~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 30 September 2012

Bab17. Tidak terkikis kesal dihati




Kusangka ribut di tepi laut,
Bila ombak menghempas pantai,

Kusangka tuan siberas pulut,
Bila ditanak nasi berderai.


           Entah dimana silapnya, kehidupan rumah tangga Loqman yang baru dibina bersama Liza dari sehari kesehari semakin terasa hambar. Makin dicari manisnya semakin tawar pula rasanya. Kehangatan bahagia yang dikecapi bagai tidak dapat bertahan lama. Kini Loqman tercari-cari..mencari rasa bahagia yang begitu dirasai dulu. Dulu sebelum mereka terikat dia merasa amat bahagia sekali  jika bersama Liza. Mengapa sekarang bahagia itu semakin menghilang..mungkinkah bahagia yang dicarinya terselit-selit celah kehidupannya yang sentiasa sibuk. Loqman juga mencari keserasian yang dulu begitu rapat mendakap tetapi kini terasa sudah longgar bersama hambarnya rasa. Mengapa rasa hatinya semakin hari semakin berubah. Hari demi hari hati Loqman mula meneliti...dan beza membeza...

           Setelah hidup sebumbung barulah Loqman dapat mengenali hati budi Liza. Sedikit-sedikit sudah tersingkap peribadi Liza yang sebenarnya. Kalau dulu bolehlah dia berselindung dibalik wajahnya yang cantik, senyumanya yang manis dan tingkahnya yang lemah lembut dan manja tapi kini tidak lagi. Senyuman manisnya hanya akan terpamir jika dia menginginkan sesuatu sahaja. Walaupun ramai kawan sekerjanya mengatakan dia beruntung mendapat isteri yang lemah lembut, cantik dan murah senyum. Bagi Loqman itu semuanya palsu dan pura-pura sahaja. Mengapa hari demi hari hatinya seolah-olah ingin memberontak dengan  rasa tertipu.

           Liza tidaklah seperti yang dilihat pada zahirnya. Jika dilihat pada zahirnya Liza seorang yang lemah lembut, penyayang dan penuh dengan ciri-ciri kewanitaan dambaan lelaki. Mana tidaknya wajah yang sentiasa tersenyum jarang memperlihatkan sikap panas baran yang dimilikinya. Ramai orang memperkatakan senyuman Liza semanis senyuman Maya Karen. Wajahnya juga ada iras-iras pelakon itu. Dulu semasa mereka masih berkawan Loqman sering membayangkan Liza seorang wanita yang sempurna. Rajin dengan  kerja rumah tangga, kerana itulah yang selalu diceritakan oleh Liza kepadanya.  Tetapi setelah serumah tangga, peribadi  Liza bukan wanita yang sebegitu. Kenyataanya jauh berbeza umpama langit dan bumi. Kini sudah ada terselit sedikit rasa terpedaya dan tertipu dihati Loqman. Walau bagaimana pun Loqman berusha agar dirinya dapat menerima takdir yang diuntukkan kepada nya dengan rela.

           Ketidak puasan hati Loqman hanya dipendamkan dalam hatinya sahaja. Dia sedaya-upaya mahu rumahtangganya harmoni seperti rumah tangga orang lain. Dia ingin menerima Liza seadanya.Tetapi  kadang-kadang rasa itu menonjol keluar juga.  Benteng kesabarannya runtuh kerana sikap Liza itu sendiri.  Mereka sering bertelingkah kerana perbezaan cara kehidupan mereka setiap hari. Ditambah dengan sikap cemburu Liza yang menyebabkan Loqman sering teringat pada Amirah. Ini juga berpunca Liza sendiri. Hampir setiap kali mereka bertegang urat, Liza akan menyebut nama Amirah, seolah-olah ketidak harmonian rumah tangga mereka berpunca dari Amirah. Sedangkan Amirah tidak pernah muncul pada zahirnya diantara mereka. Mengapa jadi begitu agaknya..

           Setelah bernikah untuk kali kedua Loqman merasakan kedai makan, gerai atau restoran sudah seumpama dapur rumah mereka. Tidak kiralah sarapan pagi, makan tengahari itu sudah semestinyalah kerana mereka berdua bekerja, makan malamnya juga mereka akan makan di kedai makan. Pada selera Loqman sudah tidak terasa lagi kelazatan rasa makanan disitu.  Pada hari-hari bekerja Loqman masih boleh juga bertolak ansur, kerana kasihan melihat isterinya yang kepenatan pulang dari bekerja, kemudian akan terburu-buru pula kedapur menyiapkan makan malam mereka. Tetapi hari Sabtu dan Ahad juga Liza akan mengajaknya makan di luar. Lama kelamaan Loqman begitu jemu melihat lauk pauk yang dipamer di gerai-gerai makan maupun restoran. Sesekali tekaknya ingin juga merasa masakkan isterinya. Seingatan Loqman sejak mereka bernikah, boleh dikira dengan jari Liza memasak makanan dirumah..  Liza menggunakkan dapur dirumah mereka hanya untuk memasak air sahaja. Itupun jika dia dipaksa membuatkanya minum sebagai alas perut sementara sampai ketempat kerja. Atau dihari cuti jika mereka bangun hingga hampir tengahhari sedangkan perut sudah berkeroncong minta diisi. Kini Loqman sering tertinggal solat subuhnya jika hari cuti. Kerana bila dia terlajak Liza apatah lagi. Tidur hingga meninggi hari telah menjadi satu kebiasaan bagi Loqman kini.

            Loqman tahu didalam peti sejuknya tidak ada apa-apa barang yang boleh dimasak. Ketika ditempat kerjanya lagi dia sudah terbayang telur mata kerbau, kicap pekat manis cap kipas udang, dimakan bersama nasi panas. Itulah hidangan makan malam yang paling  ringkas disediakan oleh Amirah suatu ketika dahulu, ketika dia masih menjadi suaminya. Ahh melintas pula keinginanya itu didalam kepalanya. Hari itu dia bercadang untuk membeli sedikit barang-barang dapur di supermarket yang paling hampir dengan tempat kediaman mereka. Dia ingin mula makan dirumah, mencari kelaziman dulu sewaktu Amirah menjadi surihatinya.

           Bagi Loqman jika Liza inginkan bantuannya membuat kerja-kerja dapur dia tidak keberatan membantu. Sewaktu dia dirumah mamanya juga dia membantu mamanya mengopek bawang atau menyiang sayur. Semasa bersama Amirah dulu dia juga sering membantu Amirah. Didapurlah tempat mereka bergurau senda berbual-bual kisah kerja dan bercerita-tentang  keluarga mereka atau bercerita semasa mereka kecil...seronok dia membayangkan hidupnya bersama Amirah dulu. Ahh..mengapa Amirah singgah dalam kenangannya pula. Loqman cuba menepis kenangan bahagia bersama  bekas isterinya.

“Liza kita masak hari ni ye..abang teringinlah nak makan kat rumah..dah jemu betul rasanya abang makan lauk kat kedai…jomlah kita pergi supermarket Giant kat bangunan AMCOB, cari barang-barang yang nak kita masak.” Loqman meluahkan keinginanya pada satu hari cuti.

“supermarket lain tak ada ke?”

“Hari dah tengahhari ni..kat Giant tu kan senang, semua barang ada..tak payah lah nak pergi tempat lain tercari-cari”.

 “Abang ni pergi AMCOB adalah tu, entah-entah dalam hati ada niat nak terjumpa dengan Amirah tak.” Dengan satu jelingan dan senyuman sinis Liza bagai mengejek suaminya.

“Liza ni kenapa…kalau tak sebut nama dia boleh tak.” dengan dahi berkerut Loqman memandang isterinya, bila terasa seakan isterinya menyindirnya. Hatinya mula terasa panas dengan tingkah isterinya, tetapi ditahan demi untuk menjayakan apa yang diingini.

           Dalam keadaan tenang dan jernih, Liza mengungkit nama Amirah. Tadi benaknya baru sahaja singgah kenangan bersama Amirah. Kini Liza menambahnya lagi, makin jelas bayangan Amirah dimindanya. Sebenarnya Loqman sudah bersungguh-sungguh cuba melupakan Amirah. Walau pun sering kali mimpi malamnya dia bahagia bersama Amirah. Tetapi ketika itu dia tidak sedar, jika dia sedar dia akan berusaha bersungguh-sungguh membuang bayangan bekas isterinya sejauh mungkin, agar tidak mengingatinya...kerana padanya sekarang ini dia sudah ada penghidupan baru. Kesal tetap ada dan perasaan itu sesekali menyesup masuk  kehatinya namun cuba  ditepisnya dengan sedaya yang mungkin. Loqman sedar segalanya telah terlanjur, nasi sudah menjadi bubur dia akan cuba mengatasinya.

“Liza tahu..abang masih ada hati dengan dia..jangan nak bohonglah bang.” tambah Liza lagi tidak mahu memadamkan perkara yang sudah cuba ditepis oleh suaminya.

           Sebenarnya Liza cuba mencukil isi hati suaminya. Setiap kali jika dia cuba mendalami sanubari suaminya tentang bekas isterinya, suaminya akan mendiamkan diri. Ingin sekali Liza mendengar pengakuan suaminya atau sumpah suaminya yang dia telah 100% melupakan bekas isterinya itu. Sudah tidak ada lagi walau satu huruf pun  nama itu dalam hati suaminya. Penafian sangat penting pada dirinya, untuk memadamkan api cemburu yang sentiasa membakarnya. Perasan cemburu Liza menjadi-jadi apabila telah beberapa kali Loqman menyebut nama Amirah dalam tidurnya. Walaupun dia tahu suaminya menyebut nama itu diluar kesedaranya. Tetapi dia tetap bimbang nama itu akan menggugat kedudukanya kelak. Loqman tidak tahu sekarang ini Liza bagaikan takut dengan bayangan dirinya sendiri. Pada Liza jika sudah tersebut didalam mimpi tentulah ingatan suaminya masih tetap utuh terhadap bekas isterinya. Itu yang dibimbangkan. Dia tahu kekurangan dirinya jika dibandingkan dengan bekas isteri suaminya. Liza tidak mahu dirinya disaingi walaupun hanya didalam mimpi.

            Bagi Loqman pula jika  sudah dinafikan, Liza masih juga berkeras mengatakan ‘ia’ jika dilayan tambah menjadi lagi rasa cemburu Liza. Pertengkaran dan seterusnya perang dingin mereka akan berpanjangan. Loqman tidak tahan dan perasaan sering terdera dengan sikap dan kerenah Liza. Bila mereka bertengkar kerana Amirah, Liza akan membiarkan dirinya sendirian. Dia juga akan tidur dibilik yang berasingan. Itu tanda protesnya. Mereka tidak bertegur sapa hingga beberapa hari walaupun mereka tinggal serumah. Seringkali Loqman terpaksa merendahkan egonya dan menyapa isterinya terlebih dahulu, tetapi seringkali juga sapaanya tidak mendapat tindakbalas. Pada Liza dia ingin suaminya memujuk rajuknya. Dia ingin merasa dirinya begitu bermakna dan didambakan oleh suaminya, tetapi seringkali pujukkan suaminya tidak menepati cita rasanya dan pujukkan suaminya tidak dapat mencairkan rasa cemburunya.

           Bila segala tidakkan tidak seiringan tampa sedar Loqman mula membandingkan Liza dan Amirah. Kini  bayangan Amirah makin selalu terlayar di pelipis matanya. Rindunya juga makin memercik walau pun belum lagi membakar jiwa dan sukmanya. Dia mengharapkan Liza dapat membantunya melupakan Amirah. Tapi jika Liza sudah sering mengungkit nama Amirah bagaimanakan dia dapat memadam nama itu dari hati dan mindanya.

