~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday 14 October 2015

70 Nur Hidayah








“Johan!! Lu bagilah kereta lu tu pada Didi”. Tegas kedengaran suara puan Syakila seakan memberi arahan. Dan Johan tahu jika dia ingkar akan bertalu-talu lah bebelan yang kan keluar dari bibir bekas ibu merutanya. Dia memang sudah kenal sangat perangai bekas ibu mertuanya..Namun dicuba juga untuk bertahan biar pun untuk seketika.

“Tapi mommy…” Belum sempat Johan menjelaskan lebih lanjut, kata-kata sudah dipintas dengan suara garang oleh puan Syakila. Ada juga rasa gerun yang timbul dihatinya mendengar suara garang wanita dihadapanya yang sudah menegakkan duduknya.

“Johan!!! Lu beli kereta tu masa Didi masih jadi isteri lu kan..kira itu harta sepencarian lah. Aku tak suka lu perlekehkan anak aku Johan!”. Tinggi suara puan Syakila untuk mempertahan hak anaknya. 


             Memang benar apa yang diperkatakan oleh bekas ibu mertuanya. Kereta PESONAnya  dibeli ketika Natasya masih menjadi isterinya namun  enam bulan kemudian mereka bercerai, bila  Natasya tetap pergi biar pun sudah dilafazkan ucapan cerai taklik kerana menyambung kontraknya dan terbang semula ke LA. Setelah setahun disana baru sekarang dia pulang  semula. Ucapan cerai taklik Johan Hamdi kepada Diana Natasya ‘kalau you pergi dan dalam masa sebulan you tak balik bererti kita bercerai’. Adakah wajar kereta itu dikatakan harta sepencarian. Biarlah memang puan Syakila dan anaknya pandai untuk mengambil kesempatan.
( Mak teh ambil contoh cerai taklik dalam https://ms.wikipedia.org/wiki/Perceraian_dalam_Islam)

“Ok..tapi kereta tu masih dalam ansuran bayaranya. Nanti Jo tukar nama dan uruskan apa-apa berkenaan kereta tu dulu. Mungkin bulan  depan Jo hantar balik sini”. Lembut suara Johan kerana memang dia tidak suka bertengkar.

“Tak boleh! aku tak percaya lu.. sekarang ni aku ikut lu balik KL, tukar nama dan apa-apa yang berkaitan dengan kereta tu”.

“Bayarannya macam mana? ada tiga tahun lagi nak bayar kereta tu, sebulan enam ratus..”.

“Lu bayar lah ansuran tu”.

“Ehh mana boleh, kalau Jo yang bayar pada bulan-bulan yang akan datang, bukan  dikira  harta sepencarian lagi  dah. Lagi pun kalau nak dikira harta sepencarian hanya enam bulan sahaja Didi jadi isteri saya selepas kereta tu dibeli, lepas tu kan Didi pergi LA..betul tak macam tu Didi..”. Natasya disebelah mommynya hanya membisu dan terkebil-kebil tidak menjawab soalan bekas suaminya.

“Aku tak kira.. lu mesti bagi hak Didi. Lu jangan rasa lu lelaki boleh buat apa yang lu suka pada kami”.

“Habis baki ansurannya macam mana?”

“Tak apa  baki nya aku yang bayar..Dah jom aku ikut kau balik balik. Aku ikut naik kereta aku. ”  Sungguh puan Syakila tidak mempercayai bekas menantunya. Betul ke kalau kita sendiri tidak mempunyai hati yang bersih, dia juga akan beranggapan orang lain begitu juga?. Cepat sahaja puan Sykila bersiap dia mengekori kereta Johan pulang ke Petaling Jaya. Didalam kereta mereka berbincang anak beranak..

Didalam kereta Johan…

“Johan!..Kenapa Didi dan mommynya ikut kita balik..ada apa-apa yang tak kena ke?”. Puan Maria hairan bila melihat kereta SUZUKI SWIFT milik bekas besanya mengekori mereka di belakang.

“Dia nak kereta ni sebagai harta sepencarian. Dia suruh Jo tukar nama esok..dia ikut sebab dia takut Jo tipu dia”. Terkedu puan Maria mendengar penerangan anaknya..

“Habis Jo bagi ke..kenapa Jo tak bantah. Jo tak ingat ke enam bulan selepas kereta ni dibeli Didi dah pergi tinggalkan Jo..masa tu Jo dah ceraikan dia kan..kira harta sepencarian jua ke Jo. Lagi pun kereta ni dibeli cara ansuran.”.

