~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Monday 19 October 2015

Bab 2 Tidak ku tahu kasih bermula.








Anak menantu NorIza ke dapur untuk membantu mak denya menghidang  juadah hariraya. Ada yang memotong ketupat daun palas, ada yang menyenduk lauk dan ada yang menyusun kueh raya kedalam balang kueh.Mana kala yang lelaki kedapur juga menolong mengangkat pinggan dan gelas.Kerana kerja beramai-ramai kerja-kerja mereka cepat selesai.

Selesai semuanya mereka keruang tamu semula,mereka makan beramai-ramai sambil bersila. Ketika itu sampai pula Muaz sekeluarga.

“Hai lama benar orang rumah kamu bersolek Muaz, mak tenguk tak berubah apa pun si Seha ni. Mak kenal saja Seha..”. Kha..kah kah..kah gurau NorIza disambut gelak oleh adik-adik Muaz termasuklah pak de dan mak de. Seha yang disebut namanya hanya tersenyum. Merah pipinya. Dia malu bila semua memandang kearahnya.

“Bukan Seha yang bersolek lama mak..ni ha anak dara sunti sorang ni. Tak reti-reti melilit tudung. Sekejap nak lilit macam Yuna sekejap lagi nak lilit macam Wardina, kejap lagi nak lilit macam Najwa Latif pula..itu yang lama. Ni belum lagi yang sorang lagi ni nak bergaya kalau dah dua-dua anak dara Muaz nak bergaya nanti mak, tak tahulah macam mana gayanya..” Cerita Muaz pada emaknya yang memerlinya tadi.  Anak dara Muaz yang sulong sudah berusia 11 tahun sudah pandai nak bergaya.Muaz dan NorSaleha  sudah mempunyai lima orang anak. Yang sulong Siti Rahmah 11 tahun, kedua Abdul Aziz  9 tahun, ketiga Siti Hajar  7 tahun, keempat Abdul Fattah 5 tahun dan yang kelima Muhammahd Sobri hamper 6 bulan.

“Kakak  apa tak suruh ibu beli tudung kat mak cik Nah saja. Tudung sarung kan senang.” NorIza memberi cadangan kepada cucu sulongnya. Cucunya pula hanya tersenyum sambil memandang neneknya. Yang sebenarnya hatinya tidak berkenan tudung sarung seperti yang dipakai oleh ibu,nenek dan makcik-maciknya. Dia mahu lain dari yang lain.

“Tenguk-tenguk.. mana dia lilitan tudung Najwa Latif tu. Wah cantiknya kakak lilit tudung macam Najwa Latif”.Imah membelek wajah anak saudaranya yang digelar kakak. Nama sebenarnya Siti Rahmah. Dulu ketika ketika Muaz membincangkan nama itu mahu diberi pada anak perempuan sulongnya dihadapan adik-beradiknya,  mereka mentertawakan dirinya, hanya ibunya yang menyokong.

“Long kenapa bagi nama klasik sangat Long..bagilah nama canggih sikit. Macam nama anak-anak Pak de baru ada klass. Cuba kita bagi nama Qistina, Balkis ke”.

“Apa pulak kalssik, nama tu elok… Siti Rahmah ni isteri nabi Yunus yang sabar tu. Semoga cucu emak ni sabar macam Siti Rahmah tu. Pada bagi nama berjela-jela tapi ertinya entah apa-apa, baik kita bagi nama isteri Nabi tentu ertinya elok tingkahnya pun elok. Kamu semua tahu tak, panggilan yang kita panggil tu doa tau. Setiap kali orang panggil kita dengan erti sabar, jadilah kita orang yang sabar, kalau orang pangil kita dengan erti cerdik maka cerdiklah kita. Haa mak baru ingat mak ada dengar orang cakap, jangan guna nama-nama jin untuk anak kita, takut anak kita digangu oleh jin..nama  Balqis, Kistina/Qistina, Najwa, Zakuan,Batrisha, Erisha,Mazda itu nama-nama jin. Bukan tak boleh guna nama ni, nama-nama ni mempunyai maknanya elok tapi dia sering digunakan oleh bangsa jin..jadi kalau kita panggil kemungkinan besar  mereka akan ada disekililng kita. Diakan mahluk Allah yang tak nampak. Mereka sama juga macam kita..suka usik-usik, suka bergurau senda. Suka mengenakan orang macam kita juga.” Ketika itu terlopong anak-anaknya mendengar ceramah NorIza.

