~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday 30 October 2015

73 Nur Hidayah





Ingatkan boleh masukan cerita Dayah tapi tak dapat juga mungkin bab satu lagi kot. Terima kasih pada yang sudi membaca..

Dapat sahaja SMS dari  isteri arwah sahabatnya, sarjen Johari meminta cuti. Dia kealamat yang diberi…Pagi lagi Encik Johari sudah sampai kedepan pintu rumah sewa puan Maria. Berkali-kali dia memberi salam namun pintu rumah tidak dibuka oleh tuan rumah. Adat memberi salam pun dilanggarnya. Adat orang memberi salam jika tiga kali salam tidak mendapat balasan tuan rumah, maka orang yang memberi salam diwajibkan pulang..
(Jika seorang daripada kamu meminta izin sebanyak tiga kali dan tidak diizinkan maka hendaklah dia pulang.)
Lama Encik Johari berdiri diluar pintu yang tertutup ada rasa kecewa menerjah hatinya namun dikuatkan semagat agar menunggu beberapa minit lagi Doa didalam hati  agar tuan rumah membuka pintu. Jika yang membuka pintu bukan orang yang dicari selama ini dia akan beredar. Dan ini menandakan cariannya untuk kali itu gagal lagi..Hai dimanakah isteri ku itulah keluhan yang bergema didalam hatinya. Sekali lagi tanganya cuba untuk megetuk pintu dan bibirnya juga mula terbuka untuk memberi salam..tiba-tiba dun pintu merenggang.  Hanya kelihatan sedikit figuira seorang  perempuan yang didalam rumah seakanya dia duduk dikerusi roda. Encik Johari mengeluarkan suaranya bertanya.

“Ini rumah puan Maria Ong binti Abdullah ke?”. Tidak kedengaran suara wanita itu menjawab namun bukaan pintu menjadi semakin lebar. Bagi puan Maria dia tidak pernah lupa pada nada suara lelaki yang  bertanya. Untuk kepastian dia  meneliti wajah lelaki yang berdiri diambang pintu rumah sewanya. Encik Johari juga meneliti wajah wanita yang disebalik grill rumah yang berkunci.

“Yah!! Ini yah ke..Yah ini abang Yah..abang suami yah…lama abang cari Yah Alahamdullilah akhir abang jumpa juga. Alhamdullilah..Alahamdullilah”.Tidak banyak perubahan pada wajah isterinya biar pun mereka sudah bepuluh tahun terpisah… namun puan Maria masih diam terkaku..Dia terkejut.

“Yah bukalah grill ni abang nak minta maaf dengan Yah..tolonglah Yah.. bukalah grill ni Yah”. Encik Johari mengoncang sedikit grill pintu, dia mahu dibukakan pintu grill. Sememang sudah bertahun mereka tidak bertemu kerana masaalah keluarga. Encik Johari  meluah rasa dia mengakui kesalahannya dan memohon dirinya dimaafkan. Akhirnya puan Maria memaafkan suaminya bila teringat kata-kata  Hidayah suatu ketika dulu. Ketika itu Hidayah baru tiga bulan menjadi menantunya. Dia baru pulang dari kerja. Bila melihat Nur Hidayah bersungguh membantu dirinya yang tidak berdaya timbul rasa kasihan dihati lalu dia meluahkan rasa yang berbuku..

“Dayah ..Dayah tak serik ke kahwin dengan Johan yang ada mommy  yang macam mommy ni (mommy yang sudah menjadi OKU itu maksud puan Maria). Susah payah Dayah jaga mommy..terima kasih ye Dayah”. Ketika itu Nur Hidayah baru selesai membersihkan dirinya. Sejak Nur Hidayah mengahwini anaknya tugas membersihkan dirinya  dia ambil oleh oleh Nur Hidayah sepenuhnya.

“Mommy Dayah ni dah tak ada sesiapa dalam dunia ni, mama tak ada papa pun dah tak ada. Jadi mommylah mommy Dayah didunia dan akhirat. Mommy jangan susah hati ye memang Dayah ikhlas jaga mommy..”.

