~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 17 October 2015

71 Nur Hidayah






Putih mata Johan melihat duit yang diharap  dapat menampung kehidupan  dia dan mommynya untuk bulan itu dilarikan oleh bekas ibu mertuanya....

“Jo keluarkan berapa ratus”.

“Jo keluarkan dua ribu..tapi bukan semua dua ribu tu Jo nak bagi dia..”

“Jo nak bagi Didi berapa sebagai duit Iddah”.

“Pada mulanya Jo nak bagi seribu setengah sahaja..dah banyak itu sahaja yang Jo mampu, nak buat macam mana..yang lagi RM500.00 nak buat belanja kita dan duit tambang Jo pergi kerja.Tapi bila aunty  Kila dah pegang, semuanya dia ambil”.

“Kenapalah Jo keluarkan dua ribu sekali depan aunty Kila”.

“Ingat Jo malas nak keluar dua tiga kali,  kita pun tak ada keenderaan nak keluar. Itulah ikutkan  malas hati nak keluar..”

“Tak apalah Jo dah rezeki dia..halalkan  sahaja. Jo mommy tanya ni..Jo memang dah tak sayang Didi lagi ke”.
“Rasa sayang dan rasa cinta Jo dah tak ada untuk dia mommy. Didi ada cakap dengan Jo..Jo ni jenis yang tak setia pada cinta..tapi kalau bercinta dengan orang seperti Didi patut ke Jo pertahan kan cintanya sampai kehujung nyawa. Mommy nak tahu masa kat Abedeen hanya beberapa bulan sahaja dia duduk dengan Jo. Bila dia rasa susah semuanya tersekat-sekat dia pergi tinggalkan Jo. Berbulan-bulan baru dia balik, duduk tak sampai sebulan pergi lagi. Jo bertahan sebab mengharapkan dia berubah..mana tahu bila balik sini dia akan jadi isteri yang disamping Jo tapi tidak rupanya. Bila dia tinggalkan Jo lagi balik Melaka lepas kami balik dari Abedeen dulu, sejak tu rasa sayang Jo pada dia dah mula tawar. Masa u Jo dah boleh agak Didi bukan isteri yang boleh diajak bersama susah dengan kita… tapi   Jo masih mencuba nak menimbulkan rasa manisnya sayang. Itu yang Jo ikut apa yang dia minta..tapi bila dia sambung kotrak jadi modelnya sekali lagi Jo tak mampu lagi membina rasa sayang Jo pada dia. Dia yang tak membantu Jo membina rasa sayang Jo pada dia.  Sikap dia yang menyebabkan RASA sayang untuk dia hilang sedikit-demi sedikit dan  sekarang rasa sayang tu  hilang terus. Pada pandagan mommy perceraian ni  salah Jo ke?.”

“Entahlah..mommy tak boleh nak berpihak pada siap-siapa..tapi selama ni mommy fikir  sebab dia tak mahu jaga mommy dia tinggalkan Jo Jadi mommy rasa bersalah pada Jo.”.

“Taak memang sejak dari mula lagi dia suka tinggalkan Jo. Yang Jo perasan bila kawan dia  siBell tu ada, dia memang tak perlukan dan terlupa Jo ni suami dia. Kan dulu Jo dah adakan apa yang dia nak..dah duduk rumah ni pada Jo rumah ni dah selesa dah  dan dah ada kereta tapi tetap juga dia pergi tinggal kan Jo.  Masa kat Abedeen pun macam tulah..hanya alasan kata hidup susah bila si Bell tu datang dia terus nak pergi tak masuk lansung tegahan dan larangan  Jo. Didi ni jenis yang tak masuk didik mommy.. apa yang dia nak itulah yang akan dibuatnya.”.

“Yang sebetulnya susah sangat ke kehidupan Jo masa kat Abedeen tu”.

“Pada Jo tak susah sangat… Kalau kita berjimat kita tak akan kelaparan pun..tak pernahlah pula kami  tak makan sebab tak cukup duit.. tapi Didi ni cita rasa dia cita rasa orang kaya, nak pemakaiaan dia yang serba berdiri semuanya  yang berjenama, kalau dah berjenama tentulah mahal. Mommy tenguklah handbag dia, untuk gaji Jo sebulan yang sekarang ni pun tak boleh lagi nak beli mommy. Sikap dia yang menghapus rasa dalam hati Jo ni. Dia buakn isteri bersama dimasa susah. Dia juga bukan isteri pendorong  kejayaan. Pada Jo.. Didi ni teman dimasa senang sahaja, teman untuk berseronok dan teman masa kita ketawa..”.

