~Siapa Ikut Blog Ni~

Pages

Sunday 24 February 2013

Bab 4 Bimbang



Membeli papan di tengah pekan,
kayu cendana dibuat tangkal,
Mengapa umpan ikan tak makan,
Adakah kail panjang sejengkal.


             Pagi Isnin seperti yang diaharap, Farhan berjumpa gadis di pakir motosikal yang bernama Fatin Najihah.Tampa membuang masa Farhan menghampiri gadis yang ditunggu dengan mempamirkan senyuman lawanya.Senyuman yang dapat mencairkan hati-hati gadis yang memandangnya.Sungguh bertuah Fatin Najihah kerana senyumn itu khas untuknya. Bukan senang Farhan mahu menyedekahkan senyumannya kepada seseorang , apatah lagi untuk seorang gadis.


“Assalamualaikum..awak Fatin Najihah anak Haji Rasid rupanya ..itulah hari tu rasa kenal tapi tak ingat pulak pernah jumpa  kat mana..rupanya kita berjiran.” Fatin hanya tersenyum sahaja mempamirkan lesung pipitnya  dipipi sebelah kanan.    Walaupun nampak ada kecacatan wajah kerana ada lekukkan dalam dipipinya, tetapi nampak cantik pula...suka Farhan melihat kelebihan orang yang berlesung pipit kalau tersenyum akan terlihat lebih manis. 

           Seperti biasa Fatin tidak kecukupan masa..masanya hanya ada kira-kira lima atau sepuluh minit untuk dia memulakan tugas. Kerana takut terlambat Fatin hanya tersenyum sahaja. Mereka beriringan keluar dari pakir motosikal menuju masuk kebangunan hospital dan kemudianya mereka berpisah. Tidak banyak perkataan yang keluar dari mulut mereka.

“Maaf  Encik Farhan saya yang sebetulnya dah nak lambat ni…maaf ya.” Kemudian Fatin menujukkan jam tangan SEIKO, seakan jam lelaki  dipergelangan tanganya..yang telah menunjukkan hamper pukul 7.25 minit pagi.

‘Makai..besarnya jam, macam jam lelaki saja, rugged juga budak  ni’. Detik hati Farhan bila terpandang jam dipergelangan tangan Fatin Najihah. Yang sebenarnya jamnya sering bertukar ganti dengan jam abang dan adik lelakinya.Kebetulan pula dia sememangnya suka memakai jam lelaki yang lebih tahan lasak katanya. Bagi anak-anak Haji Rasid berkongsi barang atau pakaian sudah menjadi kebiasaan mereka.

“Oklah..assalamualaikum….” Sambil menganggukkan kepalanya  seperti orang Jepun memberi hormat, Farhan memberi laluan kepada Fatin yang takut terlambat untuk merekod kedatangan kerjanya hari itu.

“Esok jumpa lagi. “Farhan menuturkan dengan perlahan seperti untuk dirinya sendiri, tetapi masih boleh didengari oleh telinga Fatin,’Hsyy buat apa nak jumpa lagi dah tahu jiran dahlah..bukan ada cerita nak cerita pun.’ kata-kata itu hanya sungutan untuk dirinya sendiri dia terus laju meneruskan misinya…merekod kad kedatangan kerjanya hari itu.

         Hari itu, hari Farhan bermula dengan ceria.Wajahnya nampak bahagia.senyumanya sentiasa tersunging dibibirnya.Sahabatnya  AriefEdlan menghampiri untuk merisik khabar, mencari perkembangan cerita terbaru sahabatnya.

“ Assalamualaikum happy nampak..terserempak pujaan hati ke?.”Arief Edalan menghampiri. Dia  berbisik di telinga sahabatnya, sambil-sambil memberi salam, sambil-sambil mencungkil rahsia.Tersengeh-sengeh dia  senyum mengusik sahabatnyanya yang sendan bahagia.

“ Waalaikusalam Emm…bukan terserempak lagi,aku dah tahu siapa dia Lan.”Dengan jujur Farhan berkata perlahan memberitahu sahabatnya tentang perkembangan terbaru dirinya. Makin teruja Edlan ingin mendengar cerita seterusnya. Apa-apa tentang  Farhan menarik untuk di ketahui oleh Edlan..satu keluarbiasaan  Farhan jika dia membincangkan dan mengambil tahu tetang seorang gadis.

“Wah hebat tu…Siapa dia??..memang kau kenal budak tu ke?.”Soal Edlan teruja bila mendegar jawapan sahabatnya, tidak sabar rasanya dia hendak mengetahui, cerita selanjutnya.

“Aku dah kenal dari dia kecik-kecik lagi, rupanya rumah keluarga dia  satu lorong dengan rumah keluarga aku.”

“Ehh tak kan kau tak pernah terserempak masa kau cuti-cuti kat rumah..setahu aku kau tak pernah duduk jauh dari keluarga engkau. Paling jauh pun Shah Alam tapi pantang ada cuti sahaja kau balik takkan tak pernah terserempak kut… teruk lah kau ni, jiran sendiri pun kau tak kenal…. kau tak keluar rumah langsung ke Han?”.Hairan Edlan memikirkan perangai Farhan.

“Macam mana nak keluar rumah.... macam ni haa balik kerja dah pukul berapa? Tok teek tok teek tau- tau dah nak Magrib. Jiran sebelah menyebelah rumah pun aku jarang jumpa... ni kan pula yang  nun jauh sepuluh buah pintu dari rumah aku mana boleh aku nampak dia.”

“Aku heranlah dengan kau ni Han. Aku ni duduk lagi jauh dari kau..lagi terkejar nak ambil anak, nak ambil Su..tapi masih sempat lagi bawak anak aku jalan-jalan bila balik kerja, cerita-cerita dengan jiran yang hamper dengan rumah aku..kau kata tak sempat nak keluar rumah...”.  Su adalah isteri Arief  Edlan yang bernama Suhaila yang bekerja diPutra Jaya.

“Tak kan aku nak keluar magrib-magrib buta Lan..tak kerja dek  aku”.

“Siapa suruh kau keluar rumah magrib-magrib buta..ayah aku pun tak kasi kami kelaur rumah waktu tu,kata atuk aku..waktu magrib nilah mahluk-mahluk Allah yang kita tak nampak mula keluar mencari rezeki mereka. Maksud aku kau keluar kalau kau tak sempat keluar masa hari bekerja keluarlah masa hari cuti..petang-petang jalan-jalan sambil mengambil angin luar..ni agaknya kau terperuk saja dalam bilik masa hari-hari cuti berkubang denagan bantal dan selimut busuk kau. Han keluarlah tonjolkan diri kiri kanan sekurang-kurangnya nampakkan diri kau tu pada keadaan sekeliling tak pada orang pada pokok disekeliling kau atau pergi jogging..untung-untung terserempak anak dara yang kau minat”.Edlan mengajar sahabatnya bagai mana  mahu menjadi manusia yang mesra alam dan sambil-sambil tu mencari pasangan. Bak kata orang sambil menyelam minum air.

“Emm mungkin juga dia yang dah tak pernah lalu depan rumah aku lagi, itu yang aku tak pernah nampak sejak dia habis sekolah.” Perlahan sahaja Farhan menuturkan. Dia bagai tidak mengendahkan nasihat sahabatnya..tapi masih lagi didengari oleh telinga sahabatnya.

“Kalau dia memanglah patut tak keluar rumah atau saja-saja berjalan depan rumah engakau..diakan anak dara..kalau dia buat juga nanti apa pulak  orang keliling kata..tu anak dara tu nak mengurat anak bujang Haji Bakarlah tu..bukan ke adik beradik kau semua lelaki. Kalau aku perempuan pun.. aku tak akan lalu depan rumah orang yang ada anak bujang,  takut dikata dek orang..anak dara gatal hendak megurat anak bujang malu beb. Tapi aku dengar dulu kau cerita  ayah kau yang sekat kau keluar rumah, peraturan ayah kau tu masih berkuat kuasa ke Han?”.

“Dia tak lah nak sekat kebebasan aku..dulu lagi kalau aku nak keluar dia bagi..tapi bersyarat..kalau keluar tak lah boleh pergi tempat yang tak senonoh..kalau keluar malam tu jangan balik lewat sangat..pukul sebelas malam mesti dah ada kat rumah itu aja..aku dah tua ni pun dia bagi syarat macam tu juga selagi aku masih duduk sebumbung dengan dia..Lan kau rasa ayah aku  kongkong aku ke Lan kalau dia bagi syarat macam tu pada semua anak-anak dia?”

“Aku rasa dia taklah mengongkong ,dia buat macam tu untuk kebaikkan kita juga jangan bebas sangat..kadang-kadang kita ni tak sedar, bila dah seronok tak rasa bersalah pulak melakukan perkara-perkara yang salah kan..bagi aku cara ayah kau tu betul. Lagilah kita ni anak lelaki. Walau pun orang kata menjaga anak perempuan lagi susah tapi zaman sekarang ni lelaki atau perempuan sama saja, perlu diawasi kalau tidak rosak kita .Sekarang ni banyak perkara yang boleh merosakkan diri kita berada disekeliling kita.”