           Telalu banyak perbezaan antara Amirah dan Liza yang sering berlegar di kepala Loqman. Jika di buat perbandingan antara mereka berdua mahu berkajang-kajang kertas pun mungkin tak habis. Tetapi jika Loqman bersendirian dia mula membandingkan dua orang wanita pernah menjadi dan sedang menjadi isterinya. Walaupun kelihatan pada zahirnya Liza seorang yang lemah lembut tetapi dia bukan seorang yang pemaaf. Liza juga sebenarnya seorang yang keras kepala, dia tidak akan menerima pendapat orang lain. Ditambah pula dia seorang yang manja, kata-katanya mesti dituruti jika tidak dia akan memberontak dan merajuk seperti budak kecil.

           Pada Loqman sungguh susah menangani tingkah laku Liza kerana dirinya lebih kurang seperti itu juga. Tidak seperti Amirah dia seorang yang cepat memaafkan, dengan hanya sedikit pujukkan sahaja hatinya sudah lembut dan mengalah. Walaupun jika di pandang dari mata kasar dia kelihatan tegas dan keras. Wajahnya kelihatan selamba dan jarang tersenyum jika orang tidak mengenalinya akan mengatakan dia seorang yang sombong.  Berfikiran terbuka, mudah bertolak ansur dan berdikari.

           Liza juga bukan seorang yang ringan tulang, pakainya sendiri pun akan dihantar kedobi. Loqman pernah menegur sikap Liza. Ketika itu Liza sedang memasukkan pakaian kotornya kedalam bag plastik untuk dibawa kekedai dobi..

“Liza..cubalah basuh sendiri baju tu..kalau kita basuh baju tu setiap kali kita balik kerja tentu tak banyak, hanya beberapa helai sahaja. Kita pakai bukannya kotor..tak payah nak sental kuat sangat hilangkan bau peluh dengan sabun mandi pun dah bersih”. Loqman mengambil pengajaran dari sikap Amirah..setiap kali pulang dari kerja ketika dia mandi dia akan mencuci pakaiannya dan pakaian suaminya sekali.

 “ Liza penatlah bang...bang kita nikan kerja buat apa nak susahkan badan, ada duit hulur saja kat kedai dobi tu baru berapa ringgit siap basuh siap gosok lagi.”

“Takkan yang kecik-kecik ni pun nak hantar dobi..Liza tak malu ke orang tengok.” (Yang kecik-kecik merujuk kepada baju dalam dan seluar dalam).

“apa salahnya bukan kita tak bagi dia duit..dia lagi suka kecik macam ni pun dia kira sehelai baju.”

“itulah yang kita rugi..kecik macam ni bukan susah nak basuh sambil mandi pun boleh cuci.”

“Kalau abang rajin abang cuci lah sendiri..Liza malas nak pegang sabun cuci kain.. kasar nanti tangan ni.” bentak Liza suaranya sudah meninggi. Itulah Liza ada-ada sahaja alasan bila disuruh membuat kerja walaupun kecil dan mudah. Dia juga tidak pandai menghormati suami jika dirumah suaranya jarang lembut dan manja. Pantang ditegur sedikit, suaranya tinggi naik satu oktah. Sebenarnya jika ditempat kerja berkata-kata dengan orang lain suara Liza lembut dan manja memikat orang yang mendengarnya.

            Liza juga seorang yang boros dan berkira. Segala keperluan dan makan luarnya ditanggung sepenuhnya oleh suaminya. Dia tidak akan sekali-kali mengeluarkan duitnya untuk keperluan diri dan rumah tangga. Bagi Liza dirinya adalah tanggunagan suaminya. Duit gajinya hanya diperuntukkan untuk kecantikkan dirinya sahaja. Membeli alat kecantikkan, kesalun dan spa yang wajib dikunjunginya hampir setiap bulan. Pernah sekali Loqman mengikuti Liza berbelanja untuk keperluan dirinya. Dia terkejut melihat harga kosmatik yang dibeli oleh isterinya hanya dua tiga jenis barang yang sebesar jari kelingking sahaja harganya menyamai belanja barangan dapur untuk sebulan ketika dia bersama Amirah dulu. Baru diketahui sungguh mahal alat solek yang digunakan oleh isterinya. Bajunya juga dibeli dari butik-butik sekitar Kuala Lumpur. Sebenarnya Liza seorang yang mementingkan kecantikkan dan penampilan diri, berperasan dirinya cantik dan juga suka dipuji.

           Satu lagi perangai lagi Liza yang tidak boleh dikesan oleh orang yang tidak rapat dengannya ialah sikap panas baran, kuat cemburu dan berperangai tidak matang, tidak sematang usianya yang sudah menjangkau 27 tahun. Dua tahun lebih tua dari Loqman suaminya. Jika sesekali Loqman memerlukan pertolongan dari segi kewangan Liza tidak akan menghulur atau membantu. Dia lebih rela mencadangkan suaminya meminjam dari rakan-rakan. Pada Liza meminjam kalau suami isteri tidak akan dapat pulangannya. Loqman sering mengeluh dengan sikap Liza yang berkira denganya, walaupun mereka suami isteri. Terasa sudah terlalu padat segala keluahan ditelan dalam sanubarinya. Tetapi apalah guna kesalan segalanya sudah ditakdirkan. Liza kini adalah isterinya. Isteri pilihanya walaupun cara mereka bernikah berlainan dari orang. Loqman cuba bersabar demi ingin mencari kerukunan dalam rumah tangga mereka.


           Sudah lama Loqman tidak berjumpa mama dan papanya. Rindu yang tertahan-tahan di dalam hatinya tidak tahu dimana harus diluahkan. Sedangkan selama dia merupakan anak yang paling rapat dengan  mereka. Maklumlah anak bungsu dan anak yang paling hampir dengan mereka. Kedua abang Loqman tinggal jauh dari kampung halaman. Abangnya yang sulong tinggal diSintok Kedah dan yang kedua pula di Terengganu. Kebiasaanya Loqman akan menghubungi mamanya melalui telefon jika tiada kesempatan dipulang menjenguk mereka berdua di Port Dickson. Tapi disebabkan peristiwa setahun lalu dan larangan dari isterinya, menyebabkan  seakan berbolak-balik hatinya untuk menghubungi mereka. Tetapi didalam hatinya dia tidak dapat melupakan papa dan mamanya yang memberi penuh kemanjaan kepadanya selama ini.

“Buat apa abang telefon emak abang tu, dia bukan suka Liza..kena maki-maki buat sakit hati sahaja.” Dengan memek muka yang dimasamkan dia menegah suaminya berhubuingan denga kedua ibu bapanya. Liza tidak pernah berusha untuk memperbaiki atau merapatkan hubungannya dengan kedua ibu dan bapa mertuanya. Loqman tersepit dengan perasaan rindu kasih  sayang papa dan mamanya dan larangan isterinya.

           Itulah peribadi Liza, makin lama serumah dengannya makin terserlah sikapnya. Dalam diam Loqman mengeluh dan menyalahkan dirinya sendiri. Dia juga sering tertanya apakah dia sudah tersalah memilih jalan hidupnya. Jika benar dia tersalah pilih bagaimanakah dia harus memperbetulkan jalan yang kini terasa bengkang bengkoknya kepada jalan lurus. Masih adakah jalan lurus itu. Kadang-kadang terlintas juga dalam benaknya haruskah dia menderita dengan perkahwinan yang terpaksa untuk sepanjang hayatnya. Dia berazam akan mencuba membentuk Liza supaya menjadi isteri yang diingininya. Walaupun setiap kali mencuba terasa kegagalan menyebelahi dirinya. Dia akan terus mencuba sehingga berjaya itulah azamnya.Tetapi kadang-kadang  keluhanya terkeluar juga dari bibirnya kerana  rasa kesalnya.. Ahh nasib agaknya dia jadi begitu..dia cuba redha dengan ketentuan Yang Maha Esa.

           Hari raya Aidifitri yang lepas, Loqman pulang kekampung halaman Liza diSimpang Renggam Johor. Itulah hari raya yang pertama dia tidak berjumpa mama dan papanya. Rindu meruntun hatinya. Dia teringatkan keriuhan mama dan papa dimalam raya. Terbayang dimatanya kesibukan mereka bertiga memasang langsir,  riuh didapur memasak juadah hari raya. Jika tahun itu giliran abangnya sekeluarga pulang ke PD   dia akan mendengar keriuhan anak buahnya dari dua orang abangnya. Jadi tunggang-langgang rumah papa dan mamanya dikerjakan oleh lima orang anak buahnya. Loqman terbayang masak rendang dan kueh bahulu besar mamanya. Biasanya keenakkan rendang mamanya akan lebih terasa jika dijodohkan dengan lemang buatan bekas ibu mertuanyapuan Halimah. Dia juga rindu untuk mencium tangan keduanya dipagi raya.  Aduh...sakitnya minda bila rindu menggamitnya pulang kekampung halamanya.

           Makin menjadi-jadi rindu Loqman kepada rumahnya diPort Dickson bila menu hari raya tidak menepati citarasanya. Keluarga Liza menyediakan lontong bersama kuah lodeh, sambal kacang dan rendang. Walaupun masih ada kuah kacang dan rendang tetapi rasanya tidak sama dengan rendang buatan mama dan bekas ibu mertuanya yang terasa lebih pedas. Ketika semua orang berkumpul riuh rendah makan di dapur, dia termenung sendirian disebatang pokok mangga dihadapan rumah emak dan abah Liza. Liza mencari suaminya dibilik dan ruang tamu tetapi akhirnya bertemu diluar rumah. Liza menghampiri suaminya yang duduk dipangkin dihadapan rumah. Melihat keadaan suaminya yang sedang termenung panjang  dia menegur.

“Abang kat sini rupanya..termenung raya-raya ni ingat siapa..ingat Amirah ke?” isterinya bertanya dengan senyuman sinisnya..sudah mula terpercik api cemburu Liza. Apa agaknya yang ada didalam jiwa Liza. Mengapakah api cemburunya terhadap Amirah sering menyala seakan tidak pernah padam. Disaat orang lain ingin bergembira di hari lebaran, bayangan Amirah yang menyakitkan hatinya juga yang dikenang. Oh Liza seakan tidak ada penyakit tetapi di cari penyakit  yang menyakitkan hatinya sendiri.

“Liza cuba jangan sebut nama dia boleh tak.” Loqman menjadi begitu rimas dengan kerenah isterinya.

“Abang ni termenung ingatkan siapa lagi...kalau tak ingatkan janda abang tu?”

“Tak ada orang lain ke yang abang nak ingat.” panas hati Loqman bila asyik itu sahaja yang diulangi oleh isterinya.

“Habis abang ingat siapa?”

           Loqman cuba berlembut. Dia teringat petua yang diberi oleh bekas ayah mertuanya. ..Suami isteri mesti bertolak ansur. Kalau ada perbalahan salah seorang mesti mengalah, jika seorang marah, yang seorang lagi kalau boleh kawal..kawallah agar kemarahan tidak berterusan. Kini Loqman cuba beralah dia melunakkan sedikit suaranya. Dia meluahkan apa yang ada dalam mindanya.

“Abang rasa nak balik PD esok.. kita tidur sana satu malam, baru  balik Petaling Jaya..macam mana?”

