~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Tuesday 30 September 2014

Bab 41 Tidak ku tahu kasih bermula.






Tiga bulan tidak lama rupanya.Gembira dua sahabat yang terpisah bertemu kembali.Semalam sahabat baiknya Ahmad Sofian telah pulang setelah menghabiskan latihan PKLNnya dengan jayanya. Dia, ayah Nassir dan mamanya mengambil di pusat pengumpulan tempoh hari. Ketika Ahmad Sofian menghampiri Uwais, dia bagai tidak mengendahkan sahaja. Yang sebenarnya Uwais  berlakon seperti tidak kenal. Bila sahabatnya menyapa dan menumbuk perlahan bahunya barulah dia pura-pura terperanjat..

“Ehh engkau ke Pian..aku ingatkan Bangla mana tadi. Apa pasal yang jadi gelap dan kurus sangat ni Pian..tak kenal aku”.Cikgu Nasir dan Emil ketawa mengekek melihat tingkah dua orang anak dihadapanya.

“Abang jangan usik adik macam tu nanti merajuk pula..dia baru sampai abang dah cakap dia macam tu”.Bila dikalangan keluarga terdekat mereka digelar abang dan adik.Abang untuk Ahmad Uwais dan adik untuk Ahmad Sofian.

“Kau nak merajuk ke Pian?”.

“Tak adalah mama adik ok sahaja..tapi  sampai hati kau Is..kau kata aku Bangla. Ini kau punya pasallah, tak nak tolong aku kalau tak..tak lah aku hangit macam ni. Teruk tau latihan dia..kena kawat tengah panas dengan baju yang tebal rasa macam kena seterika sahaja badan aku ni.”

“Teruk sangat ke Pian..takkan dia kerah kau berjemur kat tengah padang..dia pun kena jemur juga kan”.

“Ia Is tengah-tengah panas tu dia suruh kitaorang berkawat..kalau tak, tak kanlah  kulit aku ni terbakar macam ni, dah lah aku ni memangnya hitam manis kena jemur lagi, hitam hangit jadinya. Siapalah yang nak pandang aku yang dah gelap ni Is”.

“Gelap sikit saja Pian..dua tiga minggu kau tak kena cahaya matahari akan cerah balik kulit kau tu..lagi pun gelap manis kan, duit elaun dah ada  dalam bank berkepuk tu. Kau cakap saja berderet nanti mak we  yang sudi nak jadi  girlfriend kau.”

“Tak ada maknanya Is...Macamlah duit elaun aku tu beribu yang kau kata berkepuk. Dalam bank memang lah duit berkepuk..tapi semuanya duit orang Is. Duit aku hanya tiga ratus ringgit saja. Aku rasa duit tu aku nak buat tambah-tambah bila kita nak masuk IPTA nanti..Kau buat apa selama tiga bulan ni..jangan kau cakap buat tahu mata sahaja”.

“Macam tulah kiranya”.

“Ialah tu..tapi tak gemuk pun”.

“Taklah..aku kerja dengan pak long aku kat bengkel dia. Sebelah malamnya aku ajar kakak  dengan angah math dan ad Madth. Kakak  tukan baru masuk tingkatan empat, dia baru nak kenal apa itu add math yang kacang pada kau tu…”.  

“Wahh ambil berat kau dengan dia..ada apa-apa ke kat dalam hati kau tu”.

“Kau ni suka buruk sangka dengan aku..tak salah lah Pian, dia tu kan adik dua pupu aku..”

Sofian tersenyum penuh makna.Cik gu Nassir dan Emil hanya membiarkan dua sahabat yang bersaudara tiri  melepaskan cerita yang terkumpul bila bertemu semula.

“‘Ialah tu adik.. adik ada makna…tapi hebatlah kau Is,  belum dapat sijil SPM lagi kau dah jadi cikgu..dua orang dah murid kau..aku ni yang excellent dalam kelas dulu, habuk pun tak ada”.

“Apa pula tak ada..kau dilatih menjadi seorang yang bersemangat juang yang tinggi, berani, tak takut menempuh walau apa pun yang mencabar”.

“Ahh banyaklah kau punya semangat..sepatutnya kau yang pergi Is..kau orang yang sentiasa bersemagat dan berpandangan positive..”

“Memang kau yang patut pergi Pian, dia orang tahu siapa kau..aku yang memang dah bersemagat  ni tak payahlah. Ha..ha..ha”.Gelak jahat Uwais mengenakan kawanya.

“Teruk kau kan..agaknya kau yang doakan aku pergi..cheeh kau.  Is!! banyaklah duit kau sampai dua kerja kau buat kan..kerja bengkel dan jadi cikgu tusyen lagi”.

“Adalah sikit, setakat nak belanja kau makan ikan masak tiga rasa kat restoran Tasik tu tak jadi hal..jomlah kita berjalan-jalan. Aku dah dapat lesen kereta tau, kalau kita nak jalan bolehlah..Kita pinjam kereta kancil pak long aku kita, jalan nak”.

“Wahh banyaknya yang kau dapat sepanjang aku tak ada ni. Kau saja aje tak nak langsung bantu aku membantah pergi PLKN..kalau tak, aku pun dah ada lesen kereta..uwaa..jelousnya aku”.

“Tak apa masih ada masa lagi sebelum keputusan kita keluar…tapi kau kena cepatlah..”.

“Ehhh bila keluar keputusan SPM kita”.

“Mungkin sebulan lagi kut”.Sepanjang jalan dua sahabat yang lama berpisah tidak berhenti dari berbual.Memang nampak sungguh gembira dua sahabat bila bertemu, sehingga mama dan ayah mereka tidak dapat menyampuk dan bertanyakan hal-hal yang berlaku semasa latihan.Sebenarnya baik Uwais atau pun Emil mereka bahagia dan gembira dengan  kehidupan baru mereka.

Hari yang penuh debaran bagi Uwais dan Sofian tiba juga. Mereka pergi kesekolah bersama rakan lain untuk menerima keputusan SPM  mereka. Pagi itu semasa di meja makan selepas bersarapan ayah mereka berpesan..