“Kalau dulu ayah aku tegas dengan syarat-syarat dia tu, tapi sekarang ni dia tak lagi..tapi hanya aku macam dah terbiasa dengan peraturan dia tu..jadi aku rasa macam tak selesa nak keluar malam  atau keluar  tampa tujuan..lagi pun mana aku ada kawan nak ajak merambu atau melepak.. kawan aku hanya engkau saja Lan, kita pun dah tak boleh sewenang-wenangnya keluar hu ha hu ha macam dulu.” 

“Ialah Han..aku dah ada tanggung jawab pada rumah tangga, aku kena jaga juga perasaaan Su..kena tengok juga anak aku..dah seharian kita kerja  tinggalkan anak dengan pengasuh,  bila balik tu kita kena juga jaga dia, nanti dia tak biasa dengan kita. Aku takut kalau anak aku tak mesra dengan aku Han.”

“jadi aku rasa ada betul  juga tindakkan ayah aku menyekat anak-anaknya dari terlalu bebaskan, walau pun kita ni lelaki masih tetap ada batasnya kan Lan.” Farhan masih mengingati kebiasaan sahabatnya Edlan suatu ketika dahulu dia akan bergesa pulang jika mereka berjalan di Bandar Seremban.

“Memang ada baiknya kita tak bebas sangat Han. Ialah macam aku nihaa dah terbiasa… bila dah kawin tak lah rasa tertekan kalau tak dapat keluar jumpa kawan-kawan.  Cerita pasal kawin ni..aku nak dengarlah cerita kau dengan budak tu.. Han cepat lah cerita aku nak dengar.”

“Budak mana pulak ni Lan…lelaki ke perempuan?.”

“Kau ni..mula lah..nak buat-buat lupa dengan aku kan..”

“Ialah budak yang mana satu..kau ni Lan kita kan tengah cerita pasal ayah kita, tiba-tiba kau  nak aku cerita pasal budak ..budak mana??”. Berkerut-kerut dahi Farhan menunjukkan dia tidak faham..tetapi sebenarnya dia malu untuk memulakan ceritanya sememangnya Farhan buat-buat lupa .

“Banyak  mana sangat budak yang kau kenal Han? Kau tu semua yang kau kenal aku tahu Han jangan nak buat-buat lari dari tajuk ye…budak  MA tu yang kau cakap kenal sejak dia kecil tu..ceritalah sikit, macam menarik saja cerita kau dan dia tu. Aku nak tahu.. dia tu cinta monyet kau ke, cinta gorila kau ke atau cinta cipanzi kau. Ce cereta..ce cerita.” Mula lah Edlan mengajukkan kata-kata Yusuf  Wheelchair..dalam lakonanya Hantu Mak Limah balik rumah.

”Lan..mana aku ada main cinta-cinta ni, cinta syber yang tak nampak muka  pun  tak ada, ni nak pula cinta yang akan tercongok mengadap muka yang dicinta. Tak pernah ada dalam skrip hidup aku bermain cinta sejak aku bayi sampailah sekarang  yang kau kata aku dah tua ni Lan..aku nak jumpa perempuan pun dah menggigil.. ini pulak nak cakap ayat-ayat cinta mau kejang mati tegak aku.”

“Itulah sebabnya  aku  excited sangat nak dengar cerita kau dan dia tu.. Aku tenguk muka kau ceria betul kalau sebut pasal sidia..macam best  saja  kisah kau ni”…

“Nantilah waktu rehat nanti aku cerita..cerita aku ni panjang, nanti kalau tersekat-sekat tak best  pulak.” sambil tersenyum Farhan menoktahkan perbualan mereka. Edlan pula memasamkan mukanya kerana tidak dapat apa yang dihajatinya. Dengan satu ugutan sambil mengoyangkan jari telunjuknya.  Dia berbisik…

“Ingat janji kau rehat nanti !!!kalau tak naas kau”.Ditekan sedikir suaranya dengan perkataan JANJI agar sahabatnya tidak berdalih lagi untuk menceritakan kisahnya.

“He..he takutnya.” Balas Farhan dengan gaya ketakutan kemudian  tersenyum geli hati melihat tingkah sahabatnya. Edlan pula menunjukkan penumbuknya sebagai amaran. Begitulah gurau senda mereka tetapi tidak sampai kehati.Mereka memulakan tugas yang sudah menanti.



====================================


         Seperti yang dijanjikan waktu rehat Farhan menceritakan kisahnya kepada sahabatnya Arief Edlan.

“Cepatlah Han aku tak sabar nak dengar cerita kau tu.”Edlan menuntut janji.. sungguh dia teruja dengan perkembangan sahabatnya yang pemalu  sudah mahu membicarakan tentang seorang gadis dan juga sudah tidak malu bercerita secara terang-terangan denganya. Dahulu semasa dia meminati Nur Saleha didesak berkali-kali  hingga bertegang urat..seminggu mereka  tidak bertegur sapa barulah Farhan mahu mengakui, yang dirinya menyukai Nur Saleha, gadis ayu dan sopan dikelasnya. Tetapi mungkin juga sahabatnya kini sedah cukup dewasa maka dia juga berkeinginan untuk mencari pasangan.


Farhan memulakan ceritanya dengan wajah malu-malunya…

“Budak tu dulu masa sekolah rendah naik satu kereta dengan aku..masa tu kami menumpang kereta jiran  untuk pergi kesekolah. Rasa-rasanya dia darjah satu kot.  Masa tu dia tak pakai tudung,  rambut dia  panjang sedikit ditocang dua comel betul dia. Masa tulah aku dapat tenguk muka dia dengan jelas. Aku suka tenguk muka dia tapi masa tu hanya suka sahaja mungkin aku tak ada adik perempuan itu sebabnya aku suka pandang dia.” Agak kekok Farhan bercerita tentang sigadis.. perkataanya asyik menyebut masatu..masa tu.. berulangkali mengambarkan perasan malunya ketika itu. Dia juga tidak memandang wajah sahabatnya bila dia berbicara. Jari jemarinya bersilang-silang dan matanya hanya memandang jari-jarinya  yang bermain sesama sendiri.


“Kau tak tegur dia atau tolong bawakan beg dia ke?.”


“Mana boleh nak tolong bawa bag..nak tergur pun tak terkeluar suara aku Lan. Rasa malu aku ni bukan masa aku dah dewasa ni saja tau, masa aku kecik-kecik rasa malu ni dah bertapak dalam diri aku ni..walaupun dengan budak kecil masa tu aku rasa malu juga.  Lagipun dia ada dua orang abang yang sentiasa mengawasi dia, walaupun dua abang dia lebih muda sikit dari aku, tapi aku kena hormat mereka. Kalau dia kat  sekolah, abang dia jaga dia. Masa rehat mereka makan bersama-sama.  Abang-abang dia baguslah  mereka akan sentiasa jaga adik dia. Masa dia sekolah menegah pun sama. Tapi masa tu aku dengan dia lain sekolah… Aku masuk sekolah menengah Agama. Dia dari tinkatan satu hingga tingkatan tiga  masuk sekolah menengah biasa.Tapi seorang abang dia yang nombur satu tu satu sekolah menengah Agama dengan aku. Tapi masa pergi sekolah mereka jalan kaki sama-sama, mereka  lalu depan rumah aku. Aku  selalu pandang dia dari jauh saja waktu tu… aku cakap kat ibu aku, susah nak usik-usik anak dara Pak Rasid sebab dikawal oleh dua orang  ‘bodygurd’.”


“Tak kan kau tak ingat muka dia… baru berapa tahun saja kau tak nampak dia”.


“Lan aku dapat pandang dekat dengan jelas masa kami naik satu kereta tu saja, masa  dia darjah satu, dua tahun lepas tu  aku dah sekolah menengah, aku dah tak naik kereta tu lagi aku pergi naik basikal pulak. Masa tu kau kiralah dah berapa tahun tu…masa sekolah menengah aku pandang dia dari jauh saja..masa pagi dia pergi sekolah mana nak nampak sangat muka dia.”

“Kalau aku..aku ikut mereka  jalan kaki  sama-sama dengan dia orang”.


“Kalau aku jalan kaki pergi sekolah, nanti aku balik sekolah tengahhari kena jalan kaki sorang-sorang.. dia orang masa balik sekolah emak dia ambil naik motor..aku dengar mak dia kerja ikut giliran itu yang boleh ambil anak-anak dia ”.


“Ohh..emak dia kerja dan ada motor..kenapa pagi emak dia tak hantar?”


