cakap dengan emak, mamanya setuju nikah balik dengan kamu..kalau tak percaya cuba telefon balik abang tu. Kok manalah tahu emak salah dengar tadi”. Hajjah Rabih menuturkan sepatah-sepatah semoga anaknya memahami apa yang cuba disampaikan.

Tadi usai solat Isyak cikgu Latif cepat masuk kebilik tidur. Niat hatinya hendak tidur awal sementalah dia sudah tiada aktivi mengajari anak-anak. Entah mengapa dia mudah keletihan sejak akhir-akhir ini mungkin faktur usia yang sudah meningkat. Ketika matanya sudah layu-layu hendah tidur.Tiba-tiba bergoncang pintu biliknya diketuk. Dia tahu siapa yang mengetuk pintu.. emaknya,  kerana sememangnya mereka hanya tinggal berdua sahaja dirumah itu.Tiga orang anaknya duduk  berasingan dengan mereka. Anaknya yang tua duduk diKuala Lumpur mencari kehidupanya sendiri sementara menunggu hari gaduationnya, manakala yang kedua dikolej kejururawatan di Alor Star Kedah dan anaknya yang kecil di asrama. Bingkas dia bangun dan terjun dari katil untuk mengetahui mengapa emaknya begitu kalut mengetuk pintu biliknya. Cikgu Latif mengatakannya begitu dari cara emaknya mengetuk pintu.

“Tak adalah.. bukannya macam tu saya hanya terkejut sahaja dengan persetujuan Emil”.

“Kamu tak suka ke dia setuju nikah dengan kamu”.

“Suka mak.. suka sangat..ni berkat doa emak terbuka juga hati dia untuk saya balik. Terima kasih mak.” Hilang malu cikgu Latif dengan semanyum lebar nya lalu memeluk emaknya kejap. Lama pelukkan tidak dilepaskan rupanya dia sebak dan menahan esak kerana gembira.

“Eiss kamu ni Tif kenapa pula menangais..emak tak paksa kamu nikah balik dengan Emil, kalau kamu tak suka tak payahlah kita pergi. Jangan kamu menangis pula nak tunjuk kamu tak suka”.

“Suka mak saya suka”. Cepat jawapan yang kelaur dari mulut cikgu Latif. Takut pula nanti emaknya  membatalkan apa yang telah diperkatakan

“Habis yang kamu menangis kenapa?.”

“Saya gembira mak, saya yang sebetulnya dah putus asa dengan penerimaan Emil tak sangka saya masih ada harapan hidup dengan dia balik...bila kita nak pergi rumah Emil ni mak.”

“Kata Uwais tadi cepat pergi tetapkan tarikh.. takut mamanya ubah fikiran pula”.

“Ialah mak esok lepas balik mengajar kita pergi ye mak”. Lemah rasa lutut Latif mengingatkan persetujuan Emil,  namun hatinya sudah berdendang bahagia.

Keesokkan harinya usai solat Asar mereka sudah bertolak. Ketika mereka sampai dia disambut dengan rasa terkejut Emil. Emil juga baru pulang dari sekolah, baru duduk diruang  tamu untuk menghilangkan penat. Bila kedengaran orang perempuan memberi salam seakan kenal pula suara itu. Emil menjengah keluar rumah. Kelihatan sebuah kereta WAJA terpakir dihadapan rumah berdiri disisi kereta bekas emak mertuanya. Sambil menyambut salam sambil Emil membuka pintu grill rumah..

“Ehh emak..masuk mak..kenapa….”  Tidak sempat habis pertanyaanya mendengar pula laungan emak tirinya didalam rumah.

“Siapa Mel..Seha ke..kenapa dia datang..”

“Bukan Seha mak..emak….” Tidak habis juga perkataan Emil bila melihat bekas suaminya keluar dari bahagian pemandu.. cepat dia hendak menghindarkan diri, namun cepat juga Hajjah Rabiah menangkapnya lalu didakap erat.