“Kenapa kak long tak datang dengan ayah pagi tadi, kalau tidak mak su boleh lilitkan tudung macam Shila Hamzah.” Bisik Imah ketelinga anak dara abangnya.

“Kakak ngantuk sangat pagi tadi, lepas subuh ingat nak tidur sekejap lepas tu terus lena balik tak sedar pun ayah kakak pergi sembayang raya”. Cerita anak saudara Imah.

“Apa yang dimakan dik budak-budak ni pagi tadi Seha. Kata  kamu semalam tak masak untuk raya?”. Mak de menyelidik anak angakatnya yang didepan mata. Seha pula jika didepan emaknya macam takut-takut sahaja.

“Sebelum Muaz kekubur pagi tadi tu..akak suruh dia balik hantar  bekalan untuk anak-anak dia Katy.  Takut pula kami pulang lambat dari masjid kesian budak-budak lapar pula nanti. Semalam tu memang akak yang tak bagi Seha masak kat rumah dia, supaya makan ramai-ramai dengan adik-adik dia kat rumah akak.”

 Terkena pada batang hidung sendiri bila mendengar jawapan NorIza bagi pehak anak angkatnya. Rasa insaf dihati Siti Khadijah mendengar kebaikkan bekas birasnya kepada anak menantu.Inilah rahsia mengapa bekas birasnya disayangi oleh anak dan menantunya serta cucu-cucunya. Sikap ambil berat. Dari pandagan mata kasar  NorIza tidak memilih untuk menyayangi kesemua anak dan menantunya.

“Kak ngah! Simpanan Tabung Haji kami dah penuh dah. In Syaa Allah kalau ada rezeki mungkin tahun depan kami dipanggil untuk keMekah. Lagi pun kami dah mendaftar nama dah lebih dari lima tahun rasanya”. Mak de memesong cerita, untuk menutup galau dihatinya, melihat kebaikan bekas birasnya dengan anak menantu, sebab dia tidak boleh untuk berbuat sebegitu.

“Ia Zah, kalau nak jadi mahram Uda penuhkanlah  cepat. Mana tahu rezeki kita tahun ni dapat panggilan.  Nak tunggu Muaz atau Syukri atau pun Hassan mereka ni masih penuh dengan tanggung jawab pula. Nak tunggu diorang ni kurang sikit dengan tanggung jawap..nanti  sampai tua sangat Zah”.  Entah mengapa pada pendengaran telinga tua NorIza sekarang ini selalu dia mendengar Pak de memanggilnya dengan panggilan nama sahaja. Apakah dia tidak mendengar panggilan kakak diawal namanya.Namun pertanyaan itu hanya bergema dihatinya sahaja.

“Ialah nanti akak minta tolong anak-anak masukkan duit dalam Tabung Haji. Duitnya dah ada dah..tapi nak memasukkan asyik terlupa sahaja nak minta tolong anak-anak. Kalau Uda dah dapat panggilan tolong rayukan akak sekalilah ye. Akak rasa pun elok akak ikut Uda saja.”

“In Syaa Allah. Kalau dah ada surat dari Tabung Haji  saya bagi tahu”.

“Eloklah tu bang, Katy memang mengharap sangat dapat pergi dengan kak ngah, nanti bolehlah kita duduk sebilik kan kak ngah. Katy dengar cerita orang masa kat Madinah susah sikit nak jalan dengan suami, sebab pintu masuk masjid asing-asing antara lelaki dengan perempuan. Kalau kita pergi masjid suami isteri kena menunggu lama. Lagi pun orang ramai susah nak tercari-cari. Katy takut tersesat kat sana nanti.”

“Hsyy kamu ni Tijah cuba jangan disebut perkataan yang tak elok. Kita cakap ni macam doa. Kalau kat sini lagi kita berdoa macam tu..takut jadi betul kat sana nanti”. Mohd Noh mengingatkan keterlanjuran kata-kata isterinya.

Selesai makan dan sebelum pulang anak menantu NorIza tolong mengemas pinggan mangkuk yang telah digunakan. Setelah selesai semuanya. Barulah mereka mengundur diri. Sebelum pulang…

“Seha tak tinggal sini ke.Tolong emak tunggu tetamu. Nanti kalau adik-adik kamu balik terkontang-kanteng emak sorang”.

“Biarlah dia Tijah..dia nak juga berkumpul dengan adik-beradik Muaz. Bukan selalu mereka dapat berjumpa”. Bantah Pak de dengan permintaan isterinya yang menghalang anak angkatnya beransur bersama keluarga suaminya.

Itulah Siti Khadijah yang selalu mengharapkan tenaga empat kerat anak angkatnya NurSaleha.Hanya Pak de yang selalu membela NurSaleha kerana rasa simpatinya melihat isterinya yang bagai memperkudakan anak saudaranya sendiri. Tetapi simpati suaminya selalu disalah anggap oleh Siti Khadijah pula.Dia merasakan suaminya terpikat dengan kecantikan dan keremajaan NurSaleha pula. Memang serba salah dibuatnya. Sememangnya NurSaleha cantik, kulitnya putih gebu kemerahan.Walaupun hidung tidaklah mancung sangat tetapi cantik terletak, matanya pula bundar. Bila dia memandang mata itu seakan merayu minta dikasihani.

            NorIza sudah lama kasihan melihat nasib yang menimpa menantunya yang seorang itu. Pada  NorIza dirinya sama seperti NurSaleha yang kehilangan ayah ibu ketika diri masih kecil. Namun nasib mereka berbeza. Dari kecil hidupnya ditatang sebagai minyak yang penuh oleh ibu,datuk dan nenek angkatnya, walau pun dirinya tiada pertalian darah sedikit pun. Namun NurSaleha sejak dia pandai bekerja tenaganya diperah walaupun dia dipelihara oleh emak saudaranya sendiri darah dagingnya sendiri..

Begitu juga Mohd Noh dia merasa kasihan bila isterinya sering memerah tenaga anak angkatnya. Kasih yang diberi juga membezakan dirinya dengan adik-adiknya yang lain. Akhirnya ketika NurSaleha berumur sembilan belas tahun dia menemui NorIza, agar dia datang meminang NurSaleha untuk anak Muaz.

“Kak ngah boleh tolong saya tak”.

“Nak tolong apa De. Selalu akak yang minta tolong Uda.Ni terbalik pula.Apa yang akak boleh tolong cakaplah”.

“Malu rasanya saya nak minta ni…macam perigi mencari timba pula”.

“Haa Uda ni cakap berbelit-belit.Cakaplah cepat lama sangat Uda kat sini syak pula siTijah tu pada kita”.Itulah Siti Khadijah sikap cemburunya kadang-kadang membabi buta.

“Entahlah Tijah tu dengan Seha dia cemburu dengan akak dia cemburu.Susah saya ni kak..kak!! hensem sangat ke saya ni kak”.NorIza ketawa tertahan mendengar lawak spontan bekas adik iparnya.

“Ehh cepatlah cakap De, apa yang Uda nak akak tolong ni”.Pada pandangan NorIza memanglah bekas adik iparnya masih hemsem, berbatang tubuh tinggi setinggi lelaki Asia dia tidak berperut gendut seperti lelaki-lelaki lain yang sudah berusia.Memang patut isterinya cemburu ..Cemburu kan tanda sayang.tapi jangan cemburu buta, cemburu buta ni menyiksa diri dan menyiksa orang disekelilingnya.

“Macam ni… Uda nampaknya hanya akak saja yang boleh tolong, itu sebabnya Uda datang jumpa akak ni”.

“Ialah, kalau kamu tak cakap mana akak nak tolong. Apa yang kamu nak akak tolong.”Geram juga Puan NorIza dengan bekas adik ipar didepan mata.Kata-katanya tak jelas menyebabkan dia tertanya-tanya.Ketika mereka bercakap-cakap Hassan dan Imah ada disisi mereka.Sengaja  Noriza memanggil anak-anaknya duduk mendengar apa yang mereka bincangkan. Tetapi dulu emak mertuanya tidak akan membenarkan anak atau cucunya mendengar orang tua-tua bercerita.

“Macam ni…Muaz sekarang ni pun kan dah besar, dah dua pulah lima umurnya. Dia pun dah ada bengkel sendiri. Nampaknya maju juga bengkel dia tu. Uda rasa dia dah mampu menanggung seorang isteri. Apa kata akak pinang Seha untuk Muaz”. Terkedu Noriza mendengar permintaan bekas adik iparnya.Tidak pernah sampai kesitu akalnya.Tetapi ada juga benarnya. Anakny Muaz sudah dua puluh lima tahun umurnya, sudah boleh berumah tangga jika dia mahu.

“Ehh dia tak sambung belajar ke de. Akak dengar SPMnya dulu tu bagus juga, tak kan tak dapat apa-apa tawaran. Kesian dia tak diberi peluang kalau dia nak belajar lagi”.