“Kalau abang nak balik..abang baliklah sorang..Liza tak nak ikut.. emak abang tu bukan suka pada Liza ni, lain lah kalau Amirah yang datang tentu dia suka, entah-entah hamparkan permaidai merah lagi.” Sebuah jelingan tajam dihadiahkan kepada suaminya dihari raya..itulah perangai Liza...tidak pernah rasa ingin mengalah dengan kemahuan suaminya. Walaupun suaminya sudah melembutkan suaranya, dia tetap dengan amarahnya yang tidak tahu hujung pangkalnya.

“ Kenapa hanya nama itu saja yang Liza sebut..kalau tak disebut nama dia boleh tak..abang tak suka dengar.”  tinggi suara Loqman memperingati isterinya. Dia sudah cuba menahan kemarahanya tadi. Bagai manakah harus dia bersabar dengan sikap isterinya.. sikap yang suka membangkitkan api kemarahanya. Liza bagai tidak mahu bertolak ansur dengannya. Dipagi hari raya api pertengkaran mula terpercik, jika tidak dikawal mahu kebakaran besar akan berlaku. Loqman bangun, dia ingin keluar mencari kedinginan hatinya yang mula membahang didalam. Liza masih lagi meneruskan bicara cemburunya..

“Tak suka dengar konon entah-entah dalam hati di asyik ingatkan janda dia saja..itu yang nak balik PD kalau-kalau terserempak  dengan dia nanti, hilanglah rindu abang pada dia kan.” Tampa menoleh kepada isterinya, Loqman bangun menuju kekeretanya. Dia hendak mengelak dari mendengar bebelan isterinya..tidak kira kemana. Dia mahu menghidar dari terus  memandang wajah isterinya yang bagai tidak bermakna lagi dipagi hari raya itu. Di sudah tidak berdaya  hendak melayani  perangai isterinya yang tidak habis-habis dengan nama ‘Amirah’ .

           Loqman hairan dengan sikap Liza mengapakah dia begitu cemburu pada Amirah yang sudah tidak ada apa-apa ikatan denganya lagi. Didalam keretanya Loqman mengeluh sendirian. Tiada kegembiraan hari raya dihatinya tahun itu. Seperti kegembiraan hari rayanya setiap tahun yang sentiasa dinantinya. Secara tidak sedar dia terkenang kembali kenangan berhari raya bersama Amirah dulu.  Lemang buatan bekas ibu mertuanya menjadi pilihan utama mamanya. Setiap kali menjelang hari mantai dan hari raya ketika itu, kalau dia ada dirumah mamanya, dia lah yang akan ditugaskan mengambil lemang tersebut dirumah keluarga Amirah. Suruhan itu bagai ditunggu-tunggu kerana dengan suruhan itu peluangnya untuk bertemu Amirah. Hanya Amirah yang menghuni dihatinya ketika itu, tetapi kini masih ada lagikah Amirah didalam hatinya.

 Hari mantai adalah hari, ‘sehari sebelum berpuasa, orang di Negeri Sembilan akan menyambutnya dengan makan-makan. Makanan yang dia sediakan  kebiasaanya lemang  bersama rendang’. Sebenarnya Loqman cuba untuk melupakan Amirah demi keharmonian rumah tangga barunya, tapi Liza bagai menggamit kenangan yang disuruhnya pergi datang menguliti hatinya.

            Walaupun hatinya terdera duduk dirumah keluarga Liza, namun demi menjaga hati isterinya sekeluarga,  digagahkan juga menghabiskan cuti tiga hari  dikampung halaman Liza dengan rasa yang sungguh siksa dan membosankan. Tiga hari  diSimpang Renggam Johor  bagai berminggu rasanya.

Friday 28 September 2012

Bab 16. Tidak terkikis kesal dihati




Tikar pandan tikar mengkuang,
Dianyam disemat dengan teliti
Jika berdagang di rantau orang,
Baik-baik menjaga diri.


                Kini Amirah sudah mula bertugas, kerana cuti bersalinnya selama 60 hari sudah sampai kepenghujung. Walaupun  hatinya berat untuk  meninggalkan sikecil dibawah jagaan ibunya diKuala Pilah dia terpaksa rela. Amirah akur dia duduk ramai dirumah sewa tentulah tudak sesuai untuk membwa anaknya yang masih bayi lagi. Dia duduk bersama kawan-kawan serumahnya dulu Siti, Ain dan Ida. Mereka gembira dapat berkumpul semula seperti masa waktu mereka mula berkerja dulu.Kerja mengikut giliran rupanya banyak memberi keistimewaanya pada Amirah. Jika dia ingin pulang ke kampung dia akan mengatur jadual tugas dan mengumpulkan cuti kelepasan am kesatu masa.  Ini membolehkan dia bercuti lebih panjang dari cuti mingguan pekerja ‘office hour’.

                Masa berlalu tampa boleh disekat. Diam tak diam sudah hampir satu tahun umur Ain Nur Syifa buah hati Amirah. Tidak lama lagi hari raya puasa akan menjelang. Tidak sabar Amirah menanti kunjugan hari raya kali ini.Inilah kali pertama dia merayakan hari raya sebagai seorang ibu. Dia sudah membeli kain ela  berkongsi dengan anaknya untuk dijadikan baju kurung rayanya nanti. Kain baju ibu ayah dan adik-adiknya juga telah dibelinya sedikit demi sedikit dari awal tahun lagi.Tapi yang menjadikan dirinya tidak sabar adalah kerana ingin melihat anaknya yang sudah pandai berjalan jatuh memakai baju kurung yang dijahitnya sendiri.Dia begitu teruja. Ibu Amirah memang pandai menjahit baju, kebiasaanya baju kurung mereka sekeluarga akan dijahit oleh Puan Halimah sendiri. Ini juga salah satu cara Puan Halimah membantu suaminya mengurangkan perbelanjaan ketika  menjelangnya musim perayaan.

                Pagi itu sepulangnya dari bekerja syift malam, Amirah bersama kawanya Ida ke Jalan Masjid India dimana terdapat banyak gedong membeli belah yang menjual kain ela untuk dibuat baju melayu atau baju kurung.Dia ingin membeli kain ela. Kebetulan hari itu mereka bekerja disyift yang sama. Amirah mengajak Ida membeli belah untuk hari raya. Kerana digiliran kerja akan datang Amirah sudah mengumpulkan cutinya. Dia akan pulang kekampungnya seminggu.

“Mirah…kau rasa tak cepat sangat ke kau beli kain untuk buat baju raya ni.”

“Aku rasa taklah..kalau lambat sangat nanti takut ibu aku tak sempat nak jahit..nak jaga Syifa lagi..ni bolehlah dia jahit sikit-sikit..banyak emak aku nak jahit ni”.

“kau nak beli berapa pasang.”

“Aku nak belikan semua lah hari ni..aku bukan ada banyak masa nak datang lagi. Ayah, Adnan, Aizat, Amran, Ibu dan Atirah.Aku dengan anak aku sama warna cantik tak.”Amirah mengira-ngira didepan Ida.Amirah nampak teruja. Mungkin membayangkan dia dan anak berbaju sama.

“Cantiklah tu ibu dan anak sedondon.”

“Bukan sedondon tapi satu kayulah” mereka berdua ketawa kecil di kedai kain ela.

 “Kau ni sekarang lain lah Mirah..asal ada cuti panjang sikit kau balik kampong, mentang-mentang kampung kau dekat sikit dari kampung aku yang kat..Kelantan tu.”

“Betul kata kau Ida, aku sekarang ni dah lain, tapi bukan sebab kampung aku dekat tapi sebab aku dah ada anak..tak sama dengan masa  anak dara dulu. Aku ni kalau boleh nak peluk anak aku saja tau..bila jauh macam ni rindu rasanya nak peluk dia Ida.” Bila melihat wajah Amirah sudah sedeh Ida cepat-cepat menukar topik perbualan mereka.

“Ehh tapi memang banyak ibu kau nak jahit ni sempat ke dia..Mirah?”

“Semua baju ni aku suruhlah ibu aku potong..kemudian aku tolong dia jahitlah, baju kurung ni senang nak jahit kalau baju yang berfesyen susah sikit. Jahit leher, jahit bawah dan jahit tangan aku bawa sini. Masa rest day dan kerja malam bolehlah aku jahit sikit-sikit. Sebenarnya aku kesian dengan ibu aku tu ..Syifa dah lasak sekarang. Dia dah pandai merangkak, celik saja matanya dia merangkak keliling rumah. Kena  ditengukkan selalu, kalau tidak dia akan kutip makan apa saja yang ada dilantai, yang paling kami takuti dia dikutip tahi cicak tak pasal-pasal keracunan pulak anak aku  tu.” Sekejapan itu juga mood Amirah berubah ceria bila bercerita tentang gelagat anaknya.

“Teringin aku nak tenguk muka Syifa anak sedara aku tu Mirah..tentu comelkan..macam muka siapa muka dia Mirah.” secara tak sengaja Ida terlontar soalan itu. Amirah terdiam..bila Ida menyedari kesilapanya…cepat-cepat dia menukar tajuk perbualan mereka lagi. Sungguh bertuah Amirah mendapat kawan-kawan dan keluarga yang prihatin. Mereka sering mengambil berat tentang dirinya dan tidak akan membiarkan dirinya bersedeh. Amirah menyedari itu semua, dengan adanya sokongan dari keluarga dan kawan-kawannya dia berusha akan kuat dan tabah dengan apa yang telah ditakdirkan kepadanya.

“Kalau tahu dek Siti dan Ain tentu dia marah,  kita beli baju raya ni tak bagi tahu diaorang..dia tak dapat ikut kita pulak tu. Nanti kita sorok dululah baju-baju kau ni Mirah. Aku tak sanggup nak dengar mereka tu berleter nanti, tentu macam mak nenek mahu bocor telinga kita.” Amirah ketawa mendengar celoteh kawanya..dia bertanya pula pada Ida.

“Macam mana nak sorok cik Ida oii..bukan sikit ni, lagi pun bawah katil Ain tu dah penuh. Bilik kau pula sempit  nak sorok kat mana lagi”.
“Kau ni pun satu kok ia pun nak sorok taklkan bawah katil Ain..tentu tentu dia nampak”.

“Ia tak ia pulak”.Kemudian mereka ketawa bersama ...Selesai membeli belah mereka pulang.Senang hati Amirah baju-baju raya untuk keluarganya sudah dibeli semuanya.
               
                Minggu berikutnya seperti yang telah dirancang Amirah pulang kekampungnya dengan menaiki bas.Seminggu dia dikampung dimenefaatkan untuk menolong ibunya. Ada masa terluang sahaja Amirah akan menjahit baju-baju yang telah dipotong oleh ibunya. Bagi Amirah tidak susah pun menjahit baju kurung. Ibunya telah memberi tunjuk ajar dan rahsia-rahsia bagai mana sehelai baju kurung itu selesa untuk dipakai.Sejak dari dulu lagi Amirah sudah menolong ibunya menjahit baju kurung tetapi untuk memotong baju dia tidak pernah dicubanya lagi. Bagi Puan Halimah pula dia tidak akan mengambil tempahan untuk baju berfesyen atau baju kebaya, Dia tidak mahu turut bersubahat mempamirkan bentuk tubuh wanita dikhalayak ramai. Itu pendapatnya. Dia akan hanya mengabil upah menjahit baju kurung sahaja.

“Ibu tolong ajarkan kakak potong  baju Syifa ni bu.”

“Kalau nak belajar potong baju jangan kain cantik macam ni, salah nanti sayang saja. Bila kakak pergi beli lagi nanti, belilah kain yang murah sikit, kalau salah pun tak lah rasa terkilan”.