“Mungkin pagi cuaca redup lagi, jadi mereka jalan kaki perlahan-lahan.  Tapi kan Lan.. kalau aku ada adik perempuan..aku pun mungkin sama macam abang dia kut .. Aku sebetulnya teringin sangat nak ada  kakak atau adik perempuan..senang kita nak tanya hal-hal perempuan ni. Aku jadi malu dengan perempuan pun mungkin sebab aku tak ada adik-adik perempuan kat rumah.”

“Habis ibu kau bukan perempuan”.

“Ibu ni lain ..jauh beza umur dia dengan kita..kalau kita adik beradik kan umur lebih kurang saja jadi fikirannya juga tak banyak beza dengan kita. Lepas tu masa aku dah  kat Uni sesekali  cuti aku nampak dia lagi…masa tu mungkin dia dah tingkatan empat atau pun tingkatan lima, dia pergi sekolah masih lagi di iringin oleh dua orang bordygurd..aku tanya  ibu aku siapa pulak bordygurd dia kali ini. Ibu aku kata adik-adik dia pulak..tapi masa tu dia dah tukar sekolah… dia dah masuk sekolah aku, sekolah menengah Agama..sebab masa peperiksaan PMR dia dapat agriget yang membolehkan masuk sekolah aku tu”.


“Berselisih saja kau dengan dia, kalau kau satu sekolah dari awal tentu kau ada peluang kenal dengan dia kan…tapi tak apalah Han walau pun kau tak dapat usik-usik  masa sekolah..kau cubalah usik-usik  dia kat tempat kerja ni pulak, dia dah tak ada bodyguard lagi, kau cubalah.”Edlan memberi perangsang kepada sahabatnya.


“Ingat senang ke..walau pun dia dah tak ada bodyguard mungkin dia dah ada ilmu mempertahakan diri. Dia bagi aku sebiji mau lebam mata aku ni..kalau tak sebelah dua belah, Lan.  Aku  ni bukan nak usik-usik dia..saja nak ambil tahu hal jiran aku.”


“Ialah itu… ambil tahu jiran konon atau kau nak gantikan tempat abang dia… kau nak jadi bodyguard dia pulak. Tapi kalau kau jadi bodyguard dia bodyguard lain tau Han, kau kena jaga dia  luar dalam”.


“Hisyy kau ni ada saja yang kau fikir tak elok dengan aku kan..Itulah aku tak nak cakap dengan kau suka nak perli aku nikan”.

“Alah Han aku cakap sikit pun kau dah merajuk. Tapikan Han  aku tenguk kau lain macam saja, kalau pagi kau jumpa dia, satu hari muka kau nampak berseri  dan bercahaya...aku nampak kau gembira  dan bersemagat. Bukan aku saja yang perasan..kawan kita yang lain pun perasan dengan perubahan baru kau ni.”


“Ia ke Lan..tapi aku tak rasa apa pun.”


“Kau tu mana tahu diri kau..tapi Han elok juga, mana tahu itu jodoh kau, senang nanti..kau dah kenal keluarga dia, tahu latar belakang dia..kau cubalah manalah tahu kalau memang itu jodoh kau, tak susah ibu ayah kau nak pergi jauh-jauh meminang. Lagi pun Han tentu ibu kau setuju sebab dia pun dah kenal bakal besan dan bakal menantu dia. Tapi..emak kau tak kisah ke dapat menantu orang dekat dengan rumah, kata orang tu tak glamor..jiran-jiran keliling semua dah kenal bakal menantu dia.”


“Ibu aku ni jenis tak kisah..janji gadis tu baik,keluarga dia pun baik.. ibu aku dah boleh terima.. Tapi Lan…aku tak tahu macamana nak tunjuk aku suka kat dia.” Memang sudah didalam jangkaan Edlan Farhan sudah jatuh hati. Tetapi itu pula persoalan yang keluar dari mulut Farhan..Edlan termangu..bagai mana dia mahu membantu sahabatnya untuk memikat sigadis.Apa skill yang paling sesuai.


“Emm..macam mana ye, aku pun tak tahu macam mana nak buat..kalau Su dulu lain, dia tu peramah..budak ni macam mana..peramah ke tidak? tapi kalau peramah pun..kau juga yang kena mula dulu Han..takkan dia kot, nanti dia rasa..perigi mencari timba pula atau pun dia rasa hidung  dahlah   tak mancung pipi pula tersorong-sorong”.


“Eh.. Lan hidung dia mancunglah Lan..tapi taklah semancung hidung Julia Robert”.


“Ha..ha…Kau ni Han aku cakap kata bidalan  kau teringat Julia Robert pulak..ada hati juga kau kat Julia tu ye!! tak sangka aku..tinggi juga cita rasa kau.” Gelak besar Edlan mendengar kata-kata  Farhan pandai pula  berleluncon sekarang ni..


“Aku ada mata Lan macam kau juga.”


“Ialah..ialah aku faham tu tapi aku cakap betul ni..dia jenis yang macam mana peramah ke pemalu macam kau juga”.


“Entahlah Lan aku tenguk dia ni berat mulut, dah dua kali lima macam aku juga, kalau terserempak dengan dia, hanya dua tiga patah saja dia  cakap, yang lain hanya senyum. Itu yang aku jadi kelu  nak tanya dia. Kau ajar aku macam mana nak cakap Lan..aku ni tak ada pengalaman nak teckle anak dara orang .“ keluh Farhan mempamirkan wajah sayunya…tetapi itulah kebenaran tentang dirinya. Dia seorang  pemuda yang pemalu bila berhadapan dengan perempuan, dia cepat  gugup. Arief  Edlan juga mengerti tentang itu. Dengan perlahan dia menepuk belakang sahabatnya.


“ Kalau kau betul-betul  suka kat budak tu, kau cubalah minta tolong ibu kau pinang terus.”

“Tak kan macam tu pulak..tiba-tiba tidak ada angin tak ada ribut,  datang menerjah rumah terus meminang dia. Kita kena tahu juga  dia dah ada pilihan hati ke belum. Ialah gadis cantik macam dia tu takkan tak ada orang yang suka.”

“Dia cantik ke Han?.”

“taklah cantik sangat..kalau dibandingkan dengan Nur  Saleha.. cantik lagilah Nur Saleha. Dia ni hanya putihlah sikit, tapi aku tak pilih yang cantik sekarang ..kalau cantik, banyak pulak saingan aku nanti..tapi dia ni comel.. muka dia tak banyak berubah dari dia sekolah rendah dulu tapi sekarang ni dia dah pakai cermin mata itu yang nampak dia lebih matang.“ Ceria wajah Farhan bila menceritakan perihal gadis pujaanya.


“kiranya kau memang dah tersuka sangatlah kat dia ni Han. Kalau macam tu..kau cuba-cubalah tanya pada dia kalau dia dah ada sijantung hati ke belum, kalau masih kosong ‘not avaleble’ boleh kau masuk jarum.Masuk terus jangan tunggu.”

“Nak masuk jarum apanya..Kau ni senangnya cakap..baru berapa patah perkataan aku tanya dia..dah kau suruh aku tanya bab hati dan perasaan..langsung terbantut nanti.. dari  dia boleh senyum kat aku ..jadi dia lari pulak bila nampak aku”.

“Tapi ada sesetengah perempun, suka yang   macam tu..dia akan nampak kesungguhan kita yang betul-betul nakkan dia.”

 “Entahlah Lan..Aku nampak dia ni pemalu juga ..dahlah aku malu dia pun malu..tak tahulah ada ke jodoh aku Lan.” dengan wajah muram Farhan mencurahkan masaalahnya kepada sahabatnya. Dia seperti tidak yakin dengan dirinya sendiri bila mengenangkan kekurangan dirinya.

“Han …cubalah kau iklankan dirikau tu lepas tu tampal iklan tu kat pagar rumah dia..kalau tak pun nyanyilah macam penyanyi  Indonesia tu kumpulan apa.. kumpulan WALI ke yang dia nyanyi..


Ibu bapak punya anak
Bilang-bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau

Edlan menyanyi perlahan dihadapan Farhan dengan gayanya…
“Kau ni Lan dalam baik kau kenakan aku ye…mentang-mentang aku macam ni.” dengan pandangan dan wajah sedehnya dia memandang wajah sahabatnya bila terasa dirinya bagai dipersendakan.

“Aku bukan apa, aku kesian tenguk kau ni ..Aku nak bagi semangat dan nak ceriakan kau sikit.”

“Macam tu bukan nak ceriakan aku.. tu peril aku namanya”.

“Ok..ok jaganlah ambil serius gurauan aku Han, hanya aku nak ingat kau..umur bukan bertambah muda, kalau dah dapat yang rasa sesuai dengan kau cepat sikitlah, kalau tak nanti disambar orang.. kau juga yang gigit jari..aku takut kau tak laku sampai ketua Han..”.

“Lan janganlah kau doakan sampai macam tu..dah tua esok kat mana pulak aku nak menumpang..takkan nak duduk kat rumah orang tua-tua.. sedehnya  Lan”. hu..hu..hu sedeh.


