~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Friday 28 February 2014

Bab 5 Tidak ku tahu kasih bermula.





Sebulan bukanya lama..akhirnya hari yang ditunggu oleh Sarah tiba juga. Untuk memenuhi undangan dari Sarah, NorIza datang dari Pengkalan Hulu seminggu sebelum majlis Sarah. Bila mendengar NorIza sudah sampai dari Pengkalan Hulu, Sarah mengajak suaminya menemuinya. Oleh kerana Sarah bekerja hari itu mereka datang selepas Magrib.

“Bang kenalkan ini abang angkat Sarah. Dia juga bekas suami Sarah dulu, ini isterinya Nuri. Ini emak angkat Sarah”. Setelah berkenalan mereka berbual-bual dirunag tamu. Tidak lama Syukri melayani tetamu diruang tamu dia kedapur membantu isterinya menyediakan makan malam. Dia membiarkan emaknya melayani Sarah dan suaminya.

Hari itu hanya mereka berdua sahaja yang datang, Maryam tidak turut serta. Lagi pun tujuan Sarah membawa suaminya bertemu puan NorIza adalah untuk memperkenalkan suaminya kepada Syukri dan Nuri. Pada Sarah supaya tidak ada kekcohan dimajlisnya nanti mereka harus berkenalan. Dia juga mahu memastikan sikap suaminya. Maklumlah dia dan suaminya  kenal belum lama ditakuti suaminya tidak dapat menerima kenyataan bila dia berhadapan dengan bekas  suaminya nanti. Tetapi disebaliknya pula. Setelah diperkenalkan kelihatan mereka boleh beramah mesra.Tidak terdapat raut tidak puas hati diwajah masing-masing. Mizan Khir dapat menerima masa lalunya dengan hati terbuka. Syukurnya  kepada Illahi bergema didalam hati Sarah.


“Cepatnya emak sampai, majlis Sarah ada lagi seminggu mak.” Pangilan EMAK kepada bekas emak mertuanya tidak diubah. Kerana merasakan bekas emak mertuanya sangat baik kepadanya selepas dia dan Syukri berpisah.

“Saja mak nak berkumpul dengan cucu-cucu mak kat sini. Sambil tu nak hantar Imah sekali pergi KLIA minggu depan ni. Sarah!!kamu nak buat hantaran juga ke?. Kalau nak boleh mak tolong gubahkan.”

“Bang kita nak buat hantaran juga ke bang”. Sarah menoleh memandang suaminya disisinya.

“Boleh juga, kalau nak buat masih sempat lagi kan mak”. Bila mendengar Sarah memanggil ‘emak’ pada bekas emak mertuanya, Mizan juga turut memanggilnya emak. Pada Mizan jika Puan NorIza sudah menjadi emak angkat Sarah, dia akan menjadi emak angkatnya juga.

“Barangnya belum ada ke? Kalau tak nak tak apalah”.

“Tak apa mak, sebenarnya saya tengah cuti ni, esok lepas Sarah balik kerja boleh jalan cari barang-barang  saya dan Sarah. Yang sebetulnya lama juga saya tak beli barangan sendiri, sejak tak ada isteri tak terasa pulak nak melawa.” Mizan ketawa kecil dengan kelakarnya sendiri diikut oleh Sarah dan juga puan NorIza. Itulah kebenarnya.Setelah isterinya meninggal dua tahun lalu hidup Mizan rasa tak teruja. Tidak terfikir dibenaknya hendak menukar bajunya yang baru. Hanya kasut jika terkoyak barulah dia menukarnya.

“Sekarang dah ada Sarah, dah rasa nak melawalah ni Mizan”. Ujar NorIza memanjangkan cerita, Sarah memandang suaminya dan memberi senyuman manisnya.