“Ia tak ia pulak kan bu, nanti tak pasal-pasal Syifa pakai baju senget pulak.” tangannya sudah menggapai anaknya yang mula menghampiri mereka  berdua, lalu didudukkannya didalam pangkuanya.

                Hari raya kian menghampiri umat Islam. Amirah rasa begitu teruja, kerana ini adalah kali pertama dia berhari raya sebagai seorang ibu.Terbayang wajah comel anaknya memakai baju kurung yang dijahitnya, tentu cantik bila dia dan anak memakai baju yang sama corak dan warnanya dipagi hari raya.

                Tetapi sayangnya apabila tiba Hari raya  Amirah tidak dapat pulang kekampung di hari raya yang pertama. Dia dikehendaki bertugas kerana salah seorang kawanya terpaksa pulang kekampung untuk menguruskan hal keluarganya secara tiba-tiba. Walaupun rasa terkilan namun dia tetap bertugas seperti biasa.  Dia sudah bersiap sedia sejak dari awal-awal lagi, keadaan itu seperti itu akan ditempuhi oleh setiap pekerja yang bekerja mengikut sistem giliran seperti mereka. Bagi orang-orang yang bekerja mengikut giliran harus ada sikap tolak ansur dan tanggungjawap.Supaya tugas yang diamanahkan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.Setelah hari raya keempat barulah Amirah dapat pulang bercuti.Kesempatan ini diambil untuk merayakan hari raya bersama keluarga dan anaknya.

                Sewaktu dia menaiki bas pagi itu orang sudah tidak ramai, kebetulan hari itu hari orang bekerja.Tiket pula mudah didapati.Sampai sahaja dia dikampung dia disambut oleh anaknya yang sudah pandai berjalan jatuh.Hanya ibu dan anaknya sahaja yang ada dirumah.Ayahnya bekerja dan adik-adiknya juga kesekolah manakala adiknya Adnan sudah pulang kekolejnya dan Atirah pula sudah pulang keasramanya.Dia menyalami ibunya.

“Kakak minta maaf bu, lambat sangat kakak balik, tak dapat kakak tolong ibu masak, Syifa lagi.. Syifa ni dah lasak bu..macam mana ibu masak hari tu…ni dah empat hari raya baru dapat kakak balik..ayah kerja bu.” Setelah mencium tangan ibunya meminta ampun dan maaf dicium pipi anaknya bertubi-ubi melepaskan rindunya.Anaknya pula terkekek-kekek kesukaan.

“Tak  apa kakak…janji kakak balik, ibu tak kisah balik raya pertama ke keempat ke  ..rayakan sebulan. Masa nak raya hari tu kan semua adik-adik kakak cuti. Adnan dan Atirah balik, Aizat dan Amran pun cuti..suka betul Syifa ni tak duduk dia, asyik berdukung sahaja. Berapa hari kakak cuti kali ni.” ibu Amirah sebenarnya suka cara kerja Amirah kerana jika dia bercuti biasa tidak kurang dari seminggu dia akan duduk dirumah.

“Kali ni 7 hari kakak cuti, campur cuti raya dua hari jadi sembilan hari bu..”

“Lama tu ..lama lah Syifa  dapat manja dengan ibunya ye.” Puan Halimah mencubit lembut pipi tembam cucunya. Nanti ibu telefonkan Mak Long..dia kata lama tak jumpa kakak..raya pertama hari tu dia datang ingatkan kakak dapat cuti raya”.

“Kerja macam kakak ni susah sikit nak cuti raya..tapi raya haji nanti dia orang dah janji dengan kakak dapat cuti raya pertama”.


                Pulang hari raya itu dia membawa sebuah kamera yang dipinjam dari Siti.Dia mengambil gambar keluarga tapi yang paling banyak adalah gambar-gambar anaknya yang berbagai aksi.Gambar itu ditunjukkan kepada kawan-kawan serumah yang telah mengaku sebagai ibu-ibu saudara anaknya.

“Comelnya anak kau Mirah rambut dia yang specil..keriting macam maggi..putih anak kau ni Mirah.” Rambut keriting anaknya mungkin mengikut rambutnya dan rambut neneknya Puan Halimah.Dia juga berambut keriting halus seperti maggi ketika kecil tetapi semakin usianya meningkat keriting sudah agak kasar sedikit.

“Tenguklah emaknya..kalau hitam dah sahlah aku tersalah ambil anak orang.” Amirah bergurau.

“Kalau aku ada anak lelaki nak rasanya aku berbesan dengan kau Mirah, kalau ibunya penyabar tentu anaknya penyabar juga..beruntungnya anak aku  nanti.”

“Berjanggutlah anak aku tunggu anak you besar Siti, kau kahwin pun belum.”

 “Apalah kau ni Mirah anak kau nikan perempuan mana ada janggut.” mereka kalau berkumpul alamat riuh satu rumah, ada saja yang hendak dibualkan.

                Mereka bersyukur ditemukan dengan kawan yang satu kepala dan saling memahami, walaupun mereka dari negeri yang berlainan.Jika mereka berbual kedengaran berbagai loghat yang terkeluar.Siti dari Kedah sesekali bercakap terkeluar juga logahat Kedahnya.Ida pula dari Kelantan logahat Kelantannnya tidak boleh dikikis walaupun telah lama dia meninggalkan kampung halamannya.Ain pula dari Perak, dialek Peraknya juga sering disebut oleh rakan serumah kerana terlalu selalu terkeluar dari mulutnya perkataan kome ayor dan segalabagai.Manakala Amirah dari negeri Sembilan. Mereka akan tahu jika Amirah sedang marah dan geramkan sesuatu, akan terhambur bahasa Negeri Sembilannya yang pekat, tetapi tujuan mereka sama mencari  rezeki di Petaling Jaya.







Tuesday 25 September 2012

Bab 15. Tidak terkikis kesal dihati



Kalau berenag ketengah laut,
Jangan terkena siubur-ubur,
Jangan dikenang jangan disebut,
Umpama nasi dah menjadi bubur.


            Ketika Loqman ingin melangkah masuk setapak lagi, sambil menarik tangan isteri baru- nya, tiba-tiba melengking lagi suara Puan Sharifah menegur garang. Dia  yang masih tidak berganjak diruang tamu yang agak terkedalam sedikit, matanya macam mata singa betina mengawasi mangsanya. Liza yang belum kenal lagi ibu mertuanya rasa takut untuk bergerak tetapi tarikkan tangan suaminya yang agak kuat menyebabkan dia melangkah juga. Tetapi lengkingan suara Puan Sharifah menyebabkan langkah kakinya semerta terhenti. Begitu juga suaminya.

“Man nak kemana tu?” Tanya Cikgu Sharifah dengan suara yang keras. Kalau orang dengar macam suara ketua commander memberi perintah. Encik Abdul Majid yang duduk memerhati terkejut juga dengan suara garang isterinya. Tidak pernah dia melihat isterinya menyinga sebegitu..’ wahh boleh tahan juga Commander Sharifah ni tunjuk garang.. kalau anak buah aku mesti dah kecut perut’ kata-kata itu hanya didalam hati Encik Abdul Majid sahaja. Dia hanya jadi pemerhati.

“Nak masuk pergi bilik Manlah.”

“Berhenti kat situ. Aku tak hingin nak serumah dengan perempuan yang merampas suami orang, perempuan yang tak ada sifat perempuan, perempuan gatal, perempuan miang, perempuan yang tak ada hati perut… tak ada keturunan aku  yang jadi perampas suami orang tau.” cukup semuanya Puan Sharifah memberi gelaran kepada menantu barunya, terkedu Liza mendengar kata-kata ibu mertuanya..tapi jika di fikir memang itulah kebenaranya. Dia tahu dialah yang mengapi-apikan Loqman ketika Loqman lemah dengan perasaanya dulu. Dia juga tahu isteri Loqman sedang bermasaalah kerana alahan mengandungnya yang teruk. Tetapi kerana dia inginkan suaminya .. diperangkap hingga dia berjaya. Kini lelaki itu miliknya.

“Habis Man dan Liza ni nak duduk mana?.”

“Itu aku tak kisah kau nak bawak perempuan tu duduk mana, nak duduk tepi jalan, tepi longkang atau dalam longkang memang itulah tempat perempuan macam dia tu. Tapi jangan kau bawa dia masuk rumah aku…aku benci.” jelas Puan Sharifah. Sungguh kasar kata-katanya mencarik rabit hati dan perasaan Loqman dan Liza. Tidak tersebut langsung nama menantu barunya walaupun sudah dua tiga kali Loqman menyebutnya.(Rabit disini bermaksud koyak kalau tak salah dalam bahasa suku kaum Banjar).

“Sampai hati mama cakap macam tu.” Loqman membela  mencari simpati untuk isteri barunya.

“Aku yang sampai hati atau Man tu yang sampai hati atau betina gatal tu yang sampai hati?? Buka mata kamu tu Man”. Jerit Puan Sharifah lagi..sudah boleh digelar ‘Tarzan’ Puan Sharifah pagi itu kerana jeritan-jeritannya yang meluahkan rasa geramnya atas perbuatan anaknya sendiri. Ahh Loqman tersilap kata lagi..kini mereka disembur lagi dengan kata-kata bercili padi yang berbahang, panas dan pedas.

“Aku tanya ni!! kalau dia ditempat Amirah apa agaknya yang dia rasa.” Tajam pandangan mata Puan Sharifah memandang Liza disebelah Loqman.

“Mama..” baru sepatah Liza bersuara..Puan Sharifah sudah memotong.

“Jangan panggil aku.. mama.. aku tak sudi nak dengar..aku tak sudi bermenantu perempuan macam kau..perempuan tak tahu malu..perempuan tak berhati perut. Man bawa keluar cepat perempuan ni..aku benci nak pandang.” lurus tangan Puan Sharifah menunjuk kepintu. Segala perbuatanya tidak dibantah oleh Encik Abdul Majid, dia juga bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh isterinya.

            Pedih hati Loqman dan Liza dihalau sebegitu tampa pembelaan dari papanya. Walau pun papanya juga ada  diruang tamu ketika itu. Pada kebiasaan bila dia marahi mamanya, papanya selalu membela dirinya. Kiranya dahulu Loqman adalah anak manja papanya. Tapi untuk hari itu, dia dibiarkan tampa pembelaan. Didalam kereta Liza menangis semahu-mahunya, dia rasa sungguh terhina dan malu. Wajahnya sudah comot dengan kesan-kesan make-up yang cair terkena air matanya. Jika Loqman tidak tahu itu isterinya mau dia lari membuka langkah seribu..kerana wajah isterinya yang cantik tadi, sudah bertukar seperti wajah hantu. Seperti wajah Maya Karen dalan filem Pontianak Harum Sundal malam, tapi masa Maya Karen jadi pontianaklah. Dengan biji matanya yang merah akibat menangis dan hitam pula disekeliling matanya. 

            Usha menghias wajahnya pagi tadi menjadi sia-sia. Wajahnya yang telah disolek lebih dari kebiasaanya tidak menarik perhatian kedua ibu dan bapa mertuanya. Hampir dua jam dia duduk dihadapan cermin pagi tadi, untuk meratakan segala macam lubung dipipinya. Dia mengenakan bulu mata yang lebih panjang dari biasa. Matanya sudah seakan-akan mata Rozita Cik Wan. Bajunya pula bukan sebarang baju yang dipakainya hari itu. Dia memakai baju itu hanya pada hari tertentu yang istimewa sahaja. Baju itu dibelinya dari sebuah butik, agak mahal harganya kerana dari jenis kain yang bermumut tinggi.

