~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday 27 February 2014

Bab 4 Tidak ku tahu kasih bermula.







Tetapi setelah hidup sebumbung, Nurizana tidak seperti yang dibayangkan oleh adiknya alang. Dia sangat bersyukur dikurniakan isteri yang sanggup susah bersamanya. Lamunan Syukri terhenti bila seorang jurujual dibahagian handbag wanita datang  menegurnya, untuk melayan permintaanya. Bila melihat dirinya bagai terlihat-lihat dan tercari-cari  beg tangan wanita jurujual tadi mengambil sebuah beg tangan wanita… Di unjukkan kepadanya sebuah bag ditangan berjenama PRADA.

“Encik handbag ni memang bagus, beg ni beg kulit, kalau harga biasa tak dapat. Ini dah ada diskaun 50%. Belilah untuk isteri encik..”.

Syukri membelek handbeg PRADA ditangannya. Memang cantik. Dari bahan yang lembut  berwarna coklat. Hand bag hantaranya dulu berwarna hitam. Dia ingin melihat Nuri memakai warna kegemaranya. Selain hijau lumut Syukri suka warna coklat tua. Kemudian dia kebahagian kasut wanita pula. Dia memilih kasut dengan warna yang sama berjenama SCHOLL. Yang dia tahu Nuri tidak suka kasut yang bertumit tinggi. Kasut hantaranya juga  seakan kasut yang dibelinya sekarang ini.


Kemudian Syukri membeli swimming sut untuk Nuri dan tiga orang lagi anak-anaknya. Dia bercadang mahu membawa keluarganya ke sebuah kolam renang sempena menyambut ulang tahun perkahwianan mereka yang kelapan tahun tidak lama lagi. Kini hidup Syukri penuh dengan perancangan bersama keluarganya. Rancangan untuk menawan hati Nuri. Dia mahu kebahgiaan yang dulu berulang lagi dalam hidupnya. Kalau dulu hanya dia dan Nuri sahaja kini sudah bertambah tiga orang. Dia mahu bahagia berkeluarga bersama Nuri.

Pagi itu sebelum di kebengkel telefon bimbitnya berdering. Bila dilihat discreen tertera perkataan ‘sayang ku’.Dia tahu pangilan dari Nuri.

“Assalamulaikum  bang! Nuri nak pergi supermarket balik kerja ni”. Itu sememagnya cara Nuri jika dia mahu keluar dari kebiasaan, dia akan memberi tahunya dahulu.

“Nuri balik dulu tak?”

“Rasanya Nuri terus pergi saja, kalau dah balik susah pula nanti, semua anak-anak nak ikut”.

“Tak apa balik dulu.Kita pergi sama-sama”.

“Ehh abang tak pergi bengkel ke?”

“Tak apa abang pergi tengahari. Nanti abang call lah diorang abang datang lambat”.

“Kalau abang kata nak pergi..saya call kak ton bagi tahu dia,  sebetulnya dia pun nak beli barang dapur juga. Tapi kalau saya dengan kak Ton lepas tu nak bawa anak lagi..susah juga nak tolak tiga troli. Tapi kalau abang ada bolehlah abang tolak troli anak. Boleh bang”.

“Boleh sangat, call lah kak ton suruh dia siap..Nuri sampai saja kita terus pergi”.

Bila dilihat jam dipergelangan tanganya baru menunjukkan pukul lapan pagi. Oh sepuluh minit lagi waktu kerja Nuri tamat. Sempatlah dia kalau mahu menanak nasi. Pada fikiranya jika nasi sudah ditanak balik dari membeli belah nanti  Nuri hanya perlu memasak lauk yang mudah untuk makan tengahari mereka. Itulah Syukri yang sudah berubah..yang selalu mahu menyenangkan isterinya. Kemudian dia menyediakan secawan besar air untuk minuman isterinya. Ketika Nuri sampai jam baru menunjukkan pukul sembilan setengah pagi.

“Cepat juga Nuri sampai..bawa kereta laju ke?”.

“Mana ada laju.Jalan pergi Kampung Subang dah lengang. Kalau jalan pergi KL masih sesak”.

