~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Thursday 9 January 2014

Bab 8 Bahagia yang kucari






                 Magrib itu buat pertama kali Sarah berjemaah bersama keluarga Mizan.Rasa sebak menyerbu didada Sarah.Tidak disangka hilang kasih suami dia digantikan dengan sebuah keluarga lengkap.Kini dia berdiri sebagai makmum suaminya.Dia dikelilingi oleh ahli keluarga ayah emak adik ipar dan dua orang anak.Itu yang menyebabkan dia merasa sedeh.Air matanya yang sudah bergenang ditubir mata sejak dia mengangkat takbiratrul ikhram tadi ditahan. Kini air matanya tidak dapat ditahan lagi, laju menitik di dari tubir matanya..Sarah mula teresak perlahan.Namun esakkannya disedari oleh Zurin yang berdiri disebelahnya.

Selelsai sahaja memberi salam cepat sahaja Zurin bertanya kepada mamanya dengan suara perlahan kerana ayahnya yang menjadi imam sedang berwirit  seusai solat.

“Kenapa mama nagis. Mama sakit perut ye”.

“Taak”.Ditarik anak yang bertanya dalam pelukkanya.Sarah menahan tangis hatinya menjadi semakin hiba, bila ada yang mengambil berat tentang dirinya.Setelah agak reda sedehnya, dia melonggarkan pelukkanya.Melihat basah pipi mamanya dengan air mata, Zurin menyelak kain telekungnya untuk mengelap air mata Sarah. Tetapi perbuatanya terhenti bila mendengar suara ayahnya…

“Kakak nah!”Tidak disedari oleh Sarah orang-orang yang disekililingnya memandang kearahnya termasuklah Mizan. Mizan menghulur sapu tangan yang sememangnya  ada didalam kocek baju melayunya. Zurin mengambil saputangandari tangan ayahnya lalu mengelap pipi Sarah yang basah dengan air mata, kemudian…

“Mama hebus..hembus kuat-kuat.” arah Zurin tanganya sudah dihidung Sarah. Dia mahu membuang hingus yang mengalir dari hidung Sarah rupanya.Tangisan Sarah yang sudah agak reda menjadi kembali, bila dirasakan orang-orang disekelilingnya menyayanginya.Namun tangisannya disulami dengan ketawa.Malah orang yang disekeliling mereka juga turut ketawa melihat kelakuan Zurin.Zurin kelihatan sebagai seorang kakak yang begitu bertanggung jawab kepada adiknya.

“Ok..mama dah ok, duduk..duduk  dengar ayah baca doa”.  Sarah mengambil saputangan ditangan Zurin Sarah menghembus hingusnya perlahan.Mizan menyambung sedikit lagi wiritnya yang terkendala.Manakala Zira pula sudah duduk dipangkuan Sarah.

Anak-anak Mizan juga turut bersolat.Itulah latihan solat yang diajar oleh Haji Marzuki dan Hajjah Nafisah kepada cucu-cucunya walaupun mereka masih kecil dan belum tahu lagi membaca bacaan dalam solat.

Selepas Isyak, anak-anak  Mizan sudah terlentuk ialah dari pagi mereka tidak tidur disebabkan kesibukkan ayah dan mama  yang baru sah duduk berdua. Sarah menidurkan mereka dibilik Maryam kerana memang itu permintaan anak-anaknya.Leka menepuk punggung anak-anak mata Sarah juga semakin layu.Tiba-tiba terdegar bunyi deringan telefon Maryam memecah kesunyian.

“Hallo..Walaikum salam. Belum.Entah dah rasanya.Sudah. Ok..ok. Bang dekat PJ lah bang, dekat sikit. Ehh mahal ialah..ialah” Sarah tidak memahami apa yang diperkatakan oleh Maryam. Dengan siapa dia berbicara juga Sarah tidak dapat nak diteka.Tetapi yang sebenarnya dia malas mahu ambil tahu kerana badannya penat dan matanya sudah mengantuk.Dia terus memejamkan mata.

“Kak Sarah diorang dah tidur ke?”.

“Dah..”

“Yang tangan akak tak berhenti tepuk tu kenapa?”.Tiada jawapan dari Sarah, namun tangan tetap juga menepuk punggung Zira.

“Kak..akak dah tidur ke??.” ‘Hssyy Yam ni kalau dah tidur mana boleh bercakap’ detik hati Sarah dia mendiamkan diri dan memejamkan mata.

“Kak!!Abang ajak cari rumah tu”.Maryam menjenguk kewajah Sarah untuk memastikan dia sudah tidur ke belum.

“Haaa..cari rumah malam-malam buta ni. Cari rumah untuk apa?”.Terus terbuka mata Sarah bila mendengar Mizan mengajaknya mencari rumah.

“Rumah untuk kita nak duduklah. Akak kan dah nikah dengan dia..tentulah nak duduk asing dari Shikin dan Bella. Takkan akak dan abang nak duduk serumah dengan diaorang  pula, tak pasal-pasal akak dapat madu lagi.”

“Eee mulut Yam nii jangan doakan akak macam tu.”

“Kalau tak mahu… dengar cakap abang tu. Pergi bilik dia sama-sama cari rumah”.

“tapi perlu ke cari rumah lain?. Kita duduk rumah yang sekarang ni dengan Shikin dan Bella, abang kan duduk sini”.

“Jangan tanya Yam..Yam tak tahu apa yang  abang tengah rancang. Nak tahu apa rancangan dia pergi bilik abang. Abang tengah tunggu akak tu..”

“Hssy tak naklah.Entah-entah dia mengigau, itu minta yang tidak-tidaktu. Malam-malam buta cari rumah mana nak digagau nya rumah..rumah dalam mimpi adalah.”

“Mananya mengigau dia belum tidur lagi tu. Pergilah cepat… nanti dia marah Yam pulak tak sampaikan pesan dia,mungkin dia nak Zurin dan Zira duduk sama dengan akak kat KL  kot, itu yang dia ajak akak cari rumah. ”.

“Akak..akak”

“Apa yang akak..akak pergilah cepat nanti kalau dia dah melinting mahu tercabut bumbung rumah nikang”. Berat langkah kaki Sarah menuju bilik Mizan.Sampai di pintu bilik Mizan, Sarah meringankan tanganya memulas tombol pintu dan memberi salam.Sememangnya pada pandangaqn mata kasar Mizan agak garang orangnya.Wajahnya jarang senyum, bahasanya pun tegas. Perilakunya sama seperti ayahnya Haji Mazuki.