            Dari rumah lagi dia sudah membayangkan dia akan disambut dengan penuh kegembiran dan kata puji-pujian..‘Bertuahnya Loqman mendapat isteri yang cantik dan pandai bergaya..itulah yang akan diperkatakan oleh emak suaminya, bila melihat penampilanya kelak. Kata-kata itulah yang sering didengari olehnya, bila bertemu dengan kawan-kawan. Apa tidaknya orang kata wajahnya mirip wajah Maya Karen yang lembut dan sentiasa tersenyum. Tapi lain pula jadinya..dia menerima cercaan dan hinaan yang tidak pernah tergambar oleh mindanya. Loqman disebelahnya tidak pula berminat untuk memujuknya. Jadi dia menangis bersungguh-sungguh hingga cair segala mascara, eyeliner dimatanya. Menjadikan keliling matanya menjadi hitam macam mata beruang panda. Loqman cuba memandu dengan tenang. Dia tidak menghiraukan isteri yang sedang beria menangis teresak-esak disebelahnya. Tumpuanya keatas jalan Highway Serembah –Kuala Lumpur.

            Fikirannya cuba memperoses semula kata-kata mamanya. Apa yang diperkatakan oleh mama tentang bekas isterinya semuanya benar belaka. Maklumlah bukan sekejap mamanya mengenali bekas isterinya dari sejak dia bayi lagi. Sesunggunya itulah calon isterinya yang terbaik untuk dirinya. Hatinya dengan yakin mengakuinya. Dia juga sudah dapat menjangkakan sikap isterinya yang sedang teresak disisi, walaupun baru seminggu mereka menjadi suamiisteri dan duduk sebumbung. Tetapi apakan daya ‘ nasi sudah menjadi bubur’ bak kata orang terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan tanggunglah sendiri. Secara tidak sedar dia mengakui didalam hati. Walaupun nampaknya dia tenang memandu tetapi hati dan kepalanya berperang dan bersoal jawap didalam. Mereka pulang semula ke Petaling Jaya dengan perasaan yang sebal dan perut yang lapar. Untuk singgah tempat makan disepanjang Highway itu tidak mungkin, kerana keadaan isterinya yang sudah comot kerana kesan make-up yang cair. Lagi pun masih berdengung-dengung suara mamanya mencerca mereka tadi. Menyebabkan selera mereka juga tertutup.


========================================
           
            Hari dan bulan berganti, kehidupan yang penuh pancaroba perlu juga dituruskan. Sepanjang tempuh berpantang, Amirah dijaga oleh ibunya diKuala Pilah. Dia menyusukan sendiri anaknya dengan susu badan. Dia tahu banyak kebaikan susu ibu. Selain dari khasiat susu ibu yang tidak dapat dinafikan lagi akan kelebihannya, dia juga dapat menjimatkan duit untuk membeli susu berfomula dalam masa dua bulan itu. Sementara dia masih boleh menyusukan anaknya dengan air susunya sendiri dia akan menyusukan. Itu tekadnya. Kata ibunya lagi jika kita menyusukan anak dengan susu kita sendiri, anak kita akan lebih menyayangi dan menghargai kita kelak. Itulah kata-kata perangsangn dari ibunya.

“Bu..kakak nak susukan Syifa ni dengan susu kakak cukup-cukup, nanti kalau kakak dah kerja  tak boleh nak bagi lagi, jadi selama dua bulan ni biar kakak susukan dia kan bu”.

“Eloklah tu. Allah dah bagi banyak khasiat pada air susu seorang ibu, jadi jangan lah dipersiakan...  Alhamdullilah banyak air susu kakak tu, tak payah campur susu botol Syifa pun dah kenyang eloklah  macam tu. Kalau kakak dah kerja nanti, mana boleh nak balik sini selalu. Kakak.. kalau kita bagi susu kita pada anak kita, esok besar dia sayang kat kita tau..tenguk kakak dan adik-adik kakak, ada ke lupa kat ibu ni. Walau pun duduk jauh tapi masih ingat ibu dan ayah juga kan. Lagi pun ikatan kita adik beradik rapat, ada rasa sayang antara satu sama lain.. maklumlah kita minum dari susu yang sama.” Amirah hanya mendengar kata-kata ibu nya sebagai nasihat lalu ditanamkan kedalam lubuk jiwanya. Jika diteliti memang ada kebenaran nya kata-kata ibunya. Semua adik-adiknya termasuklah dirinya memang sayang ibu dan ayahnya dan ada rasa sayang sesama mereka adik-beradik, itu sebabnya mereka selalu mengambil berat antara satu sama lain.

“Kalau kakak kerja nanti tinggalkan Syifa kat sini biar ibu yang jaga. Kat Kuala Lumpur tu susah nak cari pengasuh. Lagi pun masa dia masih kecil ni biar kita jaga dia elok-elok, biar tumbesaran dia sempurna. Kalau kakak ada cuti baliklah. Pada ibu biar anak kita terjaga dan selamat.. kita susah sikit tak apakan kakak.”

“Kakak pun fikir macam tu juga bu..Kakak duduk ramai-ramai kat rumah sewa tu..rasa macam tak sesuai pula nak bawa Syifa...lagipun kakak tak tahu mana nak cari pengasuh kat kawasan kakak tu..”

 Mereka sepakat, Syifa anaknya akan dijaga oleh ibunya diKuala Pilah. Walaupun berat rasa hatinya meninggalkan anaknya, tapi untuk kebaikan anaknya.. Amirah rela.

“Nanti kakak susun cuti kakak, kalau ada cuti lebih dari tiga hari rasanya kakak nak baliklah bu.” Amirah mula merangka perjalanan hidup dihari mendatang.

“Suka hati kakak lah…kalau tak susah kan kakak ibu lagi suka..tapi kalau rasa penat sangat tak payahlah balik selalu ..ibu boleh jaga…Mak Long tu pun selalu datang sini.”

“Berat rasanya nak tinggalkan Syifa ni bu, dah selalu peluk  dia macm ni.”

            Ketika itu Amirah sedang menyusukan anaknya, bila sudah kenyang diangkat lalu dicimumnya pipi anaknya bertubi-tubi. Hati Amirah sebenarnya terasa pedih. Dia diserbu pilu. Terfikir dibenaknya jika dia dan Loqman masih lagi suami isteri, tentu dia tidak perlu berpisah dengan anaknya. Sudah tentu dia dan Loqman  akan berusha mencari penjaga untuk menjaga anaknya ketika mereka keluar bekerja, ataupun mereka akan bergilir-gilir menjaganya. Matanya sudah mula berkaca-kaca dek genangan air mata yang akan tertumpah bila-bila masa sahaja. Ibunya menyedari keadaan itu, lalu megubah topik perbualannya.

“Ibu lupa nak cakap dengan kakak..adik (panggilan adik Amirah yang bungsu sekarang dalam tingkatan dua) kata nak minta tolong kakak tengokkan isi pidato dia..ada dia tinggalkan atas meja tempat lampin Syifa tu. Dia pesan sebelum pergi sekolah tadi. Dia nak berpidatuh lusa. Adik kakak tu nak masuk pertandingan pidatuh pulak. Entahlah...adik kakak itu aktiv betul..masuk pertandingan berpidatolah, setiausha kelablah, main sukanlah. Ibu takut dia tak terbawa nanti, gagal pula dalam pelajaran.” pandai sungguh ibu Amirah membaca apa yang difikirkan oleh anaknya. Puan Halimah tidak mahu Amirah bersedih hati selalu, ditakuti jadi gila meroyan pula. Sedaya yang boleh, dia akan cuba membantu Amirah melupakan kisah sedehnya.
 “Meroyan merupakan sakit kemurungan yang sering di alami oleh ibu-ibu yang baru lepas bersalin, mungkin kerana kurang keyakinan pada diri sendiri atau tekanan perasaan.”

“Ohh..kertas kajang tu..ingatkan ‘surat cinta’ siapa tadi. Tak apalah bu adik macam tu, biar dia sibuk dalam hal pelajaran.. jangan sibuk bercinta dan keluar dengan kawan-kawan sudah lah. Lagi pun berpidatuh ni bagus.” Puan Halimah ketawa bila mendengar Amirah memperkatakan ‘surat cinta’, namun dia menyaggah juga kata-kata anaknya untuk memanjangkan cerita.

“Hsyy bagus apanya..kalau menang nanti dah cikgu suruh jadi wakil sekolah pulak.. kemudian wakil daerah..asyik kehulu kehilir sajalah jawabnya.”

“Bu pidatuh ni boleh menguatkan lagi penggunaan bahasa kita..tak kiralah bahasa Inggeris ke bahasa  Malaysia..lagi pun boleh menghilangkan rasa malu dan gementar bila bercakap dikhlayak ramai. Macam masa kakak belajar kat Universiti tu dulu, kena bercakap kat depan kawan-kawan dan pensyarah. Kemudian masa Mirah dah kerja ni, kadang-kadang kena bercakap dengan orang ramai juga, kadang-kadang kena pula membentangkan kertas kerja..jadi kalau kita dah biasa bercakap kat depan orang.. kita tak lah gugup sangat.” Panjang lebar Amirah menerangkan kebaikkan aktiviti adiknya..dia sudah lupa kesedehan hatinya, untuk sementara.

            Setiap hujung minggu pula ibu mertuanya akan datang menjaganya pula.  Kerana hanya hari itu juga dia tidak mengajar. Puan Sharifah ibu mertua Amirah merupakan seorang guru sekolah rendah, dia bertugas disebuah sekolah berdekatan dengan tempat kediamanya dia Port Dickson. Mengikut perhitungan hanya tinggal dua tahun sahaja dia akan bersara.

            Tetapi Amirah tidak boleh memijak kakinya kerumah ibu mertuanya di Port Dickson. Dia akan menangis tidak boleh ditahan-tahan. Ada sekali ibu dan bapa mertuanya mengajaknya tinggal barang seminggu dirumah mereka…kebetulan masa itu cuti penggal persekolahan, dengan hati yang senang, tampa berfikir panjang Amirah bersetuju. Bila sampai sahaja dia dimuka pintu, dia menangis tersedu-sedu tidak boleh berhenti. Kakinya juga tidak berdaya untuk melangkah masuk, dia sudah terjelepuk dipintu masuk. Alhamdullilah ketika itu anaknya didukung oleh Puan Sharifah. Dengan rasa simpati, mereka menghantar Amirah pulang semula keKuala Pilah..sepanjang jalan itu Amirah menangis tidak berhenti walaupun ditenangkan oleh ibu mertuanya. Menurut ibunya sekembalinya dia dari PD hampir seminggu Amirah duduk menyendiri, walau cuba diajak berbual oleh ibu, ayah dan adik-adiknya. Sejak hari itu bekas ibu dan bapa mertuanya sahaja yang datang menjenguknya diKuala Pilah. Mereka sekeluarga sedaya upaya menjaga emosi Amirah supaya tidak bersedeh atau terkenangkan bekas suaminya.









Wednesday 19 September 2012

Bab 40. Jangan ada rahsia



Anak Semabuk pergi ke Kelang,
Berniaga buah serba rasa,
Makin mabuk makin meradang,
Salah runding jadi kecewa.