“Macam tulah kiranya mak. Ialah Sarah dapat pandang saya ni pun hanya sebulan sekali saja mak. Saya ni kerja sebulan kat atas kapal tak dapat nak balik, sebulan kemudian barulah cuti. Sebulan sekali balik ni tentulah Sarah nak pandang saya dalam keadaan kemas dan bersih.” Puan NorIza melayani tetamu di ruang tamu manakala Syukri dan Nuri menyiapkan makan malam mereka. Mereka mahu menjamu tetamu yang datang makan malam dirumah mereka. Anak-anak Nuri dan Syukri pula didalam bilik bersama Mak su Imahnya. Masakkan mereka mudah sahaja. Goring berlada ikan tenggiri,  masak lemak labu bersama daun kunyit dan ayam masak kicap untuk anak-anak.

“eloklah macam tu Mizan, Sarah pun kena ikut cara Mizan kalau dah kahwin buat cara orang dah kahwin,  kemaskan diri dihadapan pasangan, jangan masa bercinta saja kita nak kelihatan kacak atau pun cantik, bila dan kahwin berserabai macam orang tak terbela.” Sambil berbual diruang tamu ada juga nasihat dari puan NorIza pada anak angkatnya supaya dapat dijadikan panduan.

“Kamu kerja apa atas kapal tu Mizan?” soal puan NorIza memanjangkan cerita.

“Saya jadi tukang masak untuk krew mak.”

“Waah tentu Mizan ada skill memasak professional, malu abang nak suruh Mizan makan ni, kami masak cara biasa saja ni”. Syukri terdengar perbualan mereka diruang tamu menyampuk.

“Mana ada bang,  kalau masak cara kita lagi sedap dari masakkan western. Entahlah tekak saya ni tekak orang Melayu.. sambal, masak lemak, asam pedas kalau  makan.. perut ni macam dah jadi tong dram, kadang tu dah kenyang tapi tekak kata nak lagi.”

“tapi tak apalah makan banyak pun badan still silm.. taugh lagi”. Sambung Syukri yang sudah berdiri disisi meja makan. Makan sudah sedia berhidang tinggal menjemput tetamu makan sahaja. Sememangnya fizikal Mizan kelihatan tegap.

“Atas kapal tu bang semuanya ada, lepas kerja tak ada apa nak buat, saya pergi gim buang masa”.

“ohh, buang masa apanya kalau dapat keluarkan peluh membina badan.”

“Ialah kalau kita kat darat ni mana nak sempat buat itu semuanya.Kerja menunggu kita, nak layan kerenah anak-anak yang tengah nak besar lagi.”

“Betul tu…Ehh meh lah jemput makan”. Syukri menjemput tetamunya kemeja makan.‘Ramah juga Sarah dapat jodoh, sepadan dengan dia tu yang kalau dah cerita tak boleh nak berhenti’ detik hati Syukri.


Seperti apa yang dijanjikan tiga hari lagi majlis Sarah. Sekali lagi Sarah datang bersama barang-barang hantaran dirinya dan juga suaminya. Dia meminta puan NorIza menggubahnya. Bila dia masuk kedalam rumah disebelah peti televisyen tersusun cantik bunga pahar berwarna ungu. Hanya belum ada telurnya sahaja. Yang sebetulnya puan NorIza tidak sempat untuk menyimpan bunga telur tersebut. Sepatutnya bunga pahar itu untuk kejutan Sarah dihari sandingnya nanti. Ni dah tak terkejutlah..Sarah dah nampak.