“Jadi Jo rasa kalau esok Jo dah senang dah ada harta Jo nak ambil dia balik  jadi isteri Jo”.

“Nauzubillah..tak mungkin mommy.. tidak sama sekali. Untuk apa isteri yang macam tu..Isteri yang tak membantu, isteri yang tahu nak menghabiskan duit  dan isteri yang tak bertimbang rasa. Bila kita susah dan menangis, dia akan tinggalkan kita sorang-sorang...tapi yang paling penting kenapa Jo tak harap isteri macam dia..sebab dia isteri yang susah sangat nak mendengar kata, isteri yang sangat susah menerima teguran untuk kebaikkan. Mommy nak tahu sejak Jo serumah dengan dia tak pernah dia solat, biar pun berbuih mulut Jo ni mengingatkan kewajipan solat dan hukumnya kalau tak kita tak solat. Jo ada cakap kalau dia tak tahu nak sola Jo sanggup ajar dia... Hari tu sebelum dia buat pembedahan Jo suruhlah dia solat minta keselamatan dan kesembuhan dari Allah.. Apa dia cakap dengan Jo mommy nak tahu..”.

“Apa yang dia cakap?”

“Dia akan solat kalau pembedahannya berjaya dan dia selamat dari segala bahaya selama pembedahan berjalan..kemudian dia suruh Jo yang doakan dia..tapi tenguklah dah seminggu dia balik dari hospital Jo tak pernah nampak pun dia solat janji apa macam tu. Tak taku langsung musaibah akibat janji-janji dia pada Allah, tapi tak tahulah kalau dia solat sorang-sorang dalam bilik. Yang sebetulnya bukan sekarang sahaja dia macam tu sejak dulu lagi dia macam tu..solatnya tunggu SERUnya sampai katanya. Tapi kalau bab bergaya SERUnya sampai sahaja..”  Puan Maria memandang wajah terkilan anaknya bercerita tentang bekas isteri yang bernama Diana Natasya binti Suffin.

“Jo! Bila Jo cakap bab bergaya mommy tenguk handbag  Didi lebih kurang sahaja dengan handbag Dayahlah Jo”.

“Memanglah jenamanya sama mommy PRADA. Yang  Dayah cakap dengan Jo hand bag dia tu neneknya yang bagi dia.. dah dua puluh tahun lebih nenek dia pakai bag tu, tapi tak rosak-rosak sedangkan dia dah jemu pakai. Nak dibuang sayang jadi dia bagi pada Dayah. Dia nak rasa juga hand bag lain ”.

“Tapi nenek Dayah tu memeng mampu kan orangnya kan tenguklah rumah dia masa Jo nikah tu dulu. Asyik cerita bab bergaya si Didi terlupa pula mommy nak tanya duit  gaji  Jo ada berapa lagi dalam bank”.

“Mommy jangan bimbang ada lagi. Lepas aunty Kila pergi.. Jo keluarkan lagi untuk kita lima ratus..cukup tak  untuk kita sampai cukup bulan..tapilah bulan pun jauh lagi ni mommy”.

“Kering langsunglah duit gaji Jo. Duit simpanan Jo pun habis juga ke?”.

“Hampir keringlah mommy..hanya tinggal beberapa puluh sahaja”.

“Kalau dah tinggal beberapa puluh tu kira keringlah. Bila aunty Killa dah dapat duit Jo dia cakap apa lagi kat Jo”.

“Dia kata kalau dia tahu Jo ni pokai dia tak hingin nak kahwin Jo dengan anak dia..Kesian Jo dengan aunty Kila tu mommy”.

“Kenapa pula nak kesian, dah di ambilnya duit Jo.. Jo kesian pula dengan dia”.

“Ialah dia ingat nak tangkap ikan jerung..tapi tertangkap ikan bilis”.