“Ada kak, yang last sekali dia dapat tawaran masuk tingkatan 6.Tapi Tijah yang tak bagi. Dia kata belajar tingkatan 6 ni susah nanti penat belajar sahaja tapi tak dapat apa. Yang sebetulnya dia yang tak bagi siSeha tu keluar dari rumah,  sebab nanti tak siapa tolong dia buat kerja rumah. Kak!!saya bukan apa.. saya kesian tenguk dia dikudakan dek Tijah dan anak saya yang lain. Mereka buat Seha tu macam orang gaji kak”.

“Sepatutnya Uda carikan lah orang gaji untuk Tijah tu”.

“Bukan saya tak nak cari, tapi Tijah yang tak mahu.Hari tu ada sorang tak sampai sebulan budak tu dah diberhentikan. Kata Tijah dia perasan budak tu pandang saya lain macam..cemburulah tu. Itulah yang saya tanya akak tadi.. hensem lagi ke saya ni. Akak gelakkan saya pula”.

“Teruk juga cemburu Tijah ni ye”.

“Ia kak kalau tak takkan dia nak cemburu saya dengan akak.”.

“Biasalah tu De. Dia sayang kat kamulah de, orang kalau sayang suaminya tentulah cemburu sikit. Cemburu tukan tandanya sayang..”.

“Entahlah kak..Oh ye saya sebetulnya susah hati dengan perbuatan Tijah ni. Saya sebetulnya takut apa-apa yang buruk terjadi pada keluarga saya kerana menyiksa anak yatim, kalau lagi lama dia duduk dengan saya. Manalah tahu sesekali terdetik hati siSeha sebab tak tahan dengan perbuatan Tijah dan anak-anak saya pada dia. Nampaknya sekarang ni makin teruk perlakuan mereka. Kerja rumah semua dah terletak dibahunya. Kalau silap sikit diherdek dimarah macam dia tak ada perasaan. Lagi lama Seha duduk dengan kami lagi lama mereka menyiksa Seha tu. Kalau lah terdetik rasa sakit hati Seha tu tak ke naya mereka semua.”

“Kenapa Uda tak nasihatkan isteri dan anak-anak Uda tu”.

“Berbueh dah mulut saya ni kak. Tapi disalah anggap dek Tijah pula. Mula lah dia bercerita yang buruk  pada anak-anak apa niat saya pada Seha. Saya ni tak pernah ada niat lain pada Seha, saya anggap Seha tu macam anak saya sendiri,  dah kita bela dari kecik tak tergamak saya nak jadikan bini kak ngah oii. Tapi lain pula yang siTijah tu fikirkan. Asalkan perempuan semua saya nak jadikan bini. Hai susah betul saya dengan cemburu buta dia tu.”

“Jadi akak nak tolong apa cakaplah terus terang. Nak dia duduk dengan akak?. Uda pun fahamkan akak  ada anak-anak lelaki yang dah besar.. takut timbul fitnah pula. Lagi pun mahu ke Tijah lepaskan Seha saja-saja duduk rumah akak”.

“Bukan nak suruh Seha saja-saja duduk rumah akak.Saya minta sungguh-sungguh ni.. tolong jadikan Seha tu menantu akak. Pinang dia untuk Muaz.Jadi adalah ikatan sah Seha dengan anak akak”.Rupanya memang bersungguh Mohd Noh memintanya meminang Seha untuk Muaz detik hati NorIza.

“Tapi kalau akak pinang Seha jadi menantu, mahu ke Tijah lepaskan dia. Nanti dia tak ada pembantu rumah pula.”

“Pandai lah saya nak buat dia cemburu.Biar dia rasa senang lepas kan siSeha tu kahwin dengan Muaz”.

“Ialah kalau macam tu kata Uda…akak bincang dengan Muaz kalau dia balik nanti”.

Setelah berbincang baik buruknya demi untuk menyelamatkan NurSaleha dari deraan ibu saudara dan sepupunya sendiri, Muaz bersetuju.Tiada adat merisik dan tiada tempuh bertunang terus sahaja majils walimatuurusnya dilangsungkan. Hanya kehduri kecil-kecilan meraikan pernikahan mereka dan untuk memberi tahu mereka sudah sah menjadi suami isteri kepada penduduk kampung.  Kini sudah 15 tahun bahtera rumah tangga diharungi bersama. Dan mereka sudah ada 5 orang anak untuk menyerikan rumahtangga mereka. Dulu yang menjadi NorIza bimbang dia takut anaknya yang tidak dapat menerima isteri yang di suakan kepadanya. Takut pula NurSaleha terlepas dari mulut buaya tetapi masuk pula kemulut harimau. Tetapi tidak rupanya. Pada pandangan mata NorIza yang sentiasa mengawasi baik Muaz mahupun NorSaleha mereka  bahagia. Walaupun tiada ‘rasa’mewarnai hati diawal pernikahan mereka dulu.

