~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday 1 October 2015

66 Nur Hidayah







Johan Hamdi  dinikahkan selepas lima bulan Diana Natasya bercerai dengan suaminya. Pada masa itu dia merasa sangat bahagia bila bernikah dengan wanita yang berpakej lengkap cantik dan berpelajaran.Tetapi bahagianya hanya beberapa bulan sahaja, bila Natasya mula gelisah menjadi surirumah sepenuh masa. Ditambah bersuamikan lelaki sepertinya. Suami yang hanya mengharap pada fizikal sahaja. Suami yang tiada harta untuk memanjakan dirinya. Dia sedar rupa paras yang kacak sahaja tidak dapat untuk membahagiakan isteri seperti Diana Natasya jika tidak disertakan dengan kemewahan. Sudahlah dia tidak dapat memberi kemewahan, waktunya juga sangat terhad untuk sang isteri yang cantik dan manja yang meminta di belai selalu. Kerana pada ketika itu dia seorang lelaki yang sangat sibuk.. tuntutan waktunya sebagai seorang houseman sebelum dia mendapat gelaran doktor.

Natasya  menjadi rimas bila kemahuannya membeli belah tertahan. Dia tidak mampu mengubah dirinya dari seorang isteri yang mampu membeli apa sahaja yang diminta,  kepada isteri seorang pelajar yang serba kekurangan.Tapi mana  mampu Johan Hamdi mahu mengikuti kehendak isterinya bila barangan yang mahu dibeli semuanya barangan yang berharga ribuan ringgit.  Natasya tidak akan memakai barangan cap ayam atau barangan yang hanya dipandanag cantik sahaja. Dia mahukan barangan yang cantik, asli dan bermutu. Dia sudah terbiasa begitu sejak zaman pelajar lagi. Maklumlah teman lelaki dan bekas suaminya dulu merupakan cucu kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya diMalaysia.  Cucu tunggal orang kaya.

“Jo cantiknya handbag tu Jo..jom masuk kita tenguk”.  Ketika itu waktu cuti Johan, Natasya merengek mahu dirinya dibawa kepusat membeli belah.

“Tak payah nak tenguklah Didi.. Terus terang I cakap..I tak mampu nak belikan..nantilah ye kalau I dah ada duit, kita datang lagi dan beli”.

”alah kalau kita dah balik Malaysia tak kan kita nak datang sini hanya nak beli beg sebijik tu”.

“In Syaa Allah kita duduk dua tiga tahun kat sini. I nak cari pengalaman kerja kat sini dulu baru balik Malaysia..I dah cakap dengan mommy  dah”.

“Kalau dah masa tu dah lain dah dan yang ini lain. Tunggu you habis houseman beg tu dah tak uptodate.. I nak lah handbag tu. Handbag I ni dah jemu I pakai, dah dua tahun dah.” Handbag yang menarik perhatian Natasya sebuah handbag yang terpamer disebalik kaca sememang ditayang untuk menarik perhatian.

“Pakailah apa yang ada dulu..Kita kan dah janji hanya jalan-jalan sahaja kan”.

“You ni kedekutlah.You ak sayang I ke. Kalau I ada duit sendiri I tak minta dengan you”. Natasya tidak mahu memahami kesempitan dirinya.

Setelah hidup menjadi suami isteri barulah Johan Hamdi mengenali siapa sebenarnya Diana Natasya binti Sufian. Biar pun dulu mereka adalah kawan sepermainan. DULU Diana Natasya yang dia kenal anak seorang polis yang berpangkat sarjan dan mommynya hanya suri rumah sepenuh masa, sama macam dia. Kehidupan keluarga mereka sederhana sahaja. Apa yang diberi oleh keluarga mereka diambil atau dipakai tampa ada bantahan..tetapi setelah mereka menjadi suami isteri cita rasa Natasya tidak lagi sama  seperti mereka dibawah ketiak keluarga.  

Setelah dia mengenali dunia  luas dia sudah berubah.  Apa yang diunjukkan kepadanya sering tidak menepati citarasanya atau tidak menepati piawai seorang yang pernah hidup dalam kemewahan. Dia sering berkata..‘Cuba you tenguk  ni sesuai ke dengan I..kalau you nak bagi I, cuba you tenguk dulu jenamanya. You tau tak.. I tak selesa pakai kalau yang bukan  jenama yang  selalu I pakai..ni entah jenama apa-apa entah..tak pernah I jumpa jenama ni..nampak sahaja cantik kalau dipakai dua tiga hari dah terkopek sana sini’. Itu lah Diana Natasya yang yang sudah pandai menilai barangan yang diberikan kepadanya. Ikut kualiti standard. Jenama handbang yang dibawa oleh Natasya adalah COACH dan PRADA  harga sebiji beribu ringgit Malaysia.