“Abang, adik..kalau dah dapat keputusan nanti terima lah dengan hati yang terbuka..walau pun keputusan tidak seperti yang kita harapkan. Ayah tak kisah apa pun keputusan abang dan adik, sebab ayah dah nampak macam mana anak-anak ayah berusha, ayah nampak sendiri bagai mana abang dan adik bersungguh-sungguh belajar dan mengulangkaji sebelum periksa.  Anak-anak ayah anak yang baik tingkah laku,  jadi apa pun keputusannya terimalah dengan hati yang redha.Kalau setelah berusha kita dapat juga keputusan tak seperti yang kita harapkan itu adalah ujian dari Allah redha lah ye.”Panjang lebar cikgu Nassir memberi nasihat untuk menguatkan semangat anak-anak yang dibawah tanggunganya, untuk menghadaoai apa juga keputusanya nanti.

“Baik yah” serentak mereka mengiakan pesanan dari ayah mereka.

“Nak mama temankan ke abang, adik”.Tanya mamanya pula.Yang sebenarnya didalam hati mereka berdua bergema ucapan Allahmdullih kerana merasa diri mereka di sayangi oleh kedua ibu dan ayah.

“Tak payahlah ma..mama kan mengajar hari ni. Lagi pun tak semestinya kata keputusan keluar pukul sepuluh kita dah dapa slip tu pukul sepuluh..kadang-kadang tengahari baru dapat. Nanti lama sangat mama tunggu kami.”.

“Tak apa mama boleh ambil cuti”.

“Tak apalah ma perkara kecik macam ni mama tak payahlah ambil cuti”.

“Tak apa Mel abangkan  ada, nanti abang tenguk-tengukanlah mereka ni nanti. Nak pergi dengan kami ke pagi ni”. Yang sebenarnya cik gu Nassir mengajar disekolah yang sama dengan Uwais dan Sofian belajar tetapi dia mengajar murid-murid tingkatan tiga.

“Tak mahulah yah… pagi sangat..kan biasanya keputusan keluar pukul 10 pagi..nanti kami pergi sendiri. Abang rasa nak pinjam kereta Kancil pak Long. Semalam abang dah tanya pak long kata pak long boleh”.

“Oklah kalau macam tu, tapi bawa kereta elok-elok ..ingat orang yang menyayangi abang dan adik ye. Ni baru nak melangkah kealam dewasa.Tenaga dan sumbangan abang dan adik untuk Negara, bangsa dan keluarga sangat diperlukan jadi jagalah keselamatan kita.” Pesan cik gu Nasir lagi.

“Baik yah..selama ni adik baca ayat Seribu Dinar, ayat Kursyi dan juga Selawat Nabi sepanjang latihan PLKN hari tu. Atuk Abang kata ayat tu ayat pendinding dan pelindung. Alhamdullilah selama adik kat PLKN hari tu tak ada perkara yang tak elok datang pada adik”.

“Haah elok lah tu..amalkan ayat-ayat tu…yang sebetulnya betul kata atuk abang tu, kita memang tak ada tempat bergatung yang lebih baik selain Allah.Jadi sebelum keluar rumah dan naik keenderaan elok kita baca ayat-ayat tu. Hidup seorang Islam ni penuh dengan doa, sebab kita ada tempat untuk meminta. Jangan lupa Allah tempat kita meminta. Lagi pun kalau kita berdoa kepadaNya kita dapat pahala.”.

“In Syaa Allah yah”.Jawab dua remaja yang sedang diingatkan oleh ayah mereka..

Keputusan pepereksaan sudah ditangan mereka.Cikgu Nassir ada sama-sama menemani dua orang anak-anaknya ketika itu.Gembira hatinya  dengan keputusan anak-anak yang sudah diketahui.

“Haa bang call mama, sampaikan berita gembira ni dan jangan lupa papa abang sekali. Tentu mereka tertunggu-tunggu berita abang”.

“Baik yah”.

Malam itu mereka berempat makan k di Restoren Tasik. Cikgu Nasir suami isteri sepakat mahu meraikan  kejayaan  anak-anak mereka. Dalam pepereksaan besar itu Ahmad Sofian mendapat 8A+ manakala Uwais mendapat 7A 1B. Keesokkan harinya Uwais kerumah papanya untuk menyampaikan berita gembira dan menunjukkan slip keputusan peperiksaanya kepada papanya.Kemunculan anaknya disambut dengan peluk cium oleh cikgu Abdul Latif. Dia sangat bangga dengan pencapaian cemerlang anaknya.

“Terima kasih bang, bagi papa keputusan yang cemerlang ni. Abang dah memohon mana-mana  pusat pengajian ke?”.Setelah pelukkan eratnya dileraikan itu ucapan yang lahir dari bibirnya tanda dia juga mahu mengambil tahu hal anaknya yang tidak duduk serumah lagi denganya.

“Kat sekolah dulu abang dah memohon masuk metrikulasi. Ni abang nak isi lagi minta diploma pula, abang rasa abang nak minta kejuruteraan lah pa.”.

“Kejuruteraan elok juga..Abang tak nak masuk IPG (Institut Pendidikan Guru) abang ada memohon tak..tapi kalau nak minta cikgu rasanya kena beli pin nombor kat bank kan bang.”.

“Dah pa, abang siang-siang hari dah isi, sebab isi borang guru ni sebelum keputusan keluar, sekarang ni dah tarikh tutup pa. Alhamdulillah ayah Nassir ingatkan. Abang isi pun dengan Pian hari tu”.

“Kalau macam tu eloklah sekarang tunggu sajalah mana yang dipanggil nanti. Abang nak hadiah apa dari papa..cakaplah”.

“Abang tak nak hadiah pa,  abang nampak papa gembira dengan keputusan abang ni pun dah cukup.”

“Kalau macam tu papa bagi duit sahajalah nanti..abang belilah apa yang abang nak beli.”.

“Tak payahlah  pa..abang dah ada duit. Yang sebetulnya selama ni abang habiskan masa abang  kerja dengan pak long, sebelah malamnya pula abang ajar anak-anak dia. Jadi  pak long adalah bagi abang duit. Kalau untuk tambah-tambah abang masuk IPT nanti adalah”.

“Kesian anak papa..terpaksa kerja nak cari duit belajar”.