“Ohh..Nuri minumlah dulu abang dah buat air tu, kalau Nuri nak makan nasi pun abang dah masak ni baru kering ni, nak makan tak? Kalau nak makan, abang gorengkan telur mata kerbau makan dengan kicap. Abang pun teringin nak makan telur mata lah Nuri”.

“Tak apa biar Nuri gorengkan”.

“Tak apa biar abang buat. Nuri pergi mandi salin baju ke”.

‘Tak apa..tak apa  saya dah tercongok ni biar saya yang buat. Lagi pun saya tak payah tukar baju, pakai baju ni saja, tak lah banyak sangat baju nak dibasuh. Saya nak panaskan lauk semalam pun masih ada ni”.

Nuri mengambil alih tugas suaminya. Bahagia rasa hati bila mereka bekerja sama seperti itu. Dalam diam hati mereka berbisik perkara yang sama. Semoga  keadaan itu berkekalan hingga  mereka menutup mata. Selepas makan  dengan menaiki kereta Syukri, mereka kerumah kak Ton. Dilihat kak Ton sudah bersiap sedia dengan anak-anak yang sudah comel. (sudah mandi).

“Wahh comelnya anak-anak baba hari ni. Hari ni  kita shopping barang dapur ye, Jomlah kak Ton. Cepat abang, kakak umi dah tunggu kat kereta tu”.Syukri mengambil anaknya yang kecil dari dukungan kak Ton. Di kereta Nuri sudah bersiap sedia membuka pintu belakang kereta suaminya.Tadi setelah kereta dibehentikan didepan pagar rumah kak Ton Syukri melarang isterinya keluar.

“Dah!Nuri tak payah turun biar abang yang ambil anak”.

“Kenapa pula bang”.

“Nuri kan penat baru balik kerja”.

“Tak apa.. kitakan dah makan tadi..dah ada tenaga dah ni”.
“Tak apa biar abang yang ambil anak..Nuri duduk saja”. Berkeras Syukri, dia yang mahu mengambil anak-anaknya.

Selesai membeli belah bila sampai dirumah Syukri membantu isterinya berkemas.
“Dahlah bang!! saya dah ok ni.. hanya tinggal nak masak lauk sikit sahaja ni, kalau abang nak pergi bengkel pergilah.”.

“Tak apa Nuri, abang pergi kerja lepas makan dan solat Zohor nanti”.

“Kalau macam tu abang nak masak lauk apa tengahhari ni”.

“Kita masak nasi ayam saja lah Nuri, timun dan salat ada ni”.

“Ehh nasi tadi banyak lagi lah bang, lagi pun saya nak masak laksa esok, itu yang saya beli salat dengan timun ni”.

“ Esok Nuri nak masak laksa? Sedapnya, kita sarapan laksa lah esok?, kalau macam tu masak lemak kobis cukuplah, anak-anak pun boleh makan. Lepas tu ayam masak kicap untuk abang buatkan sambal belacan dahlah Nuri.”

“Ok”.

                 Pada Nuri jika suaminya sudah memberinya menu mudah baginya meneruskan masakkanya, tidak perlu dia terfikir-fikir untuk menunya tengahhari itu.
Yang sebenarnya tujuan Nuri membuat laksa kerana mahu menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 8 tahun esok. Selain laksa dia juga mahu membuat kek coklat dan bubur merah putih yang dipelajari dari emak mertuanya di Pengkalan Hulu tempuh hari. Bubur itu sungguh sedap di lidahnya.Tetapi oleh kerana ramai anak-anak saudara dan ipar duhai Syukri yang pulang ketika itu, dia tidak dapat makan dengan puas. Esok dia mahu memasaknya sendiri, untuk diri dan anak-anaknya juga.Kemudia dia mahu mengagihkan sedikit pada kak Ton.

Malam itu ketika mereka duduk diruang tamu menantikan waktu tidur Syukri menarik isterinya duduk rapat kesisinya. Setelah Nuri duduk disisinya tangannya diletakkan dibahu isterinya. Sebuah ciuman singgah dipipi isterinya. Nuri memalingkan wajah memandang kearah suaminya sambil menarik seyuman lebar. Kemudian Syukri membungkukan badan mengambil sesuatu dibawah sofa. Ketika itu semua anak-anak sudah ditidurkan.

