~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 12 May 2015

Nur Hidayah 59



Dapat sikit sangat tapi post juga kalau tunggu nanti lama sangat pula mak teh hilang menyepi. Mungkin juga akan berubah sedikit kalau mak teh sambung lagi..tapi kalau tak sempat inilah akhiran nya cerita Nur Hidayah ni. Dia akan bernikah dengan doktor Johan dan hidup bahagia..



            Bila agaknya nak jumpa ye..saya ni kerja syift jadi Sabtu dan Ahad bukan waktu cuti saya.” Doktor Johan cuba melayani permintaan nenek bakal isterinya. Kalau nak anaknya kena pikat orang tuanya dulu.

“Kalau macam tu lagi senang kita jumpa masa orang bekerja.Nanti saya SMS alamat rumah.. doktor datang terus kerumah saya ni boleh ye”.

“In Syaa Allah..boleh”.

Dengan persetujuan itu tiga hari kemudian Johan Hamdi mendatangi Tengku Faridah dirumahnya. Kagum dia melihat kemewahan rumah kediaman Tengku Faizal. Tapi apa nak dihairankan kediaman tuan punya Hotel yang gah diMalaysia tentulah mewah. Ringan juga mulutnya memuji..

“Besarnya rumah puan. Beli tahun berapa ni”.

“Ini rumah pusaka, arwah bapa mertua saya yang punya, sebab dato’ anak tunggal dia lah mewarisinya.. Dulu kawasan ni tak ada siapa nak duduk doctor, kata orang tu tempat Jin bertendang. Dulu masa saya baru duduk sini kirikanan hanya dua tiga biji rumah sahaja yang berpenghuni..tapi sekarang jangan sebut berduyun-duyun orang nak, sampai tak kira berapa kita letak harga diaorang pun masih nak juga”. Emm peramah juga Tengku Faridah ni..bisik hati doctor Johan.

“Betul tu puan kawasan stratijik yang baik macam kawasan ni siapa yang tak nak, semuanya senang, banyak kemudahan kat sini. Dulu orang tak Nampak kebaikan kawasan itu yang orang tak ambil kisah, lagi pun dulu tak kemudahan awam jadi  Kuala Lumpur itu rasa jauh itu sebabnya yang orang tak mahu duduk sini kan.”.

“Dahlah .. jom kita minum bibik dah siapkan minuman. Doktor dah minum ke”.

“Orang bujang minum bila sempat..kalau jumpa gerai barulah minum puan”..Tidak susah mengajak Johan Hamdi, dia terus sahaja bangun dengan sekali ajak  sahaja. Ialah apa sampai hendak dirayu rayu suruh makan..dah kata rezeki jangan ditolak. (Tak masuk dalam cerita mak teh tak suka kalau mengajak orang makan dirumah kita sampai berkali-kali. 10 x ajak baru nak bangun kemeja hidangan..anda macam mana).

Banyak juga hidangan yang terhidang dimeja makan. Pulut kukus, tauhu sumbat dan lempeng dicicah dengan serunding kelapa.

“Banyak puan masak untuk sambut saya datang ke…perasan pula saya”.

“Tak adanya perasan.  Tapi saya ni sejak dapat cucu menantu yang pandai masak, semuanya teringin. Ditambah ada teman nak makan sama-sama terus teringat, bila dah teringat, itu yang minta bibik buatkan. Lempeng ni cucu menantu  yang ajar..cicah dengan kuah lemak atau kari semalam sedap doktor, tapi hari saya makan cicah dengan serunding kelapa sahaja..rasalah”.Sambil menghulur semangguk serunding kepada doktor Johan mulutnya juga tidak berhenti bercerita.


“…Jangan terkejut pula yang ini serunding kelapa yang dah digaul dengan udang kering itu pun cucu menantu saya yang ajar. Biasanya kita makan serunding daging kan.”Sambil makan mereka berbual-bual.Tengku Faridah ramah orangnya dimata Johan Hamdi. Tetapi… entahlah kata orang tak kenal maka tak cinta..lagi pun kita tidak dapat mengukur dari pertemuan pertama. Betul ke begitu. Sedang bercinta bertahun-tahun masih tidak mengenali pasangan cintanya, inikan pula baru jumpa sekali.
(resepi serunding kelapa orang Jawa. Kelapa parut dicampur ala-ala atau udang kering atau daging. Untuk nasi ambang serunding ini satu kemestian kalau tak ada, tak ada keistimewaan pada rasa nasi ambeng http://resepicikguani.blogspot.com/2012/09/serunding-kelapa.html).