“Haah Katy akak nak ajak mereka semuanya ni kerumah jiran sebelah menyebelah rumah.Kalau dah tertinggal memang Muaz ni tak terpergilah jawabnya”.Akhirnya Siti Kadijah diam tidak terkata. Sememangnya dia akan kalah bila NorIza yang berkata-kata.

Seperti yang diperkatakan keluarga besar  NorIza berarak dari sebuah kesebuah rumah jiran mereka.Hingga  petang barulah mereka menjengah rumah. Selepas membersihkan diri dan solat zohor semuanya bergelimpangan diruang tamu kepenatan dan kekenyang makan dan minum kueh raya dirumah orang yang dikunjungi.

Dihari raya kedua mereka menunggu para jiran pula mengunjungi rumah mereka itulah cara hidup dikampung saling berziarah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara mereka. Acara hari raya mereka padat dengan acara kunjung mengunjungi.Dan pada masa inilah mereka bertemu kawan-kawan yang sudah merantau jauh dari Pengkalan Hulu, pulang kerana berhari raya bersama keluarga tercinta.

Dihari raya ketiga Syukri meminta izin emaknya untuk membawa keluarganya ke sempadan.Tujuannya  untuk mengunjungi kedai bebas cukai disempadan Malaysia Thai. Niatnya mahu membawa Nuri membeli belah disana.

“Mak esok pagi rasanya Syukri nak pergi shoppinglah mak”.

“Kamu nak pergi dengan siapa?”

“Dengan Nuri dan anak-anak.Kesian budak-budak tu tak ada baju baru mak”.

“Ialah pergilah. Esok pun dah tak berapa sibuk rasanya. Kalau ada yang datang pun anak-anak pak delah agaknya. Lagi pun Ira dan Misa masih ada tolong emak”.

“Alang dengan Hassan bila baliknya?

“Katanya balik besok malam”.

Seperti yang telah dirancang Syukri membawa anak isterinya ke sempadan.Pusat membeli belah bebas cukai.Pada mulanya Imah juga mahu mengikuti mereka namun dihalang oleh puan NorIza.

“Tak payah lah Imah ikut mereka.Biarlah diaorang laki bini pergi. Abang ngah kamu tu nak cuba mencari kemesraan semula dengan kak Nuri kamu tu, biar mereka merasa bershopping anak beranak diaorang sahaja”.

Begitu teruja Syukri membawa keluarganya membeli belah.Pot pet mulutnya bercerita menerangkan itu dan ini sepanjang perjalanan.Nama dan kejadian waktu dulu tempat-tempat yang dilalui juga diceritakan kepada isteri disebalahnya. Lagaknya macam pemandu pelancung pun ada.

 Kerana rasa terujanya sampai sahaja, dia menuju ke tempat kebarang wanita.Tempat pertama beg tangan wanita. Terdapat berbagai jenis dan bentuk beg tangan wanita  terpamir ditempat pamiran. Sambil mendukung anaknya yang kecil Syukri turut membelek satu..satu. Mula-mula dibahagian beg yang berjenama biasa-biasa sahaja. Dia melihat Nuri berjalan sahaja tidak menunjukkan minat pada beg yang berjenama biasa. Pada tanggapan Syukri beg biasa tidak menepati cita rasa isteri agaknya. Kemudian dia mengajak Nuri ketempat beg yang berjenama. Apabila dilihat Nuri seperti tidak pandai memilih Syukri membantu. Dicapainya yang dirasakan cantik diunjukkan kepada sang isteri. Nuri membelek kemudian kepalanya mengeleng. Satu lagi..belek lebih kurang  geleng lagi. Hinggalah Syukri rasa bosan dengan tingkah yang asyik mengeleng. Mengapakah  semuanya tidak berkenan dihati Nuri,  walaupun semua yang diunjukkan kepada iseterinya sudah terlalu cantik pada pandangan matanya.

“Dahlah bang..jom tempat lainlah pula”.

“Ehh Kita tak beli lagi ni.Nuri nak yang macam mana? Punyalah banyak macam ni,  satu pun tak ada yang sangkut kat hati Nuri..kang balik menyesal tak beli”.