“Terima kasih Dayah siapkan mommy macam ni. Mommy bersyukur Johan dapat beristerikan Dayah..dapat  mommy anak  yang nak  jaga mommy..”. Ketika itu puan Maria sudah rapi berbedak. Pulang dari kerja tadi Nur Hidayah terus membersihkan dan memandikan dirinya yang sebenarnya mereka bersiap-siap untuk menunaikan solat Asar mereka dan sejak Nur Hidayah menjadi menantunya solat lima waktu tidak pernah lagi ditinggalkan.   Puan Maria bersyukur ada anak menantu yang sangup menjaganya. Bukan seakat menjaga makan dan minum malah membersihkan kotoran dibadanya pun dilakukan oleh Nur Hidayah tampa rasa jijik.

“Tak payah lah nak berterima kasih pada Dayah mommy,  ini memang dah tanggung jawab Dayah sebagai anak.  Nak cari pahala dengan mama dan papa kandung Dayah dah tak ada peluang.  Hanya dengan mommy sahaja Dayah nak dapat pahala.  Mommy nak tahu ibu mertua ni sama tarafnya dengan ibu kandung bagi seorang anak menantu. Dayah jaga mommy bukan percuma, Allah janji ganjaran pahala untuk Dayah mommy..Dayah nak ganjaran itu untuk hari akhirat Dayah,  caranya berbakti dengan suami dan berbakti pada ibu mertua kita  supaya senang hati suami kita. Kalau suami redha dengan kita, Allah juga akan redha dengan kita mommy. Kalau Allah redha dengan kita apa yang kita minta In Syaa Allah akan kabulkan .  Kat dunia ni Dayah hanya nak mencari keredhaan Allah.   Kata ustazah Dayah dulu, berbakti pada  ibudan bapa  mertua sama macam kita berbakti kepada ibu dan ayah kandung. Dayah kahwin dengan abang Johan sebab Dayah nak pahala, supaya masih ada harapan baik untuk Dayah bila diakhirat nanti. Lagi pun  sepatutnya Dayah yang berterimakasih pada mommy sebab sudi terima Dayah..kesudian mommy terima Dayah menjadikan Dayah seorang isteri.  Bila Dayah nikah dengan abang Johan,  Dayah dah ada keluarga sendiri. Beruntung seorang wanita itu setelah dia menjadi seorang isteri mommy.”

“apalah  untungnya menjadi isteri Johan Dayah.  Johan bukan dapat bagi kemewahan pada Dayah duduk pun duduk rumah sewa...Dayah kena juga pergi kerja,  balik kerja siapkan mommy macam ni.”

 “Untung kita bukan hanya diberi kemewahan dan duduk rumah sendiri sahaja mommy. Mommy nak tahu  bila Dayah menjadi seorang isteri,  Dayah dah boleh dapat pahala dengan mudah itulah untungnya Dayah.  Yang sebetulnya sangat senang seorang wanita yang dah menjadi isteri  itu mendapat pahala mommy. Bila seorang isteri taat kepada suaminya dan menyenangkan hati suaminya, lepas tu dia  taat kepada suruhan agama..diakhirat nanti dia sudah boleh memilih mana satu pintu Surga yang dia mahu..betapa istimewanya seorang wanita yang bergelar isteri kan mommy.” Itulah Nur Hidayah menantu yang rajin berbual denganya.  Dengan kata-kata Hidayah yang berdengugng ditelinganya, dia menerima suaminya semula dan memaafkan dengan ikhlas.

Ganjaran seorang isteri yang dijanjikan oleh Allah jika dia…
1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”...
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.  Mak the ambil dari http://amalan-harian.blogspot.my/2012/07/8-ganjaran-buat-isteri-yang-solehah.html (kalau ada yang salah maaf ye)

Kini sudah sebulan dia tinggal bersama suaminya Encik Johari. Duduk disebuah rumah kampong yang berhampiran dengan pantai Kelebang. Dia bahagia bila suaminya menjaganya dengan baik malah keluarga suaminya juga menerimanya dengan baik..  Semalam dia menghubungi anaknya. Setelah memberi salam mereka berbual panjang bertanyakan hal diri masing-masing.