Setelah Sarah pulang dari menziarahinya tempuh hari, terfikir pula mahu memberi sesuatu untuk anak angkatnya Sarah. Dia mahu dihari persandinganya kelihatan sempurna dan istimewa serta dikenang. Puan NorIza yang pernah duduk dan bergaul dengan orang  orang Negeri Sembilan semasa arwah suaminya bertugas diGemencih dahulu. Dia tahu juga serba sedikit adat perkahwinan orang Negeri Sembilan.Yang dia tahu bunga pahar merupakan salah satu adat yang dipentingkan, yang menjadi kebanggan bagi setiap keluarga pengantin.Tetapi mungkin Sarah orang muda dia tidak begitu mengambil berat tentang adanya bunga pahar atau mungkin  Sarah tidak terfikir bunga pahar. Jadi NorIza  ingin menyediakan Bunga Pahar itu untuk memaknakan hari bahagia Sarah. (Bunga pahar adalah bunga telur yang diletakkan dihadapan pelamin)

“Nuri boleh tolong emak tak Nuri. Mak rasa nak bagi Sarah bunga pahar. Mak nak beli kat Nilai tiga kata orang di Nilai 3 tu banyak pilihan.Tapi emak nak pergi dengan kamu saja tak mahu Syukri ikut.”

“Kenapa mak?”

“Sajalah kita pergi perempuan dengan perempuan sahaja. Boleh?”

“Boleh juga mak, lusa Nuri cuti bolehlah kita pergi”.Ketika itu anak-anak tidak mengikuti Nuri. Kak Ton memberi pendapat agar anak-anak Nuri dia yang menjaganya. Sampai diNilai bukan sahaja bunga telur yang dibeli oleh Puan NorIza. Dia juga membeli dua helai telekung, dua helai tudung labuh dan tiga pasang jubah bagi persediaannya pergi keMekkah tahun hadapan. Ketika Nuri mahu mengeluarkan duit untuk membayar keperluan emaknya, dia dilarang.

“Yang ni biar emak yang bayar. Nuri tahu duit ni adalah duit pemberian arwah suami emak dulu. Emak simpan duit ni. Memang emak berniat kalau mak dapat keMekah mak akan guna duit ni. Mak harapkan dapat sedikit menefaat pada arwah suami emak di ‘alamnya’ Nuri, bila kita guna duit dia untuk keMekah”. Berkaca-kaca mata Puan Noriza menceritakan apa yang ada dihatinya. 

“Mak Nuri nak beli apa ye mak, untuk hadiah Sarah ni”.

“bagi duit sahaja pun boleh. Nuri tanyalah pada Syukri.. pada emak biarlah kamu sama-sama yang beri. Tak ada istimewa dari Syukri atau pun Nuri. Kitakan suami isteri kalau boleh biarlah sama-sama”. NorIza berkata begitu supaya tidak timbul salah faham atau pergeseran antara Nuri dan Syukri. Maklumlah Sarah pernah hadir dalam hidup mereka berdua suatu masa dulu.

“Ialah mak”.

“Nuri!!mak tanya ni. Nuri jawap emak dengan jujur. Emak baik dengan Sarah ni Nuri tak rasa apa-apa ke?”. Pada mata NorIza ada bayang kesedehan dimata Nuri, mungkin hatinya berat untuk mengizinkan suaminya membantu bekas madunya atau pun dia terkilan melihat kebaikan dirinya yang bersusah payah menyediakan bunga pahar untuk bekas menantunya.Yang sebenarnya NorIza tidak mahu hati Nuri terguris lagi. Kelukaan dulu pun rasanya baru hendak kering lukanya.

“Tak lah mak. Nuri ok saja. Lagi pun Sarah dah anggap emak mak angkat dia”.

“Betul ni?. Emak bukan apa mak takut Nuri terasa hati bila nampak mak baik dengan Sarah. Emak tolong Sarah sebab dia dah tak ada emak lagi. Lagi pun dia nak juga rasa macam wanita lain yang ada majlis bila mereka dinikahkan. Pada emak..emak boleh terima Sarah hanya sebagai anak sahaja. Kalau sebagai menantu emak memang mak tak boleh.”

“kenapa pula macam tu mak? Sarah kan peramah, baik, cantik lagi”.