“Dua hari lepas abang ada beli sesuatu untuk sayang . Entah sayang  suka  entah tidak”.

            Syukri menghulur bungkusan didalam beg  yang cantik kepada isterinya. Setelah membuka bungkusan yang diberikan kepadanya, Nuri memandang suaminya dengan rasa terharu..

“Kenapa abang belikan saya semua ni. Handbeg saya tu masih elok lagi, janganlah membazir  bang”. Sememangnya handbeg hantaran yang selalu diguna oleh Nuri masih cantik lagi. Dua abangnya yang menetap di Australia yang membelikan sebagai hadiah hari perkhawinanya dulu, tetapi dijadikan sebagai barang hantaran oleh Nuri kerana ketika itu dia pun hendak berjimat. Begnya sememang mempunyai kualiti yang bagus dan mahal sedikit harganya. Tetapi kata orang alah membeli menang memakai. Walau pun sudah lama digunakan tetapi masih ke;lihatan cantik lagi.

“Yang itu pakailah juga jangan disimpan..tapi sesekali pakai lah yang ni sebagai ganti-ganti. Nuri! abang tak pernah rasa membazir kalau belikan barang untuk Nuri atau pun anak-anak.”

“Terima kasih ye (Sebuah ciuman hinggap kepipi suaminya dengan rasa terharu) Abang belikan Nuri ni kenapa. Ada apa-apa yang specil ke?”. Duga Nuri. Dia mahu memastikan apakah suaminya mengingati hari bersejarah mereka.

“Hanya ada apa-apa saja ke baru boleh abang belikan untuk Nuri. Kalau tak ada apa-apa tak boleh?”.

“Hiss abang ni..Taklah macam tu..manalah tahu abang menang loteri ke?”

“abang tak pernah beli lotri macam mana nak menang. Hanya esokkan anniversary kita. Abang nak memaknakanlah..Nuri tak ingat ke?”.

“Ingaaat..itulah pasal saya masakkan abang laksa. Dah lama abang tak makan laksakan.Untuk anak-anak saya nak masakkan bubur merah putih macam emak buat masa hari raya hari tu. Kemudian saya nak masakkan kak Ton kek coklat, dia kata anak-anak dia suka kek tu.”


“Untuk Nuri nak makan, tak ada ke?”.

“Apa pulak tak ada… saya nak makan semua yang saya masak tulah..Lagi pun ni abang dah belikan hand beg dan kasut ni. Tak payah makan pun, Nuri rasa dah kenyang. Mahal ni..kat mana abang beli berapa harganya bang”.

“Dah tak jual lagi dah. Tak payahlah nak bayar”.

“Abang ni… Kalau abang suruh Nuri bayar pun Nuri tak mampu Nuri nak bayar harga beg PRADA dan kasut  SCHOLL ni, cakaplah bang berapa harganya.”

“Alaah abang beli barang dah nak over due. Kan sekarang ni tengah MEGA SALE. Dua hari lepas adalah pelanggan perempuan abang. Mereka cerita ada sale 50-70% kat SOGO. Tengahhari tu abang pergi. Kalau Imah pergi mahu kering duit kat bank. Cantik-cantik murah pulak tu Nuri. Masih ada lagi SALE ni..esok kita pergi nak? kita tenguk baju pulak. Kita bawa anak-anak pergi merayau-rayau nak?.”

“Tak nak lah nak buat apa… baju anak-anak dah banyak”.

“Yang abang tenguk baju-baju anak kita..semua baju-baju anak buah Nuri yang kat Austrilia. Kesin diorang”.

  “Tak apa bang baju-baju tu masih elok lagi. Lagi pun budak-budak ni cepat besarnya.Beli hari ni dua tiga bulan daaah tak boleh pakai. Jadi yang dah ada ni pun dah cukuplah. Hari tu pun abang dah belikan diorang kat bebas cukai tu. Tahun depan nak dekat raya barulah beli lagi ye.”
“Emm”. Hanya itu yang keluar dari bibir Syukri, mendengar penolakkan isterinya.

“Abang marah ke..pada Nuri tak nak ajar anak-anak berbelanja pada yang tak perlu. Kerana ajaran kita akan mempegaruhi cara hidupnya bila besar nanti”.