“Doctor. makanlah..makan kenyang-kenyang ye, saya nak ajak Dr.  berjalan hari.. boleh”. Ehh ni satu rasuah ke, dah di suruh kita makan lepas tu dia ajak berjalan. Jalah ketempat yang betul ke ketempat yang salah… hssy jangan buruk sangka tak baik, nanti tak memasal dapat dosa kering. Ingat hati doctor Johan

“Boleh..ehh tapi dato’ tahu tak puan nak jalan dengan saya ni “.Timbul satu idea di kepala doctor Johan untuk menolak ajakkan Tengku Faridah.

“Dah dua tiga kali dah saya cerita dengan dato’ hasrat hati saya ni. Kenapa dr. Johan takut mata lebam ke? Tak usah takut dengan dato’ tu, dia tak kuat mana pun, tenaga orang tua kuat manalah kan...makan ye.” Diakhir kenyataan ada tawa yang keluar dari bibir tua Tengku Faridah. Kelakar juga orang yang bernama Tengku Faridah bisik hati Doktor Johan. Tapi rasa bimbang tetap ada, biar pun nampak ramah dan kelakar namun..Ahh pandai Tengku Faridah ni dah diumpanya kita makan banyak-banyak nak dibawanya kita entah kemana..hati doctor Johan berteka teki.

Selesai makan manakala Tengku Faridah sudah pun bersiap, doktor Johan tak terkata bila Tengku Faridah beria mengajaknya. Cecah sahaja punggung di kerusi kereta Tengku Faridah mula berkenalah dengan bakal cucu menantu lelakinya.

“Nenek nak panggil apa kamu ni Johan ke Hamdi..atok kata nama kamu Johan Hamdi kan”.


 “Panggilah apa-apa yang puan nak panggil ..tapi biasanya orang panggil saya Johan. Dulu masa saya kecil ayah kata dia namakan saya Johan sebab dia nak supaya saya sentiasa menjadi PENDAHULU dari semua peserta.” Ada senyum segaris dibibir doctor Johan  bila mengenang zaman kecilnya.. zaman dia dan ayahnya yang bahagia.

 Dia mengikuti sahaja apa kehendak nenek bakal isterinya. Mereka kepusat Bandar rupanya. Yang sebenarnya Tengku Faridah mahu merelisasikan impiannya. Dia mahu menjadi nenek pengantin yang sibuk membuat persiapan untuk hari bahagia cucunya. Dia ke butik ANGGUN  yang biasa dikunjunginya. Dia mahu mencari baju ahli keluarganya dan baju bakal pengantin dihari pernikahan Nur Hidayah dan Johan Hamdi nanti.. Tengku Faridah dan Johan Hamdi dialu-alukan oleh pekerja butik ANGGUN.


“Masuk..datin masuk..tenguk-tenguklah dulu kemudian pilih.” Tengku Faridah melihat-lihat baju yang bergantungan dirak baju untuk wanita. Johan Hamdi hanya mengekori macam body guard lagaknya pun ada.


“Johan kamu suka warna apa?”.


“Saya tak kisah semua warna saya suka”.


“Kalau Hidayah suka hijau lumut dan coklat”.


“Dia cakap ke dia suka warna tu ke datin..”. Bila mendegar pekerja butik Anggun memanggil Tengku Faridah datin terus sahaja dia membetulkan panggilannya.


“Tak lah, nenek tenguk baju dia banyak warna tu..dulu ada sekali kami pilih baju hanya warna-warna tu juga yang menjadi pilihannya. Jadi nenek berandaian Hidayah suka warna tu”.


“Oh..ni datin nak beli untuk siapa”.


“Nenek dulukan untuk kamu berdua dulu..kita beli baju kurung untuk Hidayah dan kamu pilih kemeja batik biar sedondon..kan cantik ..nampak sehati sejiwa kita dengan pasagan kita. Baju ni nenek nak buat hantaran masa majlis kamu nanti”.


“Nak berhantaran juga ke datin”.