“Tak lah..saya memang tak berniat nak beli handbeg pun. Yang ada tu masih cantik lagi. Dahlah jom kita balik ”. Dengan rasa hampa Syukri mengikuti langkah isterinya keluar dari bahagian beg itu. Nuri mahu menuju kearah pintu keluar. Namun ditahan oleh Syukri. ‘Penat berjalan satu pun tak beli’ marah hatinya

“Ehh kita belum tenguk bahagian baju-baju lagi. Kita pergi tenguk baju dululah..alang-alang kita dah sampai jalan cukup-cukup biar puas hati. Buakn selalu kita dapat datang sini.”.

“Haa Nuri cakap terus terang, Nuri tak nak beli baju.Kalau baju anak tak apa”. Ohh Nuri sudah berterus terang.Pada Nuri senang begitu tidak lah mereka membuang masa membelek-belek tetapi tidak membeli. Mereka terus ketempat pakaian kanak-kanak. Syukri mula mengacu setiap baju yang dirasanya sesuai untuk anaknya. Banyak juga perkataan yang kelaur dari bibir isterinya…Syukri hanya mengelengkan kepalanya dengan sikap isterinya.

“Bang kalau beli biarlah besar sikit kalau muat-muat sahaja, tak sampai beberapa bulan dan tak boleh nak pakai, lagi pun jangan beli yang mahal. Budak-budak kan cepat membesar nanti membazir saja”. Akhirnya hanya beberapa helai sahaja pakaian anak-anak dapat dibeli. Terkeluh juga hati Syukri..rupanya susah juga membawa Nuri membeli belah. Dia bukan seperti orang mabuk shopping. Sifat berjimat masih kedapatan.Mungkin kesusahan diawal perkahwinan mereka menyekat dirinya dari berbelanja.

“Kita nak pergi mana lagi Nuri..alang-alang kita keluar ni biar puas kita berjalan”.

“Nuri tak tahu, tapi kalau boleh Nuri nak pergi beli buah mangga. Kawan Nuri kata buah mangga Siam ni sedap. Lagi pun murah kalau kita beli kat tempat dia”.

“Haa jom kita beli buah”.

Sampai di tempat buah-buahan bagai terlebih teruja Nuri memilih. Mangga berisi warna kuning dibelinya lima kilo, mangga berisi warna oren lima kilo lagi. Mangga ranum namun isinya manis juga dibelinya. Macam tak cukup tangan dia menjinjing plastic berisi mangga.  Sebelum mereka beredar sekali lagi dia menoleh kekawasan menjual buah....

“Kenapa ada yang tertinggal ke?”

“Bang kalau Nuri beli sikit lagi boleh tak..Nuri rasa macam tak cukuplah”.Syukri tersenyum melihat gelagat isterinya, yang mula tamak.

“Pergilah abang tunggu dengan anak-anak kat kereta”.

“Terima kasih.”Bila mendapat kebenaran laju langkahnya menuju ketempat buah yang paling hamper. Dari jauh Syukri melihat senget bahu Nuri menjinjing plastic berisi buah.

“Kenapa Nuri beli banyak sangat ni. Nak bawa balik Kampung Subang ke?”.

“Kalau ada lebih nanti… kalau tak cukup tak apa..kita kan ramai.”

Baru sahaja kereta Syukri terpakir di halaman rumah puan NorIza, dia sudah disebu oleh adik dan adik iparnya.Ira menyambar Hadi dari dukungan uminya.

“Halololo rindunya mak de dengan anak mak de yang comel ni. Penat jalan ye..Hadi banyak beli baju??” Sambil melarikan Hadi Ira  masuk ke rumah. Riuh mulut Ira bertanya kepada sikecil, macamlah sikecil faham pertanyannya.

Imah pula mengambil beg-beg plastic dibonet kereta. Sebelum diangkat dia sudah menjenguk isi beg plastic dahulu. ‘Ni yang banyak hanya buah mangga saja ni, mana baju dan handbaeg kak Nuri kata angah tadi beria nak beli sampai dua tiga biji  beg, siap Tanya jenama  apa lagi’ detik hati Imah.  Nuri hanya tersenyum bila terpandang bibir Imah yang mencebek. Mungkin hairan dengan isi dalam beg plastic. Dia membawa beg plastic yang mengandungi buah mangga yang paling akhir dibelinya tadi. Dia terus menghilagkan diri menuju kedapur.

No comments:

Post a Comment