“Ialah”. Kini dia sudah tahu sikap Nuri yang satu ini, susah mahu mengajak dia  berbelanja. Syukri akur dengan pandagan isterinya.Kemudian Nuri bangun, dia menuju kedapur.

“Nuri nak pergi mana tu”.

“Nuri dah mengantuk ni, tapi sebelum tidur Nuri nak rendam mee laksa dulu, esok pagi tinggal celur sahaja”.

“Dari tadi abang nak tanya belum masak lagi laksanya abang dah tercium bau laksa, mungkin teringin sangat makan laksa itu yang abang dah tercium baunya dulu.” Suara Syukri sudah ceria kembali.

“Abang ni..memang saya dah masak kuahnya  sebelum abang balik tadi. Kata emak kuah laksa ni kalau bermalam lagi sedap. Boleh abang rasakan masin masam nya.”

“Ohh boleh..boleh kenapa tak cakap tadi.” Laju langkah Syukri mendahului langkah isterinya kedapur. Syukri memang hantu laksa Nuri mengetahui itu. Selesai semuanya mereka kebilik tidur sebelum tidur, Syukri mengeluarkan rancanganya bulan hadapan.

“Nuri bulan depan kita pergi bercuti nak, abang teringin nak bermain dengan anak-anak. Nuri mohon cuti barang dua tiga hari”.

“Kita nak bercuti kemana?”

“Abang rasa nak main air”.


“Nak pergi pantai?. Pergi Pulau Pangkor ke?”.

“Pergi tempat macam tu bawa anak-kecil  abang takut..rasanya macam  bahaya”.

“Kalau macam tu kita pergi Sunway Lagoonlah”.

“Tempat macam tu ramai orang..Abang rasa macam nak sewa hotel yang ada kolam renang. Kalau kat hotel orang tak berapa ramai..Lagi pun kat hotel kalau kita penat kita boleh terus naik bilik berehat. Ok tak cadangan abang”.

“Ok juga tu. Nanti Nuri mohon cuti atau pun Nuri kumpul cuti rehat dengan kelepasan am satu masa, dapat banyak sikit”.

“Ok juga tu. Kalau boleh Nuri minta waktu orang bekerja…masa tu tentu orang tak berapa ramai. Kalau hujung minggu ramai orang,  susah..kita tak bebas. Abang dah beli kan swimming sut  untuk kita semua. Nak tenguk?”. Syukri bangun mengambil apa yang dikatanya.

“Cuba Nuri pakai abang nak tenguk. Kalau dia tak menunjukkan aurat Nuri boleh pakai nanti”. Nuri mencuba swimming sut dihadapan suaminya, terkekek-kekek Nuri kerana rasa lucu pula dengan pakaian seperti itu tidak pernah tersarung dibadannya begitu juga Syukri. Tetapi ketawa Syukri kerana dia bahagia.


 Bagi Syukri isterinya lain dari yang lain, diajak bershopping dia keberatan, di ajak pergi bercuti mudah pula. Hujung bulan itu seperti yang dijanjikan mereka sekeluarga bercuti. Duduk bermalam tiga hari dua malam dihotel sekitar Kuala Lumpur sahaja. Syukri menyaksikan kegembiraan isteri dan anak-anaknya  bermain air. Dalam diam dia berjanji akan mengganti waktu-waktunya yang terlepas dihari yang akan datang. Mungkin cuti yang akan datang dia mahu membawa Nuri dan anak-anaknya ke ‘A'Famosa  Water World Melaka’ Dia sudah bertanya kepada MR GOOGLE dan mr googlenya telah memberi gambaran yang baik.

Sebulan  selepas mereka pulang bercuti. Nuri didatangi oleh seorang tetamu yang pernah hadzir dalam kehidupan mereka suatu ketika dulu. Hari itu hari minggu kebetulan dia baru pulang dari kerja malamnya. Sedang dia sibuk didapur kedengaran suara perempuan memberi salam. Laju tangan Nuri menyarung tudung yang disangkut ditepi dinding. Sambil berjalan laju menuju kepintu sambil  dia menjawab salam. Alangkah terkejutnya bila pintu dibuka Sarah berdiri di hadapan pintu rumahnya Kebetulan pula dia tidak mengunci pintu pagar kerana mungkin sebentar lagi suaminya akan pulang. Itu sudah menjadi kebiasaan Syukri akan kebengkelnya walau pun dihari minggu, untuk memastikan keadaan bengkelnya dan akan menyiapkan sedikit kerja-kerjanya dia bahagian pejabat..