Tuesday 19 February 2013

Bab 3 Bimbang



Air perigi sejuknya rasa,
Turun mandi di waktu petang;
Baru sekali bersua muka,
Dalam hati asyik terkenang.


        Terasa lama Farhan menghabiskan cuti hujung minggu selama dua hari itu, hingga terlahir keluahan kebosananya ‘Hai baru pagi Sabtu..lamanya nak tunggu hari Isnin.’. Kata-kata itu melintas ketika dia baru sahaja  duduk dimeja makan untuk minum paginya bersama kedua ayah dan ibunya. Raut wajah bosannya terlihat jelas dimata ibunya..

“Kenapa Han ibu nampak semacam aje muka Han tu”.

“Tak ada apalah bu...Hanya Han rasa sunyi pulak rumah ni.. Fikri tak balik ke minggu ni..rasanya dah dua minggu dia tak balik kan bu”. Ahmad Fikri merupakan anak bungsu pasangan Haji Abu Bakar dan Hajjah Fatimah.

“Ibu ada call dia malam tadi,  dia kata tak balik, banyak kerja  yang dia nak siapkan, minggu depan dah nak hantar”.

“Hai Fikri  ni suka  buat kerja bertangguh-tangguh dah dekat macam tu baru nak buat, itu yang terkocoh-kocoh tu”.

“Han nasihatkalah adik Han tu, jangan asyik leka keluar dengan kawan-kawan saja..nanti pelajaran entah kemana.”Sampuk ayahnya pula. Dia bimbang keadaan anak bungsunya yang seakan tidak berapa menghiraukan pelajaranya. Farhan hanya menganggukkan kepalanya sambil memandang ayah dan  ibunya. Kemudian dia tekun kembali mengadap sarapan dan menghabiskan minumannya.

       Setelah menghabiskan sarapan paginya, dia masuk semula ke dalam biliknya. Jika dia didalam bilik  biasanya dia akan mengadap laptop atau pun baring semula sambil mendakap bantal busuknya. Itulah rutin kehidupan Farhan  berlansung  di ruang makan, ruang tamu tempat menonton telivesyen atau dibilik tempatnya beradu di rumah ibu dan ayahnya. Itulah dunia Farhan dan itulah kebiasaannya. Dia tidak suka berpeleseran atau melepak dan merayau keluar. Belum sempat aganannya terbang jauh, tiba-tiba terdengar pintu biliknya di ketuk dari luar. Dia yang sedang baring bangun dengan rasa yang malas untuk membuka pintu biliknya. Dia tahu tidak ada siapa lagi yang akan mengetuk pintu biliknya melainkan ayah atau ibunya.  Kini hanya mereka bertiga yang berada dirumah.

“Han buat apa?...Kalau tak ada apa-apa mehlah duduk luar dengan ibu, kita cerita-cerita..ayah Han pun dah keluar pergi pasar..ibu tak ada kawan ni. Nak masak..ibu nak tunggu ayah balik dulu, tenguk ayah beli apa.”.

“Han baring saja tak tahu nak ada apa..rasa nak rehat puas-puas masa cuti dua hari ni”.

“Alahh.. Han ni asyik nak rehat saja, mehlah duduk luar teman kan ibu. Jangan baring masa perut tengah kenyang nanti buncit perut tu”. Nasihat ibunya. Pada Hajjah amat janggal jika membayangkan Farhan berperut  buncit tetapi badannya kurus. Farhan bertubuh  sederhana tetapi nampak kurus sedikit mungkin kerana dia tinggi, ketinggianya 176cm.

        Hajjah Fatimah mengharapkan anak bujangnya yang tinggal seorang dengannya itu menemaninya di ruang tamu.  Sambil dia mejahit tempahan baju kurung jiranya,  ada juga teman  berbual tidaklah dia merasa kesunyian. Ingin juga dia bertanya  mengenai kisah anaknya ditempat kerja. Walaupun anak nya sudah dewasa dia sebagai ibu harus tahu juga serba sedikit tentang kehidupan harian anaknya dan rakan sekerjanya. Walaupun dia tahu anaknya yang seorang ini tidak akan melakukan perkara-perkara yang diluar dari jangkauan akalnya. Lagipun manalah tahu terkeluar pula cerita teman wanita anaknya, boleh dia bersiap sedia menerima seorang lagi menantu, akan bertambah lagi seorang ahli keluarganya.

          Farhan merupakan anak kedua dari empat orang adik-berdik yang terdiri semua lelaki.Abangnya Ahmad Fazli sudah dua tahun berkahwin  dan sudah mempunyai seorang anak lelaki kini menetap di Kuala Lumpur. Adik  Ahmad  Fauzan sedang menjalani latihan Industri di Wilayah Persekutuan dan minggu itu dia tidak dapat pulang ke Seremban kerana baru minggu sebelumnya pulang bercuti dan adiknya yang bungsu Ahmad  Fikri  masih menuntut di sebuah universiti tempatan dan hujung minggu ini dia tidak pulang kerana ingin menghabiskan tugasan yang diberi. Tinggallah dia bersama kedua orang tuanya Haji Abu Bakar seorang pesara guru dan ibunya Hajjah Fatimah merupakan suri rumah sepenuh masa..tetapi sesekali mengambil upah menjahit baju jiran-jiran, terutama bila menjelang hari raya. Sunyi memang terasa sunyi kerana dari mereka berempat bila sudah dewasa tinggal dia seorang dirumah…itupun kerana dia bekerja diSeremban dan tempat kerjanya tidak jauh dari rumah ibu dan ayahnya.

“Kenapa bu… ibu nak Han tolong apa?.”

“Duduk sinilah kita berbual-bual sementara tunggu ayah kamu tu balik.” Setelah anaknya duduk di kerusi bertentangan dengannya..Hajjah Fatima memulakan bicaranya, di tangannya memegang sehelai kain untuk dijahit.

“Ibu nak tanya hari Ahad ini Han tak pergi mana kan?.” Lembut Hajjah Fatimah menyoal anaknya yang  keduanya  Ahmad Farhan untuk memastikan anaknya tidak kemana-mana hari Ahad itu.

        Hajjah Fatimah lemah lembut orangnya, tetapi agak riuh sedikit mulutnya, terutama bila dia mendidik anak. Berbanding suaminya yang agak pendiam dan garang. Maklumlah dia seorang guru harus ada sifat ketegasan untuk mendidik anak-anak bangsa yang akan mencorakkan masa depan negara suatu hari kelak.

“Alah bu.. macam ibu tak tahu Han ni..Han nak pergi mana lagi.“Hajjah Fatimah maklum anaknya yang seorang ini memang jarang keluar rumah berjumpa kawan-kawan.


          Masih di ingat semasa anak-anaknya masih remaja..anak jiranya juga remaja, seperti anak-anaknya, ibu-ibu mereka mengeluh bimbang semua anak-anaknya sudah penuh jadual rambunya ketika hari Sabtu dan Ahad almaklumlah cuti sekolah. Tetapi anak-anak Cik Timah tidak pula… sampai jenuh dia menyuruh anak-anaknya keluar ke bandar atau bejalan-jalan berjumpa kawan-kawan,  jangan terperuk saja didalam bilik seperti anak dara. Sedangkan mereka anak teruna.


“Hari Ahad nikan anak En. Mail tu kahwin..Zaki tukan kawan Han masa sekolah rendah ..kita pergi ye.”

“Tenguklah dulu.” jawab Farhan pendek dia menyandarkan dirinya kesofa yang didudukinya.Tangannya dibelakang kepalanya.Kedengaran malas sahaja jawapanya.


“Jangan lah macam tu..pergilah..kita ni hidup berjiran  kena bercampur dengan orang, nanti kita tak kenal orang dan orang pun tak kenal kita. Lagi pun Zaki tukan kawan Han, tak elok kalau tak  pergi ..nanti kalau Han kahwin tak ada siapa yang nak datang.”  Itu nasihat Hajjah Fatimah kepada nak bujangnya yang seorang itu.


           Sememangnya Farhan liat untuk bertemu dan beramah mesra dengan orang yang tidak dikenalinya.  Susah rupanya mendapat anak yang pemalu dan pendiam lebih-lebih lelaki. Dia hendak memadankan dengan anak dara orang pun  jadi ragu-ragu  takut anaknya tidak pandai meyesuaikan diri dengan keluarga mertuanya kelak. Itulah yang ada dibenak Hajjah Fatimah tentag anak terunanya yang ada didepan matanya.

“Ialah Han pergi esok “ janji Farhan mengalah. Dia mengiakan juga  kata-kata ibunya untuk meredakan resah ibunya,., kata-kata ibunya kalau disanggah  makin panjang syarahannya.

Ahh kesitu pulak ibu ni..bila pulak orang  nak kahwin calon pun tak ada’ detik hati Farhan. Walau rasa keberatan dia terpaksa juga mengikuti kata-kata yang merupakan arahan dari ibunya.