“Entahlah..Walaupun dia cantik dari menantu emak yang sedia ada, emak pun tak boleh nak terima. (Walaupun dia berkata begitu namun pada NorIza kecantikkan Nuri lebih lagi dengan sifat keibuan dan wajahnya yang lembut. Wajah Nuri ada iras-iras Nurul Izzah anak dato’ Seri Anuar Ibrahim). Emak hanya terima menantu yang pertama menjadi isteri anak-anak emak sahaja. Nak kata emak ni anti poligami tak juga. Poligami boleh tapi mesti  ada sebab-sebab tertentu yang kuat sahaja. Yang paling utama kalau anak-anak emak nak berpoligami adalah ‘izin isteri pertama’ini adalah kunci keharmonian sebuah keluarga yang berpoligami. Kalau mereka izinkan..bolehlah kalau mereka nak berpoligami.
…Kalau pun ditakdirkan mereka tak ada anak, kalau isteri yang ada tak mengizinkan pun mak tak akan sokong.. kalau anak emak nak berpoligami. Sebab orang-orang yang tak dikurnikan zuriat ni janganlah susah hati, sebab  tak ada siap nak sedekahkan Al-Fatihah, tahlil atau Yassin bila mereka meninggal nanti. Mak ada dengar..sesiapa yang tak dikurniakan zuriat masa dia didunia, bila di akhirat nanti Nabi Muhammad sendiri yang akan menanti mereka dipintu syurga. Tapi kita kena lah menjadi hamba Allah yang taat, yang baik, yang rajin bersedekah. Kalau pun kita mempunyai zuriat tapi kita nakal, tak didik anak dengan baik, tak dapat juga kita berkat doa anak-anak yang soleh dan solehah.
…Lagi satu kan Nuri ini pendapat emak saja..yang sebetulnya membentuk peribadi abak-anak adalah ibunya. Sebab naluri ibu itu paling rapat dengan anak-anaknya. Ayah ni hanya membantu, sebab anak-anak akan takut dengan ayahnya. Tapi yang selalu mengingatkan adalah ibu. Emak ni dah mengharungi menjadi ibu..emak yang kena selalu ingatkan anak baca doa, buat kerja sekolah dan yang mengajar anak buat kemahiran hidup. (Makasud NorIza kemahiran hidup mengemas, memasak, membasuh baju dalam kata lain membuat kerja rumah). Kalau seorang isteri yang sakit hati dengan suaminya macam mana dia mahu membimbing anak-anak dengan baik. Tapi kadang-kadang wanita ni lebih sayangkan anak..walau hatinya sakit pun boleh membentuk anak-anak menjadi insan yang baik. kalau dapat ibu yang macam tu, memang dia anak yang bernasib baik. Emak takut wanita yang marahkan suami terus-terus tak dihiraukan anak-anaknya . Atau nak memikat hati suami dia buatlah itu dan ini sampai anak-anak terabai dari pemerhatianya. ”. Sambil membeli belah sempat juga NorIza memberi ceramah kepada anak menantu. Imah yang mendengar hanya mendiamkan dirinya, tangannya sudah membelek-belek bunga terlur warna kegemaranya. Warna Ungu.

========================

“Mak bunga pahar ni untuk siapa mak. Bila mak beli?”. Sarah terus sahaja membelek bunga pahar yang cantik tercacak didalam dua bekasnya diatas tepi peti talevisyon. Dimatanya bunga itu sangat cantik buatanya . Sambil dia bertanya dan matanya tidak berkalih dari terus menatap. NorIza tertawa kecil memandang gelagat anak angkatnya.

“Bunga ni untuk kamulah Sarah. Ingat nak buat kejutan dihari sanding kamu tu nanti. Ni dah tak terkerjutlah nampaknya. Semalam tu lepas beli terus sahaja mak dengan Imah cucuk kat bekas dia tu, nak tenguk cantik tak bunga yang Imah pilih. Kamu suka tak warna ungu ni Sarah. Beria Imah nak warna ni. Ada warna tema tak kamu masa bersanding nanti?”.