“Ehh Sarah masuklah.” jemput Nuri ramah sambil membuka grill yang berkunci.

“Terima kasih”.

“Kawan Sarah pun jemputlah masuk”.

“Ini Maryam.” Sarah memperkenalkan teman yang menemaninya.

“Abang ada ke Nuri?”

“Dia pergi bengkel..katanya ada kereta yang nak disiapkan cepat sebab orang tu nak pakai pergi kerja”.  Nuri kedapur untuk menyediakan sedikit juadah untuk menjamu  tetamunya. Kebetulan pula Syukri mengoreng mee hoon untuk minum pagi mereka sekeluarga pagi tadi.

“Nuri tak payahlah susah-susah..kak Sarah datang ni nak minta tolong Nuri ni”.

“Tak apa sekejap saja. Semuanya dah ada ni. Pagi tadi abang gorengkan saya me hoon ni masih ada lagi ni”.  Anak-anak Nuri mengerumuni Nuri bila ada tetamu yang tidak dikenali mendatangi rumah mereka.

“Abang kakak bawa adik masuk bilik ye, umi nak cerita dengan kawan umi tu sekejap”. Sarah masuk kedapur untuk membantu.

“Boleh ke kak Sarah masuk dapur Nuri”.

“Boleh tu boleh lah tapi dapur saya ni bersepah sangat”.

“Dah nak mula masak tengahhari ke Nuri.”

“Kena masak cepat, masak berebut dengan anak,”.Sarah membatu membawa pinggan dan cawan keruang tamu dan meletakkan dimeja kopi. Nuri yang membawa semangkuk mee hoon dan teko berisi air teh lalu menuang kedalam cawan.

“Meh jemputlah minum”. Tiga orang anaknya sudah duduk disisi dan seorang lagi dipangkua Nuri.Wajah Nuri tenang sahaja sambil melayani tetamunya.Walaupun didalam hati berdebar bagai mahu pecah rasanya didinding jantungnya.Setelah berbasa basi lebih kurang terus sahaja Sarah ke tujuannya datang menziarahi Nuri.

“Nuri sebetulnya kak Sarah datang ni ada hajat, nak minta tolong Nuri sampaikan pada abang. Kak Sarah nak abang…” dek kerana debaran hatinya yang mengila Nuri tidak sabar mendengar kata akhir yang keluar dari mulut Sarah, cepat sahaja dia memintas..

“Boleh..boleh nanti Nuri sampaikan pada abang. Memang abang masih sayangkan Sarah. Tapi mungkin tak boleh bulan ni agaknya, mungkin bulan depan boleh tak Sarah sabar sikit nak tunggu waktu tu”.

“Apa yang Nuri maksudkan???”. Nuri pegun  memandang Sarah, bila Sarah menyoalnya begitu.

“Yang sebetulnya apa maksud Sarah bila Sarah kata ‘nak abang’?”

“Kak Sarah nak abang jadi wakil akak.Yang sebenarnya kak Sarah dah nikah dua minggu sudah. Ini adik ipar kak Sarah, tapi majlisnya bulan depan. Kak Sarah cepat-cepat datang sini sebab dulu abang kata.. Nuri kena minta cuti sebulan lebih awal, sebab nak susun jadual tugas  Nuri tu betul begitukan”.

“Ohh!! Minta maaf ye saya dah salah anggap pada…”

“Nuri panggillah kak Sarah..akak memang lebih tua dua tahun dari Nuri”.