“Ehh ikan bilis mahal sekilo pun mahu Rm40 ke  Rm50. Itu ikan bilis biasa kalau ikan bilis yang ada gred lagi tak daya kita nak beli.”

“Sekarang Jo tenguk mommy ceria..cakap pun dah banyak”.

“Mommy lega masaalah Jo dengan Didi dah selesai..harapnya jangan dia kacau Jo lagi..pasal Jo  kesian dengan aunty Kila tu kenapa..dia ada cakap kesusahan dia pada Jo ke..atau dia nak minta Jo bayarkan apa-apa lagi”.

 “Dia tak minta apa-apa dengan Jo, tapi ialah dia ingat Jo ni kerja doctor banyak  duit sampai sanggup kahwinkan anak kesayanganya dia dengan Jo, rupanya Jo doctor sengkek..doktor pokai. Dulu Didi tak bantah pula bila nak dikahwinkan dengan Jo..dia tak tau ke tangga gaji  doctor yang baru habis belajar  ni sama aje dengan graduan lain kalau mereka kerja dengan kerajaan. Gaji mula hanya Rm2 ribulebih sikit sahaja. Nanti nak potong pinjaman lagi. Emm entahlah kalau sebut sahaja doctor berebut-rebut dia nak jadikan menantu. Yang sianak pun sama setuju sahaja..bila dah tahu kita ni macam mana dikutuknya kita sengkek lah pokai lah. Yang lebihnya hanya doctor ni kerja dah menunggu tak payah tercari-cari kerja itu sahaja.” Bebel Johan hatinya sakit bila mengenangkan kutukkan bekas isteri dan ibu mertuanya.

“Itulah kalau dah mata duitan macam tu lah..Tapi pada mommy mereka tu orang yang tak tahu nak bersyukur dengan rezeki yang ada. Dahlah Jo biarkanlah mereka.  Jo mommy nak tanya..Bayaran  Didi masuk hospital haritu Jo ke yang bayar..mommy nak tahu sahaja..dia dibedah kerana apa. Ceritalah dengan mommy… ”. Yang sebenarnya Johan tidak menceritakan dengan jelas kisah Natasya dibedah dan pembayaran kos rawatan dia yang menanggungnya.  

“Bayar sikit sahaja..dia buat pembedahan biasa sahaja”.

“Ceritalah Jo.. mommy nikan mommy Jo. Kalau Jo tak cerita mommy sedeh sangat. Dahlah mommy  macam ni, mommy rasa mommy macam tak guna sangat”.

“Mommy janganlah cakap macam ni, mommy sangat penting dalam hidup Jo walaupun Jo dah besar macam ni, Jo perlukan semangat dari mommy. Jo tak cerita dengan mommy sebab Jo tak mahu mommy  susah hati”.

“Kalau Jo tak cerita mommy lagi susah hati..Jo pendam masaalah Jo sorang-sorang..ceritalah berapa yang Jo kena bayar untuk rawatan Didi”.

“Adalah… lebih dari RM10 ribu.”

“Haa lebih Rm10 ribu Jo kata sikit..pembedahan apa yang sampai macam tu punya mahal”.

“Biasalah mommy hospital swasta”.

“Jo punyalah berjimat sampai kat Didi habis macam tu sahaja..habuk pun tak dapat.”

“. duit petik epal dan duit cuci tandas pun habis juga mommy..Jo bertahan duit tu Jo tak guna sebab nak dijadikan persediaan kita beli rumah tapi terpaksa Jo keluarkan bila pihak hospital nakkan cagaran kalau tak Didi tak jadi nak dibedah. Tapi tak apalah mungkin duit itu bukan rezeki Jo..semoga Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik lagi..”. Johan menunduk menyembunyikan rasa kecewa bila duit yang dikumpulkan dari zaman dia belajar hangus kerana kerenah bekas isteri.