“Warna tema tu tak adalah mak, tapi kebetulan kami pilih baju warna ungu hari tu. Sebetulnya Sarah yang suka warna ungu ni. Mak! mak beli kat mana bunga pahar ni”. Sambil membelek bunga telur sambil dia bertanya, sebenarnya hatinya terharu dengan kebaikkan hati bekas emak mertuanya.

“Mak beli kat NILAI 3 dengan Nuri dan Imah semalam.”

“Mak! Sarah ni tak menyusahkan emak ke. Kesian mak dengan Nuri sibuk pula dengan hal Sarah.”

“Tak adalah..Sarah dah emak anggap macam anak perempuan emak. Jadi mak kenalah buat.. mak tak kisah, dapat juga mak berjalan kat Nilai 3 tu kalau tidak mak hanya dengar namanya sahaja, lagi pun mak bukan beli bunga telur ni saja. Emak ada juga beli barang-barang emak.”

“Ni mak nak gubah barang hantaran lagi, kesian mak”.Sayu pandangan mata Sarah tertuju pada bekas emak mertuanya.Hatinya sudah menangis menerima kebaikkan puan NorIza.Menangis kesyukuran kerana disayangi.

“ Kalau dah ada barang nya macam ni senang aja mak buat, tapi taklah canggih macam orang yang professional yang buat. Lipat-lipat lebih kurang saja lah Sarah”.


“Ini pun dah cukup berterima kasihlah mak, emak tolong buatkan”. Sambil Sarah memeluk bekas emak mertuanya. Dia menangis dibahu NorIza.Tangisnya mesti dilepaskan kerana hatinya sudah banjir dengan air mata. Mizan hanya memandang isterinya yang dalam emosi sedeh. Ketika itu hanya puan NorIza dan Imah sahaja yang ada dirumah. Kerana Nuri dan Syukri bekerja. Setelah reda tangisanya, Sarah berkata lagi…


“Mak!!Sekarang Sarah rasa Sarah kaya sangat. Mana ada orang yang memiliki tiga emak. Sarah ada mak..Sarah merasakan tiga-tiga mak Sarah sayang Sarah mak”.

“Wahh memang kaya kamu Sarah sampai tiga mak kamu”.

“Ialah mak.. Sarah ada dua mak angkat, sorang mak mertua. Sejak abang Mizan masuk dalam hidup Sarah. Sarah dapat semua yang Sarah nak, Sarah dah ada dua anak, dua mak angkat  emak dan ayah mertua, kakak dan adik ipar, adik angkat dan abang angkat. Kaya Sarah kan mak”.Didalam hatinya bergema ucapan terima kasih pada sang suami yang sedang memandangnya dan makin membuak rasa kasih kepadanya.

Yang sebenarnya rasa kasihnya sudah melimpah untuk suaminya. Walaupun pada mula pernikahannya dengan Mizan Khir tidak disertai dengan sebarang rasa, namun kini dia merasakan bertimbun kasihnya untuk sang suami. Tidak disedari bilakah rasa kasih itu bercambah dalam hatinya.Tiba-tiba dia merasa bahagia bila disisi suaminya.

“Itulah Sarah… bahagia ni kita yang cari, kalau kita memohon pada Allah dengan ikhlas In Syaa Allah lambat laun Allah akan bagi. Kan kita semua menyakini Allah itu Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Esok kita bertolak dari mana Sarah Mizan?”

“Macam mana bang. Cara kita nak bertolak esok”.Sarah duduk semula disisi suaminya. Air matanya  sudah kering. Air mata terharu campur bahagia dan gembira.

“Barang-barang saya dan Sarah ni biar saja kat sini, rasanya elok kalau kita bertolak dari sini kan mak.Mana kereta yang nak ikut berkumpul kat sini. Saya dan Sarah juga akan datang sini dulu.”.

“Suka hati kamulah mana yang senang”.

Dihari majlis..mereka menaiki tiga buah kereta. Syukri suamiisteri bersama anak-anak emak dan adik bungsunya Imah. Kererta Nuri pula diisi oleh Kak Ton serta anak-anaknya dan along anak kak Ton yang  tua jadi pemandunya. Dan sebuah lagi kereta adalah pekerja Syukri. Mereka juga mengenali Sarah seorang lagi pekerja Syukri membawa isteri dan seorang anak kecil. Mereka bertolak ke Melaka mengekori kereta NISSAN ALMEERA kepunyaan Mizan yang menjadi petunjuk arah.

Rombongan dari pehak pengantin perempuan duduk dirumah Mak angkat Sarah Puan Siti Nur Bahiyah.Disitu jugalah Sarah dan Mizan Khir disolek dan dipakaikan dengan pakaian pengantin. Sungguh cantik Sarah dimata Nuri, wajahnya jadi berubah bila disolek oleh mak andam yang berpengalaman. Kemudian dia diarak kerumah pengantin lelaki. Barang-barang hantaran sudah diletakkan dihadapan pelamin. Nampak cantik gubahan puan NorIza.Manakala rombongan pengantin perempuan hanya membawa bunga pahar sahaja. Dua bekas bunga pahar itu adalah hadiah dari puan Noriza. Bunga telurnya dibeli diNILAI 3.

Hari bahagia Sarah sudah pun berlansung dengan lancar dan meriah. Semua orang maklum Haji Marzuki ramai kenalanya. Dia merupakan penduduk tetap kampong  Paya Rumput jadi ramailah saudara mara dan kenalan Haji Marzuki.


Hari yang berlalu tidak disedari, kini sudah hampir setahun majlis sanding Sarah dan Mizan. Bulan Ramadhan yang penuh barakah tiba lagi.Tekun semua umat Islam menjalani ibadah puasa disiang hari. Malamnya pula untuk mencari lebih pahala mereka  melakukan solat sunat Terawikh.Terasa laju sahaja Ramadhan berlalu pergi kini Syawal menunggu dihujung Ramadhan. Syawal yang bakal tiba seminggu lagi, dinanti dengan hati yang gembira.Kebiasaan Nuri dan Syukri tidak berubah. Yang berubah mungkin usia dan sedikit pada wajahnya. Anak-anak mereka  semakin membesar. Kini anaknya Abdul Wafi sudah menginjak usia lima tahun akan ke tadika tahun hadapan. Nuha Syuhadah 3 tahun 8 bulan manakala Abdul Hadi sudah berusia 2tahun  9bulan. Bila memandang anaknya yang kecil sudah pandai berdikari timbul keinginan Syukri untuk mempunyai anak kecil lagi.


“tahun ni bila Nuri mula cuti raya”.


“Sehari sebelum raya bang. Tapi kalau kita balik hari tu mungkin jalan sesak. Lambatlah nampaknya kita sampai kampung. Kalau kita balik pagi raya mungkin jalan dah lancar. Tapi tak dapatlah Nuri nak tolong masak untuk raya, kesian pula mak kan bang.”

“Masa tu Nuri balik pukul berapa?. Apa kata kita siap-siap dulu. Nuri balik kerja saja terus kita balik nak?”.


“Nuri kesian kat abang. Kalau balik dari kerja Nuri rasa penat, dalam kereta nanti Nuri tertidur.Kesian abang memandu sorang-sorang, dengan mengadap jem lagi nanti abang bosan”.

“Tak apa..abang ni janji ada orang kat sebelah abang,  abang kira dah ada kawan. Lagi pun balik raya ni rasa gembira tu lain macam.. memang abang tak rasa letih pun kalau memandu”.

“Tenguklah nanti kalau boleh balik cepat Nuri ushakan balik cepat sikit.Tapi kalau boleh hari tu abang janganlah buka bengkel lagi. Abang tidur cukup-cukup, nanti taklah mengatuk masa memandu.”

“Ok”..

Seperti hari raya yang lepas hari raya tahun itu juga meriah bagi seluruh keluarga NorIza.Tetapi dua orang anak  NorIza tidak pulang. Mereka memenuhi giliran dirumah mentua mereka pula. Walau pun ada rasa terkilan dihati Nuri dan Syukri kerana tidak dapat melihat ahli keluarga baru mereka yaitu anak Hassan  dan anak NurAmisha yang baru lahir tahun itu. Mereka berdua dikhabarkan mendapat anak perempuan.

“Hassan dan Misa tak balik tahun ni Nuri. Tahun ni giliran mereka beraya kat rumah mentua mereka. Raya haji nanti kalau kamu nak jumpa dia balik lah”.Terang  NorIza kepada menantu yang baru sampai.


“Ohh ingatkan nak tenguk baby diaorang. Kalau macam tu In Syaa Allah mak, raya haji nanti kalau ada cuti  Nuri balik. Sekarang ni kat tempat kerja Nuri tu dah ada dua orang bukan Islam, jadi senang sikit kalau nak minta cuti raya mak”.


“Ohh macam tu. Ialah tahun lepas kan Nuri cuti, tahun ni pun Nuri dapat cuti lagi mak bersyukur sangat. Ni Alhamdullilah Nuri balik kalau tak, mak raya dengan keluarga along dan Imah sajalah nampaknya”.


“Tapi tahun ni kuranglah anak dan cucu emak”.

“Tak apalah..tahun depan kan ada lagi. Lagi pun kita ni tak boleh lah nak pentingkan diri kita sendiri saja. Emak ayah diorag pun macam emak juga nak berkumpul ramai-ramai dengan anak cucu masa raya ni”. Noriza sememangnya seorang yang bertimbang rasa. Dia baik dengan kesemua besan-besannya.

Pada  NorIza jika dia bersikap baik pada besanya, tentulah besanya akan melayan dengan baik anaknya. Itu yang ada dihati puan NorIza, agar anaknya selesa dia rumah mertua, jika dia dilayan baik oleh keluarga mertuanya.

Yang sebetulnya NorIza tidak pernah kesaorangan bila hari raya menjelma. Ada sahaja anak menantu yang pulang untuk menolongnya memasak juadah hari raya. Ada sahaja seorang dua anak menantu yang menemaninya dihari bahagia. Padanya itu pun sudah memadaikan. Bukan dia yang memaksa anak atau pun memantu pulang untuk membantunya, tetapi bantuan mereka dengan rela hati mereka sendiri. Bantuan mereka kerana rasa kasih sayang yang sememangnya lahir dari hati untuk emak yang disayangi. Tidak pula pada  Siti Khadijah. Tiada seorang pun anak atau menantunya yang pulang awal untuk membantunya.  Anak dan menantunya pulang ketika semua makanan sudah siap dimasak..

           

2 comments:

  1. Alahai mak teh, bestnya.. nak tau sangat cara macamana si syukri nak top up balik kasih dan perhatiannya yang telah terlanjur hilang buat nuri dulu. Makin kukuhkah ikatan kesetiaan ikatan mereka atau suam-suam kuku aje. Tak sabar juda nak juga tau kasih siapalah yang tak tau bila bermula tu. Heheheh

    ReplyDelete
  2. Ksih yg bermula tu kasih Srah dan Mizan sikit..nanti akan ada stu lagi ksih yg bermula tpi kasih orng tua..tak apa ke.. mak teh crita tntang kasih orang tua agaknya tak rasa gatal ke klu orang tua mencari kasih... tpi agak lama skit nak jumpa heronya yg bnyak sikit critanya dari crita tntang Muaz, Syukri ataupun Mizan..

    ReplyDelete