“ingatkan tadi kak Sarah nak rujuk balik dengan abang…”

“Tak Nuri..akak dah tak ada niat nak rujuk pada abang. Dulu selepas kami berpisah dia janji akan  jadi abang angkat pada akak. Kami pun memang adik beradik angkat masa zaman sekolah dulu. Tapi ialah akak yang  silap percaturan.. akak minta maaf banyak-banyak pada Nuri kerana menyiksa perasaan Nuri selama ni. Akak harap berilah penuh kepercayaan Nuri pada abang balik. Sebetulnya dia sangat sayang pada Nuri. Dulu akak cuba bertahan nak duduk disisi dia, tapi lama-lama akak kasihan kat abang… hidupnya jadi tak ceria bila Nuri minta cerai dari dia. Nuri tak perasan ke, masa Nuri mengandung anak yang ketiga abang jadi kurus. Sebetulnya dia tak lalu makan, malam pun tidur sering terjaga.Dia selalu termenung. Kak Sarah tahu dia susah hati mengenangkan permintaan Nuri. Bila akak yang minta cerai cepat saja dia ceraikan akak.Yang sebetulnya dari dulu lagi akak tahu dia dah tak sayangkan akak, sejak arwah emak akak tolak pinagan dia. Dia hanya kesihankan kat akak saja”.

Sedang mereka berbual Syukri pulang dari bengkelnya. Dari jauh dia sudah nampak kereta Sarah terpakir ditepi pagar. Hatinya jadi berdebar. Berbagai soalan menerjah ke otaknya. Mungkinkah..mungkin kah… itulah pertanyaan yang tidak dapat dijawab oleh kepalanya. Mampukah bahagianya yang baru hendak menjengah kehidupanya bersama Nuri bertahan jika Sarah meminta yang tidak-tidak. Rasa tidak sabar mahu mendengar apakah yang dimahukan oleh Sarah hingga datang menemui Nuri dirumah.

Setelah memberi salam dan terjengul sahaja dia dimuka pintu…

“Ehh Sarah kenapa datang sini???..”Nuri menghampiri suaminya, dicapainya lengan suaminya lalu ditarik supaya dia duduk disofa bertentangan dengan Sarah. Mengapa Nuri  berbuat begitu..kerana dia nampak ada kemarahan diwajah suaminya..

 “Bang duduklah dulu. Sarah datang ni dia nak abang….” Syukri yang baru mencecahkan punggung kesofa terbangun semula bila mendengar apa yang diperkatakan oleh Nuri. Gaya spontan Syukri membantutkan kata-kata Nuri.


“Sarah!! Sarah tak faham ke apa yang abang cakap..abang tak mampu..betul betul abang tak mampu..”

“Bang kalau abang tak mampu nak bayar minyak dan tol nanti biar Nuri yang bayarkan…” Bila Syukri berkata begitu seolah-olah Sarah pernah menghubungi Syukri  dan Syukri sudah tahu permintaan Sarah (meminta menjadi wakilnya), jadi itulah yang keluar dari mulutr Nuri pula.

“tak Nuri kak Sarah hanya nak abang datang saja, duit minyak dan duit tol nanti Sarah yang sediakan”. Makin bercelaru otak Syukri.

Dia cuba memahami apa yang diperkatakan oleh dua orang wanitya dihadapannya.  Syukri jadi terpinga-pinga mendengar bicara Nuri dan Sarah sungguh-sungguh dia tidak faham.Maryam yang duduk memerhati hanya tersenyum. Dia hanya mendengar  tiga orang manusia yang ada hubungan pada suatu ketika dahulu bercelaru kepala sebab tidak sabar. ‘Mereka bertiga sudah salah tafsir.Itulah bahananya kalau suka memintas kata-kata orang. Lain kali kalau orang bercakap dengar dulu sampai habis kalau tak inilah jadinya’. Detik hati Maryam yang menjadi tukang tenguk, pandang dan dengar, namun dia tetap bersiap sedia kalau ada pergaduhan yang ada adigan ganas nanti..


“Ehh apa maksudnya ni? Nuri apa tujuan Sarah datang jumpa Nuri yang sebenarnya.” Syukri mencari kepastian.


“Kak Sarah datang nak abang jadi wakil pada majlis dia bulan depan.. kan kak Sarah”.

“Haah Bang,Nuri..  Sarah ni perempuan Melayu bang. Sarah naklah jadi macam wanita Melayu yang lain. Hari sanding Sarah diiringi oleh kaum kerabat dia. Walaupun kaum kerabat tipu”.