Sepanjang menjadi isterinya dulu Natasya tidak mahu memahami kesempitan hidup seorang pelajar sepertinya. Seorang pelajar yang bergantung dengan duit biasiswa sahaja, walau pun ada juga sesekali dia mencari pendapatan lebih  ketika musim cuti yang sangat terhad. Perkataan BERJIMAT untuk Diana Natasya tidak pernah tercatat dalam kenyataan dirinya. Tidak pernah berfikir jika mereka kesempitan tiada keluarga yang dapat melihat dan membantu. Mereka hanya mengharapkan sahabat dan rakan sekeliling, tetapi kehidupan mereka semuanya sama. Kehidupan pelajar yang jauh dari mata keluarga hidup pun diatas tajaan biasiswa.

Tidak mampu bertahan untuk beberapa bulan dengan kehidupan yang menghimpit, Natasya ingin mencari kewangannya sendiri. Tetapi itulah kelebihan Natasya seorang wanita yang cantik dan berpelajaran tinggi. Dulu dia juga belajar diluar Negara, dia belajar disebuah university di Manchester dalam bidang perakuanan. Namun minatnya lebih cenderung pada bidang peragaaan..Dia pernah menjadi model sambilan ketika cuti semester berlangsung. Kebetulan dia mempunyai kenalan dalam bidang itu. Katanya dia mahu memenefaatkan kecantikan yang dianugeahkan kan kepadanya.

Dengan alasan hendak mencari duit poketnya sendiri, dia meminta izin menerima pelawaan rakannya untuk menjadi model yang berpusat dikota Paris. Dan sejak dari itu Johan  ditinggalkan.Tiga empat bulan baru dirinya muncul untuk melaksanakan tanggung jawabnya sebagai isteri. Apa hendak dikata dia tidak mampu mahu memenuhi apa yang diminta oleh isteri tersayang.  Dia membenarkan dan terpaksa bersabar dengan kemahuan isteri yang dicinta ketika itu.

Walaupun didalam hatinya sering mengeluh mengapa isterinya tidak pernah mahu memikirkan keadaan dirinya..mengapa dia tidak pernah mahu membantu dirinya melepaskan tekanan, tekanan seorang housemen dan tekanan seorang lelaki yang baru beberapa bulan bergelar suami. Diana Natasya tidak pernah mahu ambil tahu darah panas seorang suami yang berhendakkan dirinya, hinggakan dia bertanya pada sahabat sebiliknyanya dulu bagai mana mahu melepaskan rasa kemahuan lelaki biasa terhadap seorang isteri.

“Kau kenapa Hamdi dari semalam aku tenguk kau monyok tak bersemangat.”

“Entahlah Fi..aku rasa macam menyesal  kahwin..ingatkan dulu bila dah kahwin ada teman nak menghibur,  lepas tu ada teman nak melepaskan rasa tertekan kita tapi….”

“Kenapa pula..kau kan senang sekarang ni balik rumah ada yang tunggu..  sekurang-kurang nya kau boleh cerita-cerita masaalah kau pada isteri kau”.

“Ada isteri apanya aku dah sama macam kau juga, balik hanya dinding yang menyambut kepulangan kita, tapi aku lagi parah dari kau..baru merasa tiga bulan dia dah pergi  Paris kerja jadi model ikut kawan dia..tinggal aku terkonteng-konteng macam ni. Sekarang ni aku susah nak lelap mata walaupun badan rasa penat tapi minda tak mahu berehat asyik berfikir sahaja.”.

“Ia ke ..kenapa kau tak halang..lagi pun jadi model ni tak bagus kan ..memperagakan diri dikhalayak ramai. Tak kira depan lelaki …”

“Aku tahu… aku tak boleh nak cakap apa, bila dia meminta tapi aku tak dapat nak bagi, itulah yang dia nak cari duit  poketnya sendiri.”

“Cuba kau terangkan keadaan kau macam mana, tentu dia faham kesempitan kau ..kita ni kalau dah jadi suami wajib berterus terang Hamdi jangan nak tunjuk handal kita, nak memenuhi kehendak isteri sanggup buat apa sahaja..lagi pun dari situlah dia belajar menghadapai susah senang bersama kita.”

“Yang sebenarnya dia tahu keadaan kita Fi..dia dulu macam kita juga belajar diatas ajaan biasiswa sahaja, emak ayahnya juga emak ayah yang macam kita..tapi nasib dia baik bila dapat pakwe anak orang kaya dari situlah dia berubah. Sekarang ni dia tak pandai pula nak mengubah menjadi dirinya yang dulu.Yang lagi parah.. dia rindu pada kehidupan mewahnya. Rindu pada barangan peribadi yang berjenama. Rindu pada pakaian yang berkualiti tinggi…kalau aku tahu dia dah berubah macam ni, aku tak ikut cakap mak aku. Ni dengan macam nak pecah kepala kita nak masukkan apa yang kita belajar, nak mengadap pesakit, nak mengadap pakar,  nak tahan rasa kehendak nafsu  lelaki aku ni..sampai kadang-kadang rasa nak ‘cari makan luar’ sahaja Fi”.