“Jo ok ke kat sana, dah makan.. Jo hari ni makan apa”. Memang akan berderet soalan yang sama setiap kali dia menghubungi anak kesayangannya. Ialah nak membayangkan keadaan sianak yang jauh dari pandang.

“Dah mommy, Jo makan nasi ayam..Jo ok sahaja kat sini mommy, mommy jangan bimbang. Sekarang Jo dah  senang hati”.

“Kenapa Jo senang hati, Jo dah jumpa Dayah ke?”.

“Jo hanya dapat pandang dia dari jauh sahaja mommy, dia nampak sihat gembira dan macam berisi sikit dari masa duduk dengan kita mommy”.

“Oohh ..Itu yang Jo senang hati ye. Kalau macam tu cepatlah rujuk, waktu tak tunggu kita Jo. Jo tak kira ke.. tinggal beberapa hari sahaja tempoh eddah Jo dengan Dayah tamat Jo.”.

“Jo rasa nak kumpul duit dulu baru Jo kembali pada Dayah mommy. Sekarang ni Jo tengah kumpul duit dengan buat ‘locum’ tu pasal Jo selalu tak balik rumah. Alhamdullilah papa jaga mommy.. senang hati Jo sebab papa dah jaga mommy kalau tidak mommy duduk sorang-sorang kat rumah...ok ke keluarga papa dengan mommy”. Dijejak kasih tempoh hari papanya encik Johari merayu mahu mengambil mommy duduk bersamanya diMelaka. Katanya dia mahu menebus kesalahan yang dulu kerana mengabaikan mommynya berpuluh tahun. Pada Johan tidak perlu papanya merayu padanya kerana jika ikatan papa dan mommynya masih lagi suami dan isteri tidak siapa yang boleh menghalang tanggungjawab yang tergalas dibahu papanya pada mommynya.

“Ok Jo.. atuk dan nenek su pun baik sangat dengan mommy. Tiga orang adik Jo pun ok juga dengan mommy”.  Dirinya di terima dengan baik oleh keluarga suaminya. Tidak ada apa yang kurang tentang kehidupanya setelah dia sebumbung  semula dengan suaminya. Yang dirisaukan hanyalah kehidupan anak tunggalnya yang kini duduk sendirian di Petaling Jaya.   Yang sebenarnya nenek Su merupakan ibu tiri kepada encik Johari. Selepas setahun kematian isteri dalam kejadian hitam dalam keluarga encik Johari, ayah encik Johari berkahwin dengan sepupu sebelah emaknya sendiri. Nenek Suraya merupakan balu yang tidak mempunyai anak.

          Sedikit cerita tentang kejadian hitam yang menimpa keluarga Encik Johari. Setelah berkahwin selama lapan tahun dengan puan Maria encik Johari dipaksa nikah dengan pilihan ibunya Hajjah Rafeah.. diatas alasan dia mahukan cucu yang ramai bukan hanya setakat  Johan Hamdi seorang sahaja. Paksaan ibunya diikuti oleh encik Johari. Bila sang menantu pilihan  mengandung dan melahirkan anak perempuan hati Hajjah Rafeah sangat gembira..terbukti sang menantu baru subur orangnya.  Sang menantu di sanjung dan dipuji-puji. Mengandung lagi anak kedua yang lahir juga bayi  perempuan Hajjah Rafeah mula berbunyi..dia mahu cucu lelaki untuk menyambung keturunan mereka.

             Encik Johari merupakan anak tunggal kepada pasangan Haji Darus dan Hajjah Rafeah. Pada kelahiran yang ketiga sang menantu juga melahirkan anak perempuan..bunyi yang keluar dari bibir tua hajjah Rafeah bertambah bisa.. akibatnya sang menantu tertekan dan mendapat kemurungan. Mereka menjarakkan kelahiran anak yang seterusnya. Namun kelahir terpaksa juga diteruskan kerana keinginan Hajjah Rafeah yang mahu cucu lelaki. Tetapi kelahiran kali keempat sang manantu pilihan juga melahirkan anak perempunan meyebabkan Hajjah Rafeah tidak dapat menutup mulutnya. Bebelan demi bebelan dia meluah rasa terkilan dihatinya. Encik Johari merasa sangat kasihan melihat keadaan sang isteri yang dibebeli.

“Dah lah mak  anak lelaki atau anak perempuan semuanya kan darah daging saya..darah daging emak juga”.

“Hei Johari sejak bila pulak kamu pandai melebihkan bini dari emak kamu sendiri ni..Cuba kamu tenguk bini kamu tu..mak tenguk macam orang tak beul sahaja..kadang-kadang senyum sendiri..tiba-tiba menangis pula. Anak pun tak tahu nakdisusukan..dah gila agaknya.”

“Ialah..dah mak asyik nak marah Laila saja bingunglah dia..mak jangan marah dia lagi ye mak, dia belum sampai sebulan bersalin dah mak bebelkan dia pagi petang... nanti sakit dulunya tu datang lagi”. Tanda-tanda kemurungan sudah dapat dilihat sejak Nur Laila melahirkan anak ketiga. Dia sering berkata-kata sendirian.. namun setelah diubati keadaannya bertambah baik.

“Tak tahu pula emak kalau dia tu ada keturunan gila meroyan..menyesal pula mak kahwinkan dengan kamu..dah tu asyik bagi kamu anak perempuan sahaja..”


“Tak payahlah mak nak kesalkan, asalkan dia dapat bersalinkan anak-anak saya, saya dah bersyukur sangat mak. Mak nak tahu dia pun memang nak sangat anak lelaki mak, tapi dah itu yang Allah nak bagi, kita terima sahajalah... Saya ni walau pun anak perempuan saya tak kisah…sebab itu pun anak saya juga”.

“Aku yang kisah..aku nak cucu lelaki nak menyambung keturun keluarga kita”.

“Kan saya dah ada sorang anak lelaki cukuplah”.

“Tak mahu aku cucu yang lahir dari entah perempuan keturun apa..Si Maria tu Cina.. baru masuk Islam entah sembahyag entahkan tidak.. entah pandai mandi junub entahkan tidak. Kamu tu pun satu apa dah habis ke gadis Melayu yang kamu kahwin dengan Cina..”.

“Emmakk sampai kesitu emak fikir,  dia sembayang mak. Sebelum dia nikah dengan saya,  dia ada belajar semua bab-bab agama  kat PERKIM mak. Kemudian saya ajar lagi kat rumah..”. Mendengar kisah isteri pertama suaminya disebut, Nur Laila makin dilanda rasa rendah diri..Rendah diri kerana dirinya tidak dapat mnelahirkan anak lelaki untuk suaminya. Makin tertekan emosinya yang sememangnya sedang bercelaru. Anak yang dipangkuan  merengek  minta disusui tidak dihiraukan malah di bagai orangnya gelisah kepanasan. Suami dan emak mertuanya tidak pula menyedari keadaan dirinya kerana asyik bertekak.

“Dah jangan kau sebut pasal betina tu lagi, aku tak suka..pergi  keluar  aku nak cakap dengan siLaila ni kejap..pergi!!”

“Apa lagi yang mak nak cakap mak..terima sahajalah ketentuan takdir kita mak..kalau mak nak cucu lagi tahun depan saya akan ushakan cucu lelaki..saya nak tanya doctor macam mana nak dapat anak lelaki..”.

“Kamu ni mengada-ngada betul dah pergi keluar..kamu tak dengar ke aku suruh kau keluar..sekarang dah pandai kamu dak memenangkan bini kamu ye”. pekek emaknya yang kegeraman.  .’Emm tak boleh nak dia ajak bergurau’ detik hati encik Johari dengan sikap emaknya yang sentiasa bengkeng.