“Nak kesiankan apa pa, kerja tu selain cari duit, untuk pengalaman abang juga. Sekurang-kurangnya sekarang  ni abang tahulah pasal injin kereta sikit-sikit. Lagi pun abang nikan lelaki yang perlu cari duit untuk masa hadapan abang. Kalau abang perempuan tak payah kerja pun tak apa..esok kalau dah kahwin suaminya boleh tanggung. Kalau abang perempuan abang nak cari suami yang kaya dengan abang dan papa boleh dia tanggung.” Berderai tawa dua beranak yang hatinya sedang gembira.

NorFazilah sebalik dinding menelinga perbualan suami dan anak tirinya. Bibirnya mencebik tanda benci,  dihatinya pula melintas kata-kata yang membakar. Uhh bagi duit belanja dapur pun cukup-cukup, tapi nak bagi duit hadiah anak dia ada pula. Entah mengapa bila dia memandang wajah anak tirinya hatinya jadi cemburu. Dia mula membayangkan wajah bekas madunya yang tidak dapat dilupakan oleh suaminya. Dia mula membanding-bandingkan kelebihan bekas madu dengan dirinya yang dikira banyak kekuranganya. Sementalah wajah anak tirinya lebih banyak mewarisi wajah mamanya.Mungkin sebab itulah suaminya kelihatan sangat gembira bila dikunjungi oleh anaknya. Timbul rasa ingin menghalang suaminya dari berjumpa dengan anak tirinya.

Dia keluar dari sebalik dinding dengan wajah yang beku. Bila melihat isterinya keluar cepat sahaja cikgu Latif meminta dihidangkan sekurang-kurangnya dengan  air teh O dan sepiring biskut kering. Bagi cikgu Latif dia ingin menunjukkan rasa gembiranya diatas pencapaian cemerlang anak sulongnya. Namun lain pula penerimaan dari isterinya.

“Bang kejap lagi kan kita dah nak makan malam, nanti kalau dah kenyang abang tak lalu nak makan malam pula. Lagi pun mana kita ada makan petang”. Zila berkata dengan wajah yang tak mesra bagi meluahkan  apa yang ada didalam hatinya.

“Tak apalah sesekali Uwais datang ni tak apa, abang lalu sahaja nak makan nanti..abang kak meraikan kejayaan dia, Zila nak tahu Uwais dapat 7A… papa harap  semua anak-anak papa boleh mencontohi Uwais”. Cikgu Latif menuturkan dengan wajah yang ceria, tetapi Zila mencebek mendengar kata-kata suaminya..

“Hsyys abang ni tak payahlah, kejap lagi kita nak makan malam dah..tunggulah sekejap lagi, kita makan malam sekali”. Abdul Latif memandang kearah anaknya.. mahu melihat reaksi anaknya yang dihadapan mata.

“Ok pa, abang ok saja..lagi pun sebelum datang sini abang dah makan dengan atuk dan nenek ngah. Tadi nenek masak lemak labu dengan goreng berlada ayam”.

“Amboi sedapnya..nenek ngah tu memang pandai masak kan bang”.  Melihat isterinya berjalan menuju dapur, cikgu Latif mengekori langkah isterinya.

Uwais tidak bermalam dirumah papanya..bila samar-samar dia mendengar pertengkaran emak tiri dan papanya diruang dapur mereka. Uwais merasakan pertengkaran itu tercetus kerana kedatangan dirinya. Uwais membawa diri kebawah pokok rambutan yang sedang berputik, berpura-pura melihat-lihat putik rambutan yang masih berbulu hijau. Sedang dia menepuk nyamuk yang berterbangan ditepi telinganya. Matanya terpandang wajah papanya terjengul dimuka pintu dengan wajah yang tegang. Dia tahu papanya sedang menahan marah. Uwais cuba menceriakan keadaan.

“Pa tak lama lagi masaklah rambutan nikan pa”.

“Sebulan lagi abang datanglah mungkin masak masa tu”.

“Kalau sebulan lagi entah-entah abang dah masuk metric pa..abang rasa abang nak masuk metric saja”. Melayani bual anak sulong cikgu Latif terlupa pada bara didadanya dengan tingkah isterinya tadi. Melihatkan papanya sudah tenang…tiba-tiba wajahnya berubah seperti dia baru teringat sesuatu..

“Alamak pa.. abang kena balik ni”.

“Kenapa pula..sesekali abang datang takkan tak nak tidur sini..abang dah tak suka duduk kampong ye”.

“Taklah macam tu, abang suka kat ni hawanya sejuk dan segar.. tapi abang lupa nak minta cuti dengan pak long. Kereta tengah banyak ni pa, kesian pula pak long tak cukup orang nak tolong dia.”

“Kita makan malam dulu ye bang”.

“Tak payahlah pa..abang takut kalau gelap kat jalan nanti..abang tak biasa lagi bawa kereta malam-malam ni…esok-esok kalau abang datang lagi, abang akan tidur sini ye pa”. Kemudian Latif menyeluk poket seluarnya dan menghulur beberapa keping not lima puluh untuk anaknya Uwais, rupanya dia sudah bersiap sedia dengan duit didalam poket untuk anaknya.Perbuatanya dalam intipan isteri yang mengintai di celah tingkap. Dimata Zila Uwais sungguh diistimewakan. Mungkin kerana  anaknya itu anak yang bersama Emil. Hati hangat dengan bisikkan yang berbisik dihatinya. Jika dia meneruskan intipanya hatinya akan menjadi bertambah sakit..Zila berpaling dan masuk kebiliknya dengan dengkulan marah dihatinya.


Monday 29 September 2014

Bab 40 Tidak ku tahu kasih bermula.







Tetapi lain pula ceritanya keluarga disebelah papanya. Makin lama serumahtangga  makin terselah sifat ibu tirinya yang  sebenar.
Rumah tangga Abdul Latif bersama Nur Fazila yang sudah berusia 12 tahun. Namun mengapa Nur Fazila masih tidak yakin kedudukan dirinya sebagai isteri Abdul Latif. Harinya jadi tidak tenteram bila bayangan bekas isteri suaminya melintas mindanya.  Apa yang meyebabkan dia jadi begitu..jawapanya adalah  kelebihan yang ada pada bekas isteri suaminya sering membuatkan dirinya rasa tercabar. Untuk melawan Emil menjadi guru itu tidak mungkin..namun dia boleh menandingi Emil untuk mencantikkan diri..itulah azamnya didalam hati.

