~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Saturday 9 January 2016

77 Nur Hidayah






            Selesai sudah urusan mereka hari itu. Sikembar mereka juga sudah lena dikatil yang dikhaskan biar pun didalam bilik yang sama. Barulah mereka suami isteri menarik nafas lega.

“Sayang meh duduk sini kita mulakan misi kita. Tapi abang nak tanya  Dayah dulu”. sambil duduk santai menyandar dikepala katil Johan Hamdi mecapai tangan isterinya lalu digengam. Dia merapatkan duduk disisi sang isteri.

“Nak tanya pendirian Dayah tentang nikah abang dengan Natasya ke?. Bagi Dayah semuanya terserah pada abang, apa pun keputusan abang Dayah ikut dengan hati rela.” Namun ada getar sebak disuaranya. Isteri mana yang mampu suaminya dikongsi dengan wanita lain, tetapi para lelaki tak pernah memahami hati seorang isteri.

“Taak, abang tak nak tahu yang itu..sebab abang dah ada keputusan abang sendiri. Abang  nak tahu kedudukan abang kat hati Dayah”.

“Ehh sepatutnya Dayah yang tanya abang macam tu..sebab ada wanita yang nak kan abang dan wanita ni dulu pernah duduk dalam hati abang, masihkah dia dihati abang,  jika dia masih ada  dimanakah letaknya, ditempat nombor satu atau keberapa dan kedudukan Dayah  jatuh di anak tangga yang keberapa”.

“Untuk itu kedudukan Dayah dalam hati abang jatuh pada tangga yang keempat lepas tu dikongsi pula dengan anak-anak. Untuk dia dah terkeluar bekas nya pun abang dah kikis bersih maksudnya dah tak berbekas lagi.”.

“Tak apa lah bang, janji ada juga tempat Dayah kat hati abang bawah sikit dari di..”.

“Haa jangan masukkan lagi cerita dia kan abang dah kata dia dah terkeluar dan tak bekas lagi. Dayah nak tahu siapa tempat pertama dalam hati abang..tempat pertama Allah, Nabi Muhammad, mommy lepas tu barulah Dayah dan anak-anak”.

“Kalau macam tu samalah tapi keduduk abang naik satu tangga dalam hati Dayah. Selepas Allah dan Rasul barulah abang dan anak-anak. Puas hati..tapi kenapa abang tanya kedudukan abang dalam hati Dayah pula”.

“Sebab abang nampak Dayah macam tak cemburu langsung bila ada wanita yang nak merebut abang dari hidup Dayah”.

“Ada rasa cemburu dan rasa tergugat tapi nak buat macam mana, Dayah tak boleh nak menghalang perasaan orang supaya jangan suka abang. Perasaan abang pun Dayah tak boleh nak halang kalau abang ada rasa suka pada seseorang. Jika Allah memberi rasa suka abang pada wanita lain dan abang mengambilnya menjadi isteri apa yang boleh Dayah buat..takkan nak menangis sampai bengkak mata. Jalan mudah Dayah menyerahkan semuanya pada Allah. Jika itu yang Allah bagi, Dayah redha dan andai suatu masa terlerai ikatan kita pun Dayah redha.. percaturan Allah siapa yang dapat menghalang. Dayah percaya rasa sakit rasa pahit yang Allah bagi selalunya ada manisnya dibelakang hari. Kadang- kadang rasa pahit dan rasa sakit adalah peringatan dari Allah kerana kesalahan-kesalahan kita. Jika dengan  rasa itu dapat menghapuskan dosa dan lebih mendekatkan diri kita kepadaNya,  itukan lebih baik dari rasa suka dan gembira yang hanya sementara kat dunia ni. Hanya satu yang Dayah minta  pada abang, ambillah keputusan abang mengikut naluri abang. Jika abang rasa baik keputusan abang ikutlah, jangan fikir orang keliling..kerana yang baik datangnya dari Allah.” Sungguh insaf Dr. Johan mendengar kata-kata isterinya. Mengapa harus dia mengikuti suruahan papanya hanya kerana mahu membalas budi. Ohh dia tidak sekalai-kali akan mencari pesaing untuk isteri yang didepan mata. Itu azam Johan Hamdi didalam hati.

“Ok ..abang cukup puas hati mendengar jawapan Dayah..abang tahu Dayah sayang abangkan”.. sebuah ciuman singgah kedahi Nur Hidayah.