Dulu diawal dia menjadi pelajar Johan mencari duit poket ketika cuti semesta. Pada cuti semesta yang panjang dia keladang epal untukmengambil upah memetik epal dan bila cuti semesta yang pendek mereka akan bekerja  mencuci tandas awam pula. Kerja-kerja itu dilakukan bersama sahabatnya Ahmad Luthfi. Itu sebabnya mereka tidak pulang ke Malaysia dimusim cuti semestanya. Mereka juga tidak mengembara meluaskan pandagan seperti kebanyakkan pelajar lain memenuhi waktu cutinya dengan mengembara seluruh Eropah. Baginya lebih baik dia mencari duit belanja untuk kegunaanya diwaktu susah almaklumlah mereka jauh dari ibu ayah jauh juga dari saudara mara. Jika rezeki mereka agak berlebihan mereka akan menghantarnya sedikit  untuk memebantu keluarga diMalaysia. Hanya diakhir-akhir pengajian mereka tidak lagi mencari duit poket kerana kesuntukkan masa… separuh dari waktu mereka dihabiskan dihospital.
(mak the dengar anak saudara jiran mak teh buat kerja cuci tandas masa dia kerja di luar Negara upahnya sangat mahal sungguh berbaloi sebab tandas mereka tak lah kotor sebab mereka ada sivik yang tinggi. Sekarang budak tu dah berjawatan tinggi. Kalau ada yang tahu bab cuci tandas ni kongsilah sikit)..

“Yang sebetulnya Didi sakit apa sampai yang nak kena bedah..mommy tenguk dia ok sahaja”. Selidik puan Maria..Dia merasa kasihan melihat anaknya yang seperti di pergunakan oleh orang kerna sikapnya yang baik.

“Dia nak kena buang Implan yang ditanam dalam payu dara dia.”

“Haa dia pernah buat pembedahan besarkan payu dara ke Jo..mommy tak pernah dengar pun”..

“Jo pun tak tahu  dia pernah buat pembedahan payu dara..tapi silicon dalam payu dara dia bocor..kena buang cepat kalau tak nanti dia masuk dalam saluran urat  saraf lain, merbahaya pada kesihatan Didi. Dia boleh dapat sakit barah mommy.”.

“Hai..hai tak ada penyakit cari penyakit.. lepas tu menyusahkan orang..lagi pun bedah-bedah dan tambah tambah ni berdosa kan Jo. Dah lah sakit, buang duit, lepas tu Allah pun tak suka, itu namanya cari penyakit dan cari dosa sahaja..satu perbuatan yang tak mendaangkan faedah langsung”.
Sebagai contoh, jika melakukan pembedahan plastik pada wajah, maka hukumnya adalah haram kerana ia mengubah wajah itu secara kekal. Begitu juga dengan jika melakukan pembedahan pembesaran payudara untuk tujuan kecantikan, maka hukumnya adalah haram. Ia berbeza jika ada isu perubatan di situ..
sebagai contoh, jika seorang wanita dewasa mempunyai payudara yang kecil (macam budak belum akil baligh), maka ia dikira suatu kecacatan dan ada maslahah tertentu untuk dibesarkan (supaya boleh menjadi wanita yg normal dan boleh menyusukan anak), maka ketika ini harus melakukan pembedahan pembesaran payudara. Ataupun jika payudara terlalu besar sehingga menyebabkan sesak nafas ataupun selalu nak tersembam (sbb terlalu berat), maka haruslah melakukan pembedahan untuk mengecilkannya.  Mak the copy dari blog.cc.net.my/2015/hukum-membesarkan-payudara-dan-zakar/

“Tak apalah Jo benda dah lepas nak buat macam mana kan..habis Jo nak pergi kerja macam mana ni”.

“Naik bas lah mommy..kalau naik teksi takut tak cukup pula bajet kita untuk sebulan ni..kita hanya nak habiskan bulan ni sahaja..Bulan depan dah ada gaji tak kisah sangat”.

“Duit dalam simpanan bank Jo habis langsung ke?..”

“Adalah lagi seratus rasanya..kalau duit gaji tinggal puluh-puluh sahaja.”.

“Dah lah cepatlah habiskan makan Jo tu”.. Selesai makan Johan berkemas dan membasuh cawan yang digunakan.

“Dah Jo..Jo masuk bilik mommy”.

“Ada apa mommy..Jo rasa nak kemas bilik Jo tu dululah mommy. Nak tukar dan basuh cadar tu”.

“Yang itu nanti-nantilah masuk bilik mommy dulu”. Johan mengikuti suruhan mommnya.







No comments:

Post a Comment