            Berbagai cara telah dilakukan untuk menjadikan dirinya berlebihan  dan  diberi perhatian  oleh suaminya. Sanggup dia bersusah payah mencari duit untuk mencantikkan dirinya. Hampir  setiap bulan dia ke Ipoh,  kerumah abangnya untuk mengumpul duit membeli produk kecantikkan untuk merubah warna kulitnya  dan meluruskan rambutnya. Sanggup dia berlapar mengikat perut untuk kelihatan langsing.  Semua itu dilakukan agar suaminya terpesona melihat dirinya....Namun hampa. Wajahnya yang sudah putih melepak dan dirinya juga kelihatan langsing hasil diet tidak memakan nasi hamper tiga bulan  boleh jelas dipandangan mata tetapi tidak disedari oleh suminya. Ini terbukti bila suaminya tidak pernah mahu memuji perubahan dirinya. Adakah suaminya tidak bermata untuk memandang pada perubahan pada dirinya.  Bila semua perrubah pada dirinya tidak pernah mendapat perhatian, hatinya menjadi sebal. Dia merasakan segala ushanya tidak berbaloi..bila apa yang diimpikan tidak mendapat seperti yang diharapkan.

Bagi NorFazila suaminya terlalu kedekut untuk menuturkan kata-kata sayang ataupun  kata-kata pujian kepadanya. Mungkin kerana fikiran tidak diuntukkan penuh kepadanya,  itulah sebabnya perhatianya juga sering teralih dan terpesong kearah jandanya sahaja. Padanya kerana hatinya ketempat lain sebab itulah pemerhatian suaminya tidak tertumpu kepada dirinya. Bila dia memikirkan sikap suaminya hatinya menjadi marah. Itulah sebabnya keharmonian rumah tangganya sering bergelombang..kerana dihatinya memang sentiasa berombak.. tersalah sedikit ombaknya menjadi ganas. Tetapi adakah benar sikap Latif begitu.

Sedari dulu lagi dia sudah melihat tingkah sebenar Abdul Latif sementalah mereka kenal sudah lama. Dia duduk menumpang dirumah keluarga Abdul Latif  sejak remaja lagi. Ketika itulah rasa sukanya mula bertunas. Tetapi ketika itu pada pandangan matanya semua berkenaan jejaka idamanya baik dan bagus semuanya. Abdul Latif seorang yang tidak banyak mulut..Dirinya yang tidak pandai menzahirkan rasa marah, ini menampakkan seperti dia seorang suami yang penyabar dan penuh kasih sayang. Abdul Latif juga seorang yang agak pemalu..malu mahu menzahirkan perbuatan mesra diluar bilik mereka..malu bila perlakuan atau percakapan mesra mereka terlihat oleh orang. Sikap itulah yang dia lihat ketika dia masih menjadi suami Emil dahulu. Tetapi mengapa sikap-sikap itu menjadi satu yang mengecewakan hatinya bila dia sudah menjadi isteri Abdul Latif.

Bila dia duduk sendirian sering dia memikirkan..semenjak mereka berkahwin sumainya tidak pernah mahu meluahkan rasa sayangnya kepada dirinya. Biar pun segala keperluannya terjaga namun sesekali mahu juga telinga di dendangkan dengan kata-kata sayang dan cinta seperti pasngan lain. Entahlah perlu ke kata-kata manis itu bagi setiap pasanagan. Untuk NorFazila  sememangnya perlu mendengar  kata-kata itu terluah dari bibir suaminya..demi untuk meyakinkan keutuhan sayang suaminya kepada dirinya.


           
Petang Ahad itu Nur Fazila pulang dari Ipoh. Masuk sahaja dia kedalam rumah dilihat suaminya sedang membaca surat khabar diruang tamu. Dibawa dirinya menghampiri suaminya menghulur salam dan mencium tangan suaminya. Dia merasa sedikit genmtar kerana dia tahu dirinya bersalah. Bersalah kerana meninggalkan suaminya keIpoh seminggu lebih. Setelah dia menegakkan badan kelihatan suaminya bagai terhidu-hidu. Dia membiarkan tingkah suaminya dan terus menuju kebilik tidur nya untuk menyimpan beg dan baju-bajunya yang dibawa dari Ipoh.  Selesai solat Isyak..ketika itu mereka didalam bilik, sekali lagi Abdul Latif terhidu-hidu  kali ini siap bertanya…

 “Apa yang bau pahit ni..bau macam belerang”. NorFazila terkebil-kebil memandang suaminya. Dia tahu bau yang diperkatakan oleh suaminya adalah bau ubat rambutnya. Dia melakukan rawatan rambut  teknik rebonding..rambut disebalik telekungnya sudah  lurus seperti lidi penyapu.  Dengan rasa berat Zila menjelas datang bau yang diperkatakan oleh suaminya..

“Bang yang sebenarnya bau dari rambut Zila ni..Zila buat rambut semalam..cantik tak rambut Zila bang?”. Zila membuka telekungnya dan cuba mengirai rambutnya dengan memasukkan jari jemarinya kecelah-celah rambut seperti iklan syampu, sambil bertingkah manja  dihadapan suaminya. Bila telekung dibukan dan isterinya mengiraikan rambut bau itu semakin menusuk.  Bau itu sungguh busuk di hidung Abdul Latif..dan bau itu menutup kecantikkan rambut isterinya.

“Ohh..tapi kuat betul baunya ni..pergilah cuci”. Terkesan juga dihati Nur Fazila yang cuba mengoda suaminya  tetapi suaminya menjauhkan diri dan menutup hidungnya. Dia menegakkan badan..kaku tubuhnya sambil memuncungkan mulut ..gaya merajuk. Kalau dirinya sudah cantik tentu suaminya akan memujuknya itu detik hatinya.

“Kalau cuci tak jadi luruslah rambut Zila ni..kata tukang rambut tu semalam.. selepas seminggu dibuat, baru boleh cuci”.

“Habis nak mandi macam mana?..Zila tak sembayang ke?”.