“Haa..sekarang abang nak call Natasya sebelum tu cerita sikit apa yang Tasya cakap dengan Dayah”.

“Dia tak cakap apa pun hanya dia ucapkan ‘thank you’ di atas izin Dayah.. kemudian dia kata dia masih sayangkan abang dan dia hanya nak menumpang kasih sahaja”.

“Ahh ialah tu..menumpang kasih atau merompak kasih”.

“Janganlah abang cakap macam tu, mungkin dia betul-betul nak menumpang kasih”.

“Kenapa dengan Dayah ni asyik nak membela dia sahaja, macam Dayah betul-betul nak dia jadi madu Dayah”.

“Bukan macam tu niat hati Dayah. Dayah tak mahu abang berburuk sangka. Buruk sangka ni  berdosa..DOSA yang kita tak sedar. Buruk sangka sama dengan memfitnah kalau apa yang kita cakapkan tu tak betul..Nak menghapuskan dosa buruk sangka ni kena meminta maaf pada orang yang kita fitnah, kalau tak dapat minta maaf didunia ni, merangkak kita dipadang Mahsyar mencari maaf..Dayah tak mahu abang macam tu”.

Artinya: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka, tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Hujurât [49]: 12).

“Betul kata Dayah tu  abang akan ingat kata-kata Dayah ni. Ok bersedia sekarang kita jalankan misi kita”. Dr Johan menekan nombor Diana Natasya bekas isteri yang meminta dirinya di nikahi semula.

Bila nombor bersambung..kedengaran ceria suara Natasya dihujung talian..

“Hai Jo.. apa khabar?”.
Emm Didi memang masih tak berubah..dia masih Diana Natasya yang dulu..dia masih Diana Natasya yang tak pernah pandai mengucapkan  ASALAMMUALAIKUM dengan  dua ulas bibirnya,  biar pun dia  Islam sejak lahir malah kedua orang tuanya adalah Islam sejak mereka lahir kedunia lagi..apakah tidak pernah diajar anaknya megucapkan Assalamualaikum bila mereka berdua berhubungan atau berjumpa. Detik hati Johan bila mendengar sambutan panggilanya. Bila lama Johan berdiam dihujung talian..

“Kenapa Jo you terpegun ke dengar suara I..atau you rindukan I itu yang you terpegun mendengar suara I”.

“Tak adanya I nak terpegun, hanya I bayangkan you memang tak pernah berubah”.

“Ehh memang I tak pernah berubah Jo, perasaan I pada you pun tak berubah langsung. Cinta dan sayang I pada you masih seperti dulu. You yang tak pernah dapat I lupakan, biar pun berpuluh ribu batu I tinggalkan you. Jo! Hidayah dah bagi tahu you ke?. Oh ye yang sebenarnya tengahhari tadi I ada call dia, nak kepastian yang dia memberi keizinan pada you nak nikah dengan I semula.”

“Ye… yang you cakap dia cerita kat I. Ni yang call you..”. Makin berbunga-bunga hati Natasya di hujung talian tampa sedar laju dia mintas kata-kata   bekas suaminya.

“Ohh you dah tak sabar ye,  jadi bila kita boleh nikah. I dah bersedia bila-bila masa pun you, kalau you kata nikah malam ni pun I setuju..” Kedengaran ceria suara Natasya dihujung talian.

“Siapa  kata yang I nak nikah dengan you?”

“Apa masaalah you Jo, kan isteri you dah bagi keizinan atau dengan I dia cakap dia izinkan,  supaya tak nampak dia tu queen control. Tapi ehh tunggu.. tunggu.. sebelum you cakap lebih banyak I nak tanya,  you mesti jawab terus terang..isteri you ada kat sebelah you tu ke”.

“Ada..memang I suruh dia duduk kat sebelah I ni”.

“ patutlah”.

“Patulah apa Didi”.

“You takut bini..jawapan you dipengaruhi oleh dia”.

“You jangan nak berburuk sangka berdosa. Keputusan  I tak dipengarui oleh sesiapa. Untuk pengetahuan you, selepas  kata cerai I lafazkan  untuk you, I memang tak pernah terniat I nak nikah dengan you semula. Sebab apa you nak tahu..sebab sikap you sendiri. I harap you faham”.

“I dah berubah Jo. Kita nikah dan you boleh lihat I berubah. I nak buktikan sebab kuatnya cinta I pada you, I boleh mengubah diri I seperti mana yang you suka. Semoga dengan perubahan diri I akan memberi you kebahagian. Jadi berilah I peluang sekali sahaja lagi supaya dapat I menyayangi  dan mencintai you sebagai suami  I. I nak buktikan yang cinta I pada you dapat mengubah sikap I yang dulu..”.

“pada I sekali I lepaskan ikatan, itu bererti  dah tak ada peluang kedua. Sebab I berpegang pada prisip I tak akan jilat ludah I  semula.”

“Kenapa you tak nak mencuba. Mungkin perubahan pada diri I akan membawa bahagia yang lebih  pada you..kebahagiaan yang tak pernah you kecapi selama ni”.

“Untuk pengetahuan you, I sangat bahagia sekarang. Kehidupan  I dah cukup sempurna.  I tak mahu nak mencuba mencari  janji kebahagiaan yang tak pasti”.

“Depan bini you boleh lah you cakap…”

“Tidak Natasya..kalau dia tak ada dekat dengan I pun, inilah yang I akan cakap dengan you, sebab memang I tak pernah mengharapkan you lagi. Sudahlah  untuk kebaikan kita bersama, you carilah kehidupan you sendiri”.

“Baru I tahu sekarang,  you orang yang tak pandai mengenang budi. Watak sopan santun you, rupanya tak sama dengan apa yang you tunjukkan pada orang ramai. I tak sangka Jo. Ingat Jo  dulu keluarga I banyak tolong mommy you. You nak tahu pertemuan semula papa dan mommy you sekarang ni diatas daya usha I tau Jo”.

“I tak mampu nak balas jasa you dan keluarga you. Hanya I mampu doakan semoga Allah yang membalasnya segala kebaikan you pada mommy dan papa I”. Makin tegas kedengaran suara Johan dihujubg talian. Natasya tahu dia tidak dapat  untuk mengubah pendirian bekas suaminya. Tapi dia mesti mencuba. Diana Natasaya bukan orang yang mudah mengalah bila kehendaknya tidak dituruti.  Dengan apa cara sekali pun dia mensti menyampaikan hajatnya. Misinya mesti dicapai kerana  bersangkutan hidup dan matinya.

“Johan berilah I peluag sekali sahaja lagi. Hanya sekali sahaja I nak buktikan cinta I pada you  susah sangat ke. You tak kesihan I ke..dah 30 lebih usia I,  I masih hidup sendiri”.

“Ehh itukan pilihan you, you yang tak mahu ada lelaki dalam hidup you. You kata dulu lelaki tak setia, cinta lelaki mudah berpaling arah. Mana pasangan sejenis you, tak kan dia dah tak dapat membahagiakan you lagi. Lagi pun tak mengamuk ke dia, kalau you mencari lelaki untuk you jadikan suami”. Dr. Johan terpaksa membuka kisah bekas isteri untuk mengingatkan.

“Kenapa you nak ingatkan I dengan dia. Dia tu tak guna..bila I dah macam ni dia cari anak ikan yang lain.. yang sihat. I dah lama break dengan dia. I dah jadi wanita sejati sekarang ni.”.

“kenapa dengan you? you tak sihat?? you sakit apa?. Atau you.. you dah dijangkiti HIV..itu yang  you balik Malaysia”. Terkedu Natasya diuhujung tali bila dia sudah terlepas kata.

“Tasya!!..you masih ada ke..kalau tak I letak fon”.

“Tunggu..tunggu Jo..I masih ada. I sebenarnya ada masaalah Jo, tapi tidaklah sampai  I ada HIV. Kalau I ada HIV,  I tak akan minta tolong dengan you dengan nikah dengan I. I tak akan merosakkan hidup orang yang I cinta dan sayang Jo.Tapi masaalah I ni beratlah juga, I tak tahu kat mana I nak minta tolong selain dari you.  I perlukan suami untuk sama-sama  menghadapi masaalah hidup I..tolong lah Jo jadilah suami I, untuk tempat I berpaut. I perlukan seorang suami untuk memberi I semangat.”.

“Cubalah you cerita apa masaalah you sebenarnya, sampai you terdesak sangat nak nikah dengan I yang sengkek ni. Kalau boleh I tolong, I tolong tapi tidaklah   dengan cara bernikah dengan you”.

“Jo! Sebenarnya I disahkan ada barah payu dara dah tahap tiga. Entahlah doctor kata sel kenser I ni aktiv sangat, belum ada setahun lagi dia dah merebak hamper separuh payu dara I. Mungkin kesan dari silicon yang bocor dulu tu. I dah buat rawatan sebelum balik Malaysia habis duit kerja  I,  sebab I dah kehabisan duit I terpaksa balik..tak ada siapa yang boleh tolong I Jo. I masih muda, I tak nak mati lagi Jo.  Kesiankan lah I”. Kedengaran esakkan perlahan dihujung talian rupanya Natasya menangis. Entah tangisan lakonan meraih simpati atau pun dia betul-betul sedeh dengan apa yang  dilaluinya Johan Hamdi tidak pasti..

“agak-agak berapa ribu yang you perlukan Natasya”..

“Mungkin dalam RM50 ribu..I kena segera buat kimo untuk mematikan sel kenser I.”

“Ohh banyaknya..Terus terang I cakap dengan you .. I sebenarnya tak ada duit simpanan sebanyak tu.. Kalau I nikah dengan you, I pun tak mampu nak tanggung kos rawatan susulan you tu”.

“Tapi dulu boleh pula you bayarkan perubatan I,”.

“Selepas I bagi mommy you sebagai duit  dulu, simpanan I memang dah tinggal puluh ringgit sahaja..dengar ye  bukan puluh ribu hanya puluh ringgit sahaja dan I belum sempat lagi mengumpul untuk mengantikan apa yang dah I keluarkan untuk you dulu.”

“Ehh you kan doctor tak kan you tak mampu nak mengadakan hanya setakat 50 ribu Jo”.

“Bagi you memang 50 ribu ringgit tu macam 50 ringgit sahaja. Tapi bagi I yang bergaji hanya untuk makan pakai anak isteri dalam ketogori  sederhana, besar jumlahnya. Bertambah sekarang ni, kos sara hidup kita kat Malaysia ni tinggi”.

“Dulu masa I masih jadi isteri you boleh pula you simpan..apa isteri you yang sekarang ni buruk pinta ke”.

“You memang masih tak berubah rupanya. You masih suka berburuk sangka dengan orang. You rasa you sorang sahaja yang baik, you sorang sahaja yang sempurna. Untuk pengetahuan you  duit simpanan I dulu tu, ada duit yang I kumpul masa kat Abedeen. Duit upah cuci tandas dan duit upah petik epal dan anggur masa cuti semesta. Sebab itu agak lama masa belajar I.. sebab  I ada ulang semester dua kali.. pointer tak cukup. Asyik sibuk kerja cari duit, pelajaran I terabai”.

“Jo..jangan nak bagi alasan kerana you tak nak tolong I. You kan  doctor, berapa ringgit  sebetulnya gaji seorang doktor..I tenguk  kebanyakan doktor hidup mewah”.

“Yang I cakap bukan alasan, tapi kenyataan, sebab  I tak mampu I cakap terus terang,  I tak mahu memberi harapan pada you. Bab doctor hidup mewah, yang you tenguk tu doctor yang dah 10 tahun kerja atau doctor yang ada kelinik atau hospital sendiri. Kalau doctor macam I, yang kerja dengan kerajaan, kerja pula belum sampai 5 tahun sama sahaja dengan pekerja kerajaan yang lain…gaji ciput hanya cukup untuk makan, pakai yang sederhana sahaja dan bercuti setahun sekali”. Mendengar kata Johan,  Natasya terdiam dihujung talian. Mungkin benar kata-kata bekas suaminya.  Dia tahu Johan bukan dilahir di atas dulang emas. Dia anak yang lahir dalam perpecahan keluarga. Ibunya juga terbiar tampa pembelaan dari suami. Keluarganya pula telah membuang dirinya kerana dia memeluk ugama Islam. Sedang dia memikirkan kisah perjalanan hidup bekas suaminya kedengaran suara dihujung talian…

“You tak kan tak ada simpanan langsung. You kata sekali you dapat show sama dengan lima bulan gaji you kat sini.. Lagi pun abang you kan bisnes man”.