Petang itu Diana nekad untuk kerumah bekas suaminya Tengku Farid untuk memecahkah kebuntunan masaalahnya. Dia mengharapkan bekas suaminya dapat menerimanya semula bila melihat perubahan pada penampilan pada dirinya nanti. Dia mesti mencuba manalah tahu kali ini bekas suaminya akan menerina dirinya bak kata ‘orang untung sabut timbul, untung batu tenggelam’. Jika dikira sudah hampir lima tahun lebih mereka tidak berjumpa.. tentulah rindu bekas suaminya kepada dirinya sudah setinggi gunung Everest..kalau tidak pun setinggi gunung Kinabalu pun jadilah. Diana tersenyum membayangkan sambutan hangat yang akan ditunjukan oleh bekas suaminya kepadanya nanti. Sebelum dia menuju ketempat yang dituju dia singgah disebuah farmasi untuk membeli alat menguji kehamilan. Jika perjumpaan dengan bekas suaminya berjalan lancar dan dia diterima, dia kan membuat ujian kehamilan...jika sah dia mengandung dia akan kesebuah hospital membuat penguguran dan membayar sebanyank mana sekali pun yang diminta.. lepas itu dia akan meminta diceraikan dari suaminya yang sekarang ini..Johan. Itulah perancangan Diana.

Diana berfikir sepanjang jalan pulang ..setelah mendengar  nasihat dari bekas suaminya tadi. Dia merasa menyesal menyusahkan Nur Jannah dan bekas suaminya dengan sikap ego dan sikap ‘tak sedar dirinya’ dulu. Apa yang diperkatakan oleh bekas suaminya tentang diri semuanya ada kebenarannya. Kini dia ingin memperbetulkan  kesalahan dirinya dan tidak akan hanya mementingkan diri lagi.  Itu azamnya. Sampai dirumah nanti  dia akan meminta bantuan Johan suaminya, menunjukkan bagai mana hendak menggunakan alat menguji kehamilan yang dibelinya tadi.  

Sesampainya di rumah ketika dia membuka pintu dilihat suaminya tidur disofa ruang tamu rumah mereka. Diana menghampiri lalu memberi sebuah ciuman dipipi suaminya. Johan pura-pura lena dan tak sedar, lalu Diana memeluk dan melintukkan kepalanya di dada Johan pula, perlahan-lahan Johan mengelus-ngelus rambut Diana dan bersuara dengan lembut. Bila Diana buat manja habis terbang marah Johan yang berkobar-kobar tadi.

“You ke mana Didi...I tunggu you dari tadi..sampai terlena.” Diana masih tidak menjawab, tapi dia mengangkat kepalanya dan memandang suaminya dengan pandangan sayu. Setiap hari Diana akan mengambil pil perancang keluarga untuk menghalang benih suaminya melekat didalam rahimnya selama hampir lima tahun dia berjaya. Dia tidak pernah hamil setelah melahir anaknya Arief dulu. Tetapi segala perancangan Allah yang menentukan. Untuk bulan itu dia terlupa. Bukannya lama hanya dua hari dia tidak mengambilnya, tetapi mungkin disebabkan dua hari itu haidnya kini sudah terlewat  hampir dua minggu.

“Didi minta maaf selama ni Didi bersalah dengan Jo dan tak nak dengar cakap Jo.”  Johan bangun dari pembaringannya. Dia terkejut kenapa perangai Diana berlainan tidak seperti biasa.  Apakah yang mengubah sikap kerasnya. Sedang hatinya tertanya-tanya Diana melintukkan kepala keribannya pula. Betambah hairan Johan di buatnya dengan sikap manja Diana.

“You ni kenapa Didi, I tak marah pun pada you, I sayang you ..dah lah… dah lah bangun duduk sini cakap dengan I kenapa you hari ini.”  Diana bangun dan duduk di sisi suaminya.. tangannya pula merangkul leher suaminya. Sedang suaminya terpinga-pinga dengan perubahan 180 darjah watak Diana..satu lagi kejutan menerpa cuping telinganya.

“Didi rasa Didi pregnant lah Jo.” mata Johan membuntang mendengar apa yang diperkatakan oleh isterinya. Johan meleraikan pautan tangan dilehernya..Dia mencari anak mata Diana untuk mencari kepastian dengan kata-kata yang terluah tadi..namun tidak sepatah katapun keluar dari bibirnya. Tidak lama kemudian ada segaris senyum tersungging dibibirnya tetapi makin lama makin lebar, bila dirasakan dia sudah faham apa yang diterima oleh otaknya dengan keterangan tadi.

“Really??” senyumnya makin berbunga dengan rekahan bibir yang menampakkan barisan gigi putihnya..tampak hatinya yang gembira. Didakapnya isterinya ketat-ketat. Sebuah ciuman singgah diumbun-umbun isterinya.

 “Tapi tak conform lagi.. tapi rasanya Didi dah lewat hampir dua minggu, pagi tadi baru Didi perasan Didi dah terlewat bila melihat kelender yang Didi selalu tandakan tu”. Kenyataan isterinya tidak melunturkan sedikit pun wajah ceria suaminya.

“Jom kita pergi klinik check.”

“Tak payahlah Didi ada beli ni kat farmasi tadi..Jo boleh tolong tengukkan kan?” Diana mengeluarkan alat untuk meguji kehamilan didalam handbagnya.

“Ohh lagi cepat dapat keputusan rasa tak sabar nak tahu ni”. Johan nampak sungguh gembira petang itu.

                Tadi hatinya membara bila sampai dirumah isterinya tiada. Dia sudah berkira-kira ingin mencari kebenaran.. Pagi tadi sewaktu dia bersiap untuk ketempat kerja dia menjumpai satu strip pil perancang keluarga didalam laci meja solek isterinya. Selalunya laci itu berkunci, tetapi hari itu mungkin isterinya terlupa untuk menguncinya...hatinya membara rupanya selama ini isterinya menahan dirinya dari hamil. Patutlah sudah mahu menjangkau lima tahun usia perkahwinan mereka namun masih juga tidak terlihat bayangan mereka akan mendapat cahaya mata. Jadi hari itu dia mengambil keputusan pulang awal untuk bersemuka dengan isterinya mencari kebenaran. Bila sampai dirumah pintu rumahnya masih berkunci dia sudah menjangkan isterinya tidak ada dirumah. Untuk meredakan kemarahanya dia duduk disofa ruang tamu..dari duduk pada awalnya kemudian dia merebahkan diri sambil beragan-angan akhirnya dia terlena....

Petang itu juga Johan menunjukkan bagai mana hendak mengunakan alat yang dibeli oleh isterinya tadi. Jawapanya positive. Gembira betul hati Johan, dikucup dahi isterinya penuh kasih dengan senyuman yang tak putus-putus menghiasi bibirnya. Tak sabar-sabar dia ingin memberitahu ibunya yang sememang telah lama menanti kehadiran cucu untuk menyambung zuriat keturunan mereka.

“Didi..besok kita balik Melaka nak, jumpa mommy  Didi dan mommy Jo,  kita celebrate sama-sama”.

“Habis kita tak kerja ke?”

“Kita ambil emergency leavelah..balik Melaka.” Begitu  mudah Johan melepaskan kerja...kalau tidak cuti raya pun sanggup tidak diambilnya kerana rasa sayang meninggalkan tugasnya.

Diana termangu melihat kegembiraan suaminya bila dia mengetahui kehamilanya. Diana berjanji kepada dirinya tidak akan menganggu keluarga bekas suaminya lagi dan akan menjaga kandungan itu dengan sebaik mungkin sehingga dia melahirkanya kelak.





                  Lamunan Tengku Farid terhenti bila mendengar pintu bilik tidurnya dibuka dari luar. Tadinya dia mengelamun mengingati peristiwa petang tadi. Kedatangan bekas isteri yang tidak pernah dijangkakan. NurJannah mengerling kearah suaminya  yang terkebil-kebil memandang dia masuk tadi.

“Abang tak tidur lagi..termenung ingatkan siapa ni”. Tersenyum-senyum NurJannah mahu mengusik suaminya. Walau dihatinya syaitan berbisik..menyatakan suaminya sedang mengingati bekas isterinya yang datang petang tadi..bekas isteri suaminya masih kelihatan masih cantik dan menarik lagi dimata NurJannah. Bila terdetik sesuatu yang ingin mengkucar kacirkan perasaannya NurJannah cepat-cepat beristifar mengingati Allah dan memohon dijauhkan dari hasutan syaitan yang direjam.

“Ingatkan Jannah lah nak ingatkan siapa lagi Jannahkan isteri abang …abang  tunggu Jannah ni lama betul... Said dah tidur?” Lembut sahaja Tengku Farid menyambut guraun isterinya. Tempat tidurnya sudah disediakan ..dibahunya. Dia suka jika isterinya menjadikan bahunya sebagai bantal  tidurnya. Bila melihat tempat tidurnya dan mendengar kenyataan suaminya hatinya sudah terpujuk. Menangislah syaitan hingga keluar air mata darah kerana hasutan untuk memporak perandakan keharmonian mereka tidak berjaya.

“Dah bang, susah betul dia nak tidur, sekarang ni asyik meragam saja. Nak kata demam badannya ok saja tak panas pun. Mungkin betullah kata nenek agaknya dia meragam nak dapat adik. Macam Zaid dulu, dia pun meragam masa Jannah dah nak cukup bulan. Kalau macam nikan bang, nak saja berdoa yang kat dalam ni cepat keluar, kesian kat  abang dia”.

“Sabar sajalah dengan kerenah Said itu, mana tahu kalau adik dia keluar nanti dia akan lebih menyayangi adiknya.”  Nur Jannah sudah baring dibahu suamiya mereka terdiam seketika.Tengku Farid bangun sedikit menarik selimut dihujung kakinya dan menyelimuti isterinya hingga kedada. Tiba-tiba isterinya bersuara..

“Bang apa yang  Diana cakapkan kat abang. Dia macam marah kat Jannah saja tadi..kenapa?” Tengku Farid sudah menarik isterinya kedalam pelukkanya. Pada NurJannah dia tidak suka menyembunyikan apa yang dirasa. Dia lebih suka jika suaminya berterus terang..seperti dirinya tiada rahsia yang tersembunyi didalam diri.

 “Yang dia marah tadi, mulanya dia marah kat abang  bila abang kata ‘abang nak Jannah dapatkan seorang lagi anak perempuan untuk abang, selepas Jannah bersalinkan yang ini.’  tiba-tiba dia marah abang pulak, itu yang dia kata ‘abang tak kesian kat Jannah paksa Jannah bersalin tiap-tiap tahun’, kemudian bila dia terpandangkan Jannah, dia kata  pulak ‘Jannah nak ikat abang dengan anak yang ramai’,ada ke patut dia cakap macam tu?….abang tanya Jannah ni.. jawab dengan jujur tau, Jannah rasa terpaksa ke melahirkan anak-anak abang.”

“Haa ..abang dah termakan cakap Diana ke?...mana ada terpaksa..kan Jannah  dah cakap dulu, Jannah suka anak ramai. Abang pula rasa terikat ke dengan Jannah, Jannah beranak ramai ni”.

“Dah..dah..Jannah pun dah termakan  cakap Diana tu ye, itu pun abang dah cakap dulu, abang memang nak anak ramai.” mereka sama-sama ketawa menterawakan kata-kata Diana petang tadi.

“Bang betul ke abang teringin nak anak perempuan lagi..entahlah Jannah ni asyik lahirkan abang anak lelaki saja.”

“Abang tak kisah Jannah.. anak lelaki ke.. anak perempuan ke, bagi abang semuanya sama saja, abang sebenarnya bersyukur sangat Jannah nak lahirkan anak-anak untuk abang..bukan seorang dah nak masuk lima orang..bagi abang dah ada seorang anak perempuan pun dah cukup..kalau kita pandai didik anak lelaki pun boleh tolong kita kat dapur dan buat kerja rumah kan Jannah.”

“Betul tu bang.. tapi yang abang kata kat Diana nak satu lagi anak perempuan?.”

“Jannah ni...abang saja-saja aja..nak takut-takutkan Diana”.

“Bang Jannah nak cakap terus terang dengan abang ni, mana tahu... Jannah terikut kata hati, kemudian Jannah marah-marah abang, nanti abang kecil hati pulak”.

“Cakaplah.. abang dengar ni... kenapa Jannah nak marah abang dan kenapa pula abang nak kecil hati”

“Bila Jannah nampak Diana tadi, Jannah rasa cemburu pulak,  Jannah rasa macam Diana nak rujuk pada abang, betul ke bang, tadi masa dia nak balik dia kata  ’Dia akan cuba perbaiki hubungan dia dengan suaminya’ apa… dia dengan suaminya ada masaalah ke?”.

“Abang memang tak nak rahsiakan apa-apa dengan Jannah.. takut dia jumpa Jannah pula suruh pujuk abang terima dia balik... dia tu bukan boleh percaya pun, apa saja sanggup dia buat asalkan tercapai cita-cita dia. Dia cakap tadi dia dah berubah, kalau abang suruh dia pakai tudung, dia akan pakai.. bila abang terima dia balik. Dia ingat abang tak tahu, minggu lepas Halim pergi ke Bukit Bintang cari barang computer isterinya kat Low Yat  dia ternampak Diana dengan kawan-kawan dia, pakaian masih macam dulu juga, lagi teruk kata Halim...Itu yang dia kata kat abang dia dah berubah….nak tunjuk dengan abanglah dia dah pakai baju kurung. Dia kata tadi, dia pergi kerja pun dia pakai baju kurung... entah ia entah tidak, ingat dengan senang-senang ke abang nak percaya. Pada abangkan Jannah.. Diana ni kalau sepuluh yang dia cakap satu pun belum tentu betul.”

“Hisyy..abang ni..jangan selalu buruk sangka kat orang..tak baik. Apa masaalah Diana dengan suaminya bang.” Nur Jannah bertanya suaminya ingin tahu.

“Masaalahnya, suami dia nakkan anak tapi dia tak mahu, mungkin pasal perkara itu dia minta diceraikan. Kalau dia rujuk dengan abang tak payah dia nak mengadung lagi sebab dia dah ada Arief, itu yang abang takut-takutkan dia tadi ..yang abang ni nak anak perempuan seorang lagi.” terkedu Nur Jannah mendengar bicara suaminya tampa berselindung. Memang betul detik hatinya, Diana ingin kembali semula kepada suaminya.

“Kalau betul dia dah berubah dan sanggup lahirkan anak perempuan untuk abang, abang nak rujuk balik ke dengan dia?  Kalau dia nak ambil Arief macam mana?” sayu terdengar suara Nur Jannah.

“Kalau dia dah betul-betul berubah..Alhamdullillah, tapi untuk hidup bersama dia lagi abang tak mampu”.

“Kenapa pula.”

“Abang dah ada Jannah sorang pun dah cukup, Jannah dah bagi abang cukup kebahagiaan tak ada apa lagi yang abang nak. Lagi pun abang tengah sibuk..grandpa nak mulakan satu lagi projek tahun ni juga.. Jannah tak apa kan kalau jaga anak-sorang-sorang masa abang sibuk nanti.”

“Projek apa bang..?”

“Projek ni grandpa dan abang bincang dah dua tahun lepas lagi..tapi  asyik tertunda-tunda..grandpa kata dia kesihan kat Jannah jaga anak sorang-sorang kalau abang sibuk sangat. Tapi  kali ni untuk memenuhi kehendak pelanggan kita kena bekerja keras sikit jadi grandpa cadangkan lepas Jannah selamat bersalin kena  dimulakan juga”.

“kenapa nak tunggu selepas Jannah bersalin baru nak mula.”

“Grandpa nak buka satu lagi cawangan kat Johor .. dekat dengan pantai Danga Bay tapi grandpa lebih pentingkan Jannah....takut Jannah bersalin tak cukup bulan lagi kalau abang tak ada susah nanti. Jika semuanya dah selamat barulah abang nak tenguk tapak projek yang  kat Johor tu.  ”

“Wah hebat grandpa.. tahun lepas dah buka kat Penang ni kat Johor pula.”

“Mungkin rezeki anak-anak kita Jannah, perniagaan grandpa makin maju..tapi abang yang kena uruskan semuanya. Mula saja projek tu abang mula sibuk Jannah ..abang kena tinggalkan Jannah dan anak-anak selalu.. abang kesian Jannah uruska anak-anak sorang-sorang.”

“Tak apalah bang ..atuk dan nenek kan ada..janganlah abang risaukan Jannah.. abang buat pun untuk kita sekeluarga juga..tapi abang penatlah Jannah bukan boleh membantu..Jannah ni tak tahu bab berniaga.”

“Jannah bantu abang apa.. Jannah bagi semangat kat abang ..Jannah bagi kebahagiaan kat abang. Abang bersyukur sangat Jannah sudi jadi isteri abang..bersyukur abang pada Allah dikurniakan Jannah sebagai isteri dan ibu pada anak-anak abang.” makin erat Tengku Farid memeluk isterinya.

‘Bang Arief macam mana pula.. kalau Diana nak ambil dia, abang bagi ke?” rupa persoalan dikepala Jannah belum habis lagi, terdengar nada bimbang Nur Jannah bertanya. Dia melonggarkan sedikit pelukkan suaminya kerana dihatinya masih ada resah.

“Pasal Arief Jannah jangan bimbang.. masa abang lafazkan cerai di pejabat kadi dulu, Diana  dah sain dan setuju satu perjanjian dengan  abang, ’Diana hanya dapat bawa Arief balik ke rumah dia bila umur Arief lima belas tahun’. Abang rasa pada umur itu, Arief dah pandai berfikir  dan memilih mana baik mana buruk… masuk sekolah nanti abang nak masukkan semua anak-anak abang sekolah agama, kalau tak boleh sekolah agama sepenuh masa, apa kata kita sekolahkan sekolah kebangsaan waktu pagi dan petangnya kita carikanlah sekolah agama, ok tak Jannah...Abang berdoa pada Allah agar  anak-anak kita nanti tidak sesat jalan macam abang dulu.” Tengku Farid menarik kembali isterinya dalam pelukkanya. Sebenarnya dia merasa gerun memikirkan jika dirinya tidak berubah hingga akhirnya hanyatnya.

“Ok juga macam tu, terima kasih bang kerana sayangkan Jannah, Jannah pun sayang abang.” Nur Jannah juga memeluk suaminya erat, tapi Tengku Farid melonggarkan pelukkannya.

“Kenapa.. selama ni Jannah tak rasa abang sayangkan Jannah..abang sayang Jannah dari dulu lagi.. abang tak akan pergi dari sisi Jannah sampai kehujung nyawa abang ni. Masa kita baru baru nikah dulu pun abang  dah sayang Jannah juga, tapi masa tu abang keliru, kerana rasa ‘dipaksa’, lagi pun abang tak di beri cukup masa untuk mengenali diri Jannah. Sekarang abang betul-betul rasa bahagia  bersama Jannah dan keluarga Jannah. Dalam hati abang ni dah tak boleh masuk orang lain, kerana penuh dengan Jannah dan anak-anak abang saja. Jannah…. abang  nak Jannah tahu abang memang sayang sangat-sangat kat Jannah kalau boleh, abang nak bersama Jannah sampai keakhir hayat abang, dan kalau boleh, abang nak bersama Jannah sampai ke syurga”.
“ Amin…Amin… Ya Rabulalamin..” Nur Jannah mengaminkan kata-kata  suaminya umpama doa sambil meraup kedua tanganya kemuka lepas itu dia merapatkan dirinya dan memeluk suaminya dengan lebih erat lagi. Semoga bahagia itu milik mereka sekeluarga.  Semoga dirahmati Allah pasangan itu hingga keSyurgaMu ya  Allah.  Tamat.

Terima kasih kerana sudi membacanya cerita ini ..selamat membaca semoga ada sedikit pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini.

Semua pantun dipetik dari Pantun maksud dalam, peribahasa pantun dan pantun klasik...


Sunday 16 September 2012

Bab 39. Jangan ada rahsia




Apa guna meragi kain,
Kalaulah tidak ada bunganya;
Apa guna cari yang lain,
Kalaulah tidak lebih darinya.



Tengku Farid memandang Diana, dengan sebuah senyuman sinis... Dia tidak  terkejut dengan luahan hati Diana. Tidak langsung. Sudah lama dia mengenali Diana sememangnya Diana begitu. Jika dirasakan perkara itu  menguntungkan dirinya akan diushakan hingga tercapai. Dalam hatinya berkata ‘sememangnya Diana ni seorang yang tak  berperasaan dan tak berhati perut..tak nampak ke Jannah yang sedang sarat mengandung sampai hati nya dia merayu nakkan suaminya.. dia ingat aku ni apa tunggul kayu..atau aku ini buta dan tak ada otak ke..walau apapun..Ya Allah aku memohon pada Mu ya Allah yang maha berkuasa jauhkanlah hati ku ini dari tertarik kepadanya...’ itu lah doa Tengku Farid.

“Tentang perasan you pada I, I tak boleh nak halang, itu masaalah you. Sebenarnya I suka berterus terang dengan you, supaya you jangan cuba datang jumpa I pasal ni lagi ...pasal cinta dan sayang. Sebenarnya Diana… perasaan cinta I pada you memang sudah lama tak ada, you yang membunuh perasaan cinta I itu. Rasa cinta I pada you, I dah lama I kuburkan selepas I ucapkan kata cerai pada you tu dulu. Lagi pun I tak perlukan orang yang tak ‘berhati perut’ macam you. You memang tak sesuai untuk di jadikan ibu kepada anak-anak I  ... I takut nanti anak-anak I pun berhati kejam juga macam you juga”. Walau pun Tengku Farid mengucapkan dengan tenang dan lembut..tetapi bahasanya seakan pukulan yang cukup untuk megejutkan  Diana yang sedang lena dengan angananya...

“Kenapa you cakap I macam tu pada I Farid…you sedar tak  apa yang you cakap, sampai hati you cakap I ‘tak berhati perut’, apa kekejaman yang dah I buat.” tersetap Diana mendengar kata-kata bekas suaminya, dengan badan tertegak dan mata yang membulat Diana memandang bekas suaminya. Dia tidak menduga itu yang keluar dari mulut orang yang pernah mencintainya dahulu. Rupanya Tengku Farid sekaramng sudah lain. Dulu sering kali memanggilnya dengan kata-kata lembut  walaupun nada suaranya sama tetapi yang ini erti bahasanya menjerut tangkai hatinya. Hai sweetest..hai loves kan berbeza 180 darjah dengan ‘ you  tak berhati perut’…

“Diawal pernikahan kita lagi I dah tahu you bukan cinta pada I. You hanya nak tumpang senang saja dengan I... Ialah masa I senang saja you kata you sayang dan cinta, tapi bila I sakit  ada you kesah?.. you buat tak tahu sajakan. Diana ingat tak lagi masa I demam dulu, siapa yang jaga I ... you suruh Halim yang jaga I. You sedap tidur dan tak perdulikan I pun. Ada you fikir keadaan I masa tu, ada you tolong carikan ubat, tak ada kan.. you tak tenguk pun I masa tu, panas ke.. dapat tidur ke masa tu. Lepas tu masa Arief ada masaalah dulu… sanggup you minta cerai malam tu, dan biarkan I terkontang kanteng sendiri.  Dengan nak drive lagi dengan anak menangis lagi, you tahu tak kalau I tak cekal malam itu, entah-entah  I dan Arief  dah jadi arwah, ada tak you ambil peduli ...ada you ambil tahu. You tahu marah you saja... you hanya tahu senang you saja. Bila you rasa you yang untung you katalah you cinta..bila you rasa you akan rugi you kata ‘boleh blah’... Ni..haa bukan you tak nampak Jannah tengah sarat, ada ke patut you cakap you masih cintakan I. Dari apa yang I faham dari kata-kata you tadi ..you minta I ceraikan dia sebab you tak mahu berkongsi I dengan dia..betul tak?.

“Mana ada..I tak tefikir  macam tu pun.”

“Habis apa maksud you..yang you tak mahu kongsi I dengan siap-siapa.” Diana terperangkap dengan kata-katanya  sendiri dia menundukkan wajahnya.

“Kalau you ditempat dia apa perasaan you jika orang lain cakap macam tu.. bekas kekasih suaminya you pulak tu, dan kalau pun you di tempat I sanggup ke you terima orang yang menghulurkan cinta dan meninggalkan isteri yang sedang mengandungkan anak you.Tapi I percaya kalau you ..you memamang sanggup, asalkan you dapat apa yang you hajatkan… sebab you ni memang dalam ketegori orang yang ‘tak bertimbang rasa... tak berhati perut dan hati kering.’ Lagi satu Diana, patut ke I lepaskan tanggungjawab I yang berderet-deret demi mengejar cinta you  yang I tak tahu di mana kebenarannya. Kalau pun benar kata-kata you, I tak akan pergi pada you lagi Diana.. cukup sekali pengalaman I dengan you, I tak akan mengulaginya sekali lagi. Pengalaman dulu membuatkan I belajar sesuatu.” seperti keretapi express Tengku Farid meluahkan isi hatinya. Diana hannya memandang dan terkedu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut bekas suaminya.  Dia tidak sempat untuk menyampuk atau membalas kata-kata bekas suaminya kerana yang keluar dari mulutnya  meletup-letup seperti peluru machine gun. Setelah Tengku Farid berhenti barulah dapat Diana mencelah dengan suara lirih…

“Nampaknya you masih berdendam dengan I pasal perkara-perkara yang lepas Farid, you macam tak percaya yang I ni dah berubah.” Diana tertunduk memandang lantai bila mendengar luahan hati bekas suaminya, dia mula sedar kesilapan dirinya.

“Beruntunglah Johan kalau  betul you dah berubah ...tapi I tidak akan mengubah pendirian I InsayaAllah.”  Tegas kedengaran  suara Tengku Farid menyatakan pendirianya.  Pada  Tengku Farid  dengan Diana  tidak perlu kata  berlapik-lapaik atau lembut-lembut..Diana jenis yang tak makan saman dan tak tahu bahasa..harusnya kata berterus terang. Tapi yang hairanya kenapa dulu dia tidak menyedari perangai Diana..

....Diana I tak pernah dendam dengan you, malah I berterima kasih dengan you.. kerana melahirkan anak untuk I. Kita ni makin lama..makin tua, I harap you ubahlah prinsip hidup you Diana. Johan tu baik orangnya, kalau you masih belum ada anak dengan dia tentu dia seorang yang sabar, sabar menuggu you malahirkan zuriat untuknya. You masih boleh memperbaiki hubungan you dengan dia.  Baliklah pada dia. Cari di mana silapnya hubungan antara you dengan dia.. perbaikilah. Dalam hal ni I percaya bukan dia yang nak bercerai tapi you yang minta cerai dari dia. Kalau betul apa yang I kata ni, you kikislah perkataan cerai dalam hati you tu. Ingatlah kita kahwin ni bukannya percubaan dan bukan untuk seronok saja, dengan mudah nak bernikah mudah pula nak bercerai, kemudian senang-senang nak rujuk balik. Bercerai ni memang di bolehkan.. tapi Allah tak suka”.

Keadaan sunyi seketika, Tengku Farid mahupun Diana membisu. Bagi Diana dia sedang memikirkan kebenaran kata-kata bekas suaminya. Dia terpana apa yang terkeluar dari bibir bekas suaminya itu. Dia tahu kini.. dia sudah tidak ada walau sedikitpun didalam hati Tengku Farid. Tujuh tahun dahulu juga dia ditolak.. kini walau pun dia berpura-pura  sudah berubah dari segi penampilan, tetapi bekas suaminya tidak juga tertarik kepadanya  akhirnya dia Diana bersuara.

“Betul Farid..memang  I yang merancang minta diceraikan...dan sememangnya dia nak anak tapi I takut nak beranak, susah nak jaga, susah nak kembali bentuk asal, banyak susah dari senangnya.” Akhirnya Diana berterus terang kepada bekas suaminya mengapa dia ingin kembali kepadanya.

“Diana semua orang didunia ni kahwin sebab nakkan anak untuk menyambung zuriat keturunan dan juga untuk bekalan hari tua. Kahwin ni bukan untuk seronok sahaja. Kalau you betul nak dia sayangkan you, berkorbanlah lahirkanlah anak untuk  dia..tapi sebenarnya bukan untuk dia saja malah untuk you sendiri. Anak  waktu kecil macam ni memang susah nak jaga, tapi bila kita dah tua nanti dengan merekalah kita bergantung harap. You pandanglah keliling you yang hampir..you kata emak mentua you, dah tinggal seorang bila suaminya meninggal. Dia bersyukur kerana masih ada anak walau pun seorang. Dia masih ada harapan masa tuanya tidaklah ditinggalkan merempat dirumah orang tua-tua. Jauh macam manapun balik juga Johan mengenangkan emaknya tinggal seorang. Ataupun you yang nak duduk di ruamah kebajikan bila dah tua nanti. Tentu seronokkan duduk ramai-ramai.” Tengku Farid berhenti dari berkata-kata..Diana hanya membisu memikirkan kata-kata bekas suaminya..kemudian Tengku Farid menyambung lagi..inilah masanya dia menasihati bekas isterinya supaya sedar akan kesilapannya. Walaupun mereka telah bercerai  dia merasakan Diana sebagai seorang kawan tidak salah dia menasihati seorng kawan.


“Diana... kita bukan sentiasa muda macam ni. Dua puluh tahun akan datang kita akan mula sakit-sakit, masa tu you dah tak mampu nak beranak lagi.. Diana. Cuba you fikir takkan demam sikit you nak masuk wad. Macam I demam dulu tu.. I rasa macam dah nak mati rasanya, tapi doktor tak pula syorkan I duduk wad. Kalau I mintak pun, doktor pasti tak bagi, dia akan kata ‘demam sikit nak masuk wad... gila ke’. Apa yang you gaduhkan sangat tentang bentuk badan you, kalau dah tua nanti muka you berkedut juga. Ataupun you kata you nak suntik botok dan vitamin pada kulit you..tapi kalau dah tua Diana tenaga kita akan berkurangan..itu janji Allah diberinya kita sedikit alamat supaya kita sedar... mati menghampiri kita..Allah kan tarik sedikit-sedikit nikmat yang Dia bagi kita selama ni..mula-mula tenaga kita kemudian kecantikan kita..mulalah kita ditumbuhi uban..kemudian penglihatan kita..mulalah kita  rabun Diana dan kemudian pendengaran kita, kalau kita dah tua nanti kita mulalah pekak sikit Diana. You jangan fikir you akan macam ni sampai bila-bila. Walau apa pun you makan atau you pakai  atau you suntik, kita akan merasa juga..Cuba you tenguk pelakon Elizabeth Taylor  wajahnya punyalah cantik dan muda tapi pakai juga kerusi roda..itu menandakan tenganya sudah diambil...sebelum you terlambat eloklah you fikirkan Diana.” panjang lebar Tengku Farid menasihatkan bekas isterinya. Diana termangu mendengar kata-kata Tengku Farid yang memang ada kebenaranya.

Dia membayangkan wajah pelakon jelita  Elizabeth Taylor..cantik hingga keakhir hayatnya namun  dihujung hayatnya dia berkerusi rodah betul kata bekas suaminya tidak semuanya dapat kita kekalkan dalam dunia ni, walaupun kita ada teknologi canggih sekali pun….

Nur Jannah keluar ke ruang tamu sambil memimpin tangan anak yang masih merengek, minta di dukung.

“Adik dukung dengan ayah ye…Diana maaflah.. I tak dapat nak layan you, anak I ni asyik merengek saja, kalau boleh dia nak I peluk dia saja, dengan ayahnya tak berapa mahu”.

“Tak apalah Jannah I pun dah nak balik ni.”

“Eh..tak makan sini ke Diana.. kejap lagi pun kami dah nak makan malam…adik dengan ayah ye..ibu nak goreng ayam, abang Arief nak makan ayam goreng katanya tadi.”  Nur Jannah memang sabar melayan permintaan dan cuba memenuhi setiap permintaan anak-anaknya. Bila Nur Jannah menyebut nama Arief barulah Diana teringat anaknya, kalau tidak dia asyik mengejar dan memujuk bekas suaminya, agar dirinya dapat diterima semula.

“Farid... boleh tak sebelum I balik ni.. I jumpa Arief sekejap.” Diana memandang sayu kearah bekas suaminya yang tunduk untuk mendukung anaknya yang merengek.

“Boleh apa salahnya dia kan anak you..tunggulah kejap I panggilkan dia….” sambil  mendukung anaknya yang kecil Tengku Farid  kebelakang memanggil anaknya Arief supaya dia berjumpa dengan mamanya, sebelum mamanya pulang. Diana dan Nur Jannah di tinggalkan di ruang tamu.

“Jannah dah berapa bulan ni nampak macam dah sarat saja.”

“Dah nak masuk lapan bulan, dulu masa Aisyah Jannah dah bersalin waktu ni. Ini pun Jannah dah bersiap sedia kalau-kalau terbersalin awal lagi.” ketika itu anaknya Arief datang menghulur tangan, untuk bersalaman dengan mamanya. Diana menarik tangan anaknya, memeluk dan mencium pipi anaknya. Inilah pertama kali Tengku Farid melihat Diana mencium anaknya. Dari semenjak dia di lahirkan Tengku Farid tidak pernah melihat Diana mencium anaknya, kedengaran macam mustahil tetapi itulah kebenaranya.

Diana bangun lalu menghampiri Nur Jannah untuk bersalaman.

“I mintak maaf banyak-banyak, I banyak bersalah dengan you Jannah. I minta maaf banyak-banyak juga dengan you Farid, memang I banyak menyusahkan you sekeluarga. Terima kasih di atas nasihat you tadi. I akan berusha sedaya untuk meyelamatkan rumahtangga I kali ini.” sebenarnya Diana sudah terlewat di datangi  haidnya bulan itu, itulah sebab dia datang mencuba nasib, kalau bekas suaminya masih mahu menerimanya kembali. Jika sekiranya bekas suaminya mahu menerimanya kembali, dia nekad tidak mahu mengadung lagi kerana padanya mereka sudah mempunyai anak, yaitu Muahmad Arief Daneal.

Tetapi setelah mendengar nasihat bekas suaminya tadi, dia mulai sedar akan kesilapan pendirianya. Kini dia berusha untuk melahirkan anak bukan untuk suaminya sahaja bahkan untuk dirinya juga sebelum terlambat, nasihat dari Tengku Farid tadi berbekas di hatinya.