“Zila sembayang. Mandi tu mandilah tapi tak payahlah cuci rambut”.

“Haai”. Keluh Abdul Latif. Dihatinya terdetik tidak terfikirkah oleh isterinya akan keperluan batin nya. Dirinya seorang suami, yang sudah ditinggalkan seminggu lebih… dia hanya seorang lelaki biasa yang mempunyai nafsu. Mendengar keluahan suaminya… Zila bertanya lagi untuk mencari kepastian..

“Kenapa bang..busuk sangat ke bau nya”.

“Kenapa Zila sampai nak meluruskan rambut..rambut Zila yang sebelum ni kan dah cantik”.

“Saja nak ubah penampilan untuk abang.” Jawab Zila tampa rasa bersalah.

“Kalau untuk abang tak perlu nak membazir duit.. Buat rugi sahaja”.

“Bukan Zila guna duit abang..Zila guna duit Zila sendiri.” Zila mempertahankan perbuatanya tampa rasa bersalah, malah bangga dia sudah pandai mencari duit sendiri tampa mengharapkan duit suaminya.

“Walau pun bukan duit abang..tapi cubalah fikir..gunakanlah duit pada benda yang berfaedah. Ni buat membazir sahaja dahlah tu busuk pula tu.. lepas tu abang tenguk tak cantik mana pun, malah cantik lagi rambut Zila yang dulu.. abang lagi suka yang rambut yang dulu. Allah dah bagi rambut ikal untuk wajah Zila, tak payah nak ubah-ubah”.

“Abang ni langsung tak menghargai apa yang Zila dah buat untuk abang..bukan abang nak  puji kutuk adalah”.

“Nak puji apanya..Itu kebenarannya Zila..cuba Zila pandang kat cermin tu cantik ke Zila dengan rambut macam tu..Rambut Zila nampak sikit kalau lurus. Tak seimbang muka Zila yang nampak debab.  Allah dah bagi ramnut Zila ikal supaya dia kembang dan Nampak banyak..ni Zila ubah jadi lurus..jadi nampaklah rambut Zila yang sikit tu..nampak kuyup menjadikan muka Zila  tu lebar. Lagi satu abang nampak sekarang kulit muka Zila macam putih sangat..Zila pakai apa..Zila pakai sesuatu juga ke?  untuk jadikan kulit muka tu putih.”.Bertalu-talu kutukan yang keluar dari mulut Abdul Latif. Yang sebenarnya sudah lama dia mahu mengeluarkan apa yang ada dihatinya tetapi tidak berpeluang.

“Haah..Zila pakai cream muka yang akan memutihkan kulit muka..abang nampak perubahanya ye..cepat betul cream tu bertindak baru tiga bulan Zila pakai dah ada kesannya. Cantek ke bang.. tapi krim tu dah habis dah dua hari Zila tak pakai.. nanti Zila beli lagilah...” Zila jadi teruja bila disoal begitu oleh suaminya..ingatkan selama ini suaminya tidak menyedari perubahan pada wajahnya. Belum beberapa saat hati gembira bila suaminya menyedari perubahan dirinya, keluar pula kenyataan dari bibir suaminya yang menyetap tangkai hatinya..

“Zila tak takut ke pakai cream yang entah apa-apa tu, nanti dapat sakit kulit nanti.. kalau dah dapat penyakit, nak kena cari ubatnya pula. Pada abang cukuplah dengan apa yang Allah  dah bagi, kalau kita dah hitam biarlah hitam tak payah nak diubah jadi putih pula”. Sela Abdul Latif selamba. Mendengar apa yang terluah dari bibir suaminya Zila jadi kecewa semula.

“Abang ni kalau Zila semuanya tak betul buat itu salah buat ini salah..jadi Zila nak buat macam mana”.

“Selama ni abang ke yang suruh Zila luruskan rambut..abang ke yang suruh Zila putihkan kulit. Cuba Zila cermin diri Zila tu, tak pelik ke kulit muka putih tapi tangan tu hitam, kemudian tenguk juga.. cantik ke Zila dengan rambut lurus, dah lah tu.. busuk pula”. Biar pun ada kebenarnanya  kata-kata suaminya, namun  ianya sangat menghiris hatinya..serasa dia ingin melarikan diri semula ke Ipoh rumah abangnya. Dek kerana hatinya tersangat pedih mendengar cemuhan suaminya hingga dia tidak dapat berkata-kata.

Yang sebenarnya Zila bukannya tidak cantik dia cantik. Dia memiliki hidung yang mancung, rambut ikal mayang dan tinggi lampai orangnya. Sejak dia merasakan dirinya gemuk dia sudah berusha meguruskan badannya . Dia tidak menjamah nasi hamper  tiga bulan, dia hanya memakan lauk dan sayuran sahaja. Hasil  sangat mengkagumkan.  Dirinya kelihatan langsing seperti model.

Mana Zila tidak cantik, dia mempunyai darah keturunan Siam disebelah nenek emaknya dan ayah nya berketurunan India Muslim itu yang menjadikan hidungnya mancung terpatuk hanya kulitnya agak gelap sedikit tetapi hitam tu kan manis. Lumrah manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yant telah dikurniakan pada dirinya.

Ini kisah ibu Zila..Ketika ibunya masih muda, dia merantau ke Alor Star Kedah untuk mencari kehidupanya. Dia bekerja disebuah kedai makanan. Disana dia bertemu jodoh dengan seorang yang berketurunan India Muslim yang berkerja ditempat yang sama. Setelah mereka mempunyai tiga orang anak, ayahnya pulang kenegeri asalnya untuk menjenguk keluarganya disana. Tetapi pulangnya tidak kembali lagi ke Malyasia. Tinggallah emaknya yang bernama Manisah terkontang kateng membesar tiga orang anak yang masih kecil. Mana hendak menjaga anak dan mana pula hendak mencari duit untuk menyambung kehidupan. Akhirnya kerana tidak dapat meneruskan hidupan jika tiada bantuan, dia  pulang semula kePengkalan Hulu tinggal bersama emak dan ayahnya. Tetapi mereka juga bukan orang berada..dia terpaksa mencari duit untuk menyuap dan meyekolahkan tiga orang anak-anaknya.

…Dia menjadi pembantu rumah dirumah Puan Rabiah, sementera anak-anaknya tinggal dan bersekolah dirumah kedua orang tuanya diPengkalan Hulu juga. Bila kedua datuk dan neneknya meninggal abang dan kakaknya pula sudah mencari kehidupan sendiri, Nur Fazilah yang masih bersekalah dibawa duduk bersama emaknya dirumah Puan Rabiah. Dan sejak itulah dia tinggal dirumah puan Rabiah. Yang sebenarnya mereka masih mempunyai ikatan kekeluargaan walaupun hanya bau-bau bacang sahaja..Setelah emaknya meninggal dia tetap disitu menggantikan emaknya membantu Puan Rabiah..sementelah dia bersekolah hanya sampai di tingkatan tiga sahaja.


Mungkin kerana bau rambutnya malam itu suaminya tidak tidur didalam bilik mereka. Apabila dia terjaga dipertengahan malam didapati suaminya tidak tidur disebelahnya..dia mencari.  Rupanya  suaminya tidur dikerusi panjang diruang tamu. Dia sungguh berkecil hati dengan tidakkan suaminya yang melarikan diri, sedang dirinya baru pulang dari rumah abangnya. Rindu yng mengunung akan belaian suaminya turut terbantut dengan tindakkan suaminya ketika itu. Ketika dalam perjalan pulang tadi dia membayangkan kehangatan pelukkan suaminya yang merindui  dirinya.

Gelodak hatinya yang marah dengan tidakkan suaminya menjauhkan diri disimpan menjadi dendam. Keesokkan malam dia pula yang bertindak mengunci pintu bilik tidur mereka dari dalam. Perbuatan itu berlanjutan hingga malam-malam berikutnya. Dalam hatinya berbisik jika dia boleh buat aku pun boleh buat. Kalau dia tidak mahu.. aku 10 kali tidak mahu..itulah bisikkan yang ditambah dengan hasutan syaitan. Kini terserlah segala sikap yang ada didalam dirinya. Rupanya Nur Fazilah mempunya hati yang keras  dan kuat cemburu. Sifat itu tidak diketahui oleh puan Rabiah walaupun dia  mengenali Nur Fazila  sedari dia masih kanak-kanak lagi.

 Sudah tiga hari sejak kepulangan isterinya dari Ipoh puan Rabiah melihat anak lelakinya tidur diruang tamu diatas sofa. Malam keempat dia menghampiri anaknya yang sedang mahu membaringkan tubuh disofa.

“Tif kenapa kamu tidur kat luar ni… kamu bergaduh dengan Zila ke..kamu marah dia pergi Ipoh lama sangat?”.

“Tak lah mak. Saja saya tidur kat sini..rasa macam panas kat dalam bilik tu”.

“Jangan kamu nak tipu mak Tif, mak nampak kamu dah tiga hari tidur kat sini”.

“Taklah gaduh mak saya hanya tegur rambut dia tak cantik buat macam tu. Mungkin dia kecik hati, itu yang dia tak nak saya dekat dengan dia”.

“Tif! mak minta maaf Tif... mak tak tahu yang sikap Zila macam ni. Dulu dia tak macam ni dia baik lemah lembut dengar cakap orang tua..tak tahu pula bila dah beranak pinik dia macam ni, dia jadi orang yang keras hati pula”.

“Tak apa lah mak, ini mungkin dugaan untuk saya mak. Saya tak pernah salah kan emak, yang sebetulnya saya juga salah, tak pandai nak membentuk isteri jadi yang macam kita harapkan.”.

Bila melihat keadaan anak dan menantu nya berlarutan hingga beberapa hari sejak dia menegur anaknya diruang tamu. Dia  merasakan harus masuk campur dan menasihati mereka. Dia menyelidik siapakah yang tidak mahu yang sebenarnya. Ditengah malam dia kebilik menantunya dan cuba membuka pintu. Ketika itu cikgu Latif tidur dibilik anak lelakinya. ..Akhirnya puan Rabiah sendiri menegur menantu pilihannya.

“Zila kenapa kamu tak kasi suami kamu tidur dalam bilik. Sedangkan tidur membelakangkan suami pun kita berdosa..apatah lagi kamu tak kasi dia tidur dengan kamu”.

“Mana Zila tak bagi abang tidur dalam bilik.. abang yang tak mahu  mak..dia kata rambut Zila busuk”.

“Kamu jangan nak tipu emak Zila..mak cuba buka bilik kamu tapi kamu kunci dari dalam betulkan”. Memang itulah yang sesungguhnya Zila menunci pintu bilik dari dalam. Bila emak mertuanya bertanya begitu dia tak terkata. Bagi Latif sekali dia memulas dan berkunci.. dia tidak akan mencemar maruahnya mengetuk pintu bilik. Dia lebih rela tidur dibilik anak lelakinya atau diruang tamu dari terketuk-ketuk pintu bilik minta dibukakan.

“Kamu tahu tak, perbuatan kamu tu berdosa pada suami kamu. Kamu tu hak dia. Jangan sewenang-wenangnya menidakkan kan hak seorang suami, Zila”.Melihat menantunya hanya menundukkan wajah memandag lantai Puan Rabiah mengambil peluang menasihati nya.

“Zila kita isteri adalah hak suami..bab makan, bab pakaian boleh lagi kita tolak tepi atau minta tolong emak sediakan, tapi kalau kamu sampai kita tutup bilik tak bagi dia tidur dengan kita itu tak boleh. Atau pun kita lari tidur bilik lain suami bilik lain pun tak boleh. Kamu tahu tak, kalau suami kita tak redha dengan kita, kita akan dilaknat oleh malaikat sampai suami kita redha pada kita”.

 Sabda Rasulullah SAW: Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh. (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Sejak dinasihati nampaknya Zila sudah mengubah sikapnya.Dia tidak lagi mengunci pintu bilik dan Abdul Latif juga sudah tidak tidur diruang tamu lagi.  Pada pandangan puan Rabiah menantu pilihannya insaf dengan kata-katanya.  Bila perjalan rumah tangga anak menantu yang didepan mata kelihatan tenang dan harmoni hatinya menjadi lega. Zila juga sudah lama  tidak meninggalkan suaminya untuk pulang keIpoh. Dalam hitungan puan Rabiah sudah tiga bulan dia tidak ke sana. Ucapnya didalam hati 
ALHAMDULLILAH.

Sunday 28 September 2014

Bab 39 Tidak ku tahu kasih bermula.






“Dahlah sayang, jangan menangis lagi..Itu menunjukkan Allah sayang Emil, Emil diberi peringatan oleh  anak Emil sendiri. Bersyukurlah kerana Allah memberi peluang sayang membetulkan kesilapan sayang.” Bertambah pilu hatinya bila lelaki yang baru dua hari menjadi suami memanggilnya sayang. Dihatinya bergema dengan ucapan Alhamdullilah. Dia tidak menyangka masih ada sebutan sayang  untuknya dari seorang lelaki yang bergelar suami.

Dia mula menyedari setelah dia mengumpamakan ayahnya sebagai seorang ayah dan menghormati emak tirinya seperti yang sepatutnya banyak kebaikkan yang diperolehi.. Inilah janji Allah kepada setiap anak yang berbuat baik kepada orang tuanya akan diberi balasan yang baik. Dia dikurniakan seorang anak yang senang dididik dan diketemukan jodoh yang penyayang. Dia merasa sangat bahagia.


“Ia bang,..memang Emil insaf sangat . Sekarang Emil tahu.. selama ni Emil salah dengan ayah. Emil bersyukur sangat dengan  teguran Uwais menjadikan Emil tersedar, Emil tak sangka selama ini dia pun ambil berat tentang apa yang Emil dah buat”.

“Elok lah tu..walaupun dia anak kita dan lebih muda dari kita, tak semestinya dia tak tahu. Tapi yang sepatutnya kita harus menerima teguran anak-anak walaupun kita dah lebih ‘banyak makan garam’ dari mereka, tak semestinya kita tua kita tak buat silap..dan tak semestinya orang yang muda pengetahuan nya kurang dari kita.”.

“Ia bang.. terima kasih kerana mengingatkan Emil..sekarang Emil dah betul-betul sedar..terima kasih kerana sudi jadikan Emil teman hidup abang.. terima kasih juga kerana semangat yang abang beri pada Emil.”.

 Semasa datuknya pulang dari Mekkah 5 tahun dulu, ketika mamanya tidak dapat menerima kenyataan bila datuknya Haji Mohd Noh bernikah dengan nenek ngah di Mekkah, Uwais mula mencari maklumat diInternet secara diam-diam.  Uwais mencari maklumat tetang pencen dan harta sepencarian didalam internet.  Apa yang nak disusahkan, sekarang pengetahuan dihujung jari anda. Tanya sahaja pada MR.GOOGLE mesti ada jawapanya. Kalau  kita mencari perkara yang baik tentu kita akan mendapat jawapan yang baik.  Mr Google ni semua soalan dia jawab dengan jujur waima tanya yang jahat dan yang tak senonoh pun dia akan jawab tampa segan silu. Pilihan dihujung jari anda...Nak yang baik atau nak yang jahat ikut kemahuan anda sendiri.

Siapakah yang layak dibayar pencen apabila pesara meninggal dunia?           
            Jawapan      
Mengikut peraturan 2, Peraturan-peraturan Pencen 1980,  balu atau duda ertinya isteri atau suaminya yang masih hidup kepada seseorang pegawai yang mati yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai satu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat atau kelaziman. Balu/Duda/Anak
Balu/duda ertinya isteri atau suami yang masih hidup kepada seseorang telah meninggal dunia, yang mana perkahwinan mereka diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat atau kelaziman.
Anak pula ertinya anak seseorang yang telah meninggal,  yang di bawah umur 21 tahun dan masih belum berkahwin termasuk anak kandung, anak tiri tanggungan, anak tak sah taraf, anak angkat dan anak cacat.

Sebulan sebelum kedatangan bulan puasa Haji Mohd Noh suami isteri  berpindah semula kerumah peninggalan Imam Haji Hassan (ayah Haji Mohd Noh). Emil yang meminta nya begitu.

“Yah, selama ni Emil bersalah sangat dengan ayah. Emil ambil hak ayah. Memang Emil anak yang jahil dalam semua perkara yah. Sekarang Emil minta sungguh-sungguh sangat dengan ayah.. ayah duduk lah kat rumah ayah tu dan ambil lah semula kereta ayah tu. Emil minta maaf sangat-sangat pada ayah dan pada mak ngah dengan sikap Emil yang lepas-lepas”.

“Tak apalah Mel.. ayah dah rasa selesa duduk sini, ayah selesa duduk rumah mak ngah ni, Lagi pun ayah dah tua tinggal beberapa hari saja umur ayah, yang ayah nak berpindah randah”. Mendengar jawapan ayahnya mata Emil sudah berkaca… Hatinya pilu bila ayahnya tidak memarahinya kerana kesalahanya dulu.

“Tidak yah, kalau ayah tak duduk rumah ayah tu, Emil rasa bersalah sangat. Emil betul-betul minta ampun yah.. kerana sakit kan hati ayah”.Emil sudah melurut dari duduknya diatas kerusi dan  menyembamkan muka kepangkuan ayahnya dia mula  menangis akhirnya teresak-esak, hatinya benar-benar pilu bila mengenangkan salah lakunya dulu. Mengapa hatinya begitu keras dengan ayahnya dulu.

“Ia Mel, ayah memang dah ampunkan Emil sejak  dulu lagi, ayah bukan kecil hati dengan Emil, tapi ayah dah suka duduk sini, lagi pun mak ngah memang suka duduk rumah dia”.

“Ia Mel mak ngah memang suka duduk rumah mak ngah ni.”

“Jangan lah macam tu mak ngah, mak ngah kan jadi isteri ayah, ikut lah ayah duduk rumah ayah tu..tolong lah mak ngah. Kalau mak ngah dan ayah tak duduk rumah ayah tu, Emil rasa ayah tak ampun kan Emil.. tolong lah untuk sekali ni saja..Emil akan minta tolong anak-anak abang tolong ayah pindah..Emil pun akan tolong mak ngah kemas..tolonglah mak ngah”. Rayu Emil bersungguh.