“Simpanan I dah habis Jo. Kos raweatan yang I buat masa kat luar Negara dulu sangat mahal untuk kita warga pendatang.  Abang I pula  kalau bab nak keluar duit untuk keluarga memang payah sikit. Kalau untuk isteri kesayaganyan dia berapa ribu  pun boleh. Entah apalah nasib I yang dapat adik beradik yang macam tu. You tahu tak istgeri abang I tu cemburukan I sebab I lebih cantoik dari dia. Kalau I minta tolong pada abang I tentu dia tak bagi tentu dia akan dengar cakap bini dia. Tak tahu kat mana lagi I nak minta tolong..memang I bergantung harap penuh dengan you. Jo! I tak sanggup nak fikirkan kalau I mati muda macam ni.”.

“Nantilah I ushakan..In Syaa Allah kalau ada rezeki, I tolong you”.

“kalau you dah dapat duitnya cakaplah, boleh kita cepat nikah. Lepas ni SMSkan no. akuan I.”.

“I tolong ikhlas Tasya,  I tak harapkan balasan dari you. I hanya nak harap balasan dari Allah sahaja”.

“Ehh tak kan you nak bagi I macam tu sahaja..tak sedap lah”.

“Jangan you bayar budi dengan body you Tasya,  tak semua orang mengharapkan bayaran kalau dah berbudi”.

“Bukan macam tu, tapi I takut tak mampu nak bayar  kalau you kira itu hutang.”.

“Kan I dah cakap tak perlu bayaran, I ikhlas nak tolong, tapi jangan nak harap sangat sebab I pun tak tahu kat mana I nak minta pinjaman ni”. Bila talian diputuskan, Dr. Johan berpaling dan bersila mengadap isteri yang setia menemani sepanjang perbualan dengan bekas isterinya tadi.

“Dengan perbualan abang dengan Tasya tadi apa yang  Dayah boleh bayangkan tentag sikap si Tasya ni”.
“Entahlah bang Dayah ni tak padai nak menilai orang..sebab Dayah tak kenal dia. Lagi pun tak elok kalau Dayah teka-teka mengikut naluri Dayah..”

“Baiklah abang  yang lebih tahu dia sebab abang dah pernah duduk  tiga tahun sebumbung dengan dia. Pada abang dia masih Diana Natasya yang dulu. Diana Natasya  yang sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengadaikan body untuk mencapai apa yang dihajati,  Diana Natasya yang lembut bila dia tersepit dan mengigit bila ada peluang”.

“Amboi abang dasyatnya perumpamaan abang”..

 “Memang betul Dayah, Natasya sangat bijak memerangkap bila ada peluang. Dayah ingat tak kejadian dua tahun dulu, yang dia kata dia masih isteri abang walau pun dia tahu cerai yang abang lafaz itu sah untuk dia..sebab apa dia buat macam tu sebab dia nak abang tanggung kos rawatan buang silicon yang bocor kat tetek dia. Sampai kita terpisah..ingat kejadian tu abang serik. Abang tak akan masuk perangkapnya sekali lagi Dayah. Abang rasa dia nikah dengan abang dulu sebab nak mencari peluang kerja jadi model kat luar Negara.  Sekarang abang harap sangat Dayah dapat mempertahankan abang kalau papa minta yang tidak-tidak bila kita balik kampong nanti”.

“Kalau macam tu yang abang minta In Syaa Allah..hanya Dayah tak mahu abang buat keputusan diatas pengaruh Dayah. Macam yang Natasya cakapkan tu.”

“Tidak Dayah,  abang tak dapat terima dia bukan sebab Dayah tapi sebab abang sendiri yang tak mampu. Dia nak cakap apa cakaplah, abang tahu apa yang abang buat dan apa yang baik untuk diri abang ”.
“Macam mana dengan bayaran rawatan kimo yang Tasya nak tu bang.  Abang nak keluarkan simpanan abang ke?”.

“Sungguh Dayah, abang memang tak ada RM 50 ribu tu. Kalau dah tak ada dalam simpanan mana abang nak cari..Dahlah jangan kita risaukankan pasal dia, dia tak ada kena mengena dengan kehidupan kita.  Esok abang cakap lah abang tak dapat nak tolong dia.. Abang tak nak beratkan kepala fikir hal dia, dia bukan  ada kena-mengena dengan abang lagi..dia bukan tanggung jawab abang.”

“Kesian pula dia tu bang”.


No comments:

Post a Comment