          Yang sebetulnya Farhan tidak berapa suka pergi kerumah orang kenduri kahwin. Dia malas dan jemu mendengar pertanyaan dari kawan-kawan ibu atau ayanhnya yang bertanyakah hal dirinya yang belum bertemu jodoh, sedangkan jika dikira umurnya sudah cukup sesuai untuk dirinya berumahtangga. Dia selalu mendengar kawan-kawan ibu atau ayahnya bertanya…


“ Apa khabar Hajjah Timah… kenduri rumah  Hajjah bila lagi..yang ni yang nombur dua kan.”Yang sebetulnya Farhan sering juga menemani ibu dan ayahnya kemajlis khenduri kahwin rakan-rakan ibu atau ayahnya kerana hanya dia yang tinggal dengan kedua ayah dan ibunya. Dia juga yang akan menjadi pemandu jika ayah dan ibunya berpejalanan jauh. Abang dan adik-adiknya sudah tinggal berasingan.


“Yang ini memeng belum lagi..entah lah bila kak Som..esok kalau dah  ada jodoh dan tentu harinya saya jemputlah kak Som makan nasi minyak bawah kemah. ” Itulah juga jawapan ayah atau ibunya kalau orang bertanya.


          Jemu dia mendengar pertanyaan-pertanyaan seperti itu. Padanya bukan dia tidak mahu mendirikan rumahtangga..tapi belum ada lagi gadis yang tersangkut dihatinya..lagi pun dia begitu malu untuk memulakan satu perhubungan  bersangkutan hati antara lelaki dan peremuan. Aduh mengapakah dia menjadi seorang pemuda yang begitu malu kepada perempuan.


          Sang mentari hari Ahad seperti yang dijanjikan muncul  juga. Pagi lagi ibunya sudah mengingatkan  agar dia tidak kemana-mana supaya mereka dapat memenuhi jemputan kenduri kahwin jiran setaman mereka. Hampir pukul satu tengahari mereka  tiga beranak mengatur langkah kerumah pengantin lelaki. Kedudukan rumah pengantin lelaki tidak jauh dari rumah mereka, hanya  berlainan lorong sahaja. Mereka bertiga hanya berjalan kaki sahaja menuju kerumah pengantin.


          Tidak berapa jauh dari simpang masuk kerumah pengantin,  mereka terserempak dengan sebuah keluarga. Kedua ibu dan ayahnya berhenti dan bersalaman dengan jiran mereka juga yang telah selesai makan  dan ingin pulang kerumah mereka. Mereka terdiri dari empat orang .  Mungkin pasangan lebih kurang sebaya  dengan kedua ibu dan ayahnya. Sepasang lagi  seorang pemuda dan seorang gadis. Mata Farhan terbeliak  sedikit kerana terkejut..hatinya pula turut  berdebar memandang sigadis. Sigadis yang bertubuh kecil..jika dibandingkan dengan lelaki muda disebelahnya kerana lelaki muda disebelahnya mungkin menyamai ketinggian dirinya. Sigadis  bertudung labuh dan bercermin mata. Dari pandangan mata Farhan menganggarkan sigadis masih bersekolah lagi mungkin dalam tingkatan empat atau lima wajahnya pula  mirip sigadis dipakir motosikal ditempat kerjanya.  Sigadis berdiri dibelakang  ibu dan ayahnya tetapi tidak pula memandang arah  dirinya, dan tidak juga menunjukkan yang mereka  saling mengenali satu sama lain.


“Baru nak pergi ke kak Timah.” Tegur wanita nampak seperti sebaya ibunya.


“Ye baru nak pergi, Ani dah sudah ke?… kami nak tenguk pengantin kalau pergi cepat.. nanti lama pulak tunggu pengantin”.Itulah satu sikap Hajjah Fatimah  jika kerumah kenduri khawin mesti nak tengok pengantin bersanding..entah apa yang istimewanya Farhan pun tidak tahu.


“Kami dah sudah ni ..balik dululah ye.” Mereka bersalaman termasuklah sigadis tadi menyalami sambil mencium tangan ibunya. Itulah gadis Melayu yang penuh dengan adat dan  sopan santun. Tidak kira ibu siapa mereka akan bersalaman dan mencium tangan orang yang lebih tua tanda hormat.


          Hati Farhan berbunga ceria..senyumnya walaupun ditahan tetap terlukir juga di bibirnya. Tidak terasa makan lauk dirumah pengantin  sedap ketidak, habis melalui kerongkongnya tampa sedar. Ditubir matanya hanya terpandang bayangan wajah sigadis yang baru dipandangnya tadi. Pada taksiran Farhan  jika wajah mereka seiras tentu mereka ada hubungan rapat, adalah peluang dia bertanyakan hal sigadis  kepada ibunya nanti. Serasa  tidak sabar rasa ingin ingin tahunya berkenaan sigadis tadi. Dia akan berusha menyiasat hal berkenaan gadis tadi dengan ibunya. Tentu ibunya mengenali sigadis diparking motosikal tempuhhari..jika ibunya mengenali keluarganya.


Sepulangnya dari rumah pengantin belum sempat sampai kerumah lagi, Farhan sudah memulakan misi siasatan kepada ibunya.

“Ibu….rasanya ada  seorang lagi anak perempuan Haji Rasid tu kerja kat hospital kan bu.” Farhan mengajukan soalan kepada ibunya, ketika  mereka berjalan pulang.


“Ehh ..yang ibu tahu anak Haji Rasid perempuan seorang saja..yang tadi tulah.”


“Ye ke ?..tapi yang tadi tu nampak macam budak sekolah lagi..yang lelaki tu mungkin abang dia.”


“Kamu ni Han… jiran sendiri pun kamu tak kenal..dia bukan jauh sangat dari rumah kita..hanya selang  sepuluh buah rumah saja dari rumah kita. Bertuah betul anak ibu ni.. Yang lelaki tukan anak Haji Rasid yang bungsu..tak salah ibu dia sekolah ditingkatan enam kat sekolah lama Han. Kata ibunya dulu..dia tu tak mahu masuk matrikulasi atau ambil diploma sebab tak mahu tinggalkan ibu dan ayah dia. Rasanya ada dua lagi abang dia..sorang kat Miri dan sorang lagi kat universiti Malaya.Yang pempuan tu kakak diaoranglah, kalau tak salah.”


“Ohh ye ke bu, jadi berapa umur dia tu… budak perempuan tu ke yang selalu lalu depan rumah kita dulu bu?.”


“Ialah budak perempuan yang ada dua boduguard Han kata dulu..nama dia tak salah Fatin Najihah..tapi ibu dia panggil kakak..dan jiran-jiran kita termasuk ibu pun panggil dia kakak.”


“Ohh macam tu..Han tak tahu pulak,.”


“Itulah..dengar cakap ibu.. Han perlu keluar jumpa kawan-kawan..ambil tahu sedikit dunia luar..ni jiran sendiri pun tak kenal ..Han ada terjumpa dengan kakak tu  ke kat Hospital?”


“Han ada terserempak dengan sorang budak perempuan muka sebiji macam dia ingatkan kakak dia yang kerja kat hospital tu ..itu yang perasan tadi bila nampak muka dia .. ingatkan kakak dia..rupa nya memang dia..dia pergi kerja naik motor bu.”Farhan bercerita kepada ibunya.


          Ayahnya hanya mendiamkan diri mendengar isteri dan anaknya bercerita. Tetapi terdetik juga dihati Haji Abu Bakar dengan perubahan yang sangat besar pada anak yang seorang ini. Tidak pernah Farhan megambil berat atau mengambil tahu tentang mana-mana  gadis. Apakan gadis itu nampak  istimewa dimata Farhan sehingga dia begitu bersungguh-sungguh mahu menyelidiki. Dan yang paling ketara sudah tidak malu lagi Farhan membicarakan tentang seorang gadis dengan ibunya.


“Mak cik Fiza kata kalau dapat anak-anak Haji Rasid tu bertuah..tak kira yang perempuan ke yang lelaki ke.”


“Kenapa pulak bu..habis kalau dapat anak Hajjah Timah dengan Haji Bakar ni tak bertuah ke?.”


“Bertuah juga kan ayahnya..dah lah kacak,,berbudi bahasa, ilmu ugama penuh didada. Kalau jadi suami dan ayah orang, tentu jadi suami dan ayah mithali. Penuh dengan kasih sayang dan penyabar… betul tak ayahnya.” Kembang juga hati Farhan mendengar kata-kata ibunya tapi sekejap saja, bila mendengar jawapan ayahnya dia tahu jawapan untuk mengenakan dirinya..