“Macam mana Nor ..Nor nak ke duduk kat rumah arwah abah..kalau Nor rasa berat hati tak payah pindah pun tak apa ..nanti Uda cakap elok-elok dengan Emil”. Ketika itu Emil bersama keluarga baru sudah pulang kerumah mereka..Haji Mohd Noh suamiisteri berbincang berdua.

“Nor tak kisah kalau kata Uda kita pindah Nor ikut sahaja..Nor ni kan De kemana Uda pergi Nor akan ikut, kalau Uda kata kita duduk bawah jambatan pun Nor ikut juga, Nor kan dah jadi tulang rusuk Uda”.

“Ada keduduk bawah jambatan..kalau boleh Uda nak ajak Nor duduk dalam istana tau..tapi ialah hanya ini yang Uda mampu mengadakan. Pencen cik gu ni hanya cukup untuk makan pakai kita sahaja Nor.”

“Apa yang Uda cakap macam tu..Pada Nor itu dah Alhamdullilah sangat..kita tak merempat dan meminta-minta”.

Akhirnya  permintaan Emil yang bersungguh dituruti juga oleh Haji Mohd Noh suami isteri. Dia bersama isterinya  berpindah kerumahnya semula. Manakala Muaz sekeluarga pula berpindah dan duduk dirumah Hajjah NorIza.

Kini setelah hak-hak ayahnya di pulangkankan, kehidupan Emil makin bertambah  tenang dan bahagia. Dia sudah menjadi sorang wanita, isteri dan mama yang sempurna, disamping suami dan anak-anak yang meningkat dewasa. Makin hari makin bahagia hidupnya. Kasih sayangnya pada suami dan anak-anaknya juga makin bercambah.  Dia tidak membezakan kasih antara anak-anak tirinya dan anak tunggalnya Uwais..entah bila kasihnya bermula dia pun tak tahu..tetapi semakin hari hati semakin dia merasa bahagia hidup disamping suami. Makin meriah dikelilingi oleh empat orang anak tirinya dan anak tunggalnya.


Walaupun keputusan SPM telah diketahui, Uwais masih belum menerima apa-apa panggilan untuk dia melanjutkan pelajaran. Dia sudah memohon dibeberapa pusat pengajian tinggi kerajaan dan swasta. Sementara menunggu panggilan belajar, Uwais meneruskan kerja dibengkel Muaz, walaupun pekerja Muaz  yang bercuti tempuhhari sudah datang semula untuk meneruskan kerjanya. Itu diatas permintaan Muaz sendiri yang meminta bantuanya.

“Bang boleh tak abang tolong pak long sampai abang dapat masuk belajar semula”.

“Kan abang Ramli dah datang tolong pak long”.

“Sekarang kan kererta tengah banyak ni..kalau abang ada boleh cepat sikit siapnya. Kalau abang tolong  pak long  semakkan buku kira-kira dan buat gaji diorang tu, bolehlah pak long bagi tumpuan nak betulkan kereta sahaja.. jadi cepatlah sikit siapnya kereta orang bang. Lagi pun overtaime mereka pun pak long tak kira lagi..tolong ye bang.”  Bila melihat Uwais agak keberatan, Muaz cuba menyelidik.

“Kenapa bang, mama abang marah abang kerja dengan pak long ke?..ialah mama abangkan tak suka anak dia comot dengan minya hitam”. Pernah sekali Muaz terdengar Emil memarahi anaknya kerana kuku tangannya hitam kerana minyak hitam. Tetapi bagi Uwais.. dia tidak mahu Muaz bersimpati dengannya kemudian terpaksa mengambil dirinya bekerja.

“Abang tak kisah kalau terus kerja pun.. Tapi abang tak mahu pak long ambil abang kerja kerana pak long kesiankan abang”.

“Tak lah bang, pak long memang minta tolong sangat..Abang kan Nampak tak berhenti orang hantar kereta. Nak ditolak tak elok pula takut nanti orang tak nak datang lagi sebab kita sombong dengan orang”.

  “Terima kasih pak long..abang yang sebetulnya memang perlukan  sangat duit untuk abang sambung belajar. Kalau abang tak dapat panggilan IPTA (Intitut Pengajian Tinggi Awam) abang terpaksalah mohon IPTS (Intitut Pengajian Tinggi Swasta) kalau abang masuk IPTS  tentu banyak pakai duit kan pak long. Kalau abang dah ada sedikit duit, tak lah teruk sangat mama nak tanggung abang nak buat permulaan abang masuk belajar. Abang tak boleh nak harapkan papa, dia kerja sorang..adik-adik kat sana pun masih belajar perlukan duit juga”. 
“Haa itulah kerja dengan pak long dulu ye..Tapi hari tu pak long dengar mama abang marah sebab kuku abang hitam..”.

“Itu salah abang, kerana tak potong kuku yang dah panjang..jadi hitamnya tu Nampak banyak sangat..sampai kat dalam kuku.  Mama takut kalau abang tak bersihkan, nanti ambil air sembayang tak sah. Susah juga dapat emak yang cerewet ni kan pak long, nak sentiasa kemas dan bersih, duit tak ada pun tak apa janji solat kita diterima katanya. .. ni abang nak pastikan kuku abang sentiasa pendek. kalau kena minyak hitam pun kita basuh tangan kita dengan petrol senang nak tanggal, kan pak long”.

“Haa ialah betul kata mama abang tu..pak long pun tak suka kalau kuku hitam..kalau nak solat rasa macam tak selesa..bukan apa takut air tak sampai kat kulit kita..takut wudu’ kita tak sempurna..kalau wudu’ tak sempurna solat kita pun tak sempurna..bang! kita ni jangan nak jumpa kawan atau awek sahaja nak kemas dan bersih..nak buat janji temu dengan Allah juga mestilah kemas dan bersih.. sepatutnyalah kita mesti lebih kemas dan bersih bila nak mengadap yang Maha Agong kan bang.. sebab Dia yang beri segalanya pada kita..takut kalau dia tak terima doa kita sebab solat kita tak sah, yang susah kita juga.”.

“ialah pak long, abang ingat tunjuk ajar pak long tu”. Itulah kehidupan Emil dan Uwais..mereka gembira meneruskan kehidupan walaupun tampa Abdul Latif.