“Assalamualaikum ..boleh saya masuk bilik awak.”Dengan menjengulkkan kepalanya yang bertudung Sarah menjeguk kedalam bilik Mizan.Dia melihat Mizan sedang berlunjur diatas katil, di pehanya pula terletak cantik computer riba.Kepalanya menunduk seolah-olah tidak mendengar salamnya. Mizan tidak bertindak balas dengan ucapan salamnya.Terpaksalah  sekali lagi Sarah memberi salam dengan kuat.

“Assalam mulaikum boleh kesaya masuk bilik awak ni…” Geram Sarah, tadi kata Yam… abangnya menyuruh dia masuk kebiliknya, bila dah ada kat depan pintu dia buat tak-tahu pula. Tak sudi kata tak sudi, tak aku niterjenguk-jenguk macam menyorong hidung yang tak mancung pula rasanya.Itu detik hati Sarah yang sudah ditimpa malu, terasa dirinya yang terhegeh-hegeh.

“Kalau awak tak kasi saya masuk..takapalah.” Sarah sudah menarik daun pintu mahu menutupnyakembali, kemudian akan masuk semula kebilik Mayram.

“Saraah..mehlah sini”.. meleret lemah sahaja suara Mizan. Sebenarnya hatinya geram, Sarah ni dah janda dah pernah kahwin tapi tak faham adat orang yang dah kahwin, yang dah bersuami..Dibiarkan dirinya terkontang-kanteng sendirian dibiliknya dia pula berlama-lama didalam bilik Maryam.

“Boleh ke saya masuk dalam bilik awak ni?”.Mizan memandang Sarah dengan pandangan geram.

“Awak dah lupa ke pagi tadi kitakan dah dinikahkan. Sekarang ni saya ni suami awak. Bila saya sebut sahaja ‘akuterima nikahnya Maisarah binti Zamri’ ertinya apa-apa milik saya jadi milik awak, tak payahlah minta izin..dah awak punya. Lagi satu kita ni dah jadi muhrim yang awak bertudung bagai tu kenapa?.Kata Ustaz Azhar Idrus tiada batas aurat antara suami dan isteri tau.Dah duduk sini.”Mizan menepuk tilam agar Sarah duduk disisinya.

“Kata Yam awak ajak cari rumah?”.

“Ialah memang nak cari rumahlah ni”.

“Habis awak duduk saja macammana nak mencarinya”.

“Sekarang ni cari mencari ni dihujung jari kita saja.” Selamba sahaja gaya Mizan Matanya meneruskan carianya didalam competer ribanya.

“ehh macam mana tu awak ada bela hantu raya ke?Yang tak payah bergerak  boleh mencari..”

“Awak ni suka pandang negative kat sayakan.Kita cari dalam MUDAH.COM sayang. Tu pasal saya suruh awak duduk sini, Kita tenguk sama-sama kat computer ni. Kalau awak berdiri jauh macam tu mana nak nampak.Meh” sekali lagi Mizan menepuk tempat duduk Sarah disisinya.Sarah menghampiri katil namun untuk melangkah naik dia rasa janggal.

“Saraah kita dah nikah apa yang nak dimalukan.Lagi pun awak juga kata hari tu kalau kahwin nak tambah anak, kalau jauh macam ni boleh ke melekat anak saya dalam perut awak tu”.Mizan menyendengkan badanya untuk mencapai tangan Sarah untuk menyuruhnya naik keatas katilnya duduk disisinya.

“Dahlah meh sini..hari dah malam ni esok pagi-pagi lagi awak dah nak pergi kerja. Cepat kita cari… cepat dapat awak tidur”.Sarah akur dia naik keatas katil duduk disisi Mizan.Mizan menariknya rapat kesisinya.

“Tudung ni buka, sayakan suami awak.Kalau awak berbungkus macam mana semangat lelaki saya nak datang. Kalau dengan lelaki lain memang wajib awak tutup semuanya supaya  semangat lelaki dia tak naik bila nampak awak.kata Ustaz Azhar Idurs kan tiada batas aurat antara suami isteri, kalau tak payah pakai baju pun takapa Allah tak marah, kita tak berdosa, dapat pahala lagi.”Seperti mengajar anak-anaktadika pula Mizan berbisik ditelinga Sarah sambil tanganya menarik tudung sarung Sarah.Sarah memandang kearah Mizan.

“Kenapa??”

“Awak!!Awak kata kita nikah kan hanya untuk memudahkan kita memberikasih sayang pada anak-anak sahaja”.

“Ialahlah dah alang-alang awak bagi kasih sayang pada anaknya apa salahnya awak bagi kasih sayang awak tu pada ayahnya sekali”.Melihat Sarah terlopong mendengar jawapanya sambil menarik tudung sarung Sarah hinggap pula bibirnya diatas bibir Sarah.Sarah jadi tak tentu arah dengan tindakkan Mizan.

“Esok sajalah kita cari rumah. Hari pun dah malam ni. Kita tidur ye, esok awak nak pergi pagikan”.Mizan menutup computer ribanya dan meletaknya di atas meja disebelah katilnya.Sarah sudah jadi bisu hanya Mizan sahaja yang berkata itu dan ini.Misi cari rumah dibatalkan oleh Mizan.Dia mahu mencari kasih sayang pula.

Seperti yang telah dirancang selepas subuh Sarah dan Maryam bertolak pulang keDamansara dihantar oleh Mizan dengan menaiki kereta Nissan Almeranya.Ketika Sarah dan Maryam ketempat kerja Mizan mencari rumah sewa di kawasan Damansara dan Petaling Jaya. Dia hanya ada seminggu lebih sahaja untuk mencarikan rumah yang akan didudukinya bersama Sarah dan anak-anaknya kelak. Mizan menjangkakan mencari rumah dikawasan orang yang berpendapatan sederhana kerana mudah untuk mencari pengasuh anak-anaknya nanti.Untuk mencari rumah dikawasan mewah, gajinya tidak mengizinkan. Biarlah mereka hidup cara yang termampu untuk mereka. Dia mahu mengambil kata bidalan ukur baju dibadan sendiri.

Selepas menghantar Sarah dan Maryam ketempat kerjanya , Mizan menuju kesebuah masjid berhampiran. Cadangnya  dia akan menghubungi pemilik-pemilik rumah yang mengiklakan rumah untuk disewa didalam Mudah.com selepas itu baru lah dia kerumah itu untuk melihat keadaan rumah pula.

Sedang dia tercari-cari didalam computer ribanya.Telefonbimbitnya bergetar didalam poket seluarnya.Tanda ada panggilan masuk.Bila dilihat ada nombor asing yang tertera namun tetap dijawap juga oleh Mizan.

“Hallo..”

“Hallo asalamualaikum. Pak su Is ni Zan. Zan kat mana ni. Mak su Yah kata malam tadi, Zan nak cari rumah kat KL ye ke?”

“Walaikumsalam.. Ada kat masjid ni pak su tengah cari mana rumah yang sesuai dalam Mudah.com, kalau rasa ok nanti Zan pergilah jumpa tuan ruamhnya. Zan nak cepat kalau boleh sebelum Zan pergi kerja semula ni”.

“Bila Zan pergi kerja semula”.

“Ahad depan ni Zan dah pergi pak su”.

“Kalau macam tu dalam masa seminggu ni duduklah apartment pak su. Sambil tu boleh lah cari rumah yang sesuai dengan Zan dan mudah untuk Sarah pergi  kerja.

“Zan tak naklah duduk dengan keluarga pak su”.

“Ehh ni bukan rumah keluarga pak su. Rumah ni kalau pak su nak bersendirian pak su duduklah. Kadang-kadang kalau stress pak su akan cari ruang untuk diri pak su sendiri Zan.”

“Oh..kalau macam tu boleh juga, dalam seminggu ada juga tempat Zan berhoneymoon. Zan nak duduk dengan Sarah sahaja dalam masa seminggu ni”.

“Elok lah tu Zan, walau macam nama pun kita harus mengenali pasangan kita, sebelum kita memulakan alam runmah tangga kita kan Zan”.


Kini rumah tangga Mizan dan Maisarah sudah menlangkau angka 7 tahun, mereka sudah menambah 3 orang anak.Tetapi kesemuanya lelaki. Dulu diawal perkahwinan mereka…

“Bang bulan ni Sarah tak jadi lagi lah bang”.  Ketika itu baru empat  bulan mereka bernikah.Mizan menghubungi isterinya jika dia ada kelapangan. Untuk Sarah menghubunginya agak susah sedikit kerana dikapalnya akan menggunakan line antarabangsa bila mahu berhubungan menggunakan telefon.

“Tak apalah kan baru empat bulan kita mencuba. Bulan depan masa abang cuti kita pergi keklinik pakar. Kata kawan abang klinik ni bagus. Doktornya akan mengunakan doa-doa dari AlQuran jika dia merawat pesakit.”Dr. Marsita Mansor.. Klinik Pakar Wanita Medina Taman Melawati,  klinik dibuka setiap hari Isnin - Sabtu dari jam 10 pagi hingga 10 malam inilah klinik yang dimaksudkan oleh Mizan.

“Tak mahal ke klinik pakar tu bang. Itukan kilinik swasta”.

“Tak apa Sarah untuk keturunan kita, kita mesti cuba. Kalau dah cuba tak berjaya juga, barulah kita kata tak ada rezeki.Kita tak menyesal sebab kita dah mencuba dan berusha.Sekarang ni kita cuba dulu”.

Seperti yang telah dirancang pulang cuti kali itu Mizan memabawa Sarah kesebuah klinik pakar sakit puan. Hasil pemeriksaan dikatakan rahim Sarah terbalik, itu  yangmenyebabkan dia sukar untuk mengandung. Sarah dikehendaki  menjalani sedikit pembedahan kecil untuk membetulkan kedudukan rahimnya. Tidak sampai setahun lepas itu Sarah disahkan hamil.Dua tahun selepas itu, seorang lagi anaknya lahir.

“Bersalin yang ni Sarah rehatlah dua atau tiga tahun baru mengandung lagi. Abang kesian Sarah anak baru dua tahun dah ada adik lagi ni, lagi pun takut  kesihatan Sarah. Abang bukan ada selalu kat rumah”.

“Tak apa bang Sarah suka anak ramai. Nak rehat sampai dua tiga tahun umur Sarah makin lama makin meningkat. Anak kita baru ada emapat orang rasa macam tak cukup saja. Sarah rasa lepas ni Sarah nak mengandung sorang lagi, lepas tu barulah Sarah rehat tiga tahun. Boleh.”.

“Hai Sarah baru bersalin seminggu dah ingat nak mengandung lagi”.

Mencapai umur anaknya yang kecil  setahun Sarah mengandung lagi.Tapi mungkin usia Sarah yang sudah meningkat mengandung kali ketiga Sarah disahkan ada tekanan darah tinggi. Doktor cuba mengawal tekanan darahnya supaya tidak menjejaskan kesihatan ibu dan anak yang didalam kandungan.

Ketika kandunganya 38 minggu Sarah dinasihatkan untuk dipaksa bersalin.Ketika itu hanya tinggal seminggu suaminya pergi untuk memulakan tugasnya diatas kapal.  Selama sebelas jam di didalam bilikbersalin, Sarah menangis kerana tidak tahan menggung sakit..Kerana tidak tahan menahan sakit Sarah minta dirinyadisuntik  ubat tahan sakit (Epidural).Akhirnya  setelah jalan peranakan tidak juga terbuka, sedangkan tetuban sudah dipecahkan Sarah disorong kebilik bedah.Untuk melahirkan anak kali ketiga Sarah dibedah.

Kini anaknya yang kecil sudah berusia hamper tiga tahun.Mizan juga sudah berhenti bekerja dikapal.Kini mereka menjalankan perniagaan menyediakan makanan untuk kenduri khawin dan juga jamuan untuk pejabat-pejabat.Mereka bahagia sekeluarga.Untuk memiliki anak lagi Mizan sudah serik melihat isterinya bertarung dengan kesakitan.

“Bang!!Munir dah dekat tiga tahun. Kata doctor kalau Sarah nak mengandung lagi dah boleh ni”.

“Abang rasa cukuplah anak kita Sarah.Abang takut Sarah kena darah tinggi lagi”.

“Takkan lah bang..kata oranglain anak lain masaalahnya. Lagi pun kalau masa kecil dia susahkan kita esok besar dia tolong kita”.

“Tak mau lah Sarah abang tak sanggup tenguk Sarah sakit lagi.Rasa nak tercabut nyawa abang setiap kali tenguk Sarah bersalin. Abang rasa cukuplah yang dah ada ni, kita didik dengan sempurna. Kalau anak ramai tak terdidik pun tak guna juga”.

“Memanglah kita akan didik mereka.Tapi Sarah ni dah tak kerja, dari duduk saja baik kita ada anak kecil”.

“Mananya Sarah tak ada kerja, tak lama lagi dah cuti sekolah. Abang dah ada  tiga tempahan yang satu tu abang kena tolak sebab bertindan dengan yang lain. Kita akan sibuk ni Sarah. Tak sanggaup abang nak tenguk Sarah buat kerja masa letih-letih mengandung”.

Selepas bersalin anak yang ketiga Sarah berhenti kerja kerana kesihatanya ketika itu tidak membolehkan dia berkerja.Bangga Sarah suaminya sangat memerlukan tenaganya untuk membantu dirinya membangunkan perniagaanya.Dia juga berbangga kerana ada juga menyumbang sedikit modal untuk perniagaan suaminya dengan duit simpananya.

“Emm”.Sarah nampak kecewa dengan penolakkan suaminya.Dia sebenarnya suka anak yang ramai.

“Lagi pun kak long tahun depan dah nak UPSR. Sarah kena tolong abang pantau pelajaran dia. Atau Sarah nak dapatkan sorang  anak perempuan Sarah sendiri?.”

“Apa yang abang cakap macam ni… kak long dan kak ngah tu bukan anak perempuan kita ke. Sarah tak pernah terfikir itu anak orang bang. Mereka anak Sarah… dari kecil Sarah bela abang cakap macam ni pula.. sedeh Sarah.”

“Kalau Sarah dah rasa macam tu abang bersyukur sangat.Abang bahagia sangat anak-anak abang dapat mama yang sangat menyayangi mereka.” Mizan menarik isterinya dalam dakapanya, dikucupnya umbun-umbun isterunya dengan rasa kasih yang melimpah. Dia sangat bersyukur kerana Allah melorongkan dirinya mengambil Maisarah menjadi ibu kepada anak-anaknya, Sarah tidak pura-pura menyayangi anak-anaknya. Kasih sayangnya lahir dari hatinya yang ikhlas..

“Lain kali jangan cakap macam tu lagi tau, Sarah tak suka bukan ke anak-anak abang anak-anak Sarah juga.Mereka anak-anak Sarah dunia dan akhirat”.

Sememangnya kasih sayang Sarah tidak pernah berubah sejak dia mengenali Zurin dan Zira walau pun dia sudah mempunyai tiga orang anak yang dilahirkan sendiri. Kini usia Zurin sudah mencecah 11 tahun dia sudah didarjah 5. Tahun hadapan dia akan menghadapi peperiksaan UPSR. Zira pula sudah berumur 9 tahun dia sudah didarjah 3.Setiap ada kelapangan Sarah membantu mereka belajar.Dia mahu anak-anaknya berjaya dalam pelajaran. Dia mahu menghapus tanggapan ibu tiri tidak akan dapat mejanjikan kebahagian dan kejayaan untuk anak-anak tirinya dan dia tidak mahu anak-anaknya menjadi seperti dua orang abangnya di Gemencih yang disisih oleh ibu tiri (Arwah emak Sarah).

Muhammad Mukhlis  6 tahun, Abdul Malik  4 tahun dan Abdul Munir berusia hamper 3 tahun.Sarah sangat bahagia dengan kehiduapa berkeluarganya. Dia tidak menyangka dia akan dapat mengecapi bahagia berumah tangganya sendiri tampa dikongsi dengan wanita lain..
Sarah sangat bersyukur dengan tindakkanya memilih perpisahan dengan Syuk ri dahulu. Pada awal perkahwinanya sememangnya dia bahagia, bila suami sentiasa melebihkan waktu kepada dirinya. Tetapi semakin hari perubahan pada wajah suaminya yang kelihatan mendung bila pulang dari rumah isteri tuanya . Dia cuba menghibur hati suaminya saat itu namun gembiranya tidak lama. Kenyataan suaminya sering berdengugng ditelinga bila sering kali suaminya menyatakan dia sangat sayang kepada isteri tuanya menyayat pilu hatinya didalam. Ini terbukti bila  suami  berwajah mendung bila isteri tuanya mula meminta perpisahan darinya.. Makin hari makin ketara bila fizikal suaminya turut terjejas dengan permintaan isteri tuanya..
.. Rupanya kehadiran diri tidak menambah bahagia diahati bekas suaminya. Cinta mereka sudah tidak seiring lagi. Dia tahu kini cinta bekas suaminya padu pada isteri tuanya ditambah dengan kehadiran anak-anak. Bila menyedari keadaan itu hatinya menjadi sakit bila  suaminya akan memenuhi giliran kerumah isteri tua. Dia tidak mampu bertahan untuk rasa sakit itu selama nyawanya dikandung badan. Dan akhir itulah keputusanya .BERPISAH. Kini dia merasa sungguh bersyukur dengan perpisahan yang pada mulanya sangat perit rasanya. Kini dia merasakan sungguh berbeza rasanya ketika suaminya akan meninggalkanya sebulan kerana menjalankan kan  tugas dengan rasa ditinggalkan walau hanya semalam kerana suami kerumah isterinya yang lain. Sekarang ini tidak ada lagi rasa sakit hati bila mengenang suaminya  yang tidak dirumah selama sebulan. Padanyanya cinta yang bertahun lamanya tidak menjanjikan bahagia untuk dirinya. Biarpun dia dan suaminya sekarang berjumpa dan kenal tidak lama tapi masih mampu mereka membina bahagia kerana rasa saling memerlukan diantara mereka.

Rupanya bahagia itu dapat dicari kalau kita berusha mencarinya.Dia tidak pernah lagi mengenang kehidupan rumahtangganya dimasa lampau.Segala sejarah sudah dilupakan.Sebenarnya kerana kesibukkanya dia tidak sempat untuk mengenang sejarah nya yang lalu. Perniagaan menyediakan makanan suaminya  sedang berkembang maju.Sudah ramai pelaggan suaminya terutama ketika cuti sekolah bermula. Dia sangat bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang ini.

P/s: Cerita Sarah sudah dipenghujung. Disini mak teh ingin berpesan pada semua wanita. Jika boleh dielak dari diri menempel kasih pada suami orang elaklah. Rasakan diri kita sendiri ditempat wanita yang ditempel kasih suaminya. Mereka akan menderita..janganlah diri kita dimampukan untuk membina bahagia diatas rasa derita wanita lain. Tapi yang paling utama hasil dari tempelan kita akan menyebabkan anak-anak yang menanggunag akibatnya. Tidak kiralah anak dari isteri yang tua atau anak-anak kita sendiri, kebanyakkan mereka akan terkurang dari rasa kasih sayang seorang ayah yang sibuk membahagi masa. Mak teh cerita ni pada lelaki yang tidak ada sebab-sebab yang kukuh untuk mereka berpoligami. Ada lelaki bila terasa nak kahwin dia kahwin mentang-mentang duit ada. Dia tak pernah mahu menyelami rasa isteri yang diduakan.  Ini hanya rasa yang mak teh rasa.



Saturday 4 January 2014

Bab 7 Bahagia yang kucari.



                Mendengaar suara sarah yang agak tinggi Mizan mendiamkan diri. Mizan merasakan Sarah sedang tertekan bila mendengar apa yang diceritakan oleh abangnya. Jadi dia mendiamkan diri memberi peluang untuk Sarah bertenang.

“Awak awak marah saya ke. Maaf ye suara tertinggi sikit”.

“Taklaah, mana ada saya marah, saya rasa awak yang marah saya”.

“Saya tak marah awak, hanya fikiran saya ni bercelaru sikit. Saya nak berterus terang dengan awak, kalau awak rasa ragu nak teruskan niat awak tu saya faham, kalau awak nak tarik diri pun tak apa. Saya sebetulnya tak mengharap sangat hidup berumah tangga. Saya pun dah selesa hidup sorang sekarang ni. Hanya satu saya harapkan izinkan saya menyayangi dan jumpa anak-anak awak masa awak kerja. Saya janji kalau awak ada, saya tak akan balik jumpa mereka, hanya kalau awak tak ada sahaja saya datang boleh”.

“Siapa kata saya nak tarik diri, saya yakin dengan awak atau awak yang tak yakin dengan saya. Ialah awak kata saya ni muda, mungkin pada pandagan mata awak saya macam tak matang walaupun anak dah dua. Lagi satu saya ni hanya makan gaji, gaji pun tak banyak mana. Mungkin awak tak yakin saya boleh memenuhi keperluaan awak.” ‘Pantang akau cakap lembut sikit mula lah duda ni ajak aku bergaduh lagi’ detik hati Sarah yang merasakan Mizan sengaja mahu mereka berbalas kata.

“Saya tak pernah pandang awak macam tu, ni baru sehari kita cakap banyak macam ni, saya dah boleh agak awak orang yang macam mana.”

“Habis.. kenapa awak rasa  saya nak batalkan niat nak nikah dengan awak?”

“Saya sebetulnya tak mahu awak rasa bersalah pada saya bila awak tarik diri. Saya sedar saya dari keturunan yang tak berapa elok. Awak pun dah dengar apa yang dah diceritakan oleh abang saya tadi berkenaan emak saya. Saya takut saya mengikut apa yang emak saya lakukan pada anak-anak tirinya”.

“Awak ni jangan fikir sangat dengan apa yang diceritakan oleh abang awak tu. Pada saya cerita hanya tauladan untuk kita. Cerita mak awak itu cerita dia dengan ayah awak.Tapi cerita kita lain. Walaupun awak adalah anak emak awak, lahir dari kantung rahimnya namun perangai tak mungkin sama. Saya yakin perangai emak awak tak akan turun pada awak kalau awak ada kesedaran. Bukan ke ada salah satu senikata lagu Raihan Iman tu tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa. Ertinya perangai seseorang dia yang fikir sendiri baik buruknya. Bukan warisan dari keturunannya.”

“Kalau macam tu saya rasa lega, tapi yang saya takut perlakuan saya, diluar sedar saya..”.

“Insya Allah tak. Saya nampak awak takut dan awak berusha untuk menghidari nya kan. Sekarang ni saya nampak awak tengah berusha menghidari sikap arwah emak awak. Buktinya awak takut perangai itu turun pada awak. Itu tandanya awak dah sedar perangai emak awak tu buruk dan patut dijauhi”.

“Yang saya takut perasaan tu turun pada saya tanpa saya sedar”.

“Kalau macam tu berdoalah. Hanya Dia yang dapat menghidarkan perasaan itu dari awak. Berdoa dengan tulus dan ikhlas. Bab perasaan hanya Allah yang dapat tolong kita. Tapi saya yakin awak boleh sebab dulu emak awak berebut kasih dengan isteri pertama arwah ayah awak, itu sebabnya dia berperangai macam tu.Tapi awak nak berebut dengan siapa.Saya ni tak ada siapa yang punya. Kalau awak nak berebut dengan arwah isteri saya pun tak ada gunanya berebut dengan orang yang dah tak ada kat dunia ni. Pada saya kalau awak dah ada rasa macam tu, ertinya awak dah tahu menilai baik buruknya dan  saya rasa  awak tak akan buat apa yang emak awak buat”.

“Awak yakin ke?”

“Ye saya yakin.  Tapi sekarang saya rasa awak tak dapat terima saya bila  awak tahu siapa saya”.                                                                                                                                                           

“Siapa pula awak??  Bukan ke awak ayah Zurin dan Zira, kerja sebulan diatas  kapal kemudian cuti sebulan kat kampong”.

“Ialah itu memang betulah tu, tapi yang saya cuba nak sampaikan, saya ni hanya pekerja makan gaji.. pendapatan tak banyak mana, cukup untuk makan dan pakai  sahaja. Kalau ikut cerita Yam bekas suami awak dulu ada bengkel sendiri, tentu pendapatan dia banyak”.

“Awak nak tahu apa yang saya azamkan dalah hidup saya sekarang ni”.

“Apa azam awak?”

“Kalau ada orang yang sudi menjadikan saya teman  didunia dan diakhirat, saya nak membina hidup dengan dia. Erti membina hidup..saya nak mulakan hidup dengan dia  dari dia susah dan dari dia tak ada apa-apa. Awak tahu tak dulu kenapa pinangan bekas suami saya ditolak oleh arwah emak saya. Sebab sebelum dia ada kerja tetap lagi dia dah datang pinang saya. Bila pinangan ditolak hubungan  kami putus, emak saya melarang saya berhubung lagi dengan dia. Kami jumpa balik bila dia dah senang, kemudian  saya kahwin  dengan dia. Tapi apa yang keluarga dia pandang pada saya bukannya mereka kata saya SETIA tau... Mereka kata saya ni kahwin hanya kerana nak tumpang senang dia sahaja. Dan sampai keakhir saya dalam keluarga dia pun mereka pandang saya, orang yang menempel kerana nak menumpang kesenangan orang.
…Sekarang ni kalau ada yang sudi jadikan saya teman hidup dia biarlah saya sama susah untuk membina hidup kami bersama.”

“Kalau macam tu baguslah..bertambah yakin saya pada awak. Saya sebetulnya tak mahu kerja kat atas kapal ni lama sangat. Saya sebetulya tengah kumpul modal, kalau dah cukup esok, saya nak berniaga.. saya nak buka syarikat katering, menyediakan makanan untuk kehduri kahwin atau jamuan. Duduk atas kapal ni susah kita nak balik segera  kalau ada hal-hal keluarga”.

“Awak buat apa atas kapal tu?”.

“Saya jadi tukang masak saja atas kapal tu, menyediakan makanan untuk anak kapal”.

“Ohh. Awak!! saya nak cakap terus terang dengan awak ni…saya sebetulnya tak tahu masak. Saya  pandai masak sikit-sikit ni pun belajar dengan Yam.  Saya malulah dengan awak. Awak lelaki pandai masak saya yang perempuan ni pula yang tak tahu masak”.

“Belajar lah”.Pada mata Sarah, Mizan bukan jenis orang suka berkata manis atau lembut. Mizan  nampak tegas dan bertanggung jawab. Mungkin dia anak lelaki tunggal dia merasakan tanggung jawabnya besar pada keluarganya.

              Dalam pada berbual tak sedar mereka sudah sampai kejalan masuk kerumah keluarga Mizan semula. Perjalanan ulang alik dari Melaka keGemencih rupanya memberi mereka peluang untuk berbincang dan mengenali sedikit diri masing-masing. Keluar sahaja Sarah dari kereta Mizan laju langkahnya menuju kerumah emak angkatnya.

“Ehh awak nak pergi mana tu?”

“Saya nak balik rumah emak saya lah”.

“Tak masuk rumah saya dulu ke”.

“Tak mahulah, nanti awak lari pergi masjid”.

“Kan elok. Beriktikaf dalam Masjid dengan niat kan dapat pahala”.

“Ilalah tu”. Langkahnya diteruskan.

          Mizan memandang langkah Sarah. Makin tidak tentu arah langkah Sarah bila diperhatikan oleh duda yang dalam proses memasuki ruang hidupnya. Mizan tahu Sarah malu bila diperhatikan langkanya.  Tersungging senyum dihujung bibirnya. Janda sorang ni pandai juga nak melawak. Pandai juga nak jaga maruah dia dan masih ada rasa malu pada dirinya. Emmm itulah detik hati Mizan.

Namun belum jauh langkah Sarah dia dikejar  oleh anak-anak Mizan...

“Mama..mama..”  Sarah memberhentikan langkahnya bila ganti namanya diseru oleh suara halus. Cepat sahaja tangan sikecil mencapai tanganya.
“Ayah ngan mama ni pergi mana?,dari pagi sampai sekarang baru balik?” Tanya Zurin, tangan Sarah sudah digengamnya. Zurin sudah mengengam tangan kanan Sarah manakala disebelah kiri pula Zira yang masih tercungap-cungap kerana mengejarnya tadi.. Kasihan pula Sarah melihat dua anak kecil yang menagaih kasihnya.  Dia mencangkung untuk memberi perhatian apa yang hendak dikatakan oleh anak-anak Mizan.  Soalan keletah Zurin dijawap oleh ayahnya.

“Ayah ngan mama pergi nak buat lessen. Jadi ke mamanya kita buat lessen esok?”. Ada senyuman yang tersungging dibibir Mizan begitu juga dengan Sarah. Hati Sarah dijentik lucu mendengar pertanyaan sianak dan jawapan dari siayah.

“Mama tak kisah kalau ayah yakin nak buat,  mama ikut sahaja”.

“Ayah ngan mama nak buat lessen esok?” Zurin mencari kepastian apa yang diperkatakan oleh ayahnya macamlah dia faham bahasa tersirat ayahnya. Kedengaran mesra sahaja ganti nama mama dan ayah dalam  perbualan mereka berdua.

“Ayah memangnya yakin dengan mama. Janagn lupa esok tau lepas subuh siap-siap, kita nak sampai sana kalau boleh sebelum pukul 830  pagi, kalau lambat nanti abang Zul cancel pulak kita nak buat lessen, nanti ayah kena duduk masjid pula kalau mama datang jumpa kakak ngan adik.”

“Haaa, lessen tu untuk mama jumpa kakak ngan adik.. yah”.

“Iaaa”. Terpinga-pinga Zurin mendengar jawapan ayahnya. Sarah sudah terkekek kelucuan melihat memek dua beranak dihadapanya.

“Ok..kalau macam tu,  kakak ngan adik ikut ayah masuk rumah atuk. Mama nak pergi rumah nenek cu. Hari ni lessen mama tak ada lagi, mama tak boleh masuk rumah atuk kalau ayah ada. Esok kalau mama dah ada lessen baru mama masuk. Sekarang kakak ngan adik ikut ayah masuk rumah atuk ye”.  Sayu  pandangan mata Zurin memandang mamanya.

“Awak!!  ambil anak-anak ni bawalah masuk. Saya nak tenguk emak saya tengah buat apa”. Mizan dengan senyuman yang penuh makna tersungging  memandang kearah Sarah, menjadikan Sarah tak tentu arah.

“Ehh awak ni..apa senyum-senyum, ambik anak ni bawa masuk saya nak tenguk emak saya pulak”. Melihat senyuman Mizan mati senyum Sarah dihujung bibir. Masam muka Sarah bila melihat senyuman Mizan seakan memerlinya.

“Awak niii senyum pun tak boleh. Meh kakak ngan adik ikut ayah. Mama tu lapar agaknya macam nak makan orang saja”. Bebel Mizan dengan suara perlahan tetapi masih didengari oleh telinga Sarah.  Terjegil mata Sarah sambil bercekak pinggan tanda dia marah. Mizan hanya mencebik dan  menghampiri anak-anaknya yang tidak berganjak dari sisi Sarah, namun terpaksa akur bila tangan mereka sudah digengaman ayahnya. Mereka mengikuti langkah ayahnya masuk kerumah datuknya Haji Marzuki. Manakala Sarah menuju kerumah Puan Siti NurBahiah.

          Sarah memberi salam dan masuk kerumah emak angkatnya. Ketika itu Puan Siti sedang sibuk didapur untuk menyediakan makan tengahari.

“Assalamualikum mak!! Sarah dah balik mak”.

 “Walaukumsalam. Mak kat dapur Sarah!”.

“Mak masak apa hari ni”. Terjengul sahaja wajahnya didapur itu soalan yang keluar dari bibir Sarah.

“Apa ceritanya, mahu tak abang Sarah tu mewalikan Sarah”. Pertayaan Sarah tidak berjawap namun dia disoal oleh Puan Siti.  Sejak Sarah bertolak keGemencih bimbang hati Puan Siti tentang penerimaan abang sulung Sarah terhadap Sarah. Yang sebenarnya Sarah ada menceritakan sedikit perihal abang-abangnya kepada puan Siti.

“Dia kata boleh, Isnin ni dia suruh kitaorang datang, dia nak kami nikah di pejabat ugama. Tapi mungkin kat depan dialah kot sebab dia kata jumpa dia kat pejabat ugama esok pukul 830 pagi.”

“Haa bila??? esok dah kena nikah??”.

“Esok Isnin..ohh esok hari Isnin kan mak. Allah mak weng betul kepala Sarah ni mak. Alhamdullilah mak cakap, Sarah tak ingat esok Sarah kerja, nampaknya pagi esok kena call office minta cuti segera. Betul ke mak esok Sarah dah kena nikah ni?”. Sebenarnya Sarah  belum lagi dapat mencerana apa yang telah terjadi beberapa jam yang lalu, fikiranyan asyik terbawa pada kisah emak dan abang yang baru sahaja diketahui.

“Sarah ada bawa baju ke  nak pakai esok”.

“Alah pakai baju biasa sahaja lah mak. Dah nikah tak dirancang nak buat macam mana”. Selesai masak Sarah berhidang diatas meja. Ketika di menyenduk nasi..

“Mak jomlah kita makan, lapar perut Sarah nampak lauk mak ni”.

“Makanlah dulu mak nak tunggu ayah Is, katanya dia nak singgah sekejap. Dia nak pergi Penang esok ada meeting kat sana”.

“Ni yang mak masak lauk banyak ni.”

“Haah, semalam tu dia baru balik dari Johor itu yang singgah sekejap.  Sebelum balik  dia pesan nak makan masak lemak labu. Kalau masak lemak labu jodohnya goring berlada. Ini mak masak ayam goring berlada ayah Is kamu suka pedas , mak buat goreng berlada ayam dengan cili api.” Semalam Encik Ishak singgah hanya beberapa jam sahaja. Begitulah kehidupan rumah tangga Siti NurBahiah namun dia pasrah. Belum tiba masanya lagi perkahwinan suami dengan dirinya dihebahkan kepada isteri pertama Encik Ishak. Encik Ishak ada sebab tersendiri mengapa perkahwinanya dengan Siti NurBahiah disorok dari pengetahuan isteri pertama dan anak-anaknya..

“Ialah mak memang sedap masak lemak labu dengan ayam goring berlada ni mak”.


Didalam rumah Haji Marzuki juga kecoh bila mendengar Mizan dan Sarah bernikah esok.

“Zan pergi rumah ketua kampong ambil surat pengakuan bujang. Biasanya kalau kita nak nikah diorang akan minta surat pengakuan bujang ni”.

“Betul tu Zan. Lepas tu pergilah ke Bandar beli cincin sebentuk untuk batalkan air sembayang. Salinan kad pengenalan Zan punya dan Sarah punya pun siapkan nanti tak lah susah tercari-cari. Apa lagi ayahnya”.

“Usai solat zohor Mizan menghubungi Sarah”.

“Assalamulaikum! Awak..awak datang sini kita bincang.  Cepat tau”.

“Walaikumsalam, nak bincang apa lagi”.

“Awak ni jangan banyak tanya.. datang cepat, kita tak ada masa ni. Datang tau”. Kebetulan pula usai Sarah menamatkan  panggilan Mizan, kereta ayah Isnya menjalar diperkarangan rumah Puan Siti. Sarah melaung memanggil emak angkatnya yang ketika itu di dapur sedang berkemas.

“Mak!! ayah Is dah sampai mak!!”.

Sarah membuka pintu dan menjemput ayah Isnya masuk.

“Masuk Yah. Emak ada kat dapur tu. Sarah nak pergi rumah Yam ye diorang panggil tu”.

“Ialah”.

Belum sempat dia masuk anak-anaknya sudah menerpa.

“Mama!..mama janganlah duduk kat rumah nene cu ayah tak bagi kakak ngan adik pergi sana, macam mana kakak ngan adik nak main dengan mama”.

“Ialah..ialah memang mama datang nak main dengan  kakak dan adik lah ni”.

“Jangan janji dengan anak dulu, awak ada kerja nak buat ni, bagi saya kad pengenalan awak, saya nak buat salinan. Lepas tu siaplah kita pergi Bandar”.

“Buat apa kita nak kebandar Melaka?”.

“Awak ni cubalah jangan banyak tanya, kalau saya cakap sikit awak tanya..cakap sikit tanya  saya tak kan bawa awak lari awak.  Ikut saja apa yang saya cakap”.

“Ialah.. boleh bawa kakak ngan adik ke? ”.  

“Awak niii..awak takut saya buat tak elok kat awak ke yang nak bawa bodyguard bagai ni.” Anak-anak Mizan memandang kearahnya dengan pandangan memohon simpati dari suara ayahnya seperti ayahnya sedang memarahi mamanya. Akhirnya…

“Taaak..bukan  sayatak  percaya awak tapi saya kesian diorang ni sejak pagi tadi asyik kena tinggal saja. Pergi bandor sekejap saja kan jadi bolehlah mereka ni berjalan-jalan sambil tenguk-tenguk bandor. Boleh ye”. Lembut suara Sarah menagih simpati untuk anak-anak angkatnya.

“Oklah  kakak ngan adik pergi siap kita jalan kat Bandor”.

“Yam boleh ikut tak”.

“Dah..dah jangan dah diberi betis nak peha pula..Yam biar tolong mak siapkan makan malam pula”. Mizan seorang yang agak tegas anak-anak dan adiknya gerun sedikit kepadanya. Nasiblah Sarah bakal mendapat suami yang garang.

Tempat pertama yang mereka tu adalah kedai emas. Tidaklah di Habib Jewels hanya kedai emas biasa sahaja. Ketika memasukki kedai emas..

“Awak nak buat apa masuk kedai emas ni?”

“Saya nak beli ikan”.

“Awakk! cakaplah betul-betul.”.

“Saya nak beli cincin untuk awaklah tak nak beli ikan masuk kedai emas”.

“Perlu ke?”

“Awak juga yang cakap semalam.. awak adalah wanita Melayu yang inginkan kesempurnaan dihari bahagia awak”.

“Ialah tapi tak perlulah membazir bercincin bagai. Dihadapan emak ayah awak cukuplah”. Akhirnya berbayar juga sebentuk cincin bermata satu yang muat dijari manis Sarah. Kemudian mereka kekedai pakaian pula.  Sepasang kurung moden kain satin warna muntiara disertakan sekali dengan tudung warna yang sama. Walaupun pot pet pot pet Sarah melarang namun tidak dihiraukan oleh Mizan.

“Kesian awak rabak poket awak bulan ni”.

“Tak apa untuk kebahagiaan anak-anak saya. Tenguk tu mereka dah letih jomlah kita minum kat gerai tu dulu”.  Mizan mendukung sikecil Zira, manakala  Zurin pula dipimpin oleh Sarah.

           Malam itu Sarah diinai oleh Maryam dan Puan Siti. Bukan sahaja jari jemari tangan Sarah  termasuklah tangan sikecil Zurin dan Zira juga. Malam itu dengan hanya beralaskan toto, Puan Siti, Sarah, Maryam dan dua orang anak kecilnya tidur diruang tamu rumah Puan Siti..

                 Keesokkan paginya, selepas subuh Puan Siti sudah kedapur, dia menyediakan Meehoon goring untuk keluarga abang dan kakak iparnya, mereka bersarapan sebelum bertolak keGemencih.  Sudah makan Sarah disolek oleh Puan Siti dan Maryam.

“Yam jangan tebal sangat, akak tak selesa”.

“Ialah..ialah Yam nak sapu bedak saja. Kemudian pakailah sikit pembayang mata dan lipstick ni sikit. Jadi taklah nampak pucat kan mak su”. Sarah memakai baju kurung moden dan tudung yang dibeli oleh Mizan semalam.

“Haahh betul tu Sarah, nampaklah ceria sikit, barulah nampak seri pengantin.”

“Pengantin janda apanya nak berseri”.

“Ehh cuba tenguk pengantin Rozita Cik Wan..kan cantik. Siapa pun kalau disolek mesti cantik”.

                  Mizan ditemani oleh kedua ayah dan emaknya kepejabat Ugama di Gemencih. Serpuluh minit kemudian kelihatan abang Sarah keluar dari keretnya Honda CITY berwarna merah. Hanya dia seorang sahaja yang keluar dari keretanya. Tampa membuang masa terus sahaja mereka berjumpa pegawai yang bertugas. Upecara pernikahan mereka tidak memakan masa yang lama. Mereka bernikah berwali hakim dihadapan abang Maisarah. Akhirnya sah Sarah menjadi isteri kepada Mizan Khir dengan sekali lafaz. Selesai ucap Ijab dan Qabul  pegawai bertugas memberi tahu ada surau dibangunan itu untuk Mizan melakukan solat sunat selepas nikah…
Sebelum mereka kesurau mereka menemui Encik Zulkifli untuk mengucapkan terima kasih.
Mereka ditemani ayah dan emak Mizan ke surau yang disebutkan.
Lafaz niatnya solat sunat nikah ialah :
"Usoli sunata nikahi raka'atani lilahi ta'ala "
Maksudnya : Sahaja aku solat nikah dua rakaat kerana Allah Taala
Bacaaan Surah Selepas Surah Al-Fatihah:

Rakaat pertama:
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
Rakaat kedua
Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
membaca doa berikut selepas salam:

         Usai Mizan melakukan solat sunat selepas nikah Mizan meletakan  tangan kanannya keatas umbun-umbun Sarah dan membaca doa…
Contoh doa yang boleh disebut di dalam bahasa Melayu:
    “YA Allah,Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,segala puji-pujian bagi-Mu,seru sekalian alam.Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu,telah selesai pernikahanku ini,kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh.Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan.

    Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai.
    “Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami,, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami.Engkau peliharalah kami,  anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah,kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

    “Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),
    Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Wallahualam
Sumber: Cara Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Akad Nikah | Fuh.My


               Dirumah keluarga Mizan, Maryam dan Puan Siti bersiap ala kadar untuk sedikit jamuan makan tengahari bagi meraikan pernikahan Mizan dan Sarah. Hanya beberapa orang jiran disekeliling rumah Haji Marzuki dijemput untuk menyerikan majlis.

“Yam! Yam dah call office ke kita cuti segera hari ni. Akak terlupa lah Yam”.

“Mana nak ingat kalau jantung akak tu berdegup macam nak pecah Yam dengar”.

“Mana ada. Akak memang terlupa, lepas subuh tadi memang ingat tapi bila dah dalam perjalan pergi Gemencih tadi lupa.. Yam pun tak ingatkan akak”.

“Jangan bimbanglah kak Yam dah call office bagi tahu”.

“Diorang Tanya tak kenapa kita cuti segera”.

“Tanyaaa.”.

“Habis Yam cakap apa?”.

“Yam katalah akak kena nikah dengan abang Yam. TANGKAP BASAH”.

“Haaah?..tak kan Yam cakap tu”.

“Diorang tak kan percaya..tenguk jari dengan tangan akak tu siap berinai takan kena tangkap basah. Tentulah pernikahan yang dirancang.”

“Yam cakap akak cuti sebab nikah ke? Jangkanya tak payahlah berinai bagai semalam, jadi bolehlah kita tipu sikit esok”.

“Nak tipu apa..kita nak cakap sakit perut..takkan kita berdua kena sakit perut”.

“Ye tak ye jugakan nak tipu apa esok”.

“Tak payah tipulah.. Yam cakap jujur tadi, akak nikah dengan abang Yam. Lagi pun nikah kawin tak baik tipu-tipu..nanti tak berkat, takut  pernikahan tak kekal lama. Nauzubillah.”

“Tapi aka malulah nanti orang kata akak rapat dengan Yam sebab nak teckle abangnya”.

“Bukan ke nanti orang cakap Yam saja rapat dengan akak sebab nak carikan bini untuk abang duda dia”. Terkekek dua orang sok..sek..sok sek. Yang sebenarnya ketika itu mereka berdua sedang mencuci pinggan mangkuk selesai khenduri  kesyukuran tadi.