“Mommy macam tak kenal dengan kawan mommy tu..kalau kita bantah cakap dia mulalah meletup-letup mulut dia..elok-elok orang tak tahu, jadi semua orang  diMelaka ni tahu. Biar lah mee kereta kita boleh cari lain. Lagi pun Jo tak mahu cari gaduh nanti hubungan mommy dengan dia jadi tak baik. Jo kenang juga kebaikkan dia suami isteri tolong kita dulu”.

“Habis ansuran kereta ni siapa yang bayar..RM 600.00 sebulan kan”.

“Dia kata dia sanggup bayar. Tadi dia suruh Jo yang bayar..dia  ingat nak kenakan Jo lah tu. Entahlah mommy aunty Kila tu pandai nak kenakan orang.. ”.

“Tapi kalau dia paksa  Jo yang bayar juga macam mana?”.

“Jo dah cakap tadi..kalau Jo yang bayar dah tidak di kira harta sepencarian sebab Jo dan bercerai dengan Didi.”

“Mommy bimbanglah Jo..nanti surat bank datang pada Jo..tak pasal-pasal nama Jo nanti disenarai hitam oleh pihak bank..yang lagi parah kalau Jo diistiharkan muflis oleh pihak bank.”.

“Tak adalah nak diistiharkan sampai muflis. Mommy jangan lah risau esok masa tukar nama Jo buatlah dengan bank sekali”.

“Mommy tak sangka macam ni jadinya..Kita ni umpama melepaskan anjing tersepit Jo. Dulu mommy kesian kat Didi yang kononnya teraniaya. Bodoh betul mommy percaya sangat cerita Syakila. Jo nak tahu dia yang beria-ia minta mommy pujukkan Jo, supaya Jo tolong jaga kan anak perempuan tunggal dia. Bila dah kita tolong.. ini pula jadinya”. Keluh puan Maria  menyesal dengan tidakkannya dulu.

“Tak apalah mommy mungkin ada hikmat disebalik apa yang terjadi..kita bersangka baik menerima takdir  Allah. In Syaa Allah, kalau kita sabar apa yang hilang dari kita ..Allah akan gantikan dengan yang lebih baik lagi. Redza sahaja lah mee”.

Didalam kereta Natasta pula..

“Lain kali buat macam mommy..Dengan lelaki ni kita tak boleh berlembut nanti  dipijak-pijaknya kepala kita…Kena keras dan tegas kalau tak mahu kena buli. Kalau tenguk cara Johan tadi, memang dia takkan bagi lu apa pun lepas dia ceraikan lu. Cuba lu ingat, lepas lu bercerai dengan Farid dulu tak payah nak minta,  lu dapat kando, dapat kereta dan dapat wang iddah lagi, lu kahwin dengan Farid tak sampai pun setahun, ni lu kahwin dengan Johan dekat tiga tahun tak kan Johan tak bagi apa-apa. Mana patut macam tu.”.

“Farid anak orang kaya..Jo ni apa yang ada…aunty Maria pun duduk rumah setinggan yang sewanya hanya RM150.00 sahaja sebulan mommy”. Dulu sebelum puan Maria diserang strok dia duduk dirumah setinggan yang hanya mempunyai  satu bilik sahaja. Duduknya pula disebelah rumah orang.  Ruang rumah mereka hanya berpisah dengan sekeping papa playwood sahaja, dengan kadar sewa RM100.00 sebulan. Itulah rumah yang mampu disewanya. Dia pula bekerja disebuah kedai makan. Yang diketahui tuan kedai makan tersebut adalah rakan kepada rakan arwah Suffian suami kepada Syakila. Dan majikanyalah yang mencari rumah untuk dia menyewa.

“Jangan kira orang lah Didi, kita kena dulukan hak kita. Fikirkan diri kita dulu.. Masaalah kaya tak kaya, diaorang  punya pasallah”.

“Mommy sanggup ke nak bayar ansuran kereta PESONA tu”.

“Berapa ansuran kereta dia sebulan”.

 “Dulu Jo kata Rm600.00 sebulan”.

“Banyaknya..ingatkan dia tipu tadi..ialah mana tahu dia saja nak takut-takutkan mommy..”.

“Alah dia beli buta-buta guna duit bank, tak ada duit muka langsung..mommy nampak tak sengkeknya dia tu.. langsung tak ada apa. Didi tak terkilan bercerai dengan dia mommy.”.

“Kalau mommy tahu dia tu tak ada duit, tak hingin mommy nak bermenantukan dia Didi. Tak guna betul Maria tu, dulu dia cerita anaknya doctor pakar kat luar negara, itu yang mommy suruh Didi kahwin dengan dia”.

“Itulah lain kali jangan percaya cerita orang mommy..kawan baik kita sendiri pun jangan percaya. Emm mommy mampu ke nak bayar Rm600.00 sebulan untuk kereta tu..kalau tak mampu tak payahlah ambil. Rm600.00 selama tiga tahun lama tu”.

“Ambil saja pada kita tak dapat apa-apa dari perceraian lu lagi rugi kita”.

“Didi memag tak boleh nak tolong mommy..duit yang ada sikit Didi nak simpan untuk Didi pergi LA nanti. Kalau mommy tak mampu nak bayar minta tolong  sorang sikit dengan abang dan adik”.

“Abang dengan adik lu tu anak tak guna, dari dulu sampai sekarang asyik tak cukup duit sahaja, silap hari bulan diaorang pula minta duit dekat mommy ni”. Itulah warna dua orang anak lelaki puan Syakila tak seorang pun boleh ditumpangi untuk kehidupannya.

“Tak kan abang pun minta duit kat mommy dia kan dah ada bini. Kan dia ada bisnes besar bulan-bulan ribu-ribu masuk. Adik tu kan dah ada kerja takkan tak ada duit..tanggung diri sendiri saja pun tak kan tak cukup duit gaji.”

“Entahlah Didi..abang lu tu dapat bini yang kuat belanja macam tulah..kalau dapat duit lebih sikit, bukan nak simpan..shopping sampai tak ingat dunia. Bisnes dia pun..kadang-kadang untung tapi selalu sangat paras-paras hidung emm.. Adik lu tu pula asyik nak tukar kerja saja..kerja dua tiga tahun berhenti, cari lagi kerja baru.. jadi macam mana gaji nak naik. Ni sibuk nak kahwin pula..tapi tak pernah pula bawa awek jumpa mommy..”.

“mommy  tak suruh adik cari mak we anak orang kaya..boleh dia tumpang sikit”.

“Mestilah..anak-anak mommy kan ada muka mana masuk dengan orang yang biasa-biasa. Tapi kan bini abang lu pun anak orang kaya..itu pasal sangat pandai bershopping. Entahlah Didi… Mommy kalau dengan abang dan adik lu tu, mommy jadi pening kepala nak fikir..Dah tak payah cerita pasal merekalah. Didi jangan takut,  mommy akan bayar kereta  tu sendiri nanti…..
….Didi nak tahu dua bulan sudah mommy ada terjumpa dengan papa Johan tau..dia Tanya mommy kat mana mommy Johan duduk”. Puan Syakila menukar topik perbualan.  Dari hatinya sakit mengenangkan tingakah laku dua anak lelaki dan menantunya baik dia berceria hal lain.

“Uncle Johari ke??”.

“Ialah..mana ada lagi papa Johan yang lain”.

“Manalah tahu papa tiri dia ka. Habis mommy bagi alamat aunty Maria”.

“Sejak lu kata lu dah bercerai dengan Johan, mommy dah buang alamat dia..tapi uncle Johari ada bagi nombor dia pada mommy. Dia minta tolong kalau mommy terjumpa alamat atau Maria sekali lagi dia minta mommy bagi tahu dia. Didi rasa patut ka mommy bagi tahu aunty Maria, Didi”.

“Jangan bagi tahu aunty Maria..mommy bagi sahaja alamat rumah aunty  Maria pada uncle Johari.. biar dia cari sendiri”.

“Emmm  ialah besok-besok mommy bagi tahu Johari kat mana siMaria ni duduk”.

            

           Johan mengambil cuti segera untuk menguruskan pertukaran nama kereta Pesona yang dimiliki. Segala urusannya selesai dengan mudah dan lancar. Biar lah begitu, dia tidak mahu lagi berurusan dengan bekas isteri dan emak mertuanya lagi. Perkara yang lalu biar lah berlalu,  itu yang ada dihati Johan. Dia pualng kerumah dengan wajah yang letih.

“Kesian anak mommy..Jo baik sangat senang orang nak kenakan Jo. Bertegas lah sikit..”. Sememangnya Johan seorang yang lembut hati. Orangnya agak pendiam, dia tidak suka bertengkar apatah lagi bergaduh. Mungkin dengan sifat itu orang mudah menmgambil kesempatan pada dirinya.

“Habis nak buat macam mana mommy..Jo malas nak bising-bising. Mereka tu pernah berbudi dengan kita, itu yang Jo kenangkan. Tapi lepas ni Jo tak nak ada kaitan dengan mereka lagi”.