“Buatlah untuk kenangan. Walaupun kenangan itu tak sehebat kenangan pernikahan kali pertama Johan pun tak apa. Nenek nak Hidayah ada kenangan yang indah ketika dia diraikan kerana  menjadi isteri Johan”.  


“Ialah datin saya ni ikut sahaja mana yang elok”. Kemudian mereka ke rak baju Melayu pula. Tidak lama mereka berasa dirak baju melihat-lihat, keluar tuan punya butik. Mereka ditunjukkan kebahagian baju yang lebih istimewa. Di bahagian itu Tengku Faridah menyuruh doctor Johan memilih untuk baju pernikahanya pula.


“Pilih warna lembut ye. Ni untuk baju nikah” Akhirnya Johan Hamdi memilih warna putih susu untuk hari bersejarahnya. Setelah mendapat persetujuan dari Johan Hamdi, sepasang baju kurung batik Terengganu  dan sehelai baju kemeja lengan panjang, menjadi pilihan Tengku Faridah. Kedua-duanya berwarna coklat coco siap berbungkus dalam kotak hadiah. Kata doctor Johan..


“Puan boleh tak baju-baju ni bungkus dalam kotak supaya tak ditenguk dek orang”..


“Boleh..Tapi baju melayu dan baju kurung ni untuk dipakai masa akad nikah tak payah bungkus ye. Ini hadiah dari nenek ye..sekarang jom kita pergi tempah baju bersanding pula..mereka ke butik pengantin pula. Sambil berjalan mereka berbual dan Tengku Faridah membuka ceritanya.


“Nenek bukan tak mahu ajak Hidayah, tapi Hidayah ni penjimat orangnya. Bukan sekali nenek ajak tapi dia tak pernah nak bawa nenek ni berjalan. Dia kata dia tak mahu nenek berhabis untuk dia nanti membazir. Mungkin masa kecil hidupnya susah dia jadi macam tu. Dia kata buat yang wajib sahaja dah memadai, dia pun ada cakap dengan atuk dia nak nikah kat pejabat khadi sahaja. Dia nak baca doa selamat dengan kita-kita sahaja  tak payah jemput orang. Kita-kita Johan tahu siapa tak?”


“Tak tahu datin”.


 “Panggail lah nenek.. Johan kan dah nak nikah dengan cucu nenek baju nikah pun dah beli dah. Kita-kita tu keluarga abangnya Tengku Farid berserta datuk dan nenek cucu menantu nenek. Tapi nenek rasa macam tak wajar sahaja..Kita jemput orang ajak makan niatkah kita nak bersedekah. Kemudian kalau pakai cantik-cantik dan jemput orang bukan nak bermegah-mengah. Niatkan lah tujuan kita hanya nak menghebahkan pernikahan kita. Pakai cantik untuk menyerikan diri, supaya orang nampak kita gembira melaksanakan sunah Nabi yang mewajibkan setiap umatnya bernikah kalau ada kemampuan. Betul tak Johan”.


“Betullah tu.”


“Johan nak tahu Hidayah ni kuat kerja. Nak suruh dia cuti pun susah sangat..dia lebih suka kerja tolong atuk dan abangnya. Nak ajak hari Sabtu pula atuk kata biarlah dia rehat..sebab kalau dia kerja memang dia kerja bertungkus lumus. Hari Ahad nya pula dia belajar mengaji dengan nenek isteri Farid”.


“Ohh sibuk nya Hidayah ni”.


“Memang sibuk sebab dia kata dia tak suka buang masa..dia tu bukan tak pandai mengaji. Dulu selalu juga nenek dengar dia mengaji sedap suaranya. Tapi masih nak belajar lagi, dia nak mengaji dengan taranum sekali katanya. Johan nak tahu dia lancar Yassin. Nenek tahu dari cerita arwah papanya Tengku Faris. Nenek kesian dengar cerita kehiudupan Hidayah masa kecilnya.. dia dah duduk sorang kat rumah arwah nenenya dulu. Kata arwah papanya dari umurnya 15 tahun lagi dia dah duduk sorang.  Masa tu neneknya dah meninggal dan mamanya pula kerja kat Arab..sebab takut duduk rumah besar sorang sorang dia baca Yassin sampai lancar...kesian kan Johan”.


“Nek memang Hidayah hidup susah ke masa kecilnya”.








1 comment: