~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Wednesday 30 September 2015

65 Nur Hidayah







                 Usai solat sekali lagi Dr. Johan masuk ke bilik mommynya. Ketika dia melintasi sofa yang diduduki oleh Natasya tidak sedikit pun  Johan berpaling kepadanya, biar pun Natasya sudah bersiap seksi dengan baju tidur cantik. Berderai aganan Natasya yang mahu Johan memandangnya tidak berkelip.  Percubaan nya mahu mencuri perhatian Johan tidak menjadi. Sebal sungguh hatinya bila merasakan dirinya tidak menarik malah tidak dihiraukan. Kalau mahu diikutkan hati yang sebal mahu sahaja dia menjerit supaya  Johan memandang kearahnya. Tetapi dia sedar  Johan bukan orang yang membalas kata bila kita meninggi suara. Dia perlu mencari cara lain untuk Johan memberi perhatian atau bertidakbalas dengan kata-katanya.

               Lama  dia berfikir sambil menanti Johan keluar dari bilik mommynya namun hampa. Bila orang yang dinanti tidak keluar dari bilik, Natasya memilih untuk mengentuk pintu bilik puan Maria.Tiga kali ketuk Johan masih tidak membuka pintu.  Di ketuknya lagi..dan lagi. Bila tidak dibuka juga Natasya memilih untuk memulas tombol pintu untuk dibuka dari luar.. namun pintu bilik berkunci. Makin panas rasa hatinya. Biar pun darahnya mengelegak dengan perbuatan  Johan dia kena bertahan. Akhirnya dia bersuara  memanggil…

“Jo!!Keluarlah I nak cakap dengan you”.Lembut  kedengaran suaranya  seakan merayu. Mendengar suara sayu Natasya puan Maria  menasihati anaknya. Ialah sampai bila mahu mendengar ketukkan dipintu dan suara Natasya terpanggil-panggil..terbit juga rasa kasihan dihati tuanya.

“Jo keluar lah..tak baik Jo buat Didi macam ni”.

“Jo malas nak pandang muka dia mommy..lagi pun dia bukan isteri Jo lagi. Apa tujuan dia pakai macam tu, kalau tak, nak goda Jo”.

“Ialah memang betul kata Jo tu, tapi sampai bila Jo nak biarkan dia terketuk-ketuk dan terpanggil-panggil macam tu. Jo keluar.. dengar apa dia nak cakap. Perkara ni kena selesaikan, jangan tergantung..dia susah kita pun susah”. Puan Maria juga kasihan dengan anaknya bila jodoh yang dia aturkan tidak menjadi.  Dia yang beria mahu bermenantukan anak kawan baiknya Diana Natasya binti Suffian itu dulu.

“Jo..boleh tak Jo khawin dengan Didi”.

“Ehh kenapa mommy..dia kan dah kahwin, mommy juga yang cakap dia  baru sahaja dapat anak.”

“Memanglah..tapi dia dah bercerai dengan suaminya..Kesian mommy dengan Didi bila dengar cerita aunty Sakila. Kata aunty Sakila, suami Didi kena jampi dengan keluarga bini tua dia.”.Ketika itulah dia membuka hikayat bagaimana Diana Natasya terabai dek kerana suaminya tidak boleh berfikir secara waras akibat jampian ilmu hitam oleh keluarga isteri tua suaminya.

“Dulu macam mana Didi boleh kahwin dengan suami orang, Didi tak tahu ke suaminya tu laki orang”.

“Dengar  cerita aunty Syakila  mereka bercinta dari masa zaman mereka belajar lagi. Habis belajar  pakwe Didi tu kena paksa kahwin dengan pilihan keluarga. Bila dah kahwin, dia tak boleh nak lupakan Didi. Dia merayu nak juga kahwin dengan Didi. Bila mereka dah kahwin keluarga sebelah isteri tuanya jampikan suami Didi ni. Biasalah kalau dah kena jampi mulalah suaminya tak ingat pada Didi..Ada ke patut Didi baru lepas bersalinkan anak dia, suami dia dah pergi rumah bini tuanya tak balik-balik, dia tak hiraukan Didi…Didi tak tahan asyik kena tinggal sahaja Didi minta cerai. Sekarang mereka dah bercerailah.”

“Mommy percaya ke dengan cerita mommy Didi tu..”.

“Takkan aunty Shakila nak tipu mommy..kami ni dari zaman sekolah lagi baik Jo..apa-apa masaalah mommy, mommy cerita dengan dia. Anty Sakila banyak tolong mommy masa Jo kecil dulu. Dia suami isteri yang tolong daftarkan Jo sekolah. Tak kan Jo tak ingat dia suami isteri yang tolong hantar Jo masuk asrama semuanya ..lagi pun arwah papa Didi kan kawan baik papa Jo juga. Mommy kesian dia Jo,  sedeh sangat dengan nasib Didi. Didilah anak perermpuanya sorang..orang sia-siakan pula. Mommy pun sedeh juga Jo..sebab nasib mommy sama macam nasib Didi..hanya mommy ni tak minta cerai sahaja.”.

“Tak apalah mommy semuanya ketentuan tuhan kita nak buat macam mana. Bab Jo nak kahwin dengan Didi..Jo ni tak habis belajar lagi, ada setahun lagi nak habiskan houseman ni. Lagi pun Jo rasa nak cari pengalaman kerja dulu kat sini. Jo tengah cari hospital yang boleh terima Jo...”.

“Setahun tak lama mana Jo, pejam celik pejam celik dah setahun..tahu-tahu Jo dah nak balik Malaysia saja. Kalau Jo nak cari pengalaman kat sana pun tak apa mommy izinkan, berapa lama Jo nak duduk sana duduklah.. bawa Didi duduk dengan Jo kan senang. Yang sebetulnya mommy senang hati kalau Jo dah ada teman hidup..nanti balik bawa cucu berderet-deret ye. Mommy bayangkan kalau Jo kahwin  dengan Didi tentu Jo dapat anak yang comel. Jo tak teringin ke dapat anak-anak yang comel macam mommynya.”. Ohh indah sungguh impian puan Maria ketika itu.

“Teringin tu teringinlah..tapi Jo takut Jo tak boleh nak bagi tumpuan pada Didi nanti. Sekarang Jo tengah sibuk sangat dengan houseman Jo ni. Siang malam kat hospital..balik mandi dan tukar baju sahaja mee. Takut Didi rasa terabai nanti. Biarlah Didi kahwin dengan orang yang boleh jaga dia dengan baik..Jo tak kisah, dengar cerita mommy Jo pun kesian dengan Didi ialah diakan kawan Jo.Tapi kalau nak kahwin dengan dia sebab nak jaga dia, Jo takut tak mampu..takut Didi terabai.”.

“Janganlah lah macam tu..aunty Shakila tak percaya  orang lain nak jaga anak perempuan tunggal dia tu, dia berharap sangat Jo dapat jaga anak dia. Lagi pun Jo dah kenal dengan Didi, Jo kawan dengan dia dari kecil lagi. Kawin dengan orang yang kita dah kenal senang  Jo..senang nak bertolakansur sebab masing-masing dah kenal. Mommy pun suka juga kalau Jo kahwin dengan Didi.”

            Puan Maria tahu Johan seorang anak yang baik dan mendengar kata. Dan akhirnya dia  mengikuti permintaanya. Namun perkahwinan diatas aturan keluarga hanya mampu bertahan selama dua tahun sahaja.  Entahlah dulu dia melihat ada keserasian antara Johan Hamdi dengan Diana Natasya tetapi setelah duduk serumah lain pula jadinya. Kenal bertahun tak menjanjikan keserasian daham hubungan rumah tangga rupanya. Yang sebetulnya puan Maria menyalahkan dirinya diatas perpisahan mereka bedua..Kerana dirinya ditimpa musibah (Kena strok) menjadi sebab mengapa Natasya pergi meninggalkan anaknya. Bubar kenangan lama  Puan Maria  bila mendengar ketukkan bertalu-talu di pintu biliknya. Sekali lagi dia  menyuruh anaknya keluar.

“Jo keluarlah..dengarlah apa yang Didi nak cakap tu”. Seakan merayu Puan Mariah menyuruh anaknya keluar dari biliknya.

“Baiklah mommy”. Johan bangun mengangkat tubuh dari katil mommynya. Dia  berjalan longlai menuju kepintu. Bila pintu dibuka kelihatan Natasya tercegat di muka pintu. Terus sahaja Johan menuju kesofa lalu duduk.  Natasya mengikuti langkahnya dari belakang. Bila Natasya duduk rapat disampingnya,  Johan  bangun beralih tempat memilih sofa lain lalu duduk berhadapan dengannya. Rasa terkilan bila dirinya diperlakukan sebengitu oleh bekas suami..makin kuat azam Natasya untuk menundukkan Johan kepangkuannya.

“Ok cepatlah cakap I dah nak tidur”. Dr Johan memandang kearah Natasya beberapa saat kemudian dia menundukkan wajah memandang  ibu jari kakinya yang sengaja digerak-gerakkan.

“Hai cepatnya you nak tidur ..dah tak sabar ke??”. Pada fikiran Natasya Dr Johan sudah tidak sabar mahu masuk kebilik bila melihat keadaan dirinya yang sudah berpakaian tidur. Pada kebiasaan mana ada orang dewasa tidur pukul sembilan lebih. Hatinya bersorak gembira bila merasakan jeratnya  sudah mengena yang sebenarnya Natasya cepat perasan..perasan dirinya memikat, menawan dan perasan dirinya cantik.

“Tak sabar apa??”. Spontan Johan mengakat wajah memandang kearah Natasya yang terseyum manis..

“Tak ada apalah. Kalau you dah nak tidur jomlah I pun letih ni..”. Kata Natasya sambil tersenyum-senyum dan suaranya pula bertukar lembut, manja dan mengoda.

“Cepatlah apa yang you nak cakap”. Johan bersuara tegas dan kasar bunyinya, wajahnya pula ketat dan masam.. Natasya tahu Johan dalam keadaan marah..

“Emm tak apa ke kalau I nak minta you tukarkan semua perabut dalam bilik kita tu..I tak boleh nak masuk bilik tu..bila teringat barang-barang dalam bilik tu dah diguna dek orang”. Biar pun suara Johan kedengaran keras.. tak mesra. Suara Natasya masih lembut berserta lenggok-lenggok budak manja... Berlapis dahi Johan mendengar perminatan Natasya. Duduknya sudah ditengkkan tanganya pula sudah dipinggang..


“Kenapa you tak pandang keliling..you tahu tak sekarang pukul  berapa..mana ada kedai perabut yang masih beroperasi”.


“Habis I nak tidur mana malam ni..I tak nak guna barang yang dah diguna orang”. Natasya mula merengek  macam budak-budak..kakinya pula mula menghentak perlahan dan muncung mulut mula kelihatan. 


“Suka hati youlah..you nak tidur mana I tak kisah..atau you  nak tidur hotel.. pergilah. Tapi kalau you tidur kat hotel adakah you suruh tuan punya hotel tu tukar perabut untuk you. Tapi.. Untuk pengetahuan you.. yang sebenarnya I tak akan membazir duit nak tukar perabut yang ada dalam rumah ni kerana you.” Natasya tahu tiada tanda-tanda Johan mahu memujuk bila melihat wajahnya yang garang dan suaranya yang keras. Natasya menukar gaya tuturannya..Yang sebenarnya bila melihat sambutan Johan dengan kedatangan dirinya tadi dia sudah merancang dua tiga plan untuk  misi menggodanya.


“Ye tak ye juga kan. Oklah..I ikut youlah..kat mana you tidur kat situlah I tidur..I nak ikut kata pepatah duduk seorang isteri adalah disisi suaminya”.


“Hei you siapa yang nak ikut mana I nak tidur..sedar sikit diri you tu....you dah tak boleh ikut I”.


“Johan!! Kenapa you buat macam ni pada I..I  isteri you. Kenapa Jo, you macam tak rindu langsung dengan I, sedang rindu I ni dah macam menara KLCC  dah  tingginya. Kita kan baru jumpa tapi  you macam tak teruja langsung dengan I. Kuat sungguh jampi betina gatal tu melekat pada you kan.”  Bila merasakan dirinya jelas ditolak sabarnya tidak dapat bertahan lagi..radang  meletus juga..

“Bab you tak boleh ikut I,  tak ada kena mengena dengan orang lain..hukum ugama  yang mengharamkan kita bersama. Kita bukan suami dan isteri lagi.. ingat tu.” Johan bangun mengangkat tubuh.

“Johan!!! Kat mana I nak tidur malam ni”.


“ I tak kisah kat mana you nak tidur ..kalau you nak tidur kat luar rumah atau  pun you nak tidur kat bilik bibik boleh aje. Sebagai tuan rumah I dah sediakan apa yang patut untuk tetamu I.. walau pun you sebagai tetamu yang  tak diundang dan tak dialu-alukan namun you tetap I horamat sebagai tetamu...ingat Natasya  I anggap you hanya sebagai  tetamu tak lebih dari tu”. Melihat Johan tetap  mahu melangkah kebilik mommynya, sekali Natasya cuba menghentikan langkah kakinya.


“Dulu you tak macam ni Jo..jumpa sahaja terus you terkam I..tapi sekarang..macam I ni apa sahaja”.


“Dulu  you isteri I, tapi sekarang tidak lagi..you sudah tak ada kaitan  dengan I. You tahu tak, sekarang ni I tengah mengumpul dosa kerana memandang you yang bukan mahram I lagi. You nak tahu..sehelai rambut you yang I pandang mendatangkan dosa pada I dan you sekali, inikan pula I terpaksa mengadap you dengan keadaan you yang seperti separuh bogel macam sekarang ni. Kalau hanya  bab mana you nak tidur dan bab nak tukar perabut rasanya you pun dah jelas jawapanyakan. Kalau nak cakap hal lain I malas nak dengar. Dahlah, sekarang kita tak sama macam dulu, kita dah jadi orang lain yang tiada kaitan. Sekarang you jaga diri you sendiri dan I jaga diri I”. Johan berkata-kata dengan membelakangkan Natasya. Tubuhnya sudah menghala kebilik mommynya.


“Aalah Jo hanya sekali aje I nak  you hilangkan rindu I ni.. tak apa kan”.


“I tak faham sungguh  pengetahuan you dalam ugama. You tahu atau you pura-pura tak tahu. Kita ni Islam.. ada hukum. Dari mendekatkan diri pada perkara-perkara yang boleh terlanjur melakukan zina lagi Allah dah larang, apatah lagi melakukan...  ZINA itu haram dilakukan biar pun untuk sekali..Zina adalah salah satu dari DOSA BESAR. Allah dah tetap kan hukuman untuk orang yang berzina. You  tahu tak apa hukuman orang yang berzina..DIREJAM SAMPAI MATI  atau yang ringan sikit disebat 100 kali sebatan..mengapa Allah menghukum dengan begitu dasyat  hukuman .. disebabkan  zina itu adalah perkara keji..perkara yang  akan mencelarukan nasab seseorang”. Melihat Natasya terkebil-kebil mendengar ceramah pendek yang disampaikan, Johan menyambung lagi.


Dalil Dari Al Quran:

    الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ
    الزَّانِي لَا يَنكِحُ إلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

    “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukmin,” (an-Nuur: 2-3).

“You faham tak maksud mengampiri zina. Memgahampiri  zina maksudnya dilarang lelaki dan wanita yang bukan mahram berdekatan, berpandangan atau berbual..”. Punyalah banyak perkataan YOU TAHU TAK yang keluar dari mulut Johan kerana merasakan Natasya pura-pura tidak tahu apa yang haram bagi mereka berdua  waktu itu.


“Tapi I yakin  I masih isteri you Johan..I tak pernah dengar  you cakap you ceraikan I, lagi pun mana bukti yang you dah ceraikan I, I tak terima pun surat cerai dari you pun”.


“Tapi I yakin kita memang dah bercerai ..I dah lafaz cerai untuk you sebelum you meneruskan hajat you menerima tawaran jadi model tu dulu. Ok kalau you nak bukti esok kita pergi pejabat ugama sahkan perceraian kita..nanti kat sana kita boleh minta surat cerai untuk mengesahkan kita dah bercerai”.


“Jo apa kata sebelum kita kepejabat  ugama, you temankan I tidur dulu malam ni. I rindukan you sebagai suami I Jo”.


“Ehh you kata you uzur tadikan..”.


“Maksud I uzur I tadi tu sebab penat..”.


“Uzur yang membolehkan kita tak solat adalah uzur sariee..Uzur kerana seorang wanita tu didatangi haid atau nifas kalau orang bersalin..tak ada istilah uzur dan tak solat kerana penat atau sakit. Orang sakit nak mati pun masih wajib solat tau…dengan kelonggaran boleh solat duduk atau pun baring. Tak mampu bergerak boleh guna pergerakan mata...kalau tak larat sangat ikut bacaan dalam hati..sekarang you nampak tak betapa solat itu sangat dituntut.”.


“Oklah lain kali I akan solat dengan you..teman kan I tidur malam ni ye”.


“Tak boleh…kenapa you tak boleh nak faham”.


 “You yang tak faham keadaan I..Sampainya hati you..I ni baru balik..bukan dekat perjalanan yang terpaksa I tempuh  hanya untuk jumpa you”.


“Jangan you nak bersandewara Diana Natasya!! you yang pilih keadaan ini. Memang dari dulu lagi perangai you macam ni. I dah belajar bersabar bila kena tinggal.”


“Terima kasih Jo kerana memahami I, I janji lepas ni I tak akan tinggalkan you lagi dan I akan beri layanan istimewa untuk you malam ni”.


 “Tidak..tidak sekali, I tak pandang janji istemewa you, sebab istimewa you akan mecampakkan I kedalam api neraka. Pada I hukum tetap hukum,  yang haram tak boleh nak dihalal kan kerana kehendak kita. Siapa yang melanggar hukum dia berdosa.. hukuman dosa kena campak dalam api neraka..I tak tak mahu tu..I akan berusha menghindar dosa..sebab I tak mahu dibakar dengan api neraka..”.


                Bab kena tinggal memang sudah lali pada diri  Johan dari diawal perkahwinan mereka lagi. Dia bersetuju bernikah dengan Natasya kerana ingin membantu dan memenuhi permintaan mommnya.  Dia menerima Natasya seadanya. Bagi  Johan dirinya dia tidak kisah dengan perkahwinan itu,  walau pun yang bakal menjadi isterinya adalah seorang janda beranak satu. Niatnya ingin memberi perlindungan kepada seorang janda apatah lagi janda beranak satu yang teraniaya itu  merupakan teman sepermainannya dulu. Niat dihatinya dikuatkan lagi bila mendengar pandangan sahabat sebiliknya.


                  Bila  mengenangkan dirinya masih bergelar pelajar. Dia takut dia tidak mampu mengimbagi tangung jawabnya sebagai pelajar dan sebagai suami dalam satu masa, lalu dia bertanya pendapat sahabat sebiliknya. Dia menceritkan serba sedikit kisah mereka. Tidak disangka sahabat sebiliknya  menyokong cadangan mommynya..


“Aku rasa elok juga kau tolong teman sepermainan kau tu Hamdi. Lagi pun jika kita menolong janda kita dapat pahala.”Ahmad Luthfi merupakan anak seorang imam.  Sejak mereka bermukim di bumi Abedeen mereka sudah duduk sebilik. Dari  Ahmad Luthfilah Johan Hamdi mendalami ilmu ugama.Dan dari Ahmad Ahmad Luthfilah  dia belajar bersolat dengan betul. Dengan Ahmad Luthfilah dia belajar memohon pada yang Maha Berkuasa ketika dia kesusahan menghadapi cabaran belajar dan menangkis kehidupan social dibumi yang dihuni dengan berbagai fahaman ugama.


“Ia ke..bukan kita tolong balu sahaja ke yang dapat pahala”.


“Taak tolong janda pun dapat pahala..Lagi satu aku ada dengar orang cakap.. tapi cakap-cakap ni tak ada dalam hadis atau pun ayat Quran yang menyatakan cakap-cakap ni betul ke tidak…”


“Apa dia??”.


“KATA ORANG …Jika seorang teruna menikahi  janda dan dia adalah seorang yang baik ..In Syaa Allah segala doanya akan dia kabulkan oleh Allah walaupun dia hanya mengucapkan selawat nabi kemudian berdoa. Itulah kelebihan teruna yang sanggup membela nasib para janda Hamdi. Kalau orang ni pandai menggunakan kelebihan dia, dia boleh mengubati orang juga tau..tak susah baca selawat keatas nabi lepas tu baca doa..In Syaa Allah. Tapi kau memang masih teruna kan..”. kah..kah..kah meletus tawa dua teruna dibumi Abedeen ketika itu..


“In Syaa Alllah atas nasihat dan peringatan  kau aku selamat dari maksiat yang berleluasa di keliling kita. Maksud kau dia boleh jadi bomoh macam tu..tapi kenapa ye bolah jadi sampai macam tu..”

                 Ya dulu ketika sampai di bumi Abedeen dan mula belajar, dia juga mula terikut-ikut cara hidup masyarakat keliling..Bila tidak mampu mahu melepaskan tekanan betapa susahnya mengahadapi pelajaran, rakan-rakan lain  yang sepertinya mengajaknya ke kelab malam untuk berhibur melepaskan tekanan. Alhamdullilah sebelum dia tersesat jauh Allah memberinya rakan sebilik yang alim yang kuat dengan pengangan ugama..Ahmad Lutfi namanya  anak seorang Imam dari Tangjung Karang Selangor Malaysia.

“Hamdi buat apa you pergi kekelab malam yang tak ada faedahnya..badan penat, duit habis..esok pagi nak bangun pun susah.” Ketika itu dia mengeluh duit biasiswanya sudah menghampiri paras kritikal. Hanya makan roti dan air kosong untuk menyambung hidup yang jauh dari mommynya di Malaysia.


“I nak lepaskan tekanan I ni ..I tak sangka macam ni punya susah belajar medic..I rasa macam tak mampu nak masukkan pelajaran yang diberi Fi..you ok ke..you boleh nak tangkap apa yang pensyarah tu bagi..I susah betul nak faham bahasanya  lain betul dengan bahasa Inggeris kita kan.”.


“I pun sama macam you Hamdi..tapi bukan cara kekelab malam kalau kita nak melepaskan tekanan. Kita mohon pada Allah.. minta Allah terangkan hati lapangkan fikiran kita semoga dengan hati yang lapang fikiran yang tenang pelajaran mudah masuk meresap kedalam otak kita. You tahu bab hati dan perasaan kita Allah yang pengang Dia yang BERKUASA MENAJAMKAN fikiran kita, Dia yang BERKUASA MEMENANGKAN fikiran kita..apa-apa pun tentang diri kita,  fizikal dan jasmani kita ditanganNya Hamdi. Semalam I tenguk you mabuk.. betulkan. You tak terfikir ke segelas air syaitan yang you teguk boleh menampung dua tiga hari kehidupan kita kat sini..Kita ni bukan anak orang kaya yang duit tak payah fikir, call sahaja orang tua, dia orang akan hantarkan sekejap tu juga. Tak terbayang dek aku kalau aku minta duit dengan keluarga aku, kemudian mereka bergadai atau berhutang dengan orang.  Aku tak sanggup nak bebankan orang tua aku Hamdi dan aku rasa kau pun macam tu juga kan..tak kan kau nak susahkan mak kau kan. Ingatlah kita kat sini bergantung pada duit biasiswa ”.. Ketika itu dia diam mendengar ceramah dari rakan sebiliknya.  Dia sedar hanya mommy yang mengambil berat  tentang dirinya. Mommynya pula hanya bekerja di sebuah kedai makan dan  tinggal pun dikawsan stinggan di Kampung Pandan.  PAPA..Papanya entah kemana, entah masih ada lagi dibumi Allah ini entah kan tidak, sebab sudah berbelas tahun dia tidak pernah dijenguk oleh ayah kandungnya sendiri. Tadi dia mengeluh kerana duitnya hamper kering kerana berbelanja tidak beringat sedangkan bulan masih jauh lagi mahu berganti.

“Hamdi I Tanya you jangan salah faham ye..walau pun  I rasa tahu tapi nak kepastian sahaja..you Islam ke”.

“I Islam..kenapa???”.

“Kalau macam tu kita ada cara nak melepaskan masaalah kita. Kita ada Allah untuk meminta..solat lepas solat kita berdoa. You tahu tak DOA adaklah senjata orang mukmin. Kita beristifar selalu supaya hati kita tenang dan bersih barulah pelajaran boleh masuk dalam kepala.” Sejak hari itu dia mula belajar solat dengan cara yang betul..berpuasa dan beristifar.

Banyak kelebihan ISTIFAR (Tak termasuk dalam cerita hanya untuk peringatan mak teh dan siapa yang sudi nak tahu)
Erti sebutan istifar  AstaghfirullahalAdzim:  Aku memohon keampunan dari Allah swt
1 – Diampunkan Dosa-Dosanya oleh Allah swt
2 – Dimakbulkan Permintaan & Hajat
3 – Bertambah Kekuatan
4 – Mudah Mendapat Zuriat
5 – Menyembuhkan Penyakit
6 – Menyejukkan Hati Isteri yang Sedang Marah
7 – Dijauhkan dari Azab & Bala
8 – Ditambah Nikmat & Kekayaan
9 – Memberatkan Timbangan Akhirat & Diangkat Ke Syurga
10 – Penyelesaian Setiap Permasalahan, Jalan Keluar dari Kesusahan & Kesedihan
11 – Menggembirakan Allah & Dicintai Allah  http://tazkirah.net/11-kelebihan-istighfar-yang-patut-anda-tahu/

“Alah kau ni asal boleh ubatkan orang dah dipanggil bomoh..”.

“Ialah kalau tak nak panggil apa..doktor macam kita..tapi doktor jampilah”.

“Doktor kampung…”ha..ha..ha..

“Doktor  kampong apanya kan kau tu bakal doctor keluaran University of Aberdeen,Scotland”.

“Ehh you betul-betul nak jadi doktor jampi ke. Kau ni percaya  saja cakap aku.  Itu hanya orang cakap..Tapi yang pasti! Kalau kau nak tahu..membela seorang janda atau balu merupakan satu jihad……

Dari Abu Hurairah, berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
السَّاعِيعَلَىاْلأَرْمَلَةِوَالْمَسَاكِيْنِ،كَالْمُجَاهِدِفِيسَبِيْلِاللهِ،وَكَالَّذِييَصُوْمُالنَّهَارَوَيَقُوْمُاللَّيْلَ
“Orang yang berusaha menghidupi para janda dan orang-orang miskin laksana orang yang berjuang di jalan Allah. Dia juga laksana orang yang berpuasa di siang hari dan menegakkan shalat di malam hari.”(HR. Bukhari no. 5353 dan Muslim no. 2982)

             Mendengar kata-kata sahabatnya  akhirnya dia bersetuju berkahwin dengan teman sepermainannya, merangkap anak kawan baik mommy dan papanya dahulu. Selain mahu membela nasib kawan sepermainan dia juga mahu mencari KEBERKATAN dan KEREDAAN dari Allah. Dia mahu berkahwin kerana Allah bukan kerana tuntutan nafsu sahaja.







Tuesday 29 September 2015

64 Nur Hidayah







Pintu rumah puan Maria sudah sedia terbuka luas. Dari luar lagi nampak  Diana Natasya  duduk disofa diruang tamu dengan mata memandang keluar, mungkin menanti kepulangan Johan,  namun Johan pula selepas menaggalkan kasut tampa salam tampa sapaan ‘Hai’ unuk Natasya terus sahaja dia menonong masuk kebilik mommynya.

“Assalamualaikum..mommy dah solat Asar mee?”.Untuk mommynya pandai pula dia memberi salam. Dia bertanya solat mommynya kerana pada kebiasaan waktu  Asar mereka bertiga akan solat berjemaah dirumah.  Natasya hanya dapat mendengar suara sayup anak beranak itu berbicara kerana pintu bilik ditutup rapat, kemudian berdetap menandakan tombol pintu dikunci dari dalam. ‘Entah apa relevennya Johan mengunci pintu’..detik hati Natasaya.

“Sudah..lepas Jo hantar Dayah mommy solat sendiri”. Memang sudah banyak perubahan pada diri puan Maria sejak dia mengikuti kelas fisioterapi setiap minggu. Kini dirinya sudah boleh menguruskan dirinya sendiri dibilik air, menyuap makanan dan perkataan yang keluar dari bibirnya  sudah boleh difahami sedikit oleh orang yang selalu berdampingan dengannya. Mendengar jawapan mommynya  terus sahaja Dr Johan mengelungsur keatas katil. Mata terpejam…namun keluar juga suaranya.

“mommy Jo nak tidur sekejap”. Tiada jawapan dari mulut puan Maria..dia  hanya memerhati tingkah anaknya yang diduga sekali lagi. Melihat wajah letih dan suara sayu anaknya dia sangat bersimpati. Dia tahu anaknya sedang bersedih dengan apa yang telah berlaku.  Jodoh itu dia yang menunjukkkan..ada rasa bersalah dalam hatinya. Tidak lama Dr. Johan melelapkan mata kedengaran suara azan Magrib berkumandang. Dr Johan membuka mata lalu duduk sambil mulutnya menyahuti seruan azan dengan suara perlahan.

(Hanya untuk mengingatkan diri supaya dapat mengingatkan anak lelaki mak teh)..Sunat Azan
Orang yang melaungkan azan (muazzin) mestilah suci daripada hadas kecil, hadas besar dan najis.Beliau juga hendaklah menghadap kiblat ketika mengumandangkan azan. Azan sunat dilafazkan oleh muazzin yang baik dan merdu suaranya serta nyaring. Azan hendaklah dinyaringkan biarpun didengar oleh salah seorang daripada jemaah ketika sembahyang berjemaah. Sekiranya tidak menggunakan pembesar suara, azan hendaklah dilaungkan di tempat yang tinggi. Penggunaan pembesar suara di merata tempat memaafkan perbuatan ini. Azan juga sunat dilakukan berdiri kecuali jika ada uzur.
Ketika muazzin membaca “hayya `ala as-salah”, muazzin hendaklah menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca “hayya `ala al-falah” menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kiri. Juga disunatkan melakukan tarji‘ semasa azan iaitu menyebut dua kalimah syahadah secara senyap sebelum dinyaringkan.
Disunatkan juga muazzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya dengan tujuan untuk meninggikan suara. Muazzin tidak boleh bercakap ketika mengumandangkan azan. Orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh muazzin, kecuali pada lafaz “hayya `ala as-salah” dan “hayya `ala al-falah”. Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”.
Azan itu hendaklah dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara lafaz azan dan Iqamat.
Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut lebih [1]:
"Dan ketahuilah bahawasanya disunatkan menjawab seruan muazzin sepertimana laungannya bagi setiap orang yang mendengarnya sama ada yang berada dalam keadaan suci atau berhadath atau berjunub atau seorang perempuan yang Haid dan selain mereka dari kalangan orang yang tidak dilarang untuk menjawabnya. Adapun antara sebab larangan dari menjawab azan ialah jika berada di dalam tandas atau ketika sedang berjimak dengan pasangannya atau seumpama dengannya..."
Doa selepas Azan
Setelah selesai azan, doa berikut adalah sunat dibaca oleh muazzin dan penganut Muslim lain yang mendengar azan:
اللهمربهذهالدعوةالتامةوالصلاةالقائمة
Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan,
آتمحمداًالوسيلةوالفضيلة
Datangkanlah Nabi Muhammad (kepadaku) sebagai penghubung (kepada Allah) dan keutamaan (bagiku),
وابعثهمقاماًمحموداًالذيوعدته
Serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya.

Diana Natasya diruang tamu rasa tercabar..dirinya sudah tidak dapat menarik perhatian Johan Hamdi lagi. Apa kah sudah pudar daya penarik dirinya sehingga tidak dapat menggugat rasa lelaki normal dengan kecantikan dan keseksian dirinya. Hendak menerjah masuk kebilik puan Maria terasa dirinya seperti seorang perempuan yang terdesak pula.

Usai seruan azan Johan Hamdi pintu bilik puan Maria dibuka dari dalam terjengul Johan Hamdi yang masih berpakai tadi. Kemudian dia menuju kebilik tidurnya. Bilik yang dihuni bersama Nur Hidayah  selepas mereka sah menjadi suami isteri. Bilik itu juga pernah dihuninya bersama Diana Natasya ketika mereka menjadi suami isteri tiga tahun yang dulu. Langkahnya diikuti oleh Diana Natasya dengan senyum simpul terlukir dibibir. Natasya beranggapan Dr. Johan sudah tewas..dia tidak akan mampu mengenepikan dirinya yang cantik, seksi, menawan yang penuh daya tarikkan. Sampai didalam bilik, Natasya duduk dibirai katil sambil memerhati tingkah Johan yang membuka almari pakaianya.  Dia kebiliknya kerana mahu mengambil baju-bajunya.  Senyum Natasya masih terlukir kerana mindanya membayangkan Dr. Johan sudah mahu mencari baju tidur sedangkan magrib baru di awal waktu..sungguh dia sudah tidak sabar menanti malam merangkak jauh iulah yang tergambar di minbda Diana Natasya. Rupanya tidak lama senyum yang meniti dibibirnya, bila melihat  Johan mula mengeluarkan sehelai demi sehelai pakai kerja dari almari pakaianya. Yang dikira sudah lima helai baju dan seluar kerjanya disangkut dibahunya.

Bila merasakan tidak cukup bahu untuk menampung segala pakaianya, Johan mengambil sehelai kain pelikatnya lalu menghamparnya di atas lantai, kemudian  mencampakkan  baju dan seluar yang tersangkut dibahunya, dia membuka laci dan memunggah segala seluar dalam, baju singletnya dan  tiga helai kain pelikat  ke hamparan kain pelikat yang dibentangnya tadi. Hampir habis  baju dan seluar yang bergantungan dialmarinya. Begitu juga dengan pakaian kecilnya.Terkebil-kebil mata Natasya melihat tingkah lelaki dihadapannya..ringan mulutnya bertanya untuk mencari kepastian..

“Ehh..You nak pergi mana Jo ..macam nak pindah bilik sahaja ambil baju banyak-banyak ni”.Tiada sebarang suara  yang keluar dari celah bibir  Johan.

“Jo! You nak pindah bilik ke?. You tak nak duduk sebilik dengan I ke?”. Agak tinggi sedikit suara Natasya bila soalan  tidak mendapat jawapan dari Johan. Bila Johan tidak memberi reaksi Natasya mengeluarkan lagi apa yang ada dihatinya. Kedengaran sedeh suara Natasya.

“Johan..kenapa you tak hiraukan I. I sayang you Johan..cinta I pada you tak pernah berubah.” Mendengar perkataan sayang dan cinta dari bibir Natasya Johan memalingkan diri memandang kearahnya..

“Sayang ke kalau you selalu tinggalkan I. Seorang isteri kalau sayang kan suaminya dia tak akan meninggalkan walau apa pun keadaan suaminya.Yang I tahu  naluri seorang isteri, dia rela menderita bersama suaminya. Itu sebabnya ada orang cakap kesusahan suami adalah dugaan seorang isteri. Tapi you…Yang I ingat seawal perkahwinan kita tiga bulan lagi you dah tinggal kan I. Itu baru you diduga I tak dapat belikan you pakaian dan baranganan mahal…you belum lagi diduga tak dapat makan sehari dua. You tak mahu langsung nak memahami kesempitan I masa tu dan keadaan I masa tu (seorang pelajar ).Pakaian dan barangan you lebih penting untuk you dari I.  Dulu I ingat masa kat Abedeen sahaja you macam tu tapi tidak rupanya..You tak pernah nak membantu I menghilangkan tekanan keliling. You tak pernah mahu membantu I menguruskan mommy I bila dia diserang strok dulu.You tak pernah fikir bagai mana I nak membendung darah panas seorang lelaki yang baru mengecapi alam rumah tangga.You hanya pentingkan rasa seronok dan rasa puas  diri you sahaja. I tersedar yang sebetulnya you tak pernah nak rasa bersusahpayah dengan I. Dahlah I malas nak cakap hal tu…”.

“Kenapa you tak menghargai pengorbanan I..masa tu kita kan susah, I kenalah tinggalkan you untuk cari duit..untuk keperluan kita juga kan.  Kenapa you tak cuba faham… Masa dah balik sini I pergi juga sebab masa tu kedudukkan you yang tak setabil, kerja pun belum dapat lagi I, terpaksalah juga cari duit untuk kita..I nak tolong  menampung kehidupan kita. I tahu kewangan you tak berapa nak cukup untuk menampung keperluan kita..nak makan pun bertahan-tahan…bukan I tak mahu jaga mommy you.”.

“You jangan nak membelit kata Didi”.

“Jangan panggil I Didi..sekarang I Natasya”.

“Tak kira apa pun nama you, you tetap you.memang I belum ada kerja tetap masa tu…tapi I tahu tanggung jawab I, itu sebabnya I berusha cari duit..I kerja kat stesen minyak, I buat locum.. setakat you nak makan tiga empat kali sehari memang masih mampu I adakan. Yang sebetulnya jika kita bersederhana, you tak akan kelaparan masa tu. I masih mampu nak sediakan makan untuk you. Satu lagi duit kerja you bukan untuk keperluan kita, tapi duit you hanya untuk keperluan you. Walau pun I sedar duit gaji you memang I tak berhak nak ambil.. tapi kalau betul you nak bantu, you boleh sahaja kerja kat sini..I bukan tak tahu tempat kerja lama you offer kat you, hanya you yang tak mahu. I tahu kerja kat sini tak glamour macam kerja kat LA. Mana nak sama Petaling Jaya dengan Los Angeles macam langit dengan bumi..”.

I tak kisalah pasal glamour..tapi kerja kat sini berhempas pulas tapi gaji sikit..”.

“Itu hanya alasan you sahaja . You sebenarnya you  tak mampu nak hidup seadanya dengan I. You yang tak mahu memahami keadaan I. Tapi ialah you mana mampu hidup biasa-biasa..you tak pandai hidup ala-kadar atau hidup hanya dapat makan sahaja. Dari situ I dah nampak kita memang tak ada keserasian dan tak sesuai menjadi pasangan suami isteri. I sedar siapa diri I..I bukan lahir dari keluarga kaya, belajar pun atas tanggungan biasiswa sahaja..tapi waktu tu I bertahan mungkin lama kelamaan kita boleh mencipta keserasian.. Pasangan suami isteri yang serasi adalah pasangan yang boleh bertolak ansur bersama berganding bahu melengkapi antara satu sama lain, tapi sayang you tak boleh nak mencari keserasian dengan I sebab keadaan I…
… I tahu you hanya serasi dengan orang yang sanggup mengadakan apa yang you minta dengan erti kata lain hidup dengan orang kaya sahaja. Untuk pengetahuan you..bukan kewajipan seorang isteri mencari duit menampung kehidupan”. Johan memusingkan badannya menyambung kerja-kerja memunggah baju- bajunya yang terkendala. Dia sudah tidak menghiraukan Natasya yang seksi yang sedang memandangnya. Dia  terus sahaja meneruskan aktivitinya. Bila dirasakan semua pakaian yang mahu dipakai sudah mencukupi dia membunjut kain pelikat tadi lalu dipukul di bahunya seperti pendekar bujang lapuk lagaknya. Kemudian langkahnya menuju kepintu.

“Bertuahnya I dapat suami macam you..suami yang tahu tanggung jawab dan suami yang memahami..lepas ni I tak akan tinggalkan you lagi. Lagi pun you dah ada kerja dan dah ada pendapatan tetap kan”. Johan hanya mendiamkan diri bagai dia tidak mendengar  pujian yang dikeluar dari celah bibir Natasya. Rupanya pujian nya tidak mendapat mencairkan kebekuan Dr. Johan, dia meneruskan lahkahnya.

“Johan! You marah dengan I ke? sepatutnya I lah yang marah dengan you sebab you tak setia..Belum beberapa  tahun I tak ada didepan mata you ..cinta you dah berubah arah..mudah sungguh you mendapat dan membina cinta baru.. mana janji  you yang nak jaga I hingga akhir usia I. Mudah sungguh you melupakan janji masa kita baru nikah dulu”. Rasa berbulu telinga Johan bila Natasya bercakap tentang setia dan  cinta.

            Memang dia pernah berjanji akan menjaganya  Natasya diawal pernikahan mereka dulu, bila dilihat Natasya bagai hilang kepercayaan kepada lelaki dan perkhawinan. Dia tahu perceraian Natasya dengan bekas suaminya disebabkan dirinya yang terabai, bila bekas suaminya melebihkan isteri yang seorang lagi..maklumlah Natasya berkahwin dengan lelaki yang telah beristeri. Melihat sikap dan cara Natasya, baru dia tersedar keberangkalian sangat tinggi Natasyalah yang meminta cerai dengan bekas suaminya dulu... bukan Natasya yang terabai, tetapi mungkin dia meminta bekas suaminya menceraikan isteri yang seorang lagi bila permintaannya tidak dapat dipenuhi dia pula yang meminta cerai..Johan Hamdi sememangnya tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Natasya kerana hati sibuk menganalisis cerita lamanya. Natasya jadi hilang sabar bila dirinya tidak dihiraukan.  Terasa bagai dia  bercakap dengan tunggul sahaja. Buntu kepalanya memikirkan cara bagai mana mahu menarik perhatian Johan.

“Johan, I nak you tukar perabut dalam bilik ni.  I tak mahu tidur diatas katil yang dah diguna oleh orang lain”. Cubaan menukar topic perbincangan untuk menarik perhatian..juga tidakmendapat  tidak balas.. akhirnya memetir suara Natasya yang terlepas untuk melepaskan rasa sebal hatinya.

“Johaaan!!!..you dengar tak, apa yang I cakap ni. I nak you tukar semua perabut dalam bilik ni, I tak mahu berkongsi barang dengan orang. ..tukar sekarang Johan ..sekarang!!”.Jerit Natasaya ..haa Diana Natasya sebenarnya sudah muncul ..wanita yang suka terpekek terlolong bila kehendaknya tidak dituruti. Itulah detik dihati Johan Hamdi.

“Heii..you dah gila ke..terpekek-pekek tengah Magrib ni. I nak solat kalau nak solat sama siaplah.” Sebagai seorang Islam kita wajib mengajak orang muslim lain bersolat sama. Perbuatan yang sangat mulia yaitu mengajak muslim atau muslimah untuk mengingat Allah. Mana tahu terbuka pintu hati orang yang diajak menunaikan kewajiban seorang hamba dengan ikhlas.Tetapi yang sebenarnya sejak Natasya menjadi isterinya dulu dia tidak pernah melihat Natsya bersolat atau menjadi makmumnya bersolat. Tetapi dulu dia pun begitu, solatnya lompong-lompong..solat jika terasa ada masa untuk bersolat. Setelah dia duduk sebilik dengan Ahmad Luthfi anak seorang imam semasa dia belajar di bumi Abedeen..dia menemui Hidayah.

Terkedu Natasya mendengar ajakkan Johan.Dalam kepalanya ligat mencari alasan untuk tidak dia mengikuti ajakkan. Melihat Johan melangkah keluar bilik, dia mengekori lagi. Namun langkahnya berhenti diruang tamu bila  JohanHamdi masuk kebilik mommynya dan kedengaran suara nya berbicara dengan mommynya. Dan sekali lagi pintu bilik mommynya ditutup dan dikunci dari dalam.

“Mommy jom Jo tolong mommy ambil wudu’” .

Magrib itu dia seorang sahaja mengurusi mommynya bersiap untuk solat. Selalunya Hidayah yang membantu menyiramkan air untuk mommynya berwuduk dan Hidayah juga yang tolong memakaikan telekung. Bukan itu sahaja dia juga yang selalu menolong mommynya merapikan diri memakaikan bedak dan menyisirkan rambut. Bila dipandang cara Nur Hidayah menyiapi mommynya seperti seorang ibu yang menyiapi seorang anak yang baru berusia tiga tahun. Tapi dari situ dia dapat menilai penerimamaan Hidayah terhadap mommynya. Dia menerima dengan hati yang  ihklas tiada pura-pura dan tidak hanya didepan matanya sahaja..

Dulu sewaktu Diana Natasya masih menjadi isterinya tidak pernah Johan Hamdi melihat mereka duduk berbual, biar pun bukan sehari dua mereka berdua kenal antara satu sama lain. Mommnya mengenali  Diana Natasya sejak dia baru lahir lagi. Bila ditanya mengapa Natasya tidak suka berbual dengan mommynya.. Kaanya dia tidak suka berbual bersama orang yang sudah berumur kerana cerita mereka berbeza.Tetapi tidak pada Hidayah dia suka bertanya itu dan ini dengan mommynya kerana dia ingin memahami.

“Sayaang faham ke apa yang mommy cakap tu…mommy cakap  Cina tu”..

“itu sebabnya Dayah kena selalu berbual dengan mommy supaya Dayah  faham apa yang mommy cakap. Jadi kalau abang kerja hari Sabtu dan Ahad tak adalah Dayah mati kutu tak bercakap”.  Apa yang melintas diminda Johan jadi terbubar bila mendengar suara pelat  dari mommnya menjawab ajakkannya tadi.

“tak apa Jo mommy boleh buat sendiri”.

“Tak apa mee..masa Jo ada ni biar Jo tolong. Selalu Dayah yang tolong mommy hari ni Jo  uruskan mommy Jo sendiri”.

Yang sebenarnya latihan fizikal yang dijalani setiap minggu sangat membantu memulihkan kesihatan fizikal puan Maria, ditambah lagi dengan latihan yang dibantu oleh NurHidayah ketika dia dirumah. Nur Hidayah akan menyuruhnya berjalan berpengang dinding atau berjalan dengan menolak kerusi, dan sesekali jika Johan dan Hidayah bercuti mereka akan membawa mommynya berjalan di atas rumput. Kata orang dengan cara itu boleh meransang perjalanan darah ditapak kaki.
Terjemahkanwww.revasi.com/.../jalan-tanpa-alas-kaki-tingka...
Efek pijakkan dan sentuhan tanah maupun rumput akan menstimuli otot dan saraf tubuh ... Salah satu fungsi berjalan tanpa alas kaki akan merangsang saraf. Anda dapat mempraktikkan berjalan tanpa alas kaki ini di atas rumput atau tanah atau jalan tar...Berjalan tanpa alas kaki dapat mengubah keaktipan elektrik dalam otak yang dapat menstablikan detak jantung, meningkatkan penyaluran glukosa, meningkatkan antioksidan dalam tubuh, mengurangi risiko peradangan, mengurangi stres, meningkatkan sel-sel darahmerah, menghilangkan racun dalam tubuh, meningkatkan kekebalan tubuh, dan konduktivitas kulit yang lebih baik. Ini yang dikatakan oleh seorang pakar kesihatan dan ahli saraf di Inggeris.

“Mommy kena jalan juga sikit..perlahan-perlahan supaya kaki mommy ni bergerak. Nanti kalau tak ada pergerakkan kaki mmommy ni akan mengecut atau jadi pengkar mee..jalan perlahan-lahan ye,Dayah tolong..”

“kan kita dah buat eksesais tiap-tiap minggu. Mommy kesiah Dayah baru  balik kerja.”.

“Tak apa mee..Kita kena buat hari-hari kalau nak cepat baik..ni masa Dayah ada Dayah tolong mommy. Dayah  kesian mommy..nanti mommy tak boleh nak berjalan lansung..nanti kalau dah ada cucu mommy tak dapat nak dukung .” Ha.. ha..ha Hidayah dan puan Maria gelak suka bila menyebut penambahan ahli keluarga.  Itulah cara NurHidayah memberi semangat kepada  emak mertuanya supaya berusha mahu menjadikan dirinya sihat. Reda gelak nya puan Maria menyambung kata.

“Mommy takut jatuh nanti, kalau mommy jatuh susah kauorang nak jaga mommy lagi...”.

“Kan Dayah ada..Dayah jaga mommy jangan sampai jatuh”.
“Mommy kesian Dayah baru balik kerja, tak penat ke”.

“Alah Dayah bukan buat kerja berat pun kat office tu..kira-kira nombor sahaja..meh Dayah tolong tarik tangan mommy..Dayah teringin teguk mommy jalan tampa kerusi roda..Dayah teringin nak ajak mommy shopping satu KL ni”.Ha ha ha..mereka berdua ketawa lagi. Yang sebenarnya puan Maria rasa sangat bahagia.

Dengan usha yang bersungguh dan hati yang bahagia dapat dirasakan keadaan dirinya semakin pulih, biar pun masih menggunakan kerusi roda. Dia sudah boleh mengerakkan kaki dan tangannya dan mengangkat tubuhnya untuk naik kekerusi roda dengan sendiri. Jika latihani berterusan kemungkinan besar dia boleh mengurusi dirinya sendiri tampa bergantung pada orang lain.

            Setelah sempurna berpakaian untuk bersolat mereka keruang tamu, dilihat bibik sudah siap membentang sejadah. Natasya pula duduk menyandarkan diri disofa ruang tamu. Ketika mereka bersolat diruangtamu berimamkan Johan Hamdi. (Johan Hamdi, puan Maria dan bibik). Natasya hanya memandang sahaja. Tadi bila Doktor Johan mengajaknya sekalilagi, dia mengatakan dia sedang uzur.. Usai solat dan bersalaman dengan mommynya dan sebelum dia menyorong kerusi roda mommynya masuk kedalam bilik..

“Bibik cepat siapkan makan malam..saya letih malam ni..jadi nak cepat makan”.

“Baek pak”. Johan Hamdi menyorong kerusi roda mommynya  melintasi Natasya yang masih duduk disofa namun tidak dijelingnya Natasya yang duduk memandang kearahnya.  Melihat tingkah Johan Hamdi timbul rancangan dikepalanya.. ‘Oh aku mesti cari jalan supaya Johan pandang aku sampai sayang dia nak berkelip mata’..itu azam yang berputik  hati Natasya.

Tidak lama bibik berhidang dia keruang tamu dan mengetuk bilik puan Maria. Dia mengajak ahli rumah puan Maria dan Natasya makan malam. Ketika dimeja makan sekali lagi Johan Hamdi tidak menghiraukan kehadiran Natasya. Dia tunduk menyuap nasi biar pun Natasya duduk bertentangan dengannya. Tiada sapaan atau perbualan yang keluar dari bibir orang yang dimeja makan. Tidak seperti selalu riuh mulut Johan bersamaaan riuh mulut Hidayah dan puan Maria..riak Dr. Johan yang selamba membuatkan  Natasya rasa makin tercabar. ‘Dibuatnya kita macam tak bermakna langsung pada dia’…itulah kata-kata yang bergema dihati Natasya..emmm ligat kepala Natasya mencari jalan mencairkan kebekuan Dr. Johan.

Tidak lama lepas makan malam kedengaran sayup laungan azan Isyak bersahut-sahutan. Mereka terus mengerjakan solat Isyak manakala Natasya mengambil perluang mempersiapkan diri dengan pakaian tidur.  Dia memakai baju tampa lengan yang beropol dibahagian bahunya.  Kainnya dari jenis kain satin tetapi agak nipis yang  berwarna merah pekat menyerlahkan lagi kulit putihnya yang gebu. Dibahagian belakang dan dadanya agak terdedah menampakkan lurah  dalam yang terbentuk dalam hasil apitan  gunungnya yang besar.. wahh  kelihatan putih dan montok. Rambutnya pula sengaja di ikat ekor kuda tinggi  menampakkan leher jinjangnya yang putih hangat. Uhh sungguh seksi. Untuk lelaki normal hidangan yang dihidangkan  itu sangat menyelerakan kehendak nafsu batin.