“Ialah bertuah sangatlah tu..tapi yang sayang pemalu..kalau perempuan tak apalah..ni lelaki macam Han.  Han..yang mencari jodoh ni lelaki, bukanya perempuan… orang perempuan ni tunggu saja jodohnya datang..kalau Han tak cari dari sekarang macam mana nak kahwin..kawan Han Zaki tu dah pun kahwin, anak ayah ni entah bila pulak. Ayah dan ibu carikan nak…tanya sepupu kamu tu pun boleh juga kan ibunya.”


          Dalam  perjalan pulang dari rumah pengantin sempat lagi mereka bertiga beranak berbincang, sambil  berjalan perlahan-lahan. Isunya isu berat..isu menjari jodoh Farhan pula. Di hati kedua ayah dan ibunya berkobar-kobar, bila jiran setaman mereka mererima menantu mereka pun teringin juga. Lagi pun anak kedua mereka sudah menjangkau usia dua puluh lapan tahun. Sudah tiba masanya dia mempunyai pasangan hidup.


“Tunggulah ayah biar Han cari sendiri dulu..kalau setahun dua ni tak dapat juga, barulah ayah dan ibu carikan”. Farhan rasa keberatan menerima cadangan ayahnya..kerana dihatinya sudah ada rasa suka pada anak dara Haji Rasid.

          Farhan mula terbayang senyuman manis  sigadis yang mempunyai lesung pipit disebelah kanan tempuh hari. Walaupun baru sekali dia terpandang namun manisnya senyuman Fatin Najihah sudah  terpahat dihatinya. Alangkah bahagianya jika selalu mendapat memandang senyuman yang menjadikan ketenagan dijiwanya. Farhan sudah menanam azam rasa ingin memiliki gadis yang masih jauh dari jangkauanya. Dia akan berusha menggapai aganannya.


“Ibu kenapa makcik Fiza kata bertuah kalau dapat anak Haji Rasid tu.” selidik Farhan lagi, rupanya dia masih memikir tentang  sigadis yang sudah mencuit hatinya..siapa lagi kalau bukan anak dara Haji Rasid.Gadis yang baru sahaja diketahui asal-usulnya.  


“Ialah..Makcik Fiza kata anak-anak Haji Rasid dan Hajjah Ani tu baik-baik, pandai jaga diri pandai pulak kedapur dan tak liar. Makcik Fiza kata selama dia berjiran  dengan mereka tak pernah nampak anak lelakinya bawak kawan perempun dan anak perempuanya bawak kawan lelaki balik rumah, kalau ada pun yang datang ramai-ramai masa ayah dan ibu mereka ada. Masa kedua ibu dan ayah mereka pergi haji..mereka duduk sesama mereka sahaja,  tak payah ada orang nak tunggukan…makan, pakai mereka sama-sama  mereka saja yang uruskan. Tenguklah anak gadis mereka tadi, walaupun dah kerja masih lagi pakai tudung labuh. Han tak pandang tadi..mana ada dia pakai alat solek, gincu bibir dia pun ibu tak nampak. Lagi pun Han, anak-anak  mereka tu bukan jenis yang sombong  mereka hormat orang tua, kalau terserempak mesti dia orang senyum dengan kita. Betul tak ayahnya”. Hajjah Fatimah cuba mempromosi anak Haji Rasid terutama yang sigadis. Dia mengharapkan agar sigadis tadi dapat memikat hati  anak bujangnya di sebelahnya. 

         
          Jika Hajjah Fatimah dan Haji Bakar  tahu apa  azam anak bujang disebelahnya mahu mereka terlompat-lompat kesukaan. Farhan hanya mendiamkan dirinya sahaja.. tetapi hatinya tidak sabar menanti kemunculan matahari hari Isnin esok.




Friday 15 February 2013

Bab 2 Bimbang


Ayam denak dipinggir hutan,
Kais-kais mencari makan,
Adik bukan abang pun bukan,
Hajat hati nak jadikan teman.

Perubahan watak Farhan menjadi tanda tanya pada sahabat baiknya.Farhan hari itu kelihatan sangat bersemangat  dan senyumnya tidak kering dari bibirnya..dari sejak dia sampai tadi hinggalah kewaktu rehat mereka.Untuk merungkai segala misteri,  Farhan harus disoal hingga keakar umbi.. biar terbongkar segala rahsianya.  Rahsia mengapa Farhan berubah sejak seminggu lalu.

Pada waktu rehatnya berkali-kali dia ditanya oleh sahabat baiknya.Akhirnya Farhan mengalah, dia bercerita juga sebab-musabab perubahan pada dirinya...sejak seminggu yang lalu.Sememangnya  Farhan  tidak dapat menyembunyikan sebarang rahsia peribadinya dari sahabat baiknya, kerana sahabatnya yang satu ini sangat peka pada setiap perubahan Farhan maklum bukan sekejap mereka berkawan..Lan  ataupun Arief Edlan bin Hasbullah adalah kawan seperjuangan Farhan dari Matrikulasi Kuala Pilah lagi hingga keuniversiti dan kini bekerja dibawah satu bumbung.  Dia merupakan sahabat Farhan paling rapat..teman suka dan duka dan sahabat yang paling mengenali dan memahami siapa Farhan.

Perkenalan mereka bermula dari Matrikulasi Kuala Pilah. Dihari pendaftaran mereka berbaris depan dan belakang tetapi tidak bertegur sapa. Wajah Farhan yang nampak sombong menyebabkan  tidak terlintas dihati Edlan untuk berkenalan, walaupun dia tahu orang yang dibelakangnya juga satu negeri denganya. Ketika mereka berbaris tadi ibu orang dibekakangnya menghampiri lalu bertanya sesuatu, dia terdengar loghat yang digunakan.Terdetik juga dihati Edlan agar mereka tidak ditempatkan satu bilik.Yang sebenarnya Edlan seorang kaki bising dan suka berjenaka.Dia merasa tidak selesa jika kawan sebiliknya seorang yang sombong dan pendiam.Tetapi entah mengapa bila itu yang diminta itu pula yang dia dapat.Farhan ditempatkan sebilik denganya bersama dua orang lagi pelajar dari berlainan negeri, hanya mereka berdua sahaja orang Negeri Sembilan. Seorang lagi dari Pahang dan seorang lagi dari  Kelantan.

Selain sebilik mereka juga satu kelas. Setelah lama bergaul barulah dia tahu Farhan bukan seorang yang sombong..dia seorang yang pemalu. Kerana sifat pemalunya dia menjadi seorang yang  pendiam. Dia juga tidak pandai mencari kawan. Oleh kerana kasihan Edlan menemaninya walau kemana sahaja, sama ada pergi makan, bermain ataupun belajar. Bagi Edlan jika dia  bersama Farhan tiada pergaduhan ataupun pertengkaran akan terjadi. Sifat Farhan sangat mudah  jika sesuatu perkara tidak disukainya dia tidak meninggikan suaranya atau bertengang urat . Dia mengambil jalan mendiamkan dirinya sahaja. Dan jika sesekali perbuatan atau perkataanya dibantah, Farhan juga akan mendiamkan diri. Dengan sikap itu Edlan merasa senang berkawan dengan Farhan.Tak sakit hati itulah kenyataanya.

Dari Matrik hingga tamat pengajian di Universiti mereka menjadi rakan sebilik.Mereka jadi rapat kerana satu kejadian.Semasa mereka mereka menuntut di Matrikulasi Kuala Pilah Negeri Sembilan.Waktu itu bulan puasa entah bagai mana makanan untuk berbuka puasa amat terhad.Tetapi nasib menyebelahi Edlan ketika itu, dalam berebut dia dapat membeli sebungkus nasi bungkus. Manakala Farhan dan seorang lagi rakan sebilik mereka tidak dapat membeli  apa-apa dan seorang lagi hanya dapat membeli tiga biji kueh karipap. Mereka berempat berkongsi sebungkus nasi, kueh sorang sebiji tetapi Farhan dan Edlan berkongsi karipap yang sebiji. Itulah pengalaman pertama mereka berbuka puasa di tempat belajar, jauh dari ibu bapa.

             “Han mu ambik karipap aku ni..aku ok ni..makanlah”.

“Tak apa Fiz..esok aku balik..kau makanlah”.Kebetulan malam itu malam Khamis..petang Jumaat nanti dia akan meminta kebenaran untuk pulang kerumahnya diSeremban..

“Han nah ambil separuh aku punya..aku balik juga Jumaat petang esok, kita balik sama ye”.

“Kau balik naik apa..ada siapa-siap datang jemput ke Lan?”.

“Tak juga aku naik bas..nanti sampai terminal aku minta tolong siapa-siapa yang free datang ambil..nakminta abah aku datang Kuala Pilah kesian pulak…rasa jauh sangat”.

“aku pun balik naik bas, ok kita balik sama ye.”

“kalau macam tu lepas solat Jumaat kita tak payah balik bilik kita terus balik ok”

“Oklah kalau macam tu..jadi siap-siaplah kita bawa beg sekali, kita balik dari Masjid saja.”.