“Abang tak mahu dengar cerita kaum kerabat tipu tu. Cerita terang-terang tujuan Sarah datang rumah abang ni”.

“Mana ada tak terangnya bang,ni Sarah cuba nak terangkan kat abanglah ni. Dengarlah dulu..”

“Ialah dengar lah ni..”

“Dua minggu sudah Sarah dah nikah dengan abang Maryam. Ini adik ipar Sarah.. Maryam.. Tapi majlisnya bulan depan. Jadi Sarah nak minta tolong abang jadi wakil Sarah dalam rombongan pengantin perempuan pergi kerumah pengatin lelaki. Duluabang  kata..abang adalah abang angkat Sarah. Jadi ni Sarah datang sebagai adik minta tolong abang jadi wakil Sarah. Boleh ye bang”.  Sayu kedemgaran suara Sarah.Sememangnya dia sedeh bila Syukri mengherdiknya begitu.

“Ohh abang dah salah faham tadi”.
“Apa yang abang faham?”

“Tadi abang ingat, Sarah nak balik dengan abang. Malu abang fikir yang buruk tentang Sarah maaf ye.Berkenaan setuju nanti abang bincang dengan Nuri dulu”.

“Bang! Biarlah Sarah jelaskan kat sini depan Nuri, supaya kita tak ada salah faham lagi. Sarah dah tak terfikir dan tak terniat lagi nak hidup sebumbung dengan abang lagi. Sarah dah sayang sangat dengan suami Sarah sekarang. Dialah jodoh yang Allah tunjukkan pada Sarah. Sarah cakap macam ni bukan kerana ada adik ipar Sarah kat tepi Sarah ni. Tapi apa yang Sarah nyatakan adalah diri hati Sarah yang ikhlas. Sarah dah tak pandang lelaki lain dah, dialah suami Sarah dunia akhirat.” Sarah mengatakan apa yang benar dari hatinya. Sememangnya kasihnya sudah melimpah kepada Mizan. Dia tidak sedar bilakah kasih nya berputik untuk suaminya namun sekarang ini bagai tidak sabar menanti kepulangan suaminya tiga minggu lagi.

“Alahamdulliah, bertemu juga Sarah dengan jodoh Sarah.Yang sebetulnya tahu tak suami Sarah yang Sarah nak minta bekas suami Sarah jadi wakil dia masa majlis Sarah nanti.” Suara Syukri sudah lembut kembali bila dia tahu duduk perkara yang sebenarnya.

“Tahu.. Sarah dah cerita pasal kita dulu”.

“Habis dia tak marah..abang takut pasal abang nanti rumah tangga Sarah yang baru dibena purak peranda kerana salah faham”.

“Taaak,  Sarah dah terus terang dengan dia. Sarah dah cakap juga dengan dia, Sarah ni tak boleh nak harapkan abang-abang Sarah. Sarah dah tak ada siapa-siapa lagi, hanya abang yang Sarah dah anggap, abang Sarah dunia dan akhirat”.

“Semoga jodoh Sarah dengan dia kekal hingga keSyurga”.


“Amin..In Syaa Allah bang, Sarah akan jaga hubungan kami. Dia sangat baik pada Sarah..majlis sanding ni pun dia buat kerana nak tunaikan impian Sarah.Tapi yang sebetulnya dulu Sarah cakap main main saja.Tak sangka pula dia nak tunaikan juga impian Sarah. Walau pun tak adalah besar-besaran tapi adalah juga majlis bersanding nanti.” Nuri bangun hendak menuju kedapur nampun tangan cepat disambar oleh Syukri.

“Nuri nak pergi mana duduklah sini. Dengar apa yang Sarah cakap dengan abang”.

“Tak apalah abang ceritalah dengan Sarah, Nuri nak siapkan makan tengahari kita. Nuri nak ajak Sarah dan Maryam makan tengahari, semua bahan dah siap dah tinggal nak buat saja”.

“Tak apa kejap lagi abang tolong masak”. Tiga orang anak-anak Syukri sudah mengerumi dirinya.Tadi..Mendengar sahaja deruman kereta babanya mereka turun dari kerusi danmeluru kepintu, untuk menyambut kepulangan baba mereka. Itulah sebabnya Nuri sentiasa mengunci pintu grill, ditakuti anak-anaknya akan menerpa kereta baba mereka yang sedang masuk kedalam pagar.