“Mommy doakan pun macam tulah juga. Semoga diorang tak kacau kita lagi”.

“Mommy  jomlah kita makan…Jo beli nasi campur saja  ni. Tapi Jo minta asingkan kuahnya tadi.”

“Jo beli kuah apa?”.

“Asam pedas mommy”.

“Elok lah tu, nanti kalau ada lebih buat kuah makan malam pula.  Yang sebetulnya mommy masak nasi tadi..agaknya dah masak kebelum cuba Jo tolong tengukan. Untuk makan malam nanti kita goreng telur dadar boleh tak Jo.”. Johan menjinjing plastic yang mengadungi nasi campur untuk makan tengahari mereka dua beranak.  Laju perlakuan  Johan menghidang makan diatas meja. Diangkatnya sekali periuk nasi keats meja makan.

“Boleh saja mommy.” Di meja  makan sambil makan mereka berbual.

“Kesian mommy masak guna tangan sebelah. Yang sebenarnya Jo lagi suka nasi yang kita masak dari nasi kedai ni mommy.”

“Tak apalah buat kerja macam bua exsecaise juga kan. Mommy pun macam tu juga tapi nasi ni jangan buang masuk peti sejuk esok pagi boleh kita buat nasi goring.  Jo nanti kalau Jo dah tak penat tolong mommy kopekan bawang kemudian masukkan dalam peti sejuk senang mommy tinggal tumbuk saja bila nak masak..Kalau  Jo dah siapkan semua bahan mommy tinggal tumbuk senang.. kita masak yang ringkas-ringkas sahaja lah ye Jo. .”. 

           Bibik telah berhenti kerja kerana tidak tahan dengan kerenah Natasaya tempuh hari. Dalam pada berbual sempat juga Johan termenung mengingat kejadian tadi. Kejadian di hadapan mesin ATM selepas semua urusan tetang pembayaran kereta PESONAnya selesai. Ulang tayang apa yang terjadi dimesin ATM menerjah minda Johan..


“Mommy…”

“Aku dah tak ada kena mengena dengan lu. Ni sebagai duit iddah Didi. Dah lah masa nikah dulu lu hanya bagi maskahwin RM22.50 saja tak ada barang hantaran, tak ada duit hantaran. Ni dah bercerai lu kena bagi dia duit iddahlah. Ingat senang-senang lu kahwin free dengan anak orang ka. Anak aku ada harga lah ”.

“kan aunty juga yang suruh saya kahwin dengan Didi..Aunty tak tahu ke masa tu saya tak kerja lagi.”

“Kalau aku tahu lu pokai tak hingin aku nak suruh lu kahwin dengan Didi. Banyak lagi orang yang nak dengan Didi tau. Dah duit ni Didi punya”. 

"Tapi.."

"Tak ada tapi..tapi". Putih mata Johan memandang bekas ibu mertuanya meninggalkan dirinya yang terkebil-kebil. Nasib baik ketika itu tiada orang yang mahu menggunakan perkhidmatan itu. Terbubar kisah dihadapan mesin ATM tadi bila suara mommynya menerjah gegendang telinga.

“Hari ni Jo kerja tak?”. Bila soalan tidak berjawab puan Maria menangkat kepala memandang kearah anak tunggalnya. Dilihat anak nya seperti sedang berfikir..

“Jo..Joo!..kenapa Jo”.

“Ehh ada apa mee”.

“Jo fikir apa”.

“tak ada apalah me”..

“Cakaplah dengan mommy. Joo! kat dunia ni hanya kita berdua saja. Mommy hanya ada Jo dan Jo pun hanya ada mommy sahaja. Walaupun mommy macam ni tapi mommy ni mommy Jo, ceritalah masaalah Jo pada mommy, sekurang-kurangnya mommy boleh juga dengar apa masaalah Jo. Biar kita susah sama susah..lagi pun masaalah Jo masaalah mommy juga biar kita sama-sama yang tanggung. Jo cakaplah dengan mommy. Tadi aunty Kila cakap apa..dia minta duit lagi ke”. Puan Maria sudah boleh meneka apa yang terjadi pada anaknya.

“Haah mee dia minta duit Iddah untuk anaknya”.

“Berapa yang dia minta”.

“Dia tak minta..dia hanya ajak Jo keluarkan duit.. Masa keluarkan duit tulah dia terus ambil sahaja duit yang keluar dari mesin ATM”.






1 comment:

  1. apasal dgn Johan ni?
    nak brlembut pn brpada2 la.

    dlm Islam pn, kt brhak mempertahankn hak kita mggunakn cra yg btul.

    ReplyDelete