“Mu berdua kalau balik kampong tu balik sini bawaklah lebih sikit, kami nak tumpang..teruk betul diorang ni..tahu student ramai masaklah banyak, diaorang tak terfikir ke kalau tak kat tempat dia kat mana lagi kita nak makan lainlah kalau kat rumah boleh kita masak..yang heran tu kalau hari biasa banyak pulak diaorang masak..”.

“Insyaallah..kalau ada rezeki, aku bawak sampai sahur sekali.” jawab Edlan.

Edlan terbayang keadaan keluarganya ketika berbuka puasa…juadah penuh satu meja.Dengan pencuci mulut dan lauk pauk.Itu tidak termasuk dua tiga jenis minuman.Air sirap dan air nescaffce yang tidak pernah tertinggal dalam hidangan keluarga mereka.Keluarga Edlan membuka perniagaan mengambil tempahan untuk majlis khenduri kahwin dan juga majlis jamuan dipejabat-pejabat.Seluruh ahli keluarga tahu tentang masak memasak. Jadi tidak hairanlah jika mereka memasak sendiri  menu yang dihajati atau diingini ketika itu.Kebiasaanya makan hingga kesahur tidak habis akhirnya semuanya terjun ketong sampah.

Persahabat itu perpanjangan sehinga mereka melanjutkan pelajaran keUiTM Shah Alam selangor. Secara kebetulan pula Edlan dan Farhan diterima masuk ke UiTM Shah Alam dalam bidang yang sama yaitu Farmasi. Arief Edlan telah pun berumah tangga hamper dua yang lalu dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan baru berumur 6 bulan. Isterinya juga rakan mereka satu unversiti dahulu, tetapi  junior setahun dari mereka. Dia bekerja dia Putra Jaya sebagai pegawai Tadbir.Mereka bertiga merupakan kawan baik semasa diuniversiti dulu.Farhan tidak mempunyai ramai kawan kerana dia seorang yang pemalu dan pendiam.Dengan Arief Edlan mungkin mereka satu negeri dan kenal sudah agak lama.Dari tahun satu lagi mereka serumah dan sebilik hingga ke akhir pengajian mereka.Bagi Edlan segala rahsia Farhan semuanya ada didalam poketnya.

Ditahun akhir pengajian mereka, Farhan meminati seorang pelajar wanita, yang satu kelas dengan mereka.Gadis manis yang memikat hati Farhan berasal dari Pulau Pinang, hidungnya mancung bak seludang, bulu matanya lentik original, pandangan matanya lembut, kulitnya hitam manis dan tinggi lampai orangnya. Wajahnya pula kelihatan sentiasa tersenyum..bak kata orang tidak jemu mata memandang. Gadis ini bertambah sempurna dimata semua orang dengan tingkah laku yang lemah lembut dan sopan.  Jika di lihat sekali imbas wajahnya ada iras-iras pelakon dan pengacara  Warnida Imran. Gadis idaman mana-mana teruna dan akan terteraik dengan sekali pandang. Gadis ini tidak menggunakan alat solek untuk menyerlahkan kecantikannya, kecantikkan adalah asli semula jadi. Sentiasa berpakai sebagai seorang  muslimah yang menutup aurat dan melindungi bentuk bandanya. Dia berbaju kurung dan  bertudung labuh.

 Dengar cerita orang..sigadis manis  berdarah campuran Arab disebelah ibu dan Penang disebelah ayahnya. Jika sesekali dia bersuara..aduhai suaranya begitu lembut gemersik membuai kalbu. Tetapi dia jarang bersuara..dia menjaga aurat suaranya.  Akan berbicara dengan perlahan dengan kaum sejenisnya sahaja. Setiap hari Farhan hanya berani memandang sigadis dari jauh sahaja . Itulah Nur Saleha binti Abdul Rauf yang memikat hati Farhan.Tetapi apa hendak dikata urusan jodoh Allah yang menentukan. Gadis berjaya membuka pintu hati Farhan di sunting orang. Farhan merana mengigit jari..sampai sekarang belum lagi mendapat pengantinya.
=============

“Sampai hati kau Han ada cerita bahagia tak nak cerita kat aku”.Edlah bagaikan merajuk bila ditanya Farhan tidak mahu menceritakan kisah dirinya.

“Aku ni  memang bahagianya selalu Lan. Macam yang kau selalu kata bangun tidur ibu aku kejut , makan pakai dia yang uruskan.Jadi memangnya aku bahagia sokmo”.

“Macam biasa bahagia sookmo kau kata...aku yang tenguk kau..aku tahulah biasa ke tak biasanya kau tu.”

“apanya yang luar biasanya Lan..aku tak berubah apa-apa pun, tak berkurang tak bertambah takada yang baru pun. Ini spek ni dah tiga tahun lepas, aku tukar. Baju aku ni dari zaman diU lagi aku pakai..Apanya yang tak biasanya  Lan”.

“Bukan penampilan dan pakaian kau yang luar biasa Han..tapi perwatakkan kau tu. Sejak seminggu ni aku perhatikan kau muram saja..macam hari tak cukup matahari mendung suram saja.Tapi hari ini tiba-tiba kau senyum dari kau sampai pagi tadi sampai sekarang ni. Aku tahu kau tengah bahagia jadi ceritalah dengan aku. Mahu diingat  Han, kita ni bukan sepanjang masanya bahagia,takut nanti hujan pulak ditengah hari… kalau aku dah tahu ceritanya dari mula, bolehlah aku bagi nasihat atau bagi cadangan kat kau nanti. Kata orang tu sediakan payung sebelum hujan.”

 “Banyaklah kau hujan ditengah hari…Nak sediakan payung sebelum hujan lah konon.. kau tu memang kaki penyibuk”.

“Kau lupa ke Han aku nikan penasihat kau..tapi kalau kau taknak cerita kat aku tak apa lah.. tapi kalau nanti kau ada masaalah jangan kau cari aku pulak..masa tu aku tak akan dengar keluhan kau lagi.”

Ialah..ialah aku nak ceritalah ni. Kau ni Lan tak bolehlah aku nak berahsia sikit dengan kau..”

“Kau memang tak boleh nak berahsia dengan aku Han..sebab apa-apa hal pun kau akan rujuk pada aku juga akhirnya. Cepat cerita waktu terhad ni”.

“Lan…tiga hari lepas aku macam hilang semangat..hari ni aku rasa macam ada taman yang begitu indah dan berwarna warni dalam hati aku ni.” Farhan menuturkan ayatnya dengan wajah berseri dan mata bercahaya, sungguh mengambarkan dia benar-benar bahagia.Kalau sekali pandang seperti orang yang tidak berpijak dibumi nyata.

“Wah dah ada taman dalam hati kau ni..bahagia sungguh kau Han.” Edlan memandang kewajah sahabatnya..dengan senyum simpulnya.

              Pada pandangan mata Arief Edlan,  Farhan seperti  sudah jatuh hati sekali lagi..kerana sikapnya sama seperti  sikapnyalima tahun dulu bila dia memandang gadis pujaan dalam diamnya. Jika dia berbicara tentang gadis pujaan hatinya wajahnya akan berseri dan mata bercahaya..mengambarkan kebahagiaanya.. tapi siapa agaknya. Arief Edlan cuba mencungkil rahsia hati sahabatnya sampai Berjaya itu azamnya..

“Han ceritalah kat aku niapa yang terjadi dengan kau dua tiga hari ni sampai kau kata ad ataman dalam hati kau tu..”.

“Betul ke kau nak dengar cerita aku ni Lan..nanti kau boaring pulak”.

“Ehh..kau ni janganlah nak bagi alasan cepat cerita..aku tak akan  boaring kalau cerita tentang kau.. mesti menarik punya..lagi pun aku nak tolong kalau kau ada masaalah, sebab aku tenguk kau ni macam makin tak betul saja”.

“Kau suka sangat kutuk akukan..apanya yang tak betulnya,  aku ok apa..kau  kalau nak mengutuk aku, sesedap rasa saja kan”.


“Aku tak kutuk saja-saja..aku cakap apa yang betul..Kau tu tak sedar apa yang dah terjadi pada diri kau. Aku yang pandang kau hari-hari aku tahu ada yang tak kena pada kau sejak seminggu ni..cuba kau pandang dirikau dalam cermin. Kau tahu tak sejak kau masuk kerja pagi tadi sampai sekarang kau tu asyik tersenyum saja, selalu kau tak macam ni…kalau aku yang macam kau sekarang ni maksudnya senyum memanjang..kau fikir aku apa..aku grantee kau pun kata aku tak betul. Kita ni Han yang menilai kita adalah ornag keliling. Bukan diri kita sendiri faham tu..Haa sekarang cepat  cerita.”.

“Aku seganlah nak cerita kat kau..aku takut kau ketawakan aku nanti.Nanti kau kata aku yang tidak-tidak”.

“Taaak aku tak kan cakap macam tu..aku tak kira..aku nak kau cerita juga.. aku tahu tentu kau tengah suka dan bahagia aku tak akan kacau kau.Ceritalah macam mana sampai dah ada taman kat hati kau tu..cepatlah” gesa Edlan sudah tidak sabar.

Senyuman Farhan masih tersungging dibibirnya. Dia tahu sahabanya sendang memancing cerita darinya..itulah tujuan kata-kata sahabatnya tadi.

“Oklah..oklah..kau Lan kalau pasal cerita aku..cepat saja kau nak tahu..tak boleh langsung aku nak ada rahsia dengan kau”.

“Untuk apa kau nak rahsia-rahsia dengan aku..aku nikan sahabat kau..nanti kalau apa-apa terjadi dengan kau sekurang-kurangnya aku boleh tolong…cepatlah cerita” Pinta Edlan lagi. Akhir Farhan terpaksa juga menceritakan kisah nya..tetapi sesungguh Edlan merupakan kawan suka dan duka Farhan dan kawan yang paling memahami dirinya.

“Lan hari Isnin hari tu aku terserempak dengan sorang MA kat parking motor tu..aku macam kenal.Kepala  aku masih terfikir-fikir siapa dia..dia dah pergi, jadi aku tunggulah besoknya nakkan kepastian..tak terserempak pulak.Dah hamper seminggu aku tertunggu-tunggu dah putus harapan.Aku ingat dia tak kerja kat sini..dia datang nak uruskan hal peribadi saja, alih-alih  pagi tadi aku nampak dia lagi.” MA yang dimaksukkan disini adalah Medical Assistant atau Pembantu Perubatan.Pakaian seragamnya jika perempuan, tudung puteh, baju puteh, seluar biru gelap dan kasut hitam.Bagi lelaki pula baju puteh, seluar biru gelap dan kasut hitam.

“Kau tak tanya siapa diaatau  nama dia Han”.

“Tak sempat aku nak tanya..nama, dia dah terkocoh-kocoh pergi. Aku agak dia masuk 730 pagi lah Lan”.

“Kau tu yang lambat sangat bertindak…slow sangat… Dahlah nak jumpa sikit punya susah..Ehh yang kau beria sangat kenapa…budak tu lelaki ke perempuan.”

“Hsyyy kau ni ada ke lelaki tentulah perempuan kalau lelaki kau kata aku ‘Gay’ pulak, kau tu kalau nak mengata aku bukan kau nak kira elok ke tak elok perkataan tu”.

“Nauzubillahminzalik ..kau ni Han, cuba jangan sebut perkataan tak senonoh tu..sekarang ni susah nak cari lelaki sejati tau..jangan kau nak menambah pulak.”

“Kau pun satu janganlah doakan aku macam tu pulak..”

“Tak adanya aku nak doakan kau macam tu..Haa dah mulalah kau nak pusing cerita… cepat cerita..perempuan patutlah muka kau nampak lain macam saja..rupnya dah ada gadis yang ketuk pintu hati kau ye.”

“Ahh kau tu baru cakap sikit dah kata ketuk pintu hati konon..Ehh betul ke muka aku lain… muka aku  nampak macam mana ha… Lan?.”

“Muka kau nampak berseri, mata ku tu bercahaya macam oarng tengah bahagia..macam kau nampak ..Saleha dulu.”Bila  AriefEdlan menyebut sahaja nama Saleha wajah Farhan berubah keruh. Farhan mula terimbau kenagan lama gadis yang benama Nur Saleha binti Abdul Gafur yang pernah singgah dihatinya dulu. Walaupun dia suka gadis itu..tapi jodoh tidak menyebelainya. Gadis itu sudah pun berkahwin dengan sepupunya yang kacak dan berkerjaya. Farhan tidak pernah mengharapkan kehadirannya lagi untuk mengisi ruang dihatinya. Baginya bunga bukan sekuntum..dia reda  itu bukan jodohnya. Dia menerima segala ketentuan Ilahi dengan hati terbuka.

“Ala..Han apa diingat perkara lama..dah jadi sejarah, cari lah yang lain ..mungkin itu bukan jodoh kau, itu yang tak terbuka hati dia kat kau dulu tu”.

“Hmm..Betullah cakap kau Lan, aku pun tak pernah terkilan, jodoh dan ajal semua ketentuan Allah. Aku pun tak terkilan dia bukan jodoh aku.Aku pun tak pernah harapkan dia datang pada aku Lan. Aku doakan dia bahagia dengan pasangan dia sampai keakhir hayat. Lagi pun aku bukan pernah bercinta dengan dia pun..hanya suka dalam diam saja apa nak buat..dah aku macam ni.” Farhan menunduk..kemudian dia mendongak  memandang sahabatnya dengan wajah yang sedikit ceria.Setelah lama mereka berdiam diri mungkin mengimbau cerita lama. Farhan bersuara perlahan antara dengar dengan tidak…

“ Lan..agaknya ada tak jodoh aku kat dunia ni..”

“InsyaAllah ada.. Allah kan dah janji setiap makluknya kat dunia ni ada pasanganya, tapi kau tu  kena usha lah sikit.. Kau kenalah buka ruang, untuk diri kau  dikenali.. ramahkan sikit mulut kau tu... Kau itu banyak cakap bila dengan aku saja dengan orang lain nak dengar suara kau tu pun payah. kau tutup mulut kau itu macam dah kena gam gajah Ushakan Han buang sedikit malu kau tu.. ”

“Entah lah, aku nak cakap apa kalau dengan orang, kalau dengan kau lainlah banyak aku nak cerita..aku macam tak ada modallah nak cerita ke nak tanya ke.. Diaorang pun bukanya suka cerita dengan aku”.

“Dah kau macam menjauhkan diri..kalau ada sama-sama pun bukannya kau nak bercakap, kau tu tak mesra dengan orang  walaupun dengan kawan-kawan kat sini… kau cuba lah belajar dengar orang bercakap kemudian kauncuba pulak bercakap. Aku cakap jujur dengan kau Han kau tu  nampk sombong tau”.Edlan mengajar sahabatnya yang seorang itu beramah mesra dengan orang sekeliling.Entahlah tidak pernah dibuatnya mengajar orang beramah mesra keluh Edlan didalam hati.

“Ye ke Lan aku nampak sombong habis nak buat macam mana?" .

“. mula-mula kau meramahkan diri kau dengan kawan kat tempat kerja kita kemudian baru lah dengan orang kat luar sana tu."

"Aku tak biasalah Lan”

"Biasakanlah.Habis macam mana kau nak tackle anak dara orang ni  kalau memanjang tak biasa Haan”.

“Entahlah Lan aku malu lah.” Wajah Farhan jadi muram kembali bila dia memikirkan akan kekurangan  dirinya. Dalam pada bosan dengan sikap Farhan ada juga rasa kasihan terselit dihati Edlan.

“Kalau susah sangat nak fikir  Han ..apa kata suruh saja emak kau cari untuk kau. Biasanya calon orang tua ni lagi bagus. Kau cakaplah dengan mak kau..kaunak yang macam mana ..tentu emak kau carikan. Umur kau pun bukan muda lagi..kata orang kan Han, orang lelaki ni masuk saja umur 35 keatas rasa nak kahwin tu akan pudar. Janganlah sampai macam tu..nanti sampai tua kau  sendiri. Mak ayah kita ni bukan hidup menongkat langit nak jaga kita.. Cari lah calon cepat-cepat aku ni dah ada anak sorang..tak kan nak tunggu perempuan pinang kau pulak.” 

“Lan aku ni tak handsome ke sampai mustahil ada orang perempuan nak pinang aku.”
“Bukan pasal handsome ke tak, tapi orang perempuan Melayu kita ni tebal dengan sifat pemalunya..kalau tak takkan ada peribahasa Melayu cakap‘takkan perigi cari timba’ itu menunjukkan  perempuanMelayu kita ni tidak akan memalukan dirinya mencari suami”.


Petang itu Farhan mencari kelibat gadis dipakir motor pagi tadi tetapi hampa ..motosikalnya juga sudah tidak terpakir ditempatnya pagi tadi..Harap-harap  Isnin esok jumpalah detik hatinya. Sudah ditamam dalam hatinya kala ini jika dia terserempak dengan sidia, dia akan bertindak dengan pantas..akan ditanya tentang sigadis sebanyak mungkin..itu azam Farhan. Dia juga akan bertanya mungkin dia bekerja menyikut giliran atau pun syift..Jadi tidaklah dia akantertunggu-tunggu pertemuan yang akan datang. Lagi pun dia sudah pernah bertegur sapa mungkin tidak menjadi masaalah bagi sigadis menjawap soalanya nanti. Itulah rancangan  Farhan dalam hati.Farhan berjalan longlai menuju kekeretanya kerana harapanya hampa, untuk bertemu gadis yang telah singgah di benak hatinya.