“tak apa bang biar Sarah dan Yam yang tolong. Abang jagalah anak-anak abang tu. Patutlah Nuha melekat sangat dengan abang, raut muka abang sama betul dengan dia. Kalau abang tak ada misai memang samakan Yam”.


“Haah lah.Ohh inilah Nuha, anak perempuan kak Nuri sorang saja ke?”. Sambung Maryam dia selalu mendengar nama Nuha bila Sarah bercerita deganya dulu.

“Haah Yam..tapi melekat sangat dengan baba dia, dah besar macam ni pun kalau nak susu nak mandi nak pakai baju pun dia tak suka akak yang buat untuk dia, semua nak baba dia”.


“Sebab peremapuan lah agaknya tu, tapi kalau anak perempuan ikut muka ayah dia orang kata ‘sejuk’.”

“Apa yang sejuk” Balas Syukri ingin tahu.

“Entahlah, Yam ni belum kahwin mana nak tahu sejuk tu apa”. Terkekek tiga orang  mentertawakan Maryam yang terkulat-kulat.

Tengahari itu Sarah dan Maryam makan dirumah Nuri. Selesai makan dan berkemas Sarah dan Maryam meminta diri. Sekali lagi tarikh persandingan dirinya dinyatakan agar Syukri mahu pun Nuri tidak terlupa. Kelihatannya Sarah sungguh  mengharapkan pertolongan dari mereka berdua. Pulang sahaja tetamu mereka, Nuri kelihatanya termenung dibiliknya. Syukri yang memerhatikanya diambang pintu bilik pun tidak disedari. Kemanakah agaknya lamunanya.Tanya hati Syukri.Yang sebenarnya Syukri takut menghadapi kebisuan Nuri seperti dulu.

“Nuri!”.

“Astagfirfullah!!Abang ni terkejut Nuri”.

“Nuri!!kalau Nuri tak suka abang jadi wakil Sarah takapa.. abang boleh cakap dengan dia”.

“Apa nak cakap dengan dia. Abang nak cakap Nuri yang tak bagi abang tolong dia?”

“Janganlah cakap macam tu..kita carilah alasan lain. Nuri kena balik Kuala Selangor ke..atau cuti Nuri tak diluluskan ke..banyak kita boleh cipta alasaan”.


“Tak apalah bang..abang tolong lah dia. Tadi saya nampak Sarah sangat mengharapkan abang tolong dia.”.

“Jangan paksa diri kalau Nuri rasa tak selesa. Abang lebih pentingkan perasaan Nuri dari perasaan orang lain Nuri. Abang tak mahu istreri abang tersiksa kerana nak bahagiakan atau nak gembirakan orang lain.”.
 “Taklah Nuri ok aja. Nuri tak rasa apa pun”.

“Habis yang Nuri termengung jauh tu kenapa? hampir lima minit abang berdiri kat pintu tu, Nuri tak perasan, tentu Nuri fikirkan perkara serius..itu sebabnya Nuri tak perasan kan abang.”

“Tak adalah.. mana ada Nuri termenung…Nuri berfikir saja”.

“Apa yang Nuri fikirkan.Cuba cakap dengan abang”.

“Tak ada- apa..bang anak-anak mana bang?”.

“Ada kat depan tu..haa mulalah Nuri nak pusing cerita. Cepat cakap dengan abang”.Syukri mula menghapiri isterinya.Dia mula mengomol isterinya.Terjerit-jerit Nuri kerana tidak tahan dengan perlakuan suaminya.

“Banng!!!Jangalah bang Nuri gelilah..” kerana jeritan uminya anak yang diruamg tamu berkejaran mencari uminya yang terjerit.

“Cepat..cepat anak-anak baba kita geletek umi”. Anak-anaknya mula mengikuti arahan babanya. Mereka sekeluarga berkubang diatas katil.


1 comment:

  1. alahai mak teh... bestnya... teruja rasa hati nak baca n3 seterusnya sambungan cerita nuri dan syukri ni.... TQ mak teh... Mak Teh tetap the best.

    ReplyDelete