“Nauzubillah min zalik..jangan kau fikir sampai kesitu Hamdi..Zina sangat di benci oleh Allah, kalau tak kan dia bagi hukum zina tu berat ..Hukum seorang yang berzina adalah rejam sampai mati kalau yang dah bernikah, kalau orang yang berlum bernikah dipukul 100 kali. Hukuman ni bukan hukum manusia tapi ni hukum Allah, Hamdi.”

“Tapi kadang-kadang aku tak mampu nak menahan Fi, berat sungguh panggilan nafsu..sungguh ini pengalaman aku Fi, kau tak pernah rasa jangan kau cuba masuk dalam dunia ruamah tangga kalau kita tak betul-betul dah bersedia”.

“Aku faham perasaan kau..dulu ayah aku ada berpesah..supaya berpuasa  untuk menahan nafsu kita Hamdi..cubalah kau puasa kemudian kau berdoa supaya Allah dapat membantu kita menahan nafsu kita..sebab nafsu ni Allah juga yang bagi..Dari Dia perasaan tu datang dan Dia juga yang dapat melegakan”.

“Ialah aku nak puasa lah esok..”.

“Baguslah tu selain dapat menahan nafsu dapat juga kita berjimat. Aku pun nak puasa kerana Allah esok. Selain dapat temankan kau, dapat  juga akau pahala puasa sunat. Lagi pun esok dah masuk bulan Rejab esok kau niatlah puasa bulan Rejab..Puasa dibulan Rejab ni bagus Hamdi…bla..bla..”. ceramah Almad Lutfi lagi. Itulah Ahmad Lutfi sahabat susah senang nya di bumi Abedeen.
(Maaf ye panjang sangat imbauan masa lalu Johan Hamdi. Mak teh nak cerita lagi kalau rasa bosan abaikanlah ye).

===================
“You jangan panggil dia betina..dia adalah isteri I..”.  Habis sahaja dia menuturkan kenyataanya  dia mengaur langkah mahu masuk kebilik mommynya. Malas dia mahu melayan kerenah Natasya dan hati nya sangat sakit mendengar panggilan untuk Nur Hidayah.

“Hei Johan!! you nak tidur mana??”

“Jangan you kesah mana I nak tidur, you jaga diri you dan I jaga diri I”

“Macam tu cara hidup suami isteri”.Mendengar kenyataan Natasya sekali lagi Johan berpaling namun masih berdiri di ambang pintu bilik mommynya. Natasya mesti diingatkan sekali lagi dengan kenyataan diri mereka.

“ I memang yakin you memang bukan isteri I lagi..Perkataan  cerai memang dah I ucapkan setahun lebih dulu. ... kita dah tak ada ikatan lagi. Kita dah bercerai. I masih ingat lagi memang I dah lafazkan cerai pada you. I belum lupa lagi..memang I dah melafazkan  sebelum you pergi tanda tangan kontrak untuk you jadi model kat  LA tu dulu. Jadi sekarang kita bukan lagi suami dan  isteri dan you memang sudah tidak halal untuk I. You bukan lagi isteri I. I nak menghindar dari pandang you.. you tahu tak kenapa…”.Diana Natasya terkebil-kebil mendengar patah bicara Dr. Johani.

“You tahu tak makin lama I tenguk you yang seumpama bogel, makin banyak dosa yang I kumpul. Kalau you nak tahu sehelai sahaja I pandang rambut you I dah dapat dosa, inikan pula aset yang tak sepatutnya I tenguk lagi, tapi sengaja you tayangkan. Kalau you nak kutip dosa you kutiplah..Tapi I tak mahu.. dah jangan panggil I lagi..jangan ketuk pintu bilik mommy I lagi.”  Johan meloloskan diri kedalam bilik. Natasya memandang dengan mata yang terkelip-kelip. Belum sempat Natasya bersuara untuk membalas pintu bilik puan Mariah sudah  ditutup rapat  malah terdengar ‘klik’ bunyi tombol pintu ditekan. Sebal hati Natasya dengan tingkah  Johan Hamdi. Kerana hatinya yang geram suara yang terlepas memetir juga.

“Johan!!! tukarkan cadar katil tu..tak sanggup I nak tidur bekas orang..tukar Johan,  tukarkan sekarang”. Jerit Natasya namun Johan Hamdi tidak membuka pintu bilik mommynya lagi.. Sebal sungguh hatinya bila kehendaknya tidak diikuti oleh Johan.