“Terima kasih Mel..terima kasih kerana masih sudi terima Latif  semula..” Terkedu Emil tiga kali terkedu pula tu. Terkedu melihat bekas suami datang, terkedu juga menerima dakapan bekas emak mertua dan terkedu menerima ucapan terima kasih dari bekas emak mertuanya. Tapi yang kelaur dari bibir Emil..

“Mak..Emil baru balik sekolah belum mandi lagi ni mak”.

“Tak apa Mel emak cium wangi sahaja lagi ni”. Terus sahaja hidung emak mertuanya hinggap kepipinya.  Terkejut sungguh Emil dengan tingkah bekas emak mertuanya. Kata orang tu terkejut beruk tapi ini memang Emil yang terkejut bukan beruk yang terkejut. Mahu sakit jantung secara tiba-tiba bila Emil diserang dengan gangguan emosi hari itu. Tetapi mulut nya terus sahaja menyuruh tetamunya masuk kedalam rumah.

“Masuklah..masuklah”. Tidak kira siapa pun yang datang jika datang secara baik ..dia dikira sebagai tetamu dan mereka wajib dihormati. Bila soalannya  tidak berjawap Hajjah NorIza mencari jawapan sendiri. Dia keluar  keruang tamu mencari kepastian.

“Oh kak Yah..oh! Latif pun ada mehlah duduk. Udah solat saya baring tadi sambil tunggu Emil balik..nak ajak makan sama tapi lambat pula Emil balik hari ni”. Hajjah NorIza berbasa basi meramah kan diri.

Emil menuju kedapaur untuk membuat sedikit minuman. Di lihat diatas dapur mak ngah nya sudah bersiap dengan makan malam yang agak istimewa juga. Terdetik dihati Emil mak ngah tahu kah yng mereka hendak datang. Adakah mereka berpakat. Rasa menggigil badannya kerana marah. Agak lama Emil didapur Hajjah NorIza mencarinya didapur.

“Mel meh lah keluar emak Latif dengan Latif tu nak bincang dengan kamu tu..dah tinggalkan dulu meh kita keluar”.

“Mak ngah tahu ke mereka nak datang”.

“Tahu..ingatkan dia orang datang tengahhari, itu yang mak ngah masak tu”.

“Kenapa mak ngah tak cakap dengan Emil”.

“Emil kan pergi sekolah..emak Latif telefon tadi pukul sepuluh. Lagi pun ingatkan dia beri tahu kamu”.

“Diaorang datang nak apa mak ngah”.

“Entahlah mak ngah pun tak tahu..hanya emak Latif  kata dia nak datang sahaja pagi tadi”. Tadi rasanya dia hendak marahkan emak tirinya tapi bila soalanya dijawab dengan jujur oleh Hajjah NorIza, Emil tidak jadi marah. Dia melihat riak wajah mak ngahnya seperti dia juga tidak tahu tujuan bekas-bekas nya datang. Emil keluar menatang dulang dan seteko air. Manakala Hajjah NorIza membawa sebekas keropok Kelantan yang digoreng oleh Emil.

“Mel kenapa susah-susah Mel, emak datang ni nak tetap kan tarikh meh lah duduk sini.” Rasa bagai mahu terlepas dulang yang ditatang bila mendengar apa yang apa tag keluar dari mulut  bekas emak mertuanya. Begitu cepatkan persetujuannya sampai ketelinga mereka. Rasa nya baru semalam dia mengaku bersetuju untuk menerima cikgu Latif dihadapah Hajjah NorIza.  Kini persetujuan sudah diketahuinya pula oleh bekas emak mertuanya siapakah yang menyampaikan persetujuannya. Bila melihat wajah bekas menantu yang berkerut dan memandang kearah emak tirinya terus sahaja Hajjah Rabiah menerangkan.