           Dituruti juga kehendak  emaknya untuk ditinggalkan dirinya bersama menantu yang belum lepas pantang lagi. Baru mencecah kaki encik Johari dianak tanggak paling bawah dia mendengar pekikkan emaknya meminta tolong.. kemudian kedengaran suara bayinya tetapi tiba-tiba senyap. Bekejar encik Johari menuju kebiliknya. Alangkah terkejut apa yang dilihat.. emaknya sudah terbaring  berlumuran darah dan bayinya dibawah kaki isterinya. Ditangan isterinya sebilah gunting yang berlumuran dengan darah. Gunting itu biasa diletakkan dibawah bantal bayinya.  Mata isterinya meliar seperti mencari mangsa.
Di akhir cerita Hajjah Rafeah meninggal kerana tusukkan gunting tepat mengenai jantungnya, dan bayi perempunnya yang belum mencapai usia sebulan meniggal kerana terpijak oleh emaknya sendiri.  Itulah kisah hitam yang meragut nyawa emaknya Hajjah Rafeah. Dan dengan kisah itu isterinya yang bernama Nur Laila dimasukkan kepusat rawatan sakit mental diTanjung Rambutan. Dia disahkan mengalami ganguan mental tahap merbahaya yang membahayakan orang disekelilingnya.


“Papa dan atuk  sihat juga ke mommy.”

 Lagi satu sejak papa Jo urutkan tapak kaki mommy…momy dah rasa bertambah baik.  Sekarang mommy dah tak banyak guna kerusi roda..tangan mommy yang sebelah kiri ni pun dah boleh digerak-gerak jarinya. Mommy dah jalan pakai tongkat sahaja Jo..”  Encik Johari ada mengikuti kursus urutan REFLEKSOLOGI ditempa kerjanya, dan pengetahuannya yang sedikit itu dimenefaakan pada isterinya pula.

REFLEKSOLOGI  (Hanya untuk pengetahuan mak teh copy dari : http://alansarhealth.com/kelebihan-refleksologi-kaki/

Refleksologi merupakan teknik rawatan urutan kepada titik refleksi . Kaedah ini adalah dengan memberikan urutan refleksologi kepada tapak kaki kerana tapak kaki mempunyai banyak titik refleksi. Cara rawatan ini berasal dari China dan telah diamalkan berdekat lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia. Antara keistimewaan rawatan secara urutan refleksologi ini adalah ia mudah, selamat dan berkesan. Rasa sakit semasa urutan refleksologi merupakan penunjuk kepada masalah kesihatan pada tubuh badan anda.

Ketidakselesaan pada tapak dan tulang kaki boleh menjadi penyebab kepada pelbagai jenis penyakit seperti sakit bahu, tulang belakang, tulang kaki, sembelit dan bahagian paha kerana keadaan kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman manusia. Rawatan urutan refleksologi membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik kerana ia disifatkan sebagai terapi yang sangat berkesan dengan mengaplikasi urutan pada titik refleksi tertentu di tapak kaki.

refleksologi kaki al ansar health
Refleksologi juga adalah sebagai rawatan yang berguna untuk kesihatan badan kerana refleksologi membantu mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali berkerja pada tahap yang maksimum.

Kaki adalah bahagian tubuh badan yang sangat kompleks meliputi 26 tulang,107 ligamen,19 otot dan 57 sendi. Kecederaan sendi ,ligament dan tulang mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh seseorang antaranya rasa lenguh lutut, kebas, tegang pada bahagian paha dan masalah buang air besar. Tulang tapak kaki manusia diciptakan tuhan agak melengkung. Ia bagi memberikan kekuatan yang maksima untuk menyokong dan menahan berat badan manusia. Walaubagaimanapun, kedudukan tulang tapak kaki pesakit akan berubah jika ia menerima tekanan secara berlebihan.

Maksud titik refleksi adalah titik pusat urat saraf. Setiap titik refleksologi ada kaitan dengan organ tubuh badan tertentu, jadi dengan membuat urutan pada bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Setiap titik refleksologi yang diurut akan membantu membaik pulih organ tubuh badan yang berkaitan.








1 comment:

  1. Tak sabar dah nak baca perihal dayah.... thank mak teh atas n3 baru... harap cepat2 sambung n3 baru pasal dayah... tak sabar nak baca.

    ReplyDelete