 “Jantan tak guna..jantan tak boleh pakai”.Kata yang keluar dari bibir  Natasya  untuk melepaskan hati yang kegeraman.. tapi terasa belum terlepas lagi sebal hatinya lalu dia memetir memanggil bibik minta ditukarkan cadar tidurnya…

“Bibik!!! Tukar kan cadaraar cepat!!!”. Berdezup bibik keluar dari biliknya bila mendengar suara mem baru menjerit minta cadar bilik tuanya ditukar. 


Sudah  tiga hari Natasya duduk dirumah puan Maria. Kelibat Johan jarang ditemui kerana kesibukkan kerjanya. Petang itu ketika dia sampai dari kerja, Natasya ada tercongok di ruang tamu sambil membaca majalan fesyen yang dibawanya.

“Natasya sorry ye..I sibuk sangat tiga hari ni”. Natasya menyembunyikan senyum di balik majalah yang dibaca mendengar ucapan Sorry dari Johan. Terasa dirinya sudah dapat menjerat perasaan Johan namun belum sempat senyumnya berkembang mekar…

“Esok siaplah..kita kepejabat ugama selesaikan masaalah kita..Sorry sekali lagi menyebabkan you tunggu lama untuk menyelesaikan masaalah kita ni”. Cepat sahaja Natasya menutup majalah yang dibacanya..

“Esok tak boleh lah Jo..I ada hal nak selesaikan”.

“You nak selesaikan apa..selesaikan hal kita dululah”.

“Hal kerja I tak boleh nak tangguh.”

“Habis bila yang you boleh..I hanya esok dapat free sikit..itu pun I tukar duty dengan kawan”.

“Lusa lah kot..” Mendengar jawapan Natasya  terus Johan menuju  kebilik mommynya seperti biasa..dan akan keluar lagi ketika solat Magrib kerana dia akan menjadi imam kepada mommy dan bibik.  Lepas itu mereka akan makan malam, selesai solat Isyak, dia akan duduk dibilik mommynya hingga ke subuh pagi esoknya. Tiga hari dirumah puan Maria rutin Johan  sudah dibaca oleh Natasya. Namun hari itu dia cuba menahan..

“Johan!..cuba duduk sekejap dengan I ni, you kalau balik terus sahaja masuk bilik mommy, tak berapa jam duduk you keluara semula..you ni macam tak suka I balik. Dah tiga hari I kat rumah ni, tapi you tak pernah nak tunaikan tangung jawab you pada I. I ni manusia biasa Johan. Kalau you marah pada perkara dulu I minta maaf”.

“Natasya dah berapa kali I cakap kita bukan suami isteri lagi. Dosa jangan dicari...Pasal maaf I dah pun maaf kan you..”.

“Alaah..kan ada jalan nak menghapus dosa, nanti kita bertaubat lah. I minta dengan you  sebelum kita sahkan  dipejabat ugama, kita masih belum tahu kedudukan kita kan..dalam Islam kalau was-was  dikira boleh kan”.

“Was-was apa nya.. I yakin”.

“Tapi Johan I masih sayangkan you..kita rujuk”.

“Tak ada istilah rujuk kalau dah lebih tiga bulan kita bercerai… Sekiranya ingin bersatu semula hendaklah dengan akad yang baru”.

Isteri yang telah habis tempoh iddahnya atau diceraikan dengan Talak Bain termasuklah Talak Tiga tidak boleh dirujuk semula Sekiranya ingin bersatu semula hendaklah dengan akad yang baru.

“Kalau macam tu kita nikah balik..I masih sayang kan you Jo”.

“Hei!! You inga boleh nikah kat mana-mana ke..depan bibik atau depan mommy..kena nikah kat pejabat ugama..depan khadi. Tapi pada I setelah cerai I ucapkan untuk you, I tak pernah lagi mengharap you kembali pada I dan  I tak pernah berniat untuk kita kembali sebagai suami isteri. Pengalaman yang you bagi selama kita menjadi suami isteri cukup membuat I pasti kita bukan pasangan yang serasi. Sekarang  carilah kehidupan you dan I cari kehidupan I sendiri.”

“Lelaki kalau dah jumpa dengan perempuan bertudung memag macam you ye..I tak tahu jampi apa yang dah X you tu jampi pada you, hingga you jadi tak sedar macam ni”.

“Dia jampi I dengan pengertian, kasih sayang, tolak ansur dan menerima mommy I seperti mommynya sendiri. Itulah jampi dia sampai I terlupa pada you. Terlupa untuk suka dan tertarik pada you. Ingat!! lusa jangan lupa kita kepejabat ugama sahkan perceraian kita dan dapatkan bukti yang I memang dah ucakpan perkataan cerai untuk you”.

















1 comment:

  1. Susah betul kalau bercakap dengan orang macam Didi ni. Kita yang baca pun rasa macam nak hilang sabar.

    ReplyDelete