“Uwais yang bagi tahu emak malam tadi, dia kata Emil setuju nak terima Latif semula..tu yang emak datang cepat-cepat nak tentukan tarikh..Emak gembira Mel..terima kasih ye kerana maafkan emak”. Mendengar suara penuh harap bekas emak mertunya hati Emil tidak jadi mahu memberontak..jika dia membentak mungkin mendatangkan malu pula nanti. Memang benar Emil sekarang sudah lain, Emil sekarang sudah pandai untuk menjaga perasaan orang lain dan Emil sekarang adalah seorang yang lembut hati.

“Kalau macam tu emak bincanglah dengan mak ngah apa-apa keputusan Emil terima”.

“Betul ke ni Mel..kalau macam tu meh lah kita berbincang  Zah..perkara yang baik ni tak payah nak tangguh-tangguh”. Mereka meneruskan perbincangan manakala  Emil masuk kebiliknya. Di bilik dia menghubungi anak bujangnya. Dia membiarkan emak tiri berbincang bagi pihak dirinya.

“Abang abang tengah buat apa tu”. Tampa salam Emil terus bertanya anaknya dihujung talin. Bagi Uwais dia tahu mamanya sedang dilanda angin tak baiknya bila tampa salam menyergah dirinya.

“Abang tengah tak buat apa ma..abang dalam bilik abang ni. Semua operasi diberhentikan sebab angin tengah kuat ni”.

“Bahaya tak bang”. Lembut sedikit suara Emil bila membayangkan anaknya dalam sitiuasi tidak elok.

“Tak ada lah ma..hanya kita tak boleh nak buat kerja sahaja”.

“Habis kapal tu tak bergoyang-goyang ke”.

“Ma..kapal ni  tak bergerak ma..di ada tiang sampai dasar laut..mama jangan bimbang. Ma mama call kenapa ada apa tak kena kat rumah ke ma”.

“Ohh”. Emil baru tersedar tujuan asal mengapa dia menguhubungi anak bujangnya.

“Bang..siapa yang bagi tahu abang, tentang mama setuju nikah balik dengan papa”.

“Nenek Ngah..” Belum habis anaknya berkata-kata Emil memintas…

“Ohh abang berpakat dengan nenek ngah ye…Abang suka ugut mamakan..nak berhenti kerjalah tak nak kahwin lah..ingat mama boleh terima ke rancangan abang tu..lepas tu suruh papa datang dengan nenek nak tentu kan tarikh konon. Nenek ngah ni pun nak kena dengan mama”. Marah Emil dihujung talian dia sememng tidak dapat menerima apa yang dilakukan oleh Uwais dan Hajjah NorIza.

“Mama janganlah marah nenek ngah. Dia cakap dengan abang jangan hantar surat berhenti kerja sebab mama dah setuju nikah balik dengan papa. Dia sebenarnya terkejut bila along kata abang nak berhenti kerja. Jadi sebelum abang hantar surat berhenti, dia call abang bagi tahu persetujuan mama. Yang suruh nenek dan papa datang.. abang. Sebab abang rasa teruja sangat mengingatkan kita dapat berkumpul semula dalam satu rumah. Ma selama mama bercerai dengan papa. Mama kahwin dengan ayah bila abang balik rumah ayah abang nampak mama dan ayah bahagia sangat, bergelak ketawa bergurau senda dimeja makan, makan pun berselera. Tapi bila balik rumah papa, muka mak cik Zila masam, papa pun selamba menyuap makanan yang macam tak ada rasa. Abang tahu papa tak gembira. Ni sekarang ni ayah dah taka da..balik rumah papa makcik Zila pun dah tak duduk dengan ayah, abang rasa macam suram sahaja dunia abang. Jadi abang nak suasana gembira dalam keluarga kita. Abang yakin kalau kita bersatu dibawah satu bumbung kita akan bahagia macam keluarga orang lain.”

“Dulu papa yang tak setia dengan mama”.

“Papa terpaksa ma..dia anak yang baik dan sedar syurganya dibawah tapak kaki ibunya..nenek ada cerita dengan abang hari tu hari dia datang rumah kita sebelum abang naik kapal dia kata dia yang paksa papa nikah dengan makcik Zila, kalau papa tak turutkan kata dia papa jadi anak derhaka. Tapi sekarang nenek dah menyesal bila nampak papa tak bahagia bila dipaksa kahwin dengan mak cik Zila.
…Diapun sedar sebab apa mama tak mahu jaga dia…sebab dia pun tak nak jaga ibu mertuanya dulu. Allah dah balas bila menantunya pun tak nak duduk dengan dia. Tapi sekarang dia tak mahu papa menderita kerana kesalahan dia. Maafkanlah nenek ma..maafkan lah papa. Dan bagi lah abang rasa hidup sebumbung dengan papa dan mama. Rasanya dulu sekejap sangat abang dapat merasai kasih sayang papa dan mama. Rasanya sekejap sangat kita berkumpul dibawah satu bumbung”. Bila Uwais mendiamkan diri….

“Habis yang abang tak nak kahwin”.

“In Syaa Allah lepas mama nikah dengan papa, abang akan cari calon. Abang nak diraikan oleh mama dan papa yang dah ada ikatan sah..nanti mama dengan papa tak kekok melayan tetamu masa majlis abang”. Anaknya memang licik memaksanya dalam kelembutanya. Tapi diakui Uwais mempunayi sifat papanya dan dia juga memiliki sifat keras hati dirinya.

“Kalau mama tak nak balik pada papa..Abang serius ke nak berhenti kerja ..kenapa?”.

“Bila ayah dah tak ada atuk pun tak ada..mama adalah tanggug jawab abang sepenuhnya. Mama tak ada mahram lain selain abang ma. Abang lebih pentingkan keselamatan mama. Abang tak boleh nak harapkan pak long, dia bukan mahram mama. Abang tak nak susahkan dia..kalau mama terpaksa tumpang rumah dia. Tapi mama jangan susah hati abang memang rela hati, jaga mama, melindungi mama sebab itu memang tanggung jawab abang. Abang tak rasa terbeban dengan tanggung jawab abang ni. Syurga abang dibawah tapak kaki mama. Tentulah abang jaga dengan sepenuh hati abang”.

Jika sampai disini tak apa ke, kiranya jadilah Emil nikah dengan Abdul Latif..takut mak teh tak sempat nak sambung. Terima kasih ye kerana sudi membaca  kemudian memberi semangat dengan komen-komen anda. Hanya mak the nak menyampaikan kalau kita berbuat baik kita akan dibalas baik. Biar pun selalu digambarkan emak tiri tidak disukai oleh anak-anak tirinya. Tetapi In Syaa Allah kalau kita baik dengan anak-anak tiri, mereka juga akan baik kepada kita dan boleh menjadi seperti anak sendiri juga. Tetapi hakikatnya emak/bapa tiri dan anak tiri adalah mahram sampai akhirat. Tidak seperti ipar mereka mahram sementara, berpisah kita dengan saudaranya kita halal pada mereka .

5 comments:

  1. salam mak teh tq atas cerita ini tapi mcm tdk puas jika tdk selesai sehingga mama uwais menikah semula dgn papanya. Mohon sangat mak teh dpt sambung satu atau dua bab lagi ya mohon sekali. TQVM

    ReplyDelete
  2. Jgnle stop disini Cik teh. Akak nk reaksi Emil dn reaksi cikgu Latif nk nikah serta penerimaan 3 org anak cikgu Latif.
    Jodoh uwais dgn sale pulak?
    Gembira Sgt cikgu Latif kan ni nikah semula dgn emil.
    -dibah-

    ReplyDelete
  3. Ye la mak teh. Sambung la lagi. Tak kisah kalau mak teh nak ambik masa pun. Pembaca setia menanti.

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dgn cadangan pembaca yg lain supaya makteh sambung lagi. Terima kasih makteh.

    ReplyDelete
  5. Saya sokong semua pendapat di atas. Tak seronoklah berhenti di sini sahaja. Rasa ternanti-nanti nak tahu selanjutnya. Sambunglah lagi mak teh sampai uwai kahwin.

    K